Dalam mencari erti hidup
Ku sering tersasar
Jauh……
Aku hanyut dengan nafsu
Tidak melakukan suruhanMu
Dan aku,
Tidak temui rasa tenang itu
Yang pasti,
Makin jauh ku pergi
Makin resah jiwa ini.
Dalam mencari erti hidup
Ku cuba kuatkan hati
Melakukan segala suruhanMu
Meninggalakan semua laranganMu
Walau ada ku culasi
Tetapi,
Demi taqwa, ku gagahkan diri.
Namun,
Aku hanya manusia hina
Culas, malas, tangguh
Semua pernah ku lakukan
Walau kerap ku tekad untuk berubah
Tetap jua ku kembali ke jahalah
Tuhan,
Bimbingiku,
Bantuilah aku,
Tetapkan kakiku,
Pada jalan dan ajaranMu
Ku tak mahu terus menerus
Bermaksiat hati pada Tuhan
Bercanda dosa bersama nafsu
Yang ku mahu
Sentiasa teguh dan tetap bersamaMu
Hatiku, jiwaku, semangatku
Semua untukMu
Kan ku serahkan segalanya
Demi redha yang SATU
Dan,
Ku pinta lagi
Izzahkan aku
Kuatkanlah aku
Menjadi hambaMu
Yang Kau sayang tiap waktu
Dan…..
Jauhkanlah daku
Dari istidrajMU
Jauhkanlah……
02/11/11
21th floor
p/s: Tuhan, campakkan sedikit IzzahMu padaku, dan RahimMu padaku
tenang itu hanya ada pada rasa hidup sebagai hamba dan hidup bertuhan. kurniakanlah dan kekalkanlah rasa itu dalam jiwaku Tuhan…~