Kapitalisme
Apa itu Kapitalisme? Kapatalisme berasal dari perkataan capital iautu bermaksud modal. Kapitalisme ialah salah satu bentuk sistem ekonomi dan juga ideologi sosial yang banyak digunapakai dalam pengamalan ekonomi sesebuah negara. Sistem ekonomi Kapitalis ini mula tersebar luas dan mengukuh sekitar kurun ke 16 masehi.
Sistem ini cenderung kepada teori pemilikan individu dan kebebasan dalam berekonomi tanpa ada campur tangan kerajaan. Golongan yang berideologi Kapitalis menyakini bahawa harga sesuatu barangan dalam pasaran adalah ditentukan oleh satu teori yang disebut sebagai teori ‘tangan tersembunyi’ (invisible hand).
‘Invisible hand’ adalah satu mekanisme harga yang tidak dipengengaruhi oleh mana-mana pihak. Tidak kira dari sudut permintaan (pengguna) ataupun dari susut penawaran (pengeluar). Harga barangan ditentukan oleh kuasa ghaib ini. (ala-ala magik) =).
Sistem ekonomi ini mengiktiraf pengguna sebagai raja manakala pengeluar pula punyai kebebasan dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan mereka. Keseimbangan ekonomi sukar dicapai dalam sistem ini kerana pengguna dan pengeluar mempunyai hadaf yang berbeza. Pengguna mahukan harga yang paling rendah untuk barangan yang mereka inginkan manakala, pengeluar pula mendamba keuntungan yang palik maksima dengan meletakkan harga yang tinggi pada barangan mereka.
Sistem Ekonomi Kapitalisme menafikan campur tangan kerajaan dalam segala bentuk aktiviti ekonomi. Bagi mereka, kerajaan tidak memainkan peranan langsung dalam perkembangan ekonomi dan kerajaan tidak mempunyai hak dalam menguruskan ekonomi.
Selain itu, sistem ini berpegang pada prinsip pemilikan individu (khas) dan tiada pemilikan umum dan perkongsian pemilikan. Mereka beranggapan bahawa milikan umum tidak wujud, sesiapa sahaja boleh memiliki sesuatua barangan jika mereka mampu untuk memilikinya.
Antara kelebihan sistem ini ialah, ia mampu mewujudkan persaingan sihat antara pengeluar. Ini kerana pengeluar akan berusaha untuk mengeluarkan barangan yang tinggi kualitinya untuk menarik pengguna untuk membeli barangan tersebut.
Tetapi kelebihan yang sedikit ini tertutup dengan kelemahan yang besar. Kelemahan yang pertama ialah wujudnya monopoli dalam sistem ini. Monopoli wujud kerana ketiadaan penguasaan dari pihak kerajaan. Pengeluar atau firma yang mampu berdiri teguh akan menguasai pasaran dan menurunkan harga barangan dan boleh menutup peluang pengeluar yang baru berumur setahun jagung dan bermodal kecil untuk menceburi pengeluaran barangan tersebut.
Selain itu, sistem ini juga meningkatkan jurang perbezaan antara masyarakat. Ini kerana, kerajaan tidak berperanan langsung dalam aktiviti ekonomi. Firma akan mengeluarkan barangan yang mewah dengan harga yang tinggi dan menekan pengguna yang miskin dan tidak mampu untuk membelinya. Hal ini akan membawa kepada peningkatan kekayaan golongan kaya dan penambahan kemiskinan bagi golongan yang miskin.
Sistem Kapitalisme juga akan membawa kepada iktinaz (simpan wang tanpa melaburkannya). Jika ini berlaku, aliran wang akan mengalami masalah kerana sumber aliran berkurang. Iktinaz berlaku kerana golongan kaya memiliki lebihan pendapatan yang tidak disalurkan. Ini kerana peranan kerajaan tiada dan golongan kaya ini tidak perlu untuk membayar cukai, seterusnya tiada golongna miskin yang akan dibantu. Maka, harta golongan kaya akan menjadi semakin banyak dan golongn miskin tiada yang membantu. Tidak dinafikan bahawa, golongan kaya ini boleh menderma atau sebagainya, tetapi keadilan kepada semua golongan miskin itu tidak akan dicapai kerana tiada organisasi yang khusus yang mengambil berat terhadap mereka.
Ekonomi kapitalis ini memang boleh mewujudkan persaingan dan peningkatan tahap ekonomi sesebuah Negara, cuma kelemahan yang jelas dan penindasan terhadap golongan miskin menyebabkan sistem ini tidak releven dan tidak sesuai untuk dipraktikkan.
290109
sakan
irbit jordan
::diedit oleh alfansuri http://www.iqtisoduna.blogspot.com // http://www.memoirhati.blogspot.com
::terima kasih alfansuri (^_~)