~~ ekonomi dari kaca mata Islam ~~

ekonomi dari kaca mata Islam.

Sebelum ini saya telah menerangkan mengenai masalah asas ekonomi dari sudut konvensional. insyaALLAH saya akan menerangkan pula masalah ekonomi dari sudut pandangan Islam.

Dalam ekonomi Islam, masalah pilihan bukan hanya pada ekonomi sebenarnya. Masalah pilihan dalam konteks Islam lebih luas dan menyeluruh. Islam berpendapat bahawa masalah pilihan bermula dari sudut rabbani (ketuhanan), aqidah dan sebagainya. Bukan sekadar pilihan dalam material sahaja.

Islam juga menegaskan bahawa masalah kekurangan sebenarnya tidak timbul. Semua sumber yang ada sebenarnya mencukupi , cuma mungkin kerana ketidakjujuran dan ketidaklancaran pengurusan membuatkan dunia mengalami masalah kekurangan. ALLAH telah menyediakan semua sumber didunia ini mencukupi. Andai sumber tersebut habis, pasti akan ada sumber penganti terhadap sumber tersebut. Ini bermakna, sumber itu tidak tidak pernah berkurang, Cuma manusia sahaja tidak pernah puas dan tidak pernah merasa cukup terhadap nikmat ALLAH. Disebabkan itulah timbulnya masalah kekurangan.

Bagaimana Islam menyelesaikan masalah pilihan? Islam berpendapat bahawa masalah tidak dapat dihapuskan cuma mampu mengurangkan sedikit masalah tersebut. Dalam Islam masalah sentiasa ada kerana tidak semua kehendak dan kemahuan mampu diperolehi melainkan hanya disyurga yang sedia maklum tempat matlamat yang tiada kekurangan.

Islam menyelesaikan masalah pilihan ini dengan beberapa cara. Pertama ialah menghadkan skop pilihan. Bagaimana? Pilihan yang ada dikecilkan dengan cara mengambil kira jenis pilihan tersebut. Andai pilihan tersebut membawa kepada dosa dan kemudharatan, maka buanglah terus dari senarai pilihan yang ingin dilakukan, dan seterusnya pilihan akan semakin kecil. Kemudian untuk mengecilkan lagi skop pilihan, Islam menyarankan agar terus membuang barang-barang yang membawa kepada barang-barang yang haram dan melanggar syariat seperti arak, dadah dan sebagainya. Maka skop pilihan akan lebih kecil dan lebih mudah untuk membuat keputusan.

Cara yang kedua ialah menetukan barang-barang yang wajib dalam senarai pilihan tersebut. Barang yang wajib didahulukan, maka diutamakan. Dalam cara ini, kita mesti menentukan pilihan tersebut adakah fardu kifayah atau fardu ‘ain. Dengan kaedah ini, senarai pilihan akan menjadi lebih mudah untuk diutamakan dan membantu untuk membuat pilihan.

Cara yang ketiga pula ialah dengan menyusun pilihan-pilihan yang ada mengikut martabat harus, sunat. Maknanya, utamakan yang utama dan yang memberi faedah paling banyak apabila membuat pilihan tersebut.
Dan cara yang terakhir ialah menetukan dan menyusun pilihan mengikut pilihan yang paling penting (dharuri), keperluan (hajiayat) dan barang penyempurna (kamaliat). Selain itu, pilihan yang dibuat haruslah mengambil kira tahap masyarakat sekeliling dan keperluan masyarakat tersebut. Maka jika cara ini dipraktikkan dalam kehidupan seharian maka, masalah pilihan lebih mudah dilakukan. Dan jelaslah bahawa Islam itu lebih sempurna dan lebih tersusun.

Cuma masalah pilihan ini akan dapat dikurangkan jika semua umat Islam melakukan perkara yang sama, bukan hanya individu sahaja yang melakukannya.

Seterusnya, masalah kekurangan. Dalam Islam, bependaat bahawa bukan sumber itu tidak cukup, cuma sumber tersebut belum habis digali, dikaji dan dicari manusia. Jika sumber tersebut habis, pasti akan ada sumber lain sebagai pengganti terhadap sumber tersebut.

Bagaimana untuk menyelesaikan masalah kekurangan sumber ini? Tidak dinafikan bahawa sesetengah itu Negara tidak langsung mempunyai sumber mentah seperti petroleum, emas, gas dan sebagainya. Disinila pentingnya kesatuan Negara-negara Islam. Yang mana kurang ditambah, yang mana berlebih memberi pada yang kurang. Maka, sepatutnya masalah kekurangan tidak akan timbul. Disinilah wujudnya tabadul dan takaful (pertukaran dan perlindungan) antara semua Negara Islam.

Islam juga bependapat bahawa kehendak (hajat) itu intifini (tidak akan berakhir) manakala konvensional pula menyatakan bahawa kehendak itu tidak akan habis. Bagi islam, tidak semua kehendak itu wajar dipenuhi melainkan hajat yang benar-benar penting dan memberi faedah kepada diri, keluarga, dan masyarakat sahaja patut dipenuhi.

Saya harap penerangan ini mampu membawa pembaca memahami ekonomi dalam konteks Islam. insyaALLAH. Jumpa lagi di lain post. Andai mempunyai peluang dan ruang yang Berjaya dicuri. Hehe..(~_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s