~ ekoNOmi ~

Ekonomi.

Apakah itu ekonomi? Ekonomi ialah satu kajian ilmu sains manusia yang mengkaji tingkah laku manusia dalam menyelesaikan sumber yang terhad dengan keinginan yang tidak terbatas.

Apakah sumber yang terbatas dan keinginan yang tidak terbatas?

Analoginya begini, kita jadikan RM50 sebagai sumber dan keinginan yang tidak terbatas pula adalah (sebagai contoh) kita ingin membeli buku macroekonomi, makan KFC (walaupun patut boikot), beli pakaian baru, menambah nilai prepaid, dan sebagainya. Inilah yang dikatakan sebagai keinginan yang tidak terbatas. Kita menginginkan pelbagai barang dan khidmat tetapi memiliki sumber yang terbatas. Iaitu hanya RM50.

Ilmu Ekonomi akan mengkaji bagaimana seseorang individu (isi rumah), firma ( pengeluar) dan kerajaan dalam menyelesaikan masalah ekonomi ini.

Apakah pula masalah ekonomi dan masalah asas ekonomi? Dua permasalahan ini hampir sama bunyinya tetapi tidak sama sebenarnya. =)

Masalah ekonomi terbahagi kepada 3. Pertama ialah kekurangan, kedua adalah pilihan dan yang ketiga pula merupakan kos lepas.

Masalah ekonomi yang pertama iaitu kekurangan. Kekurangan ialah sumber yang terhad. Kembali kepada contoh sebentar tadi, kita mempunyai sumber RM 50 dan sumber itu adalah terbatas. Jadi kita akan mengalami masalah kekurangan kerana memiliki sumber yang sedikit, tetapi mempunyai keinginan yang banyak. Semua lapisan masyarakat akan mengalami masalah ini, tidak kira sama ada kaya atau miskin. Semua orang akan mengalamai masalah kekurangan dalam kitaran hidup mereka.

Masalah yang kedua pula ialah, pilihan. Pilihan ialah keputusan yang perlu untuk kita lakukan sebagai pengguna untuk mencapai tahap kepuasan kepenggunaan terhadap sesuatu barang. Masalah pilihan ini timbul disebabkan kerana kita mempunyai masalah kekurangan. Jadi kita mesti untuk membuat pilihan yang terbaik dalam menyelesaikan masalah ekonomi.

Masalah yang ketiga dan yang terakhir dalam topik masalah ekonomi ialah kos lepas. Kos lepas ialah barang yang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk menyelesaikan masalah ekonomi. Apakah barang kedua terbaik? Kembali kepada analogi. Andaikan dengan RM 50 kita memilih untuk membeli buku macroekonomi dan menambah nilai prepaid, maka kos lepas adalah pakaian, KFC, dan begitulah sebaliknya.

Sudah selesai takrif dan masalah ekonomi. ini adalah takrif ekonomi bagi pandangan konvensional. untuk takrifan ekonomi dari sudut islam pula, akan muncul selepas ini..insyaALLAH hehe

Inginkn *sesuatu tambahan??tunggu pada post yang akan datang..hehe..sambung nanti yea..insyaALLAH..tunggguuuu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s