~ SeBAgai MaNUsia Aku SaYAng AkAn KaMu ~

cinta ku,
malam berlari kencang,
meninggalkan aku
tanpa menunggu walau seminit,
cintaku,
angin berhembus deras
membiar aku
terus menanti hadirnya cinta,

aku berfikiran,
cinta itu kekadang peneman yang paling setia,
kerana sentiasa bersama,
cinta itu kekadang racun berbisa
kerana bisa luluhkan jiwa
cinta itu kekadang wira sanubari
kerana penyuntik semangat waja
cinta itu kekadang selumbar hati
kerana menikam waras diri

dibiar bicara
akan sepi tanpa cinta
dibiar bersama
akan leka jauhi Tuannya
dibiar kosong
menangih rasa diisi
dibiar berisi
bimbang lari dari Illahi,

wanita adalah bunga
untuk kumbang setia
wanita adalah mawar
untuk lebah sejati
wanita adalah serikandi
bagi pejuang Illahi
wanita adalah penaung
bagi insan bernama lelaki
aku adalah CINTA
bagi mereka yang hatinya
penuh rasa cinta

cintaku
sebagai manusia aku sayang padamu

09/10/08
07.30p.m
sakan baitul talabah
irbit-jordan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s