~ selamat tahun baru 2013 ~

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Dengan nikmat Allah kurniakan, diri bersyukur tidak terhingga. Moga rasa syukur ini kekal ada dan sentiasa bertambah dengan banyaknya.

Dengan segala nikmat yang diberikab, apakah kita tidak mahu bersyukur?

Tahun baru 2013 bermula esok. Selamat tinggal 2012. Segala duka dan ceria, gembira dan tawa, duka dan sengketa dunia kini hanya tinggal kenangan dan sejarah. Moga sejarah yang baik bisa diulang dengan lebih baik dan kepahitan masa lampau dijadikan iktibar untuk menjadi lebih baik.

Subahanaallah..teringat azam 2012, senarai pencapaian yang ingin di capai. Ada yang ingin dicapai tetapi belum diizinkan Allah, ada yang telah diizinkan Allah. Dan alhamdulillah ada yang azam 2013 diawalkan pada tahun 2012. Semuanya dengan izin dan kuasanya. Ala kulli haal..Alhamdulillah.

Setiap 1hb setiap bulan adalah hari yang istimewa. Hari ulang bulan dan ulang tahun penyatuan hati 2 insan yang saling tidak mengenali menjadi suami isteri.

Selamat ulangbulan awak! Haha. Sebulan dua ingatlah nak ucapkan..tapi bila dah lama belum tentu. Tetapi akan diusahakan. Insyaallah.

Sebenarnya, diri kadang-kadang masih tidak percaya yang diri sudah berkahwin dan mempunyai tanggungjawab yang besar. Manakan tidak, perkenalan yang lebih kurang 3 bulan, kami sudah sah bergelar suami isteri yang sah.

Perancangan Allah itu sangat baik. Allah memakbulkan doaku supaya ditemukan dengan suami tanpa bercinta sebelum perkahwinan. Perkenalan kami sedari awal lagi adalah dengan tujuan perkahwinan.

Diperkenalkan oleh rakan kami yang sangat berusaha untuk memperkenalkan kami seawal diri pulang ke malaysia. Tetapi sentiasa diberi alasan dan mengelak. Sehingga pada satu masa terdetik, raikanlah sahabat yang berusaha, mana tahu ada hasilnya. Alhamdulillah.

Berniat mahu mencatat momen-momen bersejarah perkenalan kami, insyaallah sebagai kenangan dan mungkin ingatan buat kami.

Tetapi bukan sekarang. Masih belum bersedia sepenuhnya. Hehe.

Apa pun, selamat datang 2013. Moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Moga tahun ini makin dekat dengan Allah. Moga tahun ini lebih cinta pada Rasulullah. Moga tahun ini lebih banyak berbakti pada mak dan keluarga. Moga tahun ini diri menjadi lebih solehah.

Dan moga dari awal perkahwinan hingga ke akhirnya, diri mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang solehah. Sayap kiri rijal dakwah. Penyejuk hati suami yang sabar. Moga perkahwinan ini kekal sampai syurga. Ameeeen.

image

Awak, terima kasih kerana jadi suami saya. Doakan saya jadi solehah untuk awak dan anak-anak kita. Pimpin tangan saya menuju syurga yea.

Terima kasih ya Allah. Moga sesiapa yang membaca juga dikurniaakan Allah rasa tenang dan bahagia, dimudahkan urusan berumahtangga dan didalam berumahtangga.

Allah plans Best dan His is the Best Planner. Subahanallah.

Ilahi, anta maqsudi wa ridoka matlubi.

~ Majlis penyatuan dua hati ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani

Alhamdulilla
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Dengan berbesar hati, saya dan keluarga menjemput anda, untuk meraikan majlis perkahwinan saya dan kakak saya pada 2 Disember 2012, tertempat di Taman Sri Kerinau, Temerloh, Pahang.

Sesungguhnya kami berharap dengan kedatangan pihak anda akan memeriahkan dan menceriakan lagi majlis kami.

Di samping itu, doa dari pihak anda amat-amat kami harapkan.

Semoga rumah tangga yang bakal di bina ini berlandaskan syariatullah dan menjadi medan kebunan pahala untuk kami.

Semoga majlis yang akan berlangsung berjalan lancar aebelum, semasa dan selepasnya.

Semoga percintaan halal ini dirahmati dan sehingga ke syurga firdausi.

Moga Allah melimpahkan sebanyak-banyak rahmat dan kasih sayangNya untuk kita semua.

image

~ recharge ~

image

Dengan nama Allah yang Maha Pemberi Rezeki

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…

Antara nikmat selepas nikmat iman dan islam adalah nikmat dikurniakan sahabat yang baik -imam syafie-

P/s: rasa muda dan jadi muda bila dikelilingi oleh orang muda🙂

Recharge semula semangat yang kendur…membungakan ukhuwah supaya subur.

~ Bila terasa Rindu…~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Mengasihani dan Menyayangi HambaNYA..

Allah, Allah, Allah…

Rindu sangat. Rindu sampai boleh menangis. Menangis dengan sedu sedan. Sungguh! Rindu itu sangat sakit…

Inilah bercinta jarak jauh. Moga ALLAH kuatkan.

Asyik teringat akan Anisah Nabilah dan Syiria. Moga ALLAH pelihara mereka, amankan tanah berkat itu. Kalah dan jatuhkan Bashar Asad!

Saya hanya ada doa untuk mereka. Tabahkan hati mereka ya ALLAH, lindungilah anisah, keluarga anisah, syeikh dan keluarga syiekh dan semua umat Islam ahli sunnah wa jamaah di sana ya ALLAH.

Tenangkan hatiku disini. Sungguh, moga dapat ku jejaki tanah Syam lagi untuk mengubat sakit rindu ini. Berjumpa anisah.

~ Selamat 2 tahun kembali ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah wa thumma Alhamdulillah.

Genap 2 tahun kembali ke Malaysia. Genap 2 tahun memendam rasa rindu disini. ALLAH….

Amankanlah disana, kurniakankan kemenangan yang Besar pada mujahid-mujahid itu. Sabar dan tabahkan hati mereka. Kurniakanlah darjah ketinggian atas kesabaran dan kesusahan mereka ya ALLAH.

Cukup juga 24 tahun usia diri. Hampir suku abad menumpang di dunia. Sentiasa perlu tabah dan harus tingkatkan usaha. Untuk meraih redha yang Esa.

 

 

p/s: baby mardiah nak lahir ke dunia. Moga semuanya baik-baik. Teruja nak dapat anak sedara lagi!🙂

Ramadan dengan rindu itu sinonim, Ramadan dengan ujian juga sinonim. ALLAH…Aku tahu KAU takkan bebankan hambaMU dengan bebanan yang tak terdaya ditanggung, Ku minta, tebalkan imanku, sabarkan hatiku, izzahkan jiwaku ya ALLAH. Moga dipermudahkan urusanku di dunia dan di akhirat. Moga ini yang pertama dan terakhir untuk menuju keredhaanMu ya ALLAH.

Alhamdulillah, sasaran Ramadan telah terlaksana, impian setahun yang dulu. Alhamdulillah. Moga tahun hadapan terlaksana lagi dan makin bertambah. Dan terus istiqomah walau bukan dalam bulan Ramadan Kareem ya ALLAH.

Cuti raya paling lama dalam sejarah. Dan yang paling bahagia adalah, sama jumlahnya dengan cikgu-cikgu sekolah. Kali ini, tiada cemburu pada mereka. Haha. Alhamdulillah 11 hari cuti. Untuk bergelumang dengan periuk belanga, cuci-mencuci, kenduri-kendara. Tapi tak apa, sekali-sekala kan? Hehe.

Maaf blog, tak tertaip cerita-cerita. Moga-moga entry seterusnya tak sampai 2 bulan baru ada. Hahaha.

Selamat memburu Lailatul Qadar. Disaat pecutan gear terakhirnya. Biar lending baik, Moga-moga amalan kita diterima ALLAH. 

Dah tak rasa akan update dalam masa terdekat (tak tahulah kalau TERajin nanti kan). Jadi, ingin ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Moga ALLAH terima amalan kita semua, Moga amalan-amalan di bulan Ramadan yang mula terus kekal untuk 11 bulan yang akan datang. Ameeenn~

Sampaikanlah kami Ramadan tahun hadapan ya ALLAH.

Ilahi, Anta Maqsudi, waridoka matlubi. 

 

 

 

 

 

~ TER-update-lah! :) ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Memberi Rezeki.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Bersyukur dengan semua nikmat yang ALLAH berikan, terutama nikmat Iman dan Islam. Segala puji kepada ALLAH dan Rasulullah.

Saya seorang pem-blog yang sangat ‘berjaya’ agaknya. -berjaya dengan erti kata berlawanan-

Cerita bulan April dan Mei. 

 

April 2012. 

Seperti biasa untuk orang yang bekerjaya adalah kerja, kerja dan kerja. Beberapa Guidelines perlu disiapkan dan dimulakan. 

Abang susuan merangkap sepupu telah berkahwin. Alhamdulillah. Sangat lama rasanya tidak berjumpa dengan beliau, dan pastinya beliau sangat tinggi. Dan sudah tidak ‘comot’ macam kecik-kecik dahulu. Sekali berlangsung perkahwinan bersama kakaknya.

Terasa diri sangat ‘comel’ bila beberapa orang tanya : sekarang belajar dimana?: – haha – 

Akhir bulan April, ada pesta buku. Alhamdulillah ini kali pertama menghabiskan waktu kurang dari 2 jam di sana. Selalu seharian meronda mencari buku, tetapi kali ini telah listkan beberapa senarai yang boleh dibeli. Mengapa ‘boleh’? Sebab sebelum ini sudah beberapa ke pesta buku mini dan sudah agak memborang. Jadi, supaya tidak membeli mengikut nafsu dan melulu, senarai perlu ada untuk membantu.

Dalam senarai hanya 3 buah buku sahaja. Dan seperti biasa, dapat bawa balik 6 buah buku. 2 kali ganda dari senarai yang dibuat. Tahniah! haha.

Tahun ini, tiada buku-buku ‘berat’ yang dibeli. Semua berkisar dengan novel. Novel sejarah dan novel islamik. Sudah habis 2 novel dalam 2 minggu ini. 

1) Sunan Musafir -Ramlee Awang Mursyid. -novel ini sebenarnya tak masuk dalam list, terlihat di booth karangkraf masa perjalanan balik, ada orang pegang buku ini. Apa lagi, terus masuk dan  beli. Sekali ada RAM tengah melayan peminat. Ambik gambar dan balik. Gembira rasa sebab berlaku yang tidak disangka.

2) Mustapha Kamal Atartuk – Abdul Latip Talib. Buku ini list dari tahun lepas. tetapi selalu tak jumpa dan kalau ada sudah kehabisan stok. Masa sampai di pesta buku, buku ini yang dicapai dahulu. Puas hati.

3) Said Badiuzzamn An-Nursi- Abdul Latip Talib juga. Novel ini bari tahu dari facebook Pak latip dan terus rasa nak beli. Masa sampai buku ini  hampir habis. Alhamdulillah sempat rembat. Dan masih belum baca lagi.

4) Saad bin Abu Waqas. Teruja dengan sejarah, dan nak kenal tokoh ini. Belum dibaca lagi dan tak sabar nak baca.

5) Cinta High Class, Fatimah Syarha Mohd Nordin. Nak bercinta secara high class, jadi belilah buku ini.

6) Lentara Cinta Albaicin- melihat-lihat novel yang ada, terpegang novel ini dan lihat sinopsis cerita tentang Al-hambra sebagai latar tempat. Dan, belum sempat habis sinopsis dibaca, terus rasa nak beli dan bayar. Novel ini dalam proses dikhadamkan. Latar tempat yang membuatkan tak jemu untuk teroka. Sungguh, berdoa sentiasa supaya ada rezeki kaki berpijak dibumi Andalus nanti. Mana tahukan, untuk bulan madu ke? Hahaha. Ameeenn~

Sebelum ke pesta buku, Kami (se)famili bercuti di Kuching Sarawak. ALhamdulillah, setelah 1 tahun lebih tidak bercuti dan berjalan-jalan, masih ada peluang bercuti bersama keluarga. Dan paling best bersama iman yang sangat hero! 

Imageok. Dia sangat awesome! haha

Dan pada tarikh kami terbang ke Sarawak, Bersih 3.0 pun berlaku di Malaysia tercinta ini. Tak komen banyaklah, Baca sahaja berita yang ada, Jangan percaya semua dan jangan tolak semua. Baca dua-dua belah aliran pemikiran, kita pilih yang mana berkenan. Isu menipu dan tertipu diri sendirilah tanggung.🙂

Mei 2012

Alhamdulillah. Sudah habis tempoh berpantang (Probation) dan sudah menjadi staff tetap disini. Fokus, Fokus dan Fokus. 

Bila bercuti atau berada dirumah, sangat bersemangat untuk buat kerja. Plan begitu begini untuk meningkatkan produktiviti bekerja. Tetapi bila sampai di pejabat, entah manalah semangat itu tertinggal. Mungkin dalam train kot! 

Kerja memanglah kerja, cuma semangat yang makin menurun membuatkan kepuasan juga menurun. Tentulah produktiviti menurun. Hmmmm~ Planning untuk ambil block leaves, bagi rehat minda dan badan. Cuma tak tahu bila.

Alhamdulillah, urusan pembelian rumah juga sudah selesai. Tunggu siap dan boleh buat kenduri. Yea, kenduri naik rumah. Hehehe.

Bulan ini ramai akan kahwin. ramai sebab ada minggu yang bertindih. tetapi tak boleh pergi sebab sudah ada program lain. 

Super Parents di Putrajaya. Tak sabar nak pergi. Teruja!🙂 Kali ini pergi berdua sahaja. Dengan Anis. Bolehlah ‘tumpukan perhatian’ lebih sedikit. Hehehe.

Campur-campur

Isu tahanan penjara Palestine yang mogok lapar untuk mendapatkan hak sepeti tahanan yang lain dan yang sepatutnya dapat sebagai tahanan. Saya sangat kagum dengan semangat yang ada pada setiap jiwa kental rakyat Palestine. ALLAH, berikan aku juga jiwa begitu. Kaum keluarga yang bersatu serta zuriat keturunan dari rahimku yang berpadu membatu mereka disitu. Ameeennn~

Jujur kata, tak suka dianggap ‘jual mahal’ dan ‘memilih’. Dan tidak memberi penerangan dengan tujahan tersebut. Kan elok bila difinisikan maksud yang anda cakap secara literal dan konseptualnya. brulah sama-sama faham, sama-sama berubah kan? huh!

Bosan dengan suasana ‘politik’ di Malaysia. Tiada isu yang membuatkan kita rajin membaca dan membuat kajian. Dan diri sendiri juga terikut dengan kebosanan untuk melihat dari sudut yang berbeza, sudut yang membuka minda dan menggerakkan sel untuk berfikir. Ini adalah tindakan yang kurang bijaklah aini! -apalah yang dibebel nie?-

Mereka yang sudah grad dan bakal grad yang mahu berkerja dan bekerjaya sebagai ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ bank, siapi diri anda dari semua segi. SEMUA segi. Dan selalulah jangka apa yang tidak pernah terjangka. 

16 Mei adalah hari guru. Selamat hari guru untuk semua guru-guru yang pernah mengajar secara langsung dan tidak langsung. Guru pada pelajaran, pengalaman dan kehidupan. Terima kasih! Meriah jadi guru ini.

oh, selain kerja bank, saya juga seorang guru. Guru sambilan. Eh, guru sepenuh masa tetapi tidak secara formal. (hmmm…)

ok, begini, Bila waktu kerja saja sebagai banker, bila habis kerja dan malam hari saya jadi guru. apa? GURU? Satu pekerjaan yang dulu cuba sangat-sangat-sangat untuk di elak. Tetapi teringat kata-kata Syahida bila turun dari tangga rumah Syeikh Kuraim setelah mendapat sanad bacaan Quran yang menyatakan ini (sambil pegang dan angkat sijil quran yang besar kad manila) Amanah Masyarakat!. Wajib untuk ajar dan sampaikan. maka, saya cekalkan jiwa dan kuatkan badan untuk menjadi Guru. Yeah, walaupun bukan sepenuh masa, Saya harap adalah nilaian ALLAH pada usaha yang ciput ini.

Siang bekerja, malam mengajar, Saya juga mahu sambung master. Saya rasa saya sibuk, tapi saya rasa banyak masa yang terluang. Saya tidak rasa inifiniti kepuasan pada masa seperti yang saya rasa dulu-dulu. Mungkinkah ini tanda masa semakin tidak berkat? Hmmmmm~

Oh, saya juga ada hobi baru. Berquilling. tengok junior post-post dalam Fb hasil kerja beliau, dan search dalam Youtube tutorialnya, dan search dalam blog untuk dapatkan materialnya. Dan adalah juga hasil sikit-sikit. Isi masa lapanglah konon. Konon-konon je lah!

Saya tak nak jadi materialistik. tak mahu sangat-sangat-sangat. Tetapi sejak kerja nie, saya nak ada rumah, nak ada kereta, nak ada iphone atau samsung notes, saya nak TV LCD, saya nak DSLR, saya nak handbeg baru, kasut tukar-tukar, baju lain-lain. Aiissshhh~ Semua nak lah. Salah kerja ke salah nafsu nie? Haha. tapi saya tahu, rezeki yang kita dapat, ada bahagian orang lain juga. Inilah yang saya kena ingat dan mesti selalu ingat. Jangan boros aini.🙂

Nak nye lah DSLR tu……nak tu macam nak makan maqlubah, teringin dan mengidam, cuma saya taklah sampai nak makan DSLR yang dapat tu nanti kan. Haha.

Orang kata, kalau tak cukup duit, maknanya adalah tempat-tempat yang kita buat tak bersungguh (Kurang berkat), jadi, kita kena banyak menderma dan bersedeqah.  :) agaknya saya belum lagi ni.😦

 

 

 

p/s: banyaknye cerita diri sendiri. Moga-moga adalah manfaat dikongsi. Kalau tak puas hati, kira ini adalah khilaf penulis sendiri.

p/ss: skill penulisan dan memang tak ada. Sehinggakan nak tulis proposal pun ambil masa berjam! Blog pon sama. Hmmmm~ Apalah yang meningkat? semua menurun je kan? eh! adalah, peningkatan Umur dan berat badan! haha

p/sss: orang yang saya admire dari 3rd year bakal berkahwin awal bulan depan (opsss~) saya admire je dia, tidaklah sampai jatuh cinta dan nak kahwin dengannya, tapi kalau jodoh ada, saya ok je. haha. Apa-apa pun, selamat berwalimah ‘senior!’ Bab kahwin nie memang selalu disusuli dengan kejutan. Nasib baik tak sakit jantung. Sememangnya jodoh itu adalah rahsia. RAHSIA besar dari TUHAN yang MAHA BESAR. Jadi kita juga mestilah bersabar besar-besar. (erk~ sabar besar tu macam mana?)

p/ssss: Siapa-siapa yang jemput walimah menerusi FB kan, Kalau nak jemput saya, saya harap sangatlah bagi msg juga di FB, sebab kalau event nie memang kurang nak pandang. 

oklah. lunch hour dah tamat, jom kerja. -ni sahaja time sempat nak blogging (update). Konon macam sibuk sangat je aini nie. huhuhu~

 

dan…Ramadhan is coming!!! SOON….:) sampaikanlah aku padanya ya ALLAH. ameeenn~