~ masalah asas ekonomi ~

Masalah asas ekonomi.

Masalah ekonomi ialah kekurangan, pilihan dan kos lepas. Manakala masalah asas ekonomi pula ialah, apakah yang akan dikeluarkan, bagaimanakah barang tersebut akan dikeluarkan, mengapa barang tersebut dikeluarkan dan untuk siapa barang tersebut dikeluarkan.

Masalah ekonomi dihadapi oleh kesemua entiti ekonomi (isi rumah, firma dan kerajaan). Tetapi masalah asas ekonomi hanya dihadapi oleh firma dan kerajaan sahaja.

Masalah asas bagi firma ialah apakah barang yang ingin dikeluarkan. Sebelum firma memutuskan untuk membuka perniagaan, perkara pertama yang akan difikirkan ialah apakah barang yang akan dikeluarkan, sama ada barang tersebut berbentuk barangan asasi, keperluan ataupun barangan mewah, mahupun mengeluarkan perkhidmatan kepada isi rumah. Jika firma telah membuat keputusan, maka selesailah masalah apakah barang yang akan dikeluarkan.

Kemudian masalah asas yang kedua pula ialah bagaimana barang tersebut akan dikeluarkan. Masalah ini boleh diselesaikan dengan 2 cara iaitu, pengeluaran berintensifkan modal (mesin) atau pengeluaran berintensifkan buruh(pekerja). Pengeluaran berintensifkan modal ialah pengeluar menggunakan modal dalam proses pengeluaaran barang yang ingin dipasarkan. Kaedah ini lebih mahal berbanding pengeluaran berintensifkan buruh kerana memerlukan sejumlah modal yang besar untuk membeli mesin. Sesudah firma membuat keputusan, maka selesailah masalah yang kedua.

Kemudian, timbullah masalah yang ketiga untuk diselesaikan iaitu, masalah mengapa barang tersebut dikeluarkan. Masalah ini merujuk kepada keperluan semasa dan pasaran terhadap sesuatu barangan itu. Keperluan semasa bermakna, keperluan masyarakat akan mewujudkan permintaan. Jadi permintaan akan mendorong firma mengeluarkan barang tersebut. Pasaran semasa pula ialah keadaan semasa yang mendorong kepada pemintaan terhadap sesuatu barang. Maka pengeluar akan mengeluarkan barang-barang yang mempunyai jumlah permintaan yang tinggi dalam pasaran.

Sebagai contoh, kewujudan tudung Mawi kerana fenomewa aura yang dibawa oleh Mawi, maka terhasillah tudung tersebut. Kemudian baju angkasawan sebagai tanda peristiwa naikknya Sheikh Muzaffar Shukor ke ISS. Baju dan tudung ini adalah keperluan dan keadaan semasa membuatkan permintaan bertambah. Jadi pengeluar lebih cenderung untuk mengeluarkan barang yang mempunyai fenomena kerana permintaan yang tinggi dalam pasaran dan pengeluar boleh meningkatkan keuntungan.

Masalah asas ekonomi yang keempat ialah untuk siapa barang tersebut dikeluarkan. Firma perlu menyelesaikan masalah ini, kerana untuk memfokuskan barang pengelauran dan sasaran pengguna terhadap barang mereka. Sebagai contoh syarikat pakaian ingin mengeluarkan pakaian lelaki, maka masalah untuk siapa barang tersebut dikeluarkan sudah selesai. Ini penting bagi mengelakkan ketidaklancaran pengeluaran terhadap barang tersebut. Firma juga perlu memfokuskan barangan yang dikeluarkan kepada golongan berpendapatan rendah, sederhana ataupun tinggi.

Sudah selesai firma menyelesaikan masalah ini, maka bolehla firma memulakan operasi pengeluaran terhadap barangan. Serta mencapai matlamat yang diimpikan.

Bagi kerajaan pula, masalah asas ekonomi ini hampir sama seperti firma cuma berbeza dari sudut matlamat. Kerajaan bermatlamat memaksimumkan kebajikan rakyat. Apakah barang yang kerajaan akan keluarkan adalah barang yang memberi kebajikan kepada rakyat. Sebagi contoh seperti lampu jalan, jalan raya dan barang-barang yang tidak dikeluarkan oleh firma.

Bagaimana kerajaan akan mengeluarkan sesuatu barangan itu ialah, selalunya kerajaan akan menggunakan pengeluaran berintensifkan buruh. Ini kerana, dengan cara ini, kerajaan akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyatnya dan mengurangkan pengangguran.

Mengapa kerajaan mengeluarkan barang adalah bermatlamat untuk memaksimumkan kebajikan rakyat. Tanpa mementingkan keuntungan semata-mata.

Untuk siapa pula bagi kerajaan sering mengutamakan rakyat yang perpendapaatn rendah untuk membantu mereka dalam kehidupan seharian. Tidak bermakna kerajaan melupakan rakyat yang berpendapaatn tinggi Cuma, kerajaan lebih memfokuskan kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

Jelas sudah masalah asas ekonomi bagi firma dan kerajaan. Semoga dapat difahami. Jumpe di lain post..insyaALLAH

240109(12.40am)
irbit jordan

3 thoughts on “~ masalah asas ekonomi ~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s