~ cerita-cerita ramadhan :) ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

ALhamdulillah
ALhamdulillah
Alhamdulillah

Ramadhan di Malaysia (1996-2008)

Malam menunggu pengunguman puasa, semua keluarga pasang telinga. Duduk termagu menunggu berita. Oh! Esok puasa, bergegas ke masjid buat solat terawikh. Masjid mula penuh. Dengan anak-anak dan bapa-bapa, serta ibu-ibu.

Pesta pasar ramdhan subhanaALLAH. Masa inilah syurga makanan berlaku. Semua jenis makanan ada di pasar. Beli dan order sahaja. Yang liat-liat ke dapur juga menjadi rajin. Berbuka bersama keluarga. Makan sampai keras perut. Mulalah lambat solat maghrib.

Oh~ ini golongan segelintir sahaja. Rata-rata rakyat Malaysia menjaga kesihatan dengan baik dan tak suka lewatkan solat.

Selesai tarawikh 8,11, atau 21, mesti ada moreh. Siap ada giliran untuk menyediakan dan bawa ke masjid jamu pada jemaah. Sangat bersifat kejiranan dan ke’ukhuwah’an.

Pengalaman berpuasa di Jordan (2008).

Berbuka pertama di Jordan, ustaz fared belanja makan makanan arab. Makan di doi3ah. Mula dan kali pertama makan maqlubah dah terjatuh cinta. Banyak makan. Walau sebelum itu ustaz ada bagi semua orang emosi dengan Tanya apalah mak ayah kita makan kat Malaysia kan? Masa itu dahla baru sampai beberapa jam. Dah sebut-sebut keluarga kat Malaysia. Mahunya tak bergenang air mata. Sayu beb~

Terkenang pula sebelum terbang, mak masak. Mak masak tomyam yang SANGAT sedap dan banyak. Mana nak banding tomyam dengan maqlubah yang belum rasa masa itu kan? Sampai sekarang pun tak boleh banding.

Paling suka kinafah, sejenis manisan yang sangat manis. Bulan puasa juga ada Cuma, terasa istimewa bila makan bila berbuka. Kelas pada bulan puasa menjadi pendek. Dari kelas 1 jam setengah menjadi 1 jam sahaja, kelas 1 jam menjadi 45 minit. Balik awal. Sempatlah masak-masak. Berbuka ramai-ramai.

Mula-mula belajar berpuasa di luar Negara. Teruja juga. Mulalah belajar masak macam-macam. Dari tak pandai, tengoklah internet ambil resepi. Sedap number dua, janji cuba masak. Duduk bilik dua orang, jadi kurang meriah makan berdua sahaja, jadi kami bergabung dengan bilik lain untuk berbuka. Bawa makanan masing-masing. Makan ramai-ramai. Kemudian turun surau solat maghrib dan terus ke masjid. Jalan ramai-ramai.

Sampai-sampai jarang masjid kosong. Selalu arab-arab dah penuhkan masjid dulu. Sebab mereka berbuka dalam masjid. Solat dengan isyak dan terawikh. Berimamkan syeikh ma’mun. SubhanALLAH. 1 rakaat 1 muka. Siap boleh pegang quran semak bacaan dan baca sama-sama dengan syeikh. Sungguh 21 tak rasa lama. Merdunya suara syeikh. Setiap 4 rakaat, ada sahaja qohwah (kopi)arab yang pahit yang sangat sedap dan panas itu berjalan untuk diminum. Sedapnya!

Pernah dijemput oleh orang arab berbuka dirumahnya. Dia siap sediakan coaster(bus kecil) untuk jemput kami kerumahnya. Makan maqlubah selain di doi3ah. SEDAP dan banyak sangat makan.

Masa sahur. Selalulah tertipu. Sebab mamai. Di Jordan akan ada azan 2 kali. Pertama untuk kejut sahur. Kedua tanda solat subuh. Pernah sahaja azan sahur dirasakan azan subuh, jadi tak makanlah dah. Tiba-tiba terdengar azan sekali lagi. Menyesal. Padan muka sebab tak alert. Dah kena solat subuh semula. Haha

Pernah juga ingatkan azan yang didengar itu untuk kejut sahur, rupanya azan subuh. Selamat! Tapi ini Cuma sekalilah. Haha –pengalaman-

Puasa di Mesir (2009)

Datang ziarah ke Mesir selama 1 bulan. 2 minggu sebelum puasa. Sempatlah jalan-jalan ke mesir. Jalan ke tempat jauh-jauh dulu. 2 minggu terakhir sempatlah berpuasa disana. Disebabkan musafir, jadi budget juga semakin berkurang. Dapatlah makan murtabak masa berbuka. (mahal sangat dirasakan masa itu). Ada juga berbuka dan bersahur dengan meggi. Asalkan perut berisi, sudah cukup. Alhamdulillah.

Musim ramadhan kelas talaqi tiada melainkan dengan Syeikh Nuruddin Albanjari. Kadang-kadang berbuka dirumah sana, di sabi’, kadang-kadang berbuka dirumah, makan cepat-cepat untuk sempat sampai. Terawikh dirumah kelas. (lupa rumah negeri mana. Rumah kedah kot). Bila jalan nak tunggu bus kena jalan jinjit-jinjit supaya kaki tak terkena air yang bertakung dijalanan. Mereka kata air kumbahan.

Pernah juga berbuka dirumah Syiekh disana. Kawan @ musrif ajak. Siap dapat ‘duit raya’. Alhamdulillah. Makanan Malaysia memang HEAVEN dekat mesir. Bahan-bahan juga semuanya ada. Sampaikan bawa balik kangkung ke Jordan! Ini memang lawak! Bawa balik tempe juga. Ada juga bawa balik tepung pulut. Memang bab kurang bahan tak ada di mesir agaknya, sebab tulah boleh makan makanan Malaysia selalu. Cukup bahan. :)

Pernah juga berbuka di masjid. Meriah juga. Oh~ dalam jalan-jalan ziarah kota cairo, ada juga berbuka dalam perjalanan. Makan direstoren arab. Senyum sahaja yang mampu. Raikan budaya mereka. :)

Puasa di Syam (Syiria) 2010.

Paling seronok. Ada giliran masak. Berbuka ramai-ramai. Masak awal-awal. Bila 10 minit sebelum berbuka mesti kena siap masak. Boleh dengar tazkirah pendek. Walau sepotong hadis atau cerita iktibar. Azan sahaja minum air dan kurma. Solat maghrib. Dan sambung makan. –kesedaran sebab selalu lewat sampai masjid untuk solat sebab makan lama- Siap-siap untuk ke masjid. Masa makan mesti bincang masjid mana yang hendak dituju. Matlamat kami, 1 malam 1 masjid. Bertukar-tukar masjid. Rindu sangat masa ini.

Terawikh pertama di masjid umawi, kedua di nabulsi, masjid sukkar, masjid hajabiah, masjid yang sampai tak ingat nama sebab banyak sangat. Berimamkan syiekh-syeikh kabir. Setiap 500 meter ada masjid dan bagusnya semuanya hidup dengan jemaah dan solat. subhanALLAH.

Masa ini juga kami berlumba-lumba khatam quran. Sempat sekali sahaja. Jeles pada dia yang sempat dua kali. Masa ini juga tahsin bacaan dengan Anisah (guru quran). Untuk berjumpa dengan Syeikh Kuraim. Alhamdulillah. Lulus.

Balik terawikh mesti singgah pasar bawah kawasan rumah. Rumah duduk dikawasan berbukit. Beli buah. Tahun itu puasa jatuh musim panas, jadi buah anggur sangat banyak. Besar-besar. Manis-manis. Murah-murah. 1 malam 1 kilo. Memang sangat sedap.

Oh~ di syam, orangnya sangat suka bersedekah. Balik-balik kelas, tiba-tiba ada orang tahan, nak bagi roti. Setiap hari pula tu. Sampai tak termakan orang yang perut nasi macam kami-kami ini. Mujur tahu buat pudding roti. Hehe. Tapi sekali sahaja jadinya. Tapi pernah juga jalan lambat-lambat suapay dia tahan dan bagi roti. Haha. Lawak-lawak.

Puasa di Malaysia 2011

Balik kerja jam 5.30. diawalkan yang sebelum ini 6.15. sampai rumah memang ngam-ngam waktu berbuka. Kadang-kadang beli kat pasar. Setakat ini baru sekali berkesempatan masak dirumah. Oh~ wanita bekerjaya namanya. Hahaha –susah hati –

Berbuka dengan keluarga. Meriah dengan memek muka buda-budak berpuasa yang tengah waktu kritikal duduk depan makanan. Bila berbuka, kiri kanan penuh dengan makanan. Semua mahu sumbat. 1 jag air sekejap sahaja habis. Lutfil hadi punya laku. Ikut perangai kecik-kecik siapalah tu. Harap bukan asu! Hahaha –tipu-tipu-

Terawikh setakat ini hanya di surau desa sahaja. Belum keluar dari desa. Dan pernah juga tak kesana. Buat sendiri, konon-konon mahu ulang bacaan, ternyata hafazan sangatlah teruk! :(

Ini adalah cerita-cerita rindu. Tiada kena mengena dengan yang lain. Cuma terkena pada mereka yang secara tak langsung termasuk dalam peristiwa ini.

Tarbiyah itu mesti berterusan, bukan sekerat-kerat. Kerana nak mulakan bukan perkara yang mudah.

Dan tidak pernah ada pengakhiran pada permulaan untuk perubahan. Perubahan dituntut setiap hari. Berubahlah kepada kebaikan wahai diri.

Lain tempat lain belalang, tetapi setiap belalang makan daun juga. Lain orang lain budaya, tetapi semuanya HambaNYA juga.

Tak kisah dimana dan kemana, yang penting, bagaimana kita aplikasikan kebaikkan yang ada.

.
.
.
p/s: rindu pada suara merdu syiekh ma’mun. rindu pada bau qohwah arobi, rindu pada khusyuk syeikh nabulsi dan tegasnya syiekh kuraim.

Rindu itu tak sama seperti rindu nak makan tomyam di Malaysia. Tak sama langsung. Rindu nak makan tomyam kat Jordan boleh buat walau dengan kiub sahaja, tetapijuga boleh rasa, tetapi rindu dengan SYAM tak boleh nak cuba-cuba, memang kekal rindu. Rindu sangat.

sudah seminggu ramadhan….

8/8/2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s