~~ c.i.N.t.a~~

C.I.N.T.A

Cintaku,
Kau bunga, menceria pagiku,
Kau emas, menyinari petangku,
Kau permata, menyelaputi malamku.

Namun,
Bunga itu akan layu,
Emas itu akan berkurang,
Permata itu akan hilang
Semuanya bukan milik hakikiku.

Cintaku,
Kau mentari, menyinari siangku,
Kau rembulan, menyerlah dikala malamku,
Kau bintang, mengerdip sinar mataku.

Namun,
Mentari belayarpergi kala malam berlabuh,
Bulan meminggir kala siang menjenguk,
Bintang kelam dikala awan berarak tebal,
Semuanya bukan peneman setiaku.

Cintaku,
Aku cintai kamu,
Tapi, cintaku lebih pada semua cinta-Mu
Kucintai,
PENceria bunga itu,
Kucintai, PEnyinar emas itu,
Ku jua menyinta, PEnyelaputi permata itu,
Maafi aku.

Ku cintai,
PEnerangI mentari-Mu
Kucintai, PEnyerlah bulan itu,
Ku jau menyinta PEngerdip bintang itu,
Maafi aku cintaku.

Cintaku,
Cintailah PEMberi cinta hakiki,
Kerana DIA menyintaimu lebih dariku,
Kerana DIA menyintaiku lebih darimu.
Cintailah ILLAHI cintaku.

110109
Sakan baitul talabah aj-jamiah
Irbit Jordan
3.50pm

Advertisements

~~Kapitalisme~~

Kapitalisme

Apa itu Kapitalisme? Kapatalisme berasal dari perkataan capital iautu bermaksud modal. Kapitalisme ialah salah satu bentuk sistem ekonomi dan juga ideologi sosial yang banyak digunapakai dalam pengamalan ekonomi sesebuah negara. Sistem ekonomi Kapitalis ini mula tersebar luas dan mengukuh sekitar kurun ke 16 masehi.

Sistem ini cenderung kepada teori pemilikan individu dan kebebasan dalam berekonomi tanpa ada campur tangan kerajaan. Golongan yang berideologi Kapitalis  menyakini bahawa harga sesuatu barangan  dalam pasaran adalah ditentukan oleh satu teori yang disebut sebagai teori ‘tangan tersembunyi’  (invisible hand).

‘Invisible hand’ adalah satu mekanisme harga yang tidak dipengengaruhi oleh mana-mana pihak. Tidak kira dari sudut permintaan (pengguna) ataupun dari susut penawaran (pengeluar). Harga barangan ditentukan oleh kuasa ghaib ini. (ala-ala magik) =).

Sistem ekonomi ini mengiktiraf pengguna sebagai raja manakala pengeluar pula punyai kebebasan dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan mereka. Keseimbangan ekonomi sukar dicapai dalam sistem ini kerana pengguna dan pengeluar mempunyai hadaf yang berbeza. Pengguna mahukan harga yang paling rendah untuk barangan yang mereka inginkan manakala, pengeluar pula mendamba keuntungan yang palik maksima dengan meletakkan harga yang tinggi pada barangan mereka.

Sistem Ekonomi Kapitalisme menafikan campur tangan kerajaan dalam segala bentuk aktiviti ekonomi. Bagi mereka, kerajaan tidak memainkan peranan langsung dalam perkembangan ekonomi dan kerajaan tidak mempunyai hak dalam menguruskan ekonomi.

Selain itu, sistem  ini berpegang pada prinsip pemilikan individu (khas) dan tiada pemilikan umum dan perkongsian pemilikan. Mereka beranggapan bahawa milikan umum tidak wujud, sesiapa sahaja boleh memiliki sesuatua barangan jika mereka mampu untuk memilikinya.

Antara kelebihan sistem ini ialah, ia mampu mewujudkan persaingan sihat antara pengeluar. Ini kerana pengeluar akan berusaha untuk mengeluarkan barangan yang tinggi kualitinya untuk menarik pengguna untuk membeli barangan tersebut.

Tetapi kelebihan yang sedikit ini tertutup dengan kelemahan yang besar. Kelemahan yang pertama ialah wujudnya monopoli dalam sistem ini. Monopoli wujud kerana ketiadaan penguasaan dari pihak kerajaan. Pengeluar atau firma yang mampu berdiri teguh akan menguasai pasaran dan menurunkan harga barangan dan boleh menutup peluang pengeluar yang baru berumur setahun jagung dan bermodal kecil untuk menceburi pengeluaran barangan tersebut.

Selain itu, sistem ini juga meningkatkan jurang perbezaan antara masyarakat. Ini kerana, kerajaan tidak berperanan langsung dalam aktiviti ekonomi. Firma akan mengeluarkan barangan yang mewah dengan harga yang tinggi dan menekan pengguna yang miskin dan tidak mampu untuk membelinya. Hal ini akan membawa kepada peningkatan kekayaan golongan kaya dan penambahan kemiskinan bagi golongan yang miskin.

Sistem Kapitalisme juga akan membawa kepada iktinaz (simpan wang tanpa melaburkannya). Jika ini berlaku, aliran wang akan mengalami  masalah kerana sumber aliran berkurang. Iktinaz berlaku kerana golongan kaya memiliki lebihan pendapatan yang tidak disalurkan. Ini kerana  peranan kerajaan tiada dan golongan kaya ini tidak perlu untuk membayar cukai, seterusnya tiada golongna miskin yang akan dibantu. Maka, harta golongan kaya akan menjadi semakin banyak dan golongn miskin tiada yang membantu. Tidak dinafikan bahawa, golongan kaya ini boleh menderma atau sebagainya, tetapi keadilan kepada semua golongan miskin itu tidak akan dicapai kerana tiada organisasi yang khusus yang mengambil berat terhadap mereka.

Ekonomi kapitalis ini memang boleh mewujudkan persaingan dan peningkatan tahap ekonomi sesebuah Negara, cuma kelemahan yang jelas dan penindasan terhadap golongan miskin menyebabkan sistem ini tidak releven dan tidak sesuai untuk dipraktikkan.

290109

sakan

irbit jordan

::diedit oleh alfansuri http://www.iqtisoduna.blogspot.com // http://www.memoirhati.blogspot.com

::terima kasih alfansuri (^_~)


~ riNDu ~

Rindu

Rindu ini
Kali ini memerit jiwa
Meragut sepi hati
Memaksa ku berfikir tentang mereka

Rindu ini
Memberat jiwa
Ku tak sanggup menanggungnya
Ku ingin lepaskan ia
Terbanglah kesana

Rindu ini
Walau ku tak minta
Sering kunjung tanpa sengaja
Biar lelap atau jaga
Sentiasa membuka ruang dalam jiwa
Walau adakala sedetik Cuma

Rindu ini
Sebenarnya penguat jiwa
Tapi adakala membuat diri sesak dada
Takku tahan rindu ini
Inginku biar ia lari
Jauh dari rasa dalam hati ini

Rindu ini
Ku ingin hapuskan ia
Tak ku mahu sentiasa bersama
Kerana ia menyesak dada
Tapi ku optimiskan minda
Jadikan rindu penguat jiwa
Sebagai pendorong untukku Berjaya
Pendokong untuk terus bahagia

Rindu ini
Indah pabila bermakna
Ku rindu pada mereka
Ingin ku peluk, cium, bergurau senda
Ku lama tunggu realitinya ia
Bilakan dapat ku ungkapkan rasa
Pada mereka yang ku cinta
Cinta dengan sepenuh jiwa
Tanpa rasa berkurang rasa
Wahai
Keluarga..

::: mase rindu sgt2 kat fmly n msia..
:::nk blik..huhuhu

160109
Xingtla wat kat mane
4.15pm

~~ ekonomi dari kaca mata Islam ~~

ekonomi dari kaca mata Islam.

Sebelum ini saya telah menerangkan mengenai masalah asas ekonomi dari sudut konvensional. insyaALLAH saya akan menerangkan pula masalah ekonomi dari sudut pandangan Islam.

Dalam ekonomi Islam, masalah pilihan bukan hanya pada ekonomi sebenarnya. Masalah pilihan dalam konteks Islam lebih luas dan menyeluruh. Islam berpendapat bahawa masalah pilihan bermula dari sudut rabbani (ketuhanan), aqidah dan sebagainya. Bukan sekadar pilihan dalam material sahaja.

Islam juga menegaskan bahawa masalah kekurangan sebenarnya tidak timbul. Semua sumber yang ada sebenarnya mencukupi , cuma mungkin kerana ketidakjujuran dan ketidaklancaran pengurusan membuatkan dunia mengalami masalah kekurangan. ALLAH telah menyediakan semua sumber didunia ini mencukupi. Andai sumber tersebut habis, pasti akan ada sumber penganti terhadap sumber tersebut. Ini bermakna, sumber itu tidak tidak pernah berkurang, Cuma manusia sahaja tidak pernah puas dan tidak pernah merasa cukup terhadap nikmat ALLAH. Disebabkan itulah timbulnya masalah kekurangan.

Bagaimana Islam menyelesaikan masalah pilihan? Islam berpendapat bahawa masalah tidak dapat dihapuskan cuma mampu mengurangkan sedikit masalah tersebut. Dalam Islam masalah sentiasa ada kerana tidak semua kehendak dan kemahuan mampu diperolehi melainkan hanya disyurga yang sedia maklum tempat matlamat yang tiada kekurangan.

Islam menyelesaikan masalah pilihan ini dengan beberapa cara. Pertama ialah menghadkan skop pilihan. Bagaimana? Pilihan yang ada dikecilkan dengan cara mengambil kira jenis pilihan tersebut. Andai pilihan tersebut membawa kepada dosa dan kemudharatan, maka buanglah terus dari senarai pilihan yang ingin dilakukan, dan seterusnya pilihan akan semakin kecil. Kemudian untuk mengecilkan lagi skop pilihan, Islam menyarankan agar terus membuang barang-barang yang membawa kepada barang-barang yang haram dan melanggar syariat seperti arak, dadah dan sebagainya. Maka skop pilihan akan lebih kecil dan lebih mudah untuk membuat keputusan.

Cara yang kedua ialah menetukan barang-barang yang wajib dalam senarai pilihan tersebut. Barang yang wajib didahulukan, maka diutamakan. Dalam cara ini, kita mesti menentukan pilihan tersebut adakah fardu kifayah atau fardu ‘ain. Dengan kaedah ini, senarai pilihan akan menjadi lebih mudah untuk diutamakan dan membantu untuk membuat pilihan.

Cara yang ketiga pula ialah dengan menyusun pilihan-pilihan yang ada mengikut martabat harus, sunat. Maknanya, utamakan yang utama dan yang memberi faedah paling banyak apabila membuat pilihan tersebut.
Dan cara yang terakhir ialah menetukan dan menyusun pilihan mengikut pilihan yang paling penting (dharuri), keperluan (hajiayat) dan barang penyempurna (kamaliat). Selain itu, pilihan yang dibuat haruslah mengambil kira tahap masyarakat sekeliling dan keperluan masyarakat tersebut. Maka jika cara ini dipraktikkan dalam kehidupan seharian maka, masalah pilihan lebih mudah dilakukan. Dan jelaslah bahawa Islam itu lebih sempurna dan lebih tersusun.

Cuma masalah pilihan ini akan dapat dikurangkan jika semua umat Islam melakukan perkara yang sama, bukan hanya individu sahaja yang melakukannya.

Seterusnya, masalah kekurangan. Dalam Islam, bependaat bahawa bukan sumber itu tidak cukup, cuma sumber tersebut belum habis digali, dikaji dan dicari manusia. Jika sumber tersebut habis, pasti akan ada sumber lain sebagai pengganti terhadap sumber tersebut.

Bagaimana untuk menyelesaikan masalah kekurangan sumber ini? Tidak dinafikan bahawa sesetengah itu Negara tidak langsung mempunyai sumber mentah seperti petroleum, emas, gas dan sebagainya. Disinila pentingnya kesatuan Negara-negara Islam. Yang mana kurang ditambah, yang mana berlebih memberi pada yang kurang. Maka, sepatutnya masalah kekurangan tidak akan timbul. Disinilah wujudnya tabadul dan takaful (pertukaran dan perlindungan) antara semua Negara Islam.

Islam juga bependapat bahawa kehendak (hajat) itu intifini (tidak akan berakhir) manakala konvensional pula menyatakan bahawa kehendak itu tidak akan habis. Bagi islam, tidak semua kehendak itu wajar dipenuhi melainkan hajat yang benar-benar penting dan memberi faedah kepada diri, keluarga, dan masyarakat sahaja patut dipenuhi.

Saya harap penerangan ini mampu membawa pembaca memahami ekonomi dalam konteks Islam. insyaALLAH. Jumpa lagi di lain post. Andai mempunyai peluang dan ruang yang Berjaya dicuri. Hehe..(~_^)

P.A.D.U

PADU
Bila muslim bersatu
Buih dilautan menjadi gelombang
Pasiran pantai merubah bukit
Kegoyahan bertukar keteguhan
Manjadi Satu
Kuat dan padu

Bila muslim bersatu
Walau beribu yang maju
Tak terbanding kuasa padu
Mampu menahan, menyerang dan menyerbu
Kepada mereka yang sekutu
Bersama Israel laknatullah yang dungu

Bila muslim itu berpadu
Tiada kuasa mampu menipu
Malah menghina atau mencabul
Kesatuan muslim yang padu
Kerana muslim itu berpadu
Bawah naungan ALLAH yang SATU

Bila muslim berpadu,
Bukan harta yang dulu dituju
Jauh sekali kekayaan dunia yang menipu
Pasti padu muslim itu
Satu akidah satu matlamat terus maju
Redha ILLAHI dijunjung selalu.

Bila muslim itu berkuasa
Bersama islam jalan hidupnya
Tiada kekejaman didunia
Malah bahagia yang dimiliki mereka
Kerana ALLAH penguasa segala.

Bila muslim itu berkuasa
Kanak-kanak membesar dengan tarbiyah islamiyah
Wanita berperanan setia
Mambantu lelaki ampuh jiwanya
Gadis sunti dijaga rapi
Jauhi fitnah duniawi
Jejaka hebat terserlah jua
Menampung paduan ummah
Membina muslim bersekutu
Atas nama aqidah yang SATU

Wahai muslim yang “malu”
Bersegeralah menuju padu
Bersatu, berpadu dan bersekutu
Demi ISLAM yang SATU
Syahid cita-cita SATU
Syurga matlamat SATU
Kerana ALLAH yang SATU

140109
Mustasyfa ibnu nafis
Irbit jordan
0930am

P.A.D.U

PADU

Bila muslim bersatu
Buih dilautan menjadi gelombang
Pasiran pantai merubah bukit
Kegoyahan bertukar keteguhan
Manjadi Satu
Kuat dan padu

Bila muslim bersatu
Walau beribu yang maju
Tak terbanding kuasa padu
Mampu menahan, menyerang dan menyerbu
Kepada mereka yang sekutu
Bersama Israel laknatullah yang dungu

Bila muslim itu berpadu
Tiada kuasa mampu menipu
Malah menghina atau mencabul
Kesatuan muslim yang padu
Kerana muslim itu berpadu
Bawah naungan ALLAH yang SATU

Bila muslim berpadu,
Bukan harta yang dulu dituju
Jauh sekali kekayaan dunia yang menipu
Pasti padu muslim itu
Satu akidah satu matlamat terus maju
Redha ILLAHI dijunjung selalu.

Bila muslim itu berkuasa
Bersama islam jalan hidupnya
Tiada kekejaman didunia
Malah bahagia yang dimiliki mereka
Kerana ALLAH penguasa segala.

Bila muslim itu berkuasa
Kanak-kanak membesar dengan tarbiyah islamiyah
Wanita berperanan setia
Mambantu lelaki ampuh jiwanya
Gadis sunti dijaga rapi
Jauhi fitnah duniawi
Jejaka hebat terserlah jua
Menampung paduan ummah
Membina muslim bersekutu
Atas nama aqidah yang SATU

Wahai muslim yang “malu”
Bersegeralah menuju padu
Bersatu, berpadu dan bersekutu
Demi ISLAM yang SATU
Syahid cita-cita SATU
Syurga matlamat SATU
Kerana ALLAH yang SATU

140109
Mustasyfa ibnu nafis
Irbit jordan
0930am

~~erm???~~

A.I.M
DIA MERANGKAK LAMBAT
DITELEK KEKANAN….
SEMPIT BERLIKU,
NAMUN, HUJUNGNYA CAHAYA UNGGU…

DIA MERANGKAK PERLAHAN,
MENCARI ERTI KEHIDUPAN,
DITELEK KEKIRI..
LUAS DAN LICIN
NAMUN, HUJUNGNYA KELAM JELAGA..

DIA MENDONGAK DAGU,
MENCARI PEMBANTU,
UNTUK MEMBERITAHU YANG MANA SATU,
KIRI ATAU KANAN?
NAMUN..
KOSONG DAN SUNYI..

TELINGA DISAPU SUARA
AKAL BERKATA-KATA
KANAN ITU SUKAR,
SEMPIT DAN BERLIKU,
TAKKAN MAMPU
MENERJAH KESITU
DIA TERDIAM…

TELINGA DISAPU LAGI,
DARI AKAL LOGIKA JIWA
KIRI ITU MUDAH,
LUAS SERTA LICIN
ENTENG DIHARUNGI
DIA TERDIAM LAGI…

GILIRAN HATI BERDETIK,
KANAN ITU HUJUNGNYA CAHAYA UNGGU,
KIRI ITU AKHIRNYA KELAM JELAGA,
SEMPIT DAN LIKU WARNA KEHIDUPAN,
LUAS DAN LICIN RACUN KESENANGAN
ANTARA…
KANAN DAN KIRI,
DIA TERDIAM LAGI
SUKAR MERAGUT PASTI,
CAHAYA UNGGU ATAU KELAM JELAGA?

HIDUP INI MATLAMATNYA AKHIR
HIDUP INI LAKARAN dia
HIDUP INI TARBIAH JIWA
DIA BERKATA,
MULAKAN SESUATU DENGAN AKHIRNYA.

p/s :: setiap tindakan yang dilakukan mestilah diambil kira kesan dan akibat yang akan ditempuhi.
:: tindakan mesti bermatlamat akhir
:: ukhrawi matlamat jiwa
:: redhaNYA matlamat semua..insyaALLAH..

110109
Sakan
4pm