~ hikMah ~

Setiap sesuatu ada hikmahnya.

Itulah kata-kata semangat tatkala hati dilanda keresahan dan kesusahan.

Ujian ALLAH itu adalah tarbiah buat hamba-hambaNya. ALLAH tidak akan menguji hambaNya jika hambaNya tidak mampu. sesungguhnya ALLAH itu Maha Mengetahui terhadap apa yang berlaku.

Saat ini, saya masih lagi amat- amat bersyukur kerana di saat saya menulis, saya masih lagi dikurniaan antara nikmat-nikmat yang tidak terkira. Antaranya nikmat Islam dan nikmat Iman. Alhamdulillah..

Selain nikmat-nikmat yang lain, saat ini juga saya dikurniakan dengan nikmat berukhuwah. Berpeluang merasakan indanhnya ukhuwah kerana ALLAH. Bersama-sama kerana ALLAH.

Andai hari ini jika kita ditarik sedikit dari nikmatNya, bersangka baikla dengan ALLAH bahawa ALLAH akan hadiahkan sesuatu yang paling berharga pada kita. Sama ada sedar atuapun tidak, cepat atau lambat, yang pasti ALLAH akan mengantikan *sesuatu dengan *sesuatu itu. Percayalah.

Ketika saya menulis ini, sahabat saya sedang diuji ALLAH, walau ALLAH mengujinya tetapi ini adalah ujian untuk semua, sahabat-sahabat seperjuangan. Cuma beliau adalah hamba terpilih untuk diuji dengan dugaan yang hebat. Ujian yang hebat adalah untuk hambaNya yang hebat.

Bukan mudah untuk kita menerima jika sedikit nikmat ALLAH ditarik, hatta seurat saraf yang terluka. Sahabat saya mengalami masalah facialweakness (kalau tak salah ejaan). Masalah ini timbul kerana satu saraf yang mengawal pergerakan otot muka mengalami kelemahan untuk berfungsi. Separuh muka gagal berfungsi dengan baik apabila digerakkan.(1st teori yang dikemukakan)

Ujian yang datang hanyalah ditarik sedikit nikmat kesihatan iaitu sarafnya dilemahkan. Nampak seperti hanya sedikit nikmatNya yang ditarik, tetapi kesannya amat besar. subhanALLAH! Apabila ALLAH mengkehendaki sesuatu maka akan jadilah sesuatu itu.

Lihatlah betapa ALLAH Maha Mengetahui tentang sesuatu. Walaupun hanya sahabat kami yang mengalami kelemahan sarafnya, tetapi kami juga merasakan kesedihan yang beliau rasai. Kesusahan untuk berinteraksi, rasa sukar untuk bercakap, lemah dan kebas dimuka dan sebagainya. Kami merasakan kami yang berada ditempat beliau, walaupun bukan secara realitinya.

Pepatah ‘Berat sama dijunjung dan ringan sama dijinjing’, ‘Susah senang kami bersama’, merupakan prinsip kami sejak 2 tahun yang dahulu. Alhamdulillah, sehingga sekarang kami masih mempraktiskannya dalam kehidupan seharian. Semoga kekal sehingga bila-bila. Ameen.

Berbalik kepada tajuk, sebagai hikmahnya, saya melihat dengan sudut yang positif. ALLAH mengurangkan sedikit nikmatNya untuk menghadiahkan *sesuatu* yang tidak bertepi kepada beliau. Malah kepada kami semua.

Saya lihat, walaupun beliau mengalami kekurangan, tetapi ALLAH menghadiahkan sesuatu yang amat-amat saya rasakan berharga, iaitu nikmat kasih sayang sesama manusia. Disaat inilah nilai dan harga sebuah persahabatan dapat diukur. Semua sahabat yang ada sedaya upaya berusaha mencari ikhtiar untuk mengubati masalah kesihatannya.

Pelbagai cara yang kami lakukan antaranya ialah membaca surah Al-Baqarah sehingga habis dalam satu malam, (atas nasihat syeikh kami) solat hajat berjemaah, bacaan Yasin dan banyak lagi yang dirasakan perlu dan bersesuaian untuk dilakukan, maka kami akan lakukan, dengan harapan melihat sahabat kami pulih dan ceria seperti biasa. insyaALLAH, malah sehingga sekarang, usaha sedang giat dilakukan.

Di sini saya lihat peranan sahabat dalam kehidupan seharian. Nikmat berukhuwah kerana ALLAH, susah senang ditempuhi tanpa kompromi. Betapa ALLAH tidak akan mengsia-siakan sesuatu itu tanpa ada hikmahnya.

Ingatlah, jika ALLAH menguji kita dengan pelbagai dugaan, ini bermakna ALLAH sayang dan kasih kepada kita. ALLAH mahukan kita lebih hampir kepadaNya, memohon, meminta dan merayu hanya kepadaNya. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui tentang sesuatu itu. Bersyukurlah andai anda ditimpa ujian, kerana itu adalah tanda kasih dan sayang ALLAH pada anda! =)

 

 

On sahabat : susah senang kita bersama. kami sayang padamu sepertimana kamu sayang pada kami.

On kami : letakkan kaki kita seketika ditempatnya, demi merasa indah sungguh kasih sayang ALLAH.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s