Dengan Nama ALLAH Pemilik Hati Ini…
Alhamdulillah,
Alhamdulillah
Alhamdulillah.
This entry just wanna let all of you know that, whatever happens, i always do love you, deeply, more than what you think!
sometimes, we have no idea about have happens in our life, but believe in ALLAH, trust Him most and you will find yourself in faith! Just follow the flow.
love others means love ourselves, to love ourselves, do love ALLAH first!
ALLAH, please give me Your Izzah wa Rahmah!
Ilahi, anta maqsudi, waridoka matlubi…
tenanglah wahai hati………..
salam..saya lepasan spm 2011..juz nk minta pendapat..apa pro n contra bile ambil perbankan islam di ikip+jordan berbanding terus belajar di jordan..mesti ada pro n contra kan..terima kasih sbb sudi berkongsi
wslm. menarik soalan nie…terima kasih sebab mahu dengarkan perkongsian..:)
Ikip+yarmouk, program berkembar 2+2, adik boleh belajar di Malaysia dahulu sebelum terbang jauh ke jordan, sesuaikan dengan suasana pembelajaran di malaysia dan dalam masa yang sama persediaan diri dan mental untuk belajar di luar yang kita tahu sangat mencabar.
di ikip juga adalah masa untuk membina ukhuwah yang kukuh sesama rakan dan pensyarah. itu yang kami lakukan, bila sampai di sana, kami sudah tahu ‘perangai’ masing-masing.
kalau terus ke jordan juga bagus, boleh terus rasa budaya dan pembelajaran disana. masa yang lama selama 4 tahun boleh dimaksimumkan dengan baik.
2 2 ada kebaikannya masing-masing, tetapi bergantung kepada kita bagaimana untuk menjadikan perspektif tersebut menajdi positif atau negetif. the power of mind!
dan, nasihat tambahan, belajarlah tentang ilmu muamalat terutama perbankan islam. menjadi keperluan untuk umat sekarang. ikhlaslah belajar kerana ALLAH.
daripada segi kos pula macam mana…mana yg lagi murah???mampu ke kalau nk tanggung ataupon dapat biasiswa atau pinjaman??saya bukan orang pahang..boleh ke dapat biasiswa dari ikip ni
kos lebih kurang sama kot. sekarang dah banyak tajaan yang nak taja kos ekonomi dan perbankan islam.
bank negara, mara, ataupun yayasan negeri masing-masing.
ikip tak ada biasiswa pun…hehe
silibus 2 tahun pertama kt msia ni sama ke dgn silibus 2 tahun pertama dkt jordan????
yup…cuma subjek di malaysia sudah di pilih awal-awal, maksudnya tak boleh tasjil (daftar) ikut suka.
tapi kat jordan kita boleh plan subjek yang kita ambik. pilih masa belajar, pilih Doktor mengajar.
tapi yang best belajar tahun 1 dan 2 dekat IKIP, kelas sama-sama, pensyarah sama-sama, belajar sama-sama, nak buat stdy group mudah sikit, nak share nota, semua-semua oklah.
kalau masuk ikip ni confirm ke boleh pergi jordan???lepas spm terus masuk ikip eh???berapa bulan kena buat kursus bahasa arab??
insyaALLAH, kalau tak boleh bukan sebab IKIP, tapi sebab diri sendiri tak nak belajar or tak boleh bawa subjek.
kursus Bahasa Arab selama 4 bulan, kemudian daftar tahun 1,
dari segi pengiktirafan macam mana pula?yang belajar ikip ni dianggap lepasan ikip ke lepasan universiti yarmouk
kursus ekonomi islam di ikip ni dapat pengiktirafan tak?laku ke tak lepasan ikip?
sekadar bertanya je
bila settle pengajian 4 tahun (2 thun IKIP dan 2 tahun Yarmouk), sijil yang anda akan dapat adalah ijazah dari yarmouk. sebenarnya, bila dah daftar di IKIP dah thun satu di Yarmouk, cuma ‘tumpang’ belajar sahaja di IKIP, silibus, soalan semua dari yarmouk.
kos ini ada dapat pengiktirafan dari LAN. insyaALLAH laku, lagipun jordan adalah antara negara yang kerjaan msia hantar pelajar. JPA pun ada.
bila dah ada ijazah, nama ikip seolah-olah tiada pun..:) anda graduan Yarmouk.
ok..terima kasih banyak terhadap penjelasan yang diberikan..maaf kerana banyak bertanya..nanti kalau ada apa-apa lagi saya akan tanya lagi..memang banyak membantu..
sama2…tak susah pun lah, yang mana tahu, saya jawab.
semoga menjadi pelajar cemerlang! bangunkan ekonomi islam di Malaysia…:)
all the best~
salam. sy dri terengganu. biasiswa dari yayasan terengganu dibekukan. selaian dari yayasan terengganu, mna lagi sy boleh mintak? sy C+ BI. B+ BA. kalau mintak IKIP, confirm dapat ke? tak perlu isi KPT uni Jordan atau lain2? brape orang IKIP akan ambik? berdasarkan ape? result SPM smata2 ke? mksdnye, dari segi ko-kurikulum pn diambil kira?
wslm. subhanaALLAH, banyak soalan yea.:) insyaALLAH saya cuba jawab apa yang saya tahu, dan berdasarkan pengalaman yang ada dahulu.
untuk bahagian pinjaman, selain yayasan negeri masing-masing, MARA juga ada memberi tajaan. Kalau yang terus sambung tanpa belajar 2 tahun di IKIP, Bank Negara dan JPA juga ada memberi tajaan kepada pelajar-pelajar ini.
mungkin adik boleh meminta dengan majlis agama islam negeri (untuk bahagian zakat ibnu sabil). setakat ini sahaja pengetahuan mengenai tajaan.
bahagian pendaftaran, saya tak boleh juga kata ‘confirm’ dapat masuk ikip bila minta, semuanya ada tapisan dan terpulang kepada IKIP sendiri. tetapi, untuk masuk ke program ini, pelajar yang memohon akan ditapis, andai disenari pendek, akan ada temuduga bersama pihak ikip dan yayasan pahang (untuk orang pahang) bagai tajaan MARA atau JPA, begitu juga.
setahu saya, IKIP tidak menghadkan kemasukan, cuma yang hadkan adalah penaja. tajaan akan menimbangkan sama ada calon layak atau tidak untuk ditaja dalam program tersebut.
berkaitan kemasukan ke IKIP, adik boleh ke laman web ikip atau telefon nama-nama di web untuk lebih pencerahan. sebab saya sekarang sudaj tidak tahu procedures dan requirement dari pihak IKIP. saya tidak bekerja disana. apa yang saya tahu, sudah diperjelaskan diatas.
berkaitan tajaan, adik boleh juga cuba di mana-mana agensi yang ada menawarkan tajaan, seperti BNM,JPA, MARA, Securities Commission, mungkin Bank-bank terpilih yang ada menawarkan tajaan. (kena search lebih).
apa-apa pun saya ucapkan tahniah! selamat memasuki alam pengajian tinggi yang awesome!
assalam,kak, kak dah pergi jordan k, tajaan k ape, ekonomi islam ni ade math x , klun bleh tlg cerite subject dekat ikip
Salam dik, akak dah balik dari jordan pun, dh 2 tahun dah. Akk pergi sana tajaan Yayasan Pahang.
Ada je subject math, cuma tak banyak.
masa akk belajar dulu, nie subjectnye, skrng akk tak pastilah mcmana kan.
sem 1
Ulum Quran (BA)
Sunnah Nabawi (BA)
Islamic economy (BA)
English (BI)
Madkhal ila tasri’ (BA)
sem 2
Tilawah (juzu’ 29 & 30) (BA)
Akidah (BA)
Fiqh Muamalat 1 (BA)
Macroeconomics (BI)
Accounting (BI)
sem 3
Dakwah (BA)
Arabic Language (BA)
Computer Application (BI)
Microeconomics (BI)
English 2 (BI)
sem 4
Islamic Economy theory (BA)
Iqtisod duali (BA)
Public Finance (BA)
Tarikh Fikr iqtisod (BA)
Qawaid Fiqh 1 (BA)
nie yang semasa belajar kat IKIP. nampak macam susah je dan taff, sbb banyak bahasa arab, tetapi jangan risau, insyaALLAH boleh bawa subject nie.
pensyarah2 IKIP sangat baik dan banyak membantu dalam pembelajaran. Masa akak dulu, lepas kelas pun boleh nak belajar lagi.
Masa ini juga boleh biasakan diri sebelum terbang ke jordan terus menatap kitab arab. Kira persediaan metal lah juga. supaya nanti tak terkejut.
subject mungkin dh bertukar sikit sekarang.
All the best yea..:)
kak,Qawaid Fiqh tu apa?
Qawaid Fiqh tu, kaedah-kaedah fiqh.
contoh qawaid fiqh: Al aslu ibahah -setiap sesuatu itu harus, melainkan ada hukum yang mengatakan ia haram.
qawaid fiqh- la doror wa la diror- tak boleh mudarat dan memudaratkan.
salam..kak.after persediaan kt ikip…n kite amik kos syariah…kt jordan t kite msok universiti ape?
salam..kak boleh x akak cerita pasal pengajian dlm bidg syariah kt ikip~jordan?n pendapat @saranan…syukran
kak,keseluruhannya la kan,2 tahun belajar di malaysia dan yarmouk,berapa juzu’ al quran kena tasmi’ dalam tempoj itu
wslm. persediaan kat IKIP adalah persediaan Bahasa Arab, iaitu, kursus Bahasa Arab (KIBA) di kolej IKIP.
kemudian, setelah lulus kursus tersebut, adik akan terus daftar tahun 1 di kolej IKIP dan dalam masa yang sama tahun 1 di University Yarmouk.
adik akan ambik kos Shariah, pengkhususan ekonomi dan perbankan Islam.
all the best yea…:)
Wslm adik hanum.
Program berkembar IKIP + University Yarmouk (2+2) dalam bidang Shariah, pengkhususan Ekonomi dan perbankan Islam.
Sebagai bekas pelajar, akak merasakan kos ini adalah kos yang penting dan mempunyai market yang tinggi dalam pasaran kerjaya. Insha ALLAH.
dalam kos ini, kita akan belajar basic Shariah law, fiqh muamalat dan ilmu-ilmu berkaitan dengan ekonomi dan perbankan.
Dalam kos ini mempunyai banyak cabang yang boleh di gali.
Saranan akak, memang tak rugi untuk ambil kos ini. Ia sangat seimbang antara ilmu-ilmu ‘kerjaya’ dan juga ilmu-ilmu agama.
Semoga ALLAH mudahkan adik untuk membuat pilihan.
Quran tak banyak pun.
6 juzu’ sahaja
Seriuosly, masa mula-mula tahu dulu, akak pun rasa macam tak sanggup dan susah je. Tapi bila hadapi, Rasa setiap sem nak ambik subjek hafazan.
Boleh hafal sikit-sikit. mula dengan juzuk 30 dan 29.
untuk semester lain 28 dan 27. dan last sekali 26 dan 25.
Masa akak belajar dulu. Sem senang nak score adalah sem yang ada subject hafazan.
Kalau adik dah hafiz(ah) mestilah lagi mudah. inshaALLAH.
All the best, have faith!
salam,kAK, ade tak pinjaman ptptn , klu ade dier bagi hingga kat jordan k, mcm mane nak mintak pinjaman mara,
assalam, sye dah dapat untuk program ni, tp masalah nye , pinjaman tak tahu nak mintak kat mane, klu bleh tlg citer ckit psl pinjaman kat mane sye bleh mintal, syukran. jazakaallah bikhair jaza’
Waalaikumussalam dik.
setahu akak, seornag senior kami ada dapat PTPTN, cuma sementara di Malaysia sahaja, di Jordan tiada.
Nak minta mara, cuba masuk ke laman web mereka, cuma kena pastikan bila tarikh tutup permohonan. Mungkin boleh tanya pada kawan-kawan atau saudara mara yang pernah dapat Mara nie.
all the best yea..
Waalaikumussalam. Kalau adik orang pahang, minta pada yayasan pahang. InsyaALLAH boleh dapat.
Selain, yayasan pahang adik boleh minta di JPA, MARA, Securities Commission, Yayasan Negeri, Bank-Bank yang ada tajaan. Yang nie kena banyak buat research dan terus contact dengan key person. Usaha kena lebihlah sikit kot.
Apa-apa pun, selamat yea.
Semoga berjaya.
salam..kalau ambil bidang syariah ada bright future for career tak berbanding ekonomi dan perbankan islam?
Wasalam.
how can i define ‘bright future’ from your understanding dear?
adakah maksud adik, akan dapat kerja? gaji beribu-ribu dan kaya? Kalau itu, tak perlu lulusan Shariah, SPM pun cukup, janji usaha lebih.
bukti seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari.
Adik, satu nasihat akak, belajar bukan hanya untuk bright future dunia dan kerjaya, tetapi untuk bright future di alam sana. Belajar Shariah, amalkan dan sampaikan, insyaALLAH boleh dapat bright future.
Belajarlah kerana ALLAH. Nak tahu ilmu ALLAH, nak kenal ALLAH dengan lebih dekat dan nak ‘bantu’ agama ALLAH.
tak kisahlah kita bidang apa, graduan mana, kita bukan siapa-siapa kalau tak amalkan apa yang kita belajar.
last, bright future tu terlalu subjective adik. Dan bergantung kepada difinisi masing-masing.
macam mana ni kak .. 4 tahun di Jordan ?? Diploma and Ijazah sekali ker ?? kalau saya mohon tahun ni kira2 tahun bila saya boleh habis belajar ?
kan 4 tahun pengajian ni, seandainya ada gagal kena repeat balik kan ?
salam adik amirah.
engajian ijazah sarjana muda 4 tahun. 2 tahun di IKIP dan 2 tahun lagi di jordan. kalau tahun nie, selepas 4 tahun, adik dh boleh habis belajar.
Andai ada gagal dalam subjek, boleh diulang semula subjek tersebut.
Tapi, insyaALLAH boleh lulus semua. Janji rajin usaha, fokus dan datang kelas.
Assalamualaikum akak,kos akak ni Fakulti Pengajian Islam-Ekonomi dan perbankan Islam ke?sy cume nk kepstian sebb sy bermint dengan kos ini..
saya apply mara tuk perbankan di jordan..adakah sme dengan kos yg akak bljr dulu ni?
sya confius,tkut tak sme..
Wslam nurul. kos akak nie Fakulti Shariah, jabatan Ekonomi dan perbankan Islam.
Setahu akak, kalau kat jordan yang ada tawar kos perbankan islam dari mara memang kos ini sahaja. tetapi, ini beberapa tahun lepas lah, tak tahulah jika ada pertambahan kan.
insyaALLAH, doa-doalah sama.
selamat yea adik! All the best…:D
salam..akak nk tnye..btol ke ikip dh ttp pogram bersama dgn uni yamrouk nie?? untuk kemasukan jun 2012…sy nk sngat msok yg nie..cmne ek??:’(
Wslm. Erm…akak tak pasti dh tutup atau belum. Tapi kemasukan untuk Kurus Intensif Bahasa Arab dah nak mula. Kalau betul-betul nak masuk, mungkin adik boleh buat rayuan kot. Akak pun tak pasti macamana. Sebab akak hanya bekas pelajar, jadi tak berapa tahulah apa yang berlaku sekarang.
maaf tak dapat membantu.