~modal insan pemacu pembangunan negara~

MODAL INSAN PEMACU PEMBANGUNAN NEGARA

Sekalung kasih saya hulurkan kepada saudara pengerusi majlis, salam penuh keadilan saya ucapkan kepada barisan panel hakim yang sentiasa bersama panji keadilan, salam penuh penghargaan kepada penjaga masa yang sentiasa peka bersama detik-detiknya, dan salam penuh ukuwah buat warga dewan sekelian. ASSALAMUALAIKUM…

PERDANA MENTERI MALAYSIA pernah berkata, kekuatan modal insan bermakna kekuatan tenaga kerja yang melibatkan semua lapisan dan semua sektor samada peringkat kepimpinan, pengurusan, kakitangan, dan banyak lagi. Dan cara inilah sahaja kita dapat menjadikan bangsa kita ada keupayaan dan kemampuan untuk bersaing dan sama-sama bina Negara maju.

Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa modal insan satu punca kekuatan yang boleh menjana kekuatan Negara, pertumbuhan ekonomi, transformasi budaya dan peningkatan tamadun Negara.


Datang hamba, datang bermakna,
Berdiri hamba, penuh bergaya,
Bukan untuk membuang masa,
Berkongsi ilmu itulah tujuannya.
 
Bersama angin yang menderu, bersama nafas yang menghembus, bersama hujah yang kukuh , hayatilah

MODAL INSAN PEMACU PEMBANGUNAN NEGARA
Sebelum madah bersulam indah, sebelum fakta menyusur kata, izinkan saya mendifinisikan secara literal mahupun konseptual, agar yang kabur dijelaskan yang gelap diterangkan .

Merujuk Kamus  Dewan Edisi ke-3

MODAL: wang atau harta benda yang dipergunakan sebagai pangkal atau pokok untuk               berniaga
INSAN: manusia
PEMACU: perkakasan atau perisian yang menggerakkan perkakasan yang lain
PEMBANGUNAN: perihal membangun, usaha atau kegiatan membangun
NEGARA: suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu yang diperintah oleh sebuah kerajaan .

Terang lagi bersuluh bahawa takrif secara konseptualnya adalah modal insan merupakan suatu harta yang dimiliki oleh manusia untuk mempertingkatkan nilai diri, manakala  pemacu pembangunan Negara adalah  alat untuk mencapai kemajuan


Jelaslah bahawa modal insan menjadi tulang belakang untuk mencapai pembangunan Negara. 
Rmk-9 telah meletakkan beberapa fasal yang harus direalisasikan alam tempoh 2005-2010. Antara cabarannya ialah memperkasakan modal insane. Fasal ke-2 bab yang ke 11, menyatakan pembentukan modal insan amat perlu untuk menjamin kemajuan Negara pada tahun 2020.
Bagaimana untuk membentuk modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang?

Pragmatic saya yang pertama ialah
PEMBANTUKAN KEPERIBADIAN

Modal insan tidak akan menjadi kenyataan jika peribadi seseorang itu tidak utuh. Kemunculan Negara industri pada tahun 2020 perlu diiringi dengan kemunculan masyarakat yang memiliki keperibadian tinggi selaras dengan keperluan Negara industri iaitu memiliki keyakinan diri, mampu bersaing,  dinamis dan mempunyai sifat-sifat untuk mengejar kejayaan.

Cabaran wawasan 2020 yang ke-2  ialah

Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan  maju  dengan  keyakinan terhadap diri sendiri,  bangga  dengan  apa  yang  dicapai  serta  gagah    menghadapi  pelbagai masalah.  Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai  kecemerlangan,  sedar  semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa,  

Menurut Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya, pendidikan anak-anak dalam Islam, menyatakan, proses membentuk peribadi, ibubapa perlu menekankan beberapa perkara seperti pendidikan keimanan,moral, jasmani, dan nilai-nilai murni.
ciri-ciri biologi yang diwarisi, persekitaran fizikal dan budaya merupakan antara factor pembentukan keperibadian.

 

Dengan berpandukan kepada modal insan, masalah gejala sosial dan keruntahan akhlak dapat diatasi, dan, Malaysia akan menjadi Negara maju dengan acuan sendiri.
Jelaslah pembentukan keperibadian yang unggul membawa kepada pembentukan modal insan dan seterusnya memacu pembangunan Negara.
 

Pragmatik yang kedua
Modal dapat dibentuk melalui ilmu pengetahuan
ilmu pengtahuan melahirkan manusia yang unggul dan seimbang serta harmonis dalam pelbagai aspek.  

Bajet 2007 memberi peruntukan besar kepada pembangunan modal insan iaitu sebanyak 21 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan, daripada peruntukan RM33.4 bilion RM12.9 billion dikhususkan kementerian pelajaran, manakala pengajian tinggi (RM10.4 bilion) dan selebihnya untuk program latihan.

 Jika ilmu pengetahuan sudah mantap, sudah pasti ekonomi Negara akan mampan. Antara teras RMK-9 ialah Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.

Tun Dr. Mahathir mohd pernah menyatakan bahawa, Malaysia harus maju, bukan hanya dari dimensi ekonomi, malah hendaklah menjadi satu bangsa yang sepenuhnya maju dalam dimensi  dalam erti keadilan sosial, kestabilan poltik, sistem pemerintahan, mutu hidup, kebanggaan nasional  dan keyakinan diri.

Jelaslah ilmu pengetahuan dapat memantapkan ekonomi, sosial, dan politik seterusnya memacu pembangunan Negara selaras dengan Wawasan 2020.

Pragmatic yang ke-3


Pembetukan modal insan yang berkemahiran tinggi.

 

Kemahiran amat penting dalam proses memajukan Negara. Kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis amat membantu memacu pembangunan Negara kepada yang lebih efiyen.
 Pengetahuan luas dalam pelbagai bahasa membolehkan individu mengetahui lebih banyak ilmu pengetahuan.

A.S. Horby dan E.C. Parnwell dalam The progressive English Dictionary mendifinisikan bahasa ialah perkataan atau pertuturan yang diterima dan difahami oleh satu bangsa atau Negara.

bahasa juga berfungsi sebagai alat penyebaran dan pengabadian ilmu pengetahuan dari masa ke semasa.Selain itu, bahasa juga adalah medium diplomasi dan perantaraan untuk manusia.

Tanpa bahasa, individu tidak akan mampu berfikir secara kreatif dan kritis dan pemupukan minda kelas pertama tidak akan wujud sama sekali.

Mantan Perdana Menteri pernah menyatakan bahawa, kekreatifan merupakan kekuatan yang mutlak. jika kita menggunakannya dengan baik, kita akan bersedia untuk menghadapi cabaran dari dalam dan luar, dan jika kita sentiasa sanggup memperbetulkan kesilapan kita, kelemahan dalam menuju matlamat pasti tiada.

Kemahiran komunikasi dan berfikir secara kreatif dan kritis dapat membina individu yang memiliki minda kelas pertama selaras dengan nilai modal insan yang mampu memacu pembangunan Negara

Pragmatic saya yang ke-4
Modal insan yang memiliki akhlak yang terpuji.
Jujur, amanah, bersifat kemanusiaan, bekerja sama adalah antara akhlak yang unggul. Akhlak yang tinggi yang dimiliki oleh individu merupakan asset  yang penting kepada Negara. Akhlak yang unggul melahirkan individu yang progresif, dan beperanan positif dalam dimensi pembangunan Negara.

Kemajuan Negara tidak boleh dicapai andai rakyat memiliki akhlak yang buruk seperti rasuah, pecah amanah, zalim dan seerti dengannya. Keutuhan akhlak akan mewujudkan tamadun manusia yang komprehensif,dan  inovatif.

Cabaran wawasan 2020 yang ke-4 ialah Mewujudkan masyarakat  yang  sepenuhnya  bermoral  dan beretika tinggi,  yang mana warganegaranya kukuh dalam  nilai agama, dan  kejiwaan  dan   didorong  oleh tahap etika  paling tinggi. 

Isu utama Perdana Menteri ialah sifar rasuah. Beliau menyatakan bahawa rasuah adalah bacteria dalam Negara. Ia akan menghapuskan Negara secara sedikit demi sedikit. Jika tidak diubati ia akan menjadi barah dalam masyarakat. Akhlak yang unggul amat memberi kesan kepada proses pembangunan Negara.

Menjadi Negara maju dengan acuan sendiri amat sukar andai rakyat tidak memiliki akhlak yang baik. Ternyatalah bahawa akhlak yang unggul merupakan  antara cabang modal insan sebagai pemacu pembangunan Negara.

Pragmatic saya yang ke-5 
Modal insan yang memiliki bakat kepimpinan
 
Bakat memimpin adalah kelayakan mejadi seorang pemimpin dari segi mental yang baik dan moral yang unggul. Kerana semua agama mengutamakan nilai-nilai ini sebagai pemimpin termasuk islam .  pemimpim yang baik adalah seorang yang positif, dan boleh menerima kritikan selain mempunyai idea yang bernas.

Imam Ghazali menggariskan beberapa ciri pemimpin, antaranya ialah mempunyai intelek yang tajam, berpengetahuan dan berfungsi, mempunyai keberanian, sayang kepada rakyat, berpandangan jauh serta benar-benar berazam. Pandangan Imam Ghazali ini juga tidak bercanggah dengan pandangan sarjana bukan islam seperti Plato dan Confucius.

Pemimpin yang unggul akan memacu pembangunan Negara dengan lebih efisyen dan progresif.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang mafhumnya : sesungguhnya jawatan itu adalah kerugian dan penyesalan pada hari kiamat kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan penuh tanggungjawab

Hadis ini membuktikan pemimpin yang adil merupakan tunjang dalam sesebuah Negara, tanpanya Negara tersebut pasti  kucar-kacir dan tidak membangun. Nampaklah kita bahawa tugas pemimpin itu bukan mudah, malah amat berat sekali.

Jadi kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur dan berbangga kerana memiliki pemimpin yang berkaliber dan sedang berusaha untuk memajukan Negara. Modal insan tidak akan sempurna andai nilai kepimpinan tiada dalam diri individu. Jelaslah modal insan pemacu pembangunan Negara.

Pragmatic saya yang ke-6
Modal insan yang memiliki daya saing dan azam yang jitu

 

Keazaman untuk menjadi sebuah negara yang teguh, maju dan bersatu kekal utuh walaupun terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. Sehubungan ini, dasar dan rangka kerja pelaksanaan baru – Misi Nasional – telah disediakan untuk menggaris pendekatan yang akan dilaksana bagi mencapai wawasan dan matlamat negara dalam jangka masa 15 tahun yang akan datang.

Misi  Nasional ialah rangka kerja yang bertujuan memastikan usaha pembangunan negara menghasilkan impak dan prestasi yang lebih tinggi ke arah pencapaian Wawasan 2020. Rangka kerja ini disediakan atas kesedaran untuk mencapai status negara maju berasaskan acuan dan kemampuan sendiri,

Rasulullah pernah bersabda, mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai ALLAH berbanding mukmin yang lemah

Malaysia melaksanakan dasar dan program yang meningkatkan keupayaan bersaing di peringkat global; mengukuhkan perpaduan dan mengurangkan polarisasi kaum; melalui penyertaan oleh semua pihak dalam proses pertumbuhan yang produktif dan berdaya saing.

Memiliki modal insan yang mempunyai semangat untuk bersaing dan mempunyai azam yang jitu pasti akan membawa Malaysia kepada kemajuan yang lebih pesat dan mampan.

KESIMPULANNYA


1)  Dengan segala hujah saya yang kukuh, saya dapat merumuskan bahawa Dengan berpandukan keperibadian yang unggul, maka modal insane  mampu dilahirkan dan pasti wujud masyarakat yang bersdia untuk     mentadbir     Negara.

2)  Ilmu pengetahuan dalam bidang ekonomi, pendidikan dan segala cabangnya, pasti akan membawa Malaysia duduk sama rendah dan berdiri lebih tinggi dengan Negara yang lain.

3)   Kemhiran berkomunikasi dan berfikir perlu dipertingkatkan supaya Malaysia akan mencapai Negara maju pada tahun 2020.

4)    Akhlak yang unggul sebagai asset kepada Negara dalam pembangunan modal insane.

5)    Kepimpinan yang baik akan memastikan proses pembangunan Negara berjalan lancar.

6)     Nilai murni seperti daya saing dan azam yang jitu akan memantapkan lagi pembangunan Negara.

Jelaslah bahawa modal insane amat member kesan yang mendalam dalam proses pembangunan Negara.
Saya akhiri pidato saya pada hari yang mulia ini dengan serangkap  pantun,
 
Loceng disana sudah berbunyi,
Menjadi tanda suruh berhenti,
Salah dan silap harap dimaafi,
Semoga kita berjumpa lagi.
 
Wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum

 

 

=)) ini adalah teks pidato saya semasa menyertai pertandingan pidato karnival intelek kolej IKIP 2007.

sekadar berkongsi *sesuatu*, mungkin lepas ni ade *sesuatu* yang baru..ameenn 😉

 

 

 

 

*permulaan*

salam perkenalan kepad blog niey..

kenapa dinamakn niey~21??
atas dasar apa blog ini diwujudkn??
siapa penulis blog ini??
apakah kisah disebalik blog ini??
wujudkah harapan??

niey~21..banyak boleh diertikan. ini adalah blog yang wujud pada kurun ke 21..hehe..niey~21 juga sebagai nama pengenalan kepada aini yang nak memasuki umur yang ke 21..(patutnya dah matang) niey~21 juga adalah tarikh keramat kewujudan aini..hehe..apa lagi yea?? inilah idea pertama yang diilhamkan ketika memerah idea mencari nama..so.. letak n dirasakan ok aje..(ok ker?)hehe

atas dasar apa blog ini diwujudkan..sebenarnya sudah lama saya tidak menulis, sama ada artikel, esei, cerpen ataupun sajak. bukan ketiadaan waktu, cuma ketiadaan *sesuatu* untuk menguatkan saya untuk menulis.
semoga dengan kewujudan blog niey~21 ini akan menggalakkan saya untuk terus bekarya. rasanya minda ini juga sudah agak berkarat dan bersawang kerana sudah lama tidak *mengeluarkan sesuatu* darinya. semgoa blog ini juga menjadi satu medan kepada saya untuk menjadi lebih *rajin* dan memanfaatkan masa sebaiknya.insyaALLAH.

siapa penulis blog ini??hehe..biarlah rahsia..tak penting siapa yang berkata tetapi hayatilah kata-katanya..bukan bermakna kata-kata saya adalah yang terbaik, cuma jika elok, ambillah darinya, jika salah, diminta betulkan..

apa kisah disebalik blog ini?? saya ingin *menganugerahkan* sesuatu untuk diri saya. keutamaan untuk sekadar kepuasan peribadi yang sudah lama tidak menulis dan ingin menulis kembali. pertanyaan rakan-rakan lama yang ingin mengetahui perkembangan terkini diri saya, pendapat dan penilaian saya terhadap sesuatu juga antara kisah disebalik tabir blog ini. blog ini juga adalah medan untuk saya meluah, memberi dan meminta *sesuatu* kepada dan daripada pembaca.=)

harapan saya, agar saya sentiasa konsisten untuk terus menulis walaupun sekadar kosong-kosong.kerana dengan kosong-kosong maka kebiasaan itu timbul untuk saya terus serasi dalam dunia penulisan.saya juga berharap agar sentiasa dilimpah idea dan ilham dari ALLAH untuk menulis dan terus menulis.

post terbaru??mybe lepas final kot..insyaALLAH..

20(12)08