~ Unit ekonomi ~

 

Unit ekonomi.

Unit ekonomi ialah entiti dalam bidang ekonomi. Iaitu mereka yang melakukan aktiviti ekonomi. Unit ekonomi terdiri daripada 3 bahagian. Yang pertama, isi rumah (pengguna), yang kedua, firma (pengeluar) dan yang terakhir ialah kerajaan.

Setiap unit ekonomi ini mempunyai peranan dan matlamat dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh mereka.

Bagi isi rumah, matlamat mereka ialah memaksimumkan kepuasan kepenggunaan dengan mencari barang yang mempunyai harga yang paling murah tetapi barang yang paling berkualiti. Pengguna akan membeli barang  yang paling murah dalam pasaran.( adakah kita sebagai pengguna merasakan yang demikian? Jika ya, maka kita seorang pengguna yang bijak =))

Bagi firma pula, matlamat mereka berbeza berbanding dengan isi rumah, mereka bermatlamat untuk memaksimumkan keuntungan dengan mengurangkan kos pengeluaran seminimum mungkin. Jadi tidak hairanla jika firma begitu cepat untuk menaikkan harga barang kerana ingin mengaut keuntungan yang maksimum. Jadi jangan salahkan mereka 100% jika mereka menaikkan harga barang kerana itu adalah matlamat mereka dalam membuka firma. Sebagai pengguna yang bijak, kita perlu membeli barang yang rendah harganya untuk mencapai matlamat kita sebagai pengguna iaitu memaksimumkan kepuasan.

Unit yang ketiga pula ialah kerajaan. Apakah matlamat kerajaan? Adakah kerajaan bermatlamat dalam ekonomi? Ya, kerajaan juga bermatlamat dalam ekonomi. Kerajaan juga merupakan entiti dalam ekonomi malah peranannya sangat besar dalam aktiviti ekonomi (bukan sekadar melukut ditepian gantang sahaja =)). Kerajaan bermatlamat untuk memaksimumkan kebajikan rakyat dalam semua lapisan masyarakat tanpa ada kompromi. Rakyat pula teridiri daripada 2 entiti ekonomi sebentar tadi, iaitu isi rumah (pengguna) dan firma (pengeluar). Kerajaan yang bagus adalah kerajaan yang mengutamakan projek-projek yang memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan berbanding projek-projek yang kurang memberi kebajikan dan manfaat kepada masyarakat.

Peranan isi rumah dalam ekonomi ialah menggalakkan firma untuk mengeluarkan barang yang berkualiti dengan memberi permintaan terhadap sesuatu barangan. Peranan firma pula ialah untuk mengeluarkan barang-barang yang berkualiti dan menawarkan barang atau perkhidmatan kepada isi rumah. Permintaan daripada isi rumah dan penawaran daripada firma. Kerajaan pula berperanan untuk mengawasi segala aktiviti ekonomi dalam sesebuah negara. Kerajaan tidak boleh menentukan harga bagi setiap barang melainkan wujudnya di dalam negara tersebut monopoli dan penindasan terhadap pengguna mahupun pengeluar.

Maka selesailah sub topik unit ekonomi. Diharapkan agar pembaca memahami topik ini dengan baik.(ala-ala cikgu..hehe)

Dari *sesuatu menuju yang SATU

One thought on “~ Unit ekonomi ~

  1. salam..jika ada kekurangan penerangan. maaf yea..minta ditegur..masih belajar juga..hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s