~Cara pemilikan harta dalam Islam~

assalamualaikum.

alhamdulillah hampir selesai peperiksaan akhir yang sedang berlaku. berbaki lagi 2 subjek yang masih menanti tibanya masa untuk diselesaikan. dalam kesempatan yang ada ini, sempat saya menulis artikel mengenai ekonomi. semoga memberi sedikit pengatahuan. jika ada kekurangan diminta menambah, jika tersalah minta dibetulkan. saya manusia sentiasa belajar. =)

Cara pemilikan harta dalam Islam

Secara umumnya, Islam tidak mengahalang penganutnya untuk memiliki harta persendirian. Malah, Islam juga menggalakkan penganutnya untuk mencari dan mengumpul harta sebanyak mungkin. Tetapi, dalam pemilikan harta, Islam mengariskan beberapa cara yang baik untuk mengumpul harta. Malah umat Islam mesti memenuhi peraturan yang telah ditetapkan di dalam perundangan Islam.

Semua masyarakat sebenarnya bebas untuk memiliki harta. Tidak kira berkongsi ataupun persendirian. Tetapi perlu diingatkan beberapa panduan yang mesti diikuti oleh semua masyarakat. Antara panduannya ialah, umat Islam HARAM memiliki harta melalui riba’, HARAM juga memiliki harta memalui monopoli, HARAM memiliki harta dengan cara yang salah dan tidak boleh memiliki harta dengan cara mengekploitasi golongan yang lemah.

Seperti yang kita semua sudah maklum lagi memahami dengan jelas mengenai pengharaman riba’ dalam Islam. Malah semua umat Islam masing-masing sentiasa berusaha untuk menjauhi larangan itu. Secara umum, riba’ itu adalah pertambahan pulangan dari sesuatu. Riba’ memiliki beberapa jenis. Cuma saya lebih berniat untuk menjelaskan mengenai apa itu riba’ dan mengapa Islam mengharamkan riba’ dalam proses memiliki harta. Untuk lebih mudah difahami, saya nyatakan contoh.

Ah Long memberi pinjam kepada Ah Ngah sebanyak RM 10 000, tetapi dengan syarat apabila Ah Ngah ingin memulangkan kembali duit tersebut, Ah Ngah mesti membayarnya dengan nilai yang lebih tinggi dari pinjaman yang telah dilakukan. Jika Ah Ngah membayar kembali sebanyak RM 15 000 kepada Ah Long, RM 5000 tersebut adalah riba’. Ini kerana wang tersebut adalah lebihan dalam pinjaman yang dilakukan Ah Ngah.

Dalam kontek pemilikan harta ini, Islam mengaramkan pemilikan harta melalui riba’. Ini kerana hasil daripada riba’ tidak disertai bersamanya keadilan dalam pemilikan. Ini dibuktikan dengan, sesetengah golongan mendapat keuntungan yang banyak, tetapi setengah golongan lagi tidak mendapat sedemikan. S

ecara logiknya, jika Ah Ngah memiliki duit sebanya RM 10 000, sudah pasti dia tidak akan meminjam dari Ah Long, dan Ah Long merupakan golongan yang agak berkemampuan kerana mampu untuk memberi pinjam kepada Ah Ngah sebanyak RM 10 000. Ketidak adilan di sini adalah, Ah Ngah terpaksa membayar hutang kepada Ah Long dengan nilai tambahan yang banyak. Ah Ngah yang sudah kesempitan wang, semakin bertambah beban keatasnya kerana jumlah hutangnya bertambah. Tetapi Ah Long pula, sememangnya kaya kerana memiliki sejumlah wang yang banyak, mendapat kesenangan yang berganda kerana nilai wang yang diberi pinjam kepada Ah Ngah bertambah tanpa Ah Long berusaha untuk mengembangkan harta tersebut.

Jelas disini, riba’ hanya menguntungkan sebelah pihak dan menindas setengah pihak. Dalam Islam, Islam amat menolak keadaan seperti ini. Kerana Islam akan menjaga semua kepentingan dan kemaslahatan semua penganutnya, bukan menjaga setengah dari mereka sahaja. Riba’ juga hanya akan memfakirkan golongan yang fakir dan mengkayakan golongan yang kaya. Ini kerana Ah Ngah yang kurang berkemampuan akan bertambah beban dan mengurangkan kemampuan memiliki harta kerana hartanya terpaksa diberikan kepada Ah Long untuk membayar hutang. Manakala Ah Long pula akan bertambah kaya dengan jumlah pinjaman yang diberikan bertambah ketika dipulangkan.

Riba’ juga menjadikan Ah Long tidak berusaha dan malas untuk mengembangkan hartanya. Ini amat ditegah dalam Islam. Islam menggalakkan penganutnya untuk bekerja dan mengembangkan harta mereka supaya harta tersebut tidak habis dan berkurangan tanpa bertambah.

Panduan yang kedua pula ialah, Islam mengharamkan pemilikan harta melalui monopoli. Monopoli boleh difahami sebagai menguasai sesuatu. Tetapi dalam ekonomi, monopoli ialah membeli sesuatu atau menahan sesuatu untuk menaikkan harga dalam pasaran sehingga akan memudaratkan pengguna dan masyarakat keseluruhannya.

Sebagai contoh pertama, seorang individu membeli 100 000 paket gula sehingga pembeliannya menggangu pasaran gula. Ini kerana, jika seseorang itu memiliki sesuatu lebih dari keperluannya, ia juga boleh dikatakan sebagai monopoli. Seorang individu secara logiknya tidak perlu kepada 100 000 paket gula dalam 1 tempoh masa yang sekejap. Kedua, sebuah syarikat gudang garam menahan penjualan garam di pasaran untuk menaikkan harga garam di pasaran.

*hukum penawaran dalam ekonomi ialah, semakin meningkat permintaan terhadap sesuatu, semakin meningkat harga barangan tersebut.

Barang yang sering dimonopolikan ialah barangan keperluan asasi, seperti, gula, garam, beras, ayam dan sebagainya.

Secara umum sering kita fahami bahawa monopoli hanya dilakukan oleh penjual sahaja. Tetapi, sebenarnya, pengguna juga boleh melakukan monopoli dalam pasaran. Bagaimana pengguna monopoli pasaran? Sebagai contoh untuk memudahkan pemahaman monopoli bagi pembeli. Harga pasaran bagi sekilo tepung ialah Rm 1.50. Malah harga ini bertepatan dengan kos pengeluaran dan keuntungan yang akan diperolehi bagi pengeluar dan penjual tetapi, pembeli tidak mahukan harga tepung sebegitu. Pembeli memboikot harga tepung sehingga MEMAKSA penjual menurunkan harga tepung kepada RM1 sekilogram. Inilah yang dikatan sebagai monopoli dari pihak pembeli. Keadaan ini hanya akan berlaku sekiranya pembeli bekerjasama untuk memboikot harga tepung, dan keadaan ini amat jarang berlaku.

Monopoli dari pihak penjual akan menindas golongan pembeli dan monopoli dari pihak pembeli akan menindas golongan penjual, dan Islam amat menolak keadaan ini. Monopoli juga akan membawa kesan kepada harga pasaran. Harga pasaran akan berubah daripada harga pasaran yang adil kepada harga yang dibuat.

(تحويلات من الثمن العدل للسلع الى الثمن الفعل)

Keadaan ini akan meberi kesan kepada semua lapisan masyarakat lebih-lebih lagi bagi golongan miskin. Kebolehan penggunaan mereka akan berkurang kerana harga dipasaran meningkat. Monopoli juga hanya menguntungkan setengah pihak sahaja, dan berlaku ketidak adilan dalam pasaran dan kepenggunaan.

Panduan yang ketiga pula ialah, pengharaman memiliki harta dengan cara yang salah (batil)

ALLAH S.W.T telah menjelaskan di dalam Al-Quran yang bermaksud : janganlah kamu memakan (atau mengambil) harta (orang lain) diantara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). Surah AL-Baqarah ayat 188.

Ayat Al-quran diatas telah menjelaskan pengharaman memilki harta dengan cara yang batil. Cara batil adalah seperti jenayah, judi, rasuah, menggunakan kekerasaan dan paksaan, menyalah guna kuasa untuk kepentingan sendiri dan pelbagai lagi.

Memiliki harta degan cara batil ini bukan sahaja salah malah, harta yang dimiliki juga tidak akan membawa keberkatan kepada pemiliknya. Panduan yang terakhir ialah pengharaman memiliki harta dengan cara mengeksploitasi golongan yang lemah. Islam amat menegah umatnya untuk memiliki harta degan cara sedemikian. Kesemua contoh yang saya bawakan diatas juga boleh diklafikasikan sebagai mengeksploitasi golongan yang lemah.

Antara contoh lain adalah, memakan harta anak yatim serta membazir dalam penggunaan harta tersebut. Anak yatim disini boleh dikelaskan sebagia golongan yang lemah kerana mereka masih kecil dan tidak berkemampuan untuk menguruskan harta mereka sendiri. Tetapi malangnya ada setengah golongan mengambil kesempatan ke atas mereka dengan menggunakan harta mereka untuk kepentingan peribadi dan tidak berusaha untuk mengembangkan harta tersebut.

Selain itu, wanita juga boleh dikatakan golongan yang lemah. Jika mereka dihalang dalam penerimaan harta pusaka dan tidak diberikan hak sepenuhnya, ini juga boleh dikatakan sebagai mengeksploitasi golongan yang lemah. Seharusnya sebagai umat Islam yang baik dan mengamalkan ajarannya, kita tidak akan melakukan sedemikian. Dan banyak lagi contoh-contoh dalam masyarakat yang tidak perlu saya nyatakan disini yang boleh dikelaskan sebagai mengeksploitasi golongan yang lemah.

Panduan diatas seharusnya kita ikut dan berusaha untuk tidak melakukan yang diharamkan oleh ALLAH SWT. Jika kita tidak melakukan pengharam tersebut, maka harta yang kita perolehi dan miliki itu menjadi berkat malah akan memberi manfaat kepada kita. Ingatlah bahawa setiap dari harta kita sebenarnya ada rezeki dari orang lain. Usahlah kita bersikap tamak dan bakhil dalam mengumpul harta, harta tidak akan membawa kita aman DISANA malah mungikn akan menyusahkan kita jika kita tidak menggunakan sebaiknya. Bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah kamu seperti kamu akan mati esoknya. Memiliki dan mencari harta digalakkan di dalam Islam tetapi dengan panduan dan cara yang benar yang dilaraskan oleh syariat.

Semoga kita sentiasa termasuk dalam golongan yang ALLAH redhai dan rahmati sentiasa. Dan dijauhkan dari kemurkaanNya.

Note no 1) : hasil terjemahan dan kefahaman subjek Iqtisoh Ijtimaie (ekonomi kemasyarakatan)

Note no 2) : soalan final ni

Note no 3) : maaf atas kekurangan, minta tambah atau betulkan kalu ada salah silap dam info.

Sakan baitul tolabah

22/05/09

12.45 – 1.43 pm

Irbid Jordan.

Leave a comment