=(

salam teman pembaca…maaf kerana blog ini mengalami masalah teknikal. buat sementara, jika ingin memberi komen atau cadangan (bagitahu cara nak selesaikan pun boleh), silalah emailkan kepada saya di nieylufer_nahdi08@ymail.com.my (nak ym pun boleh yea)

terima kasih atas sokongan (~_*)
semoga semua dipermudahkan segala urusan dan dalam redha ALLAH sentiasa
Advertisements

~ motivasi ~

Bismillahirahmanirrahim

Sedar tidak sedar, sudah 3 minggu semester baru telah bermula. Alhamdulillah, kuliah dan kehidupan belangsung seperti biasa. Semoga terus sejahtera. Amenn Penumpuan terhadap pelajaran seharusnya diberikan 100% tanpa kompromi.

Post kali ini saya lebih ingin menyatakan dan berkongsi mengenai motivasi. Sebagai seorang pelajar, masalah tekanan, kesibukan dan banyak lagi semestinya amat mendera mental dan fizikal. Pelbagai perkara perlu difikirkan dan diselesaikan terutama yang melibatkan pelajaran dan pengajian. Selain itu, urusan persatuan, program, dan banyak lagi.

Ini adalah satu permulaan sebelum menjejakkan kaki ke alam selepas menjadi seorng pelajar. Semestinya kita tahu bahawa disitu menjanjikan cabaran lebih hebat. Semoga kita Berjaya menempuhinya. Seperti yang saya telah nyatakan, post kali ini berkaitan motivasi. Sekadar berkongsi apa yang boleh dikongsikan. Saya bukanlah seorang pakar motivasi atau belajar mengenai motivasi secara formal, Cuma sekadar member cara untuk memotivasikan diri.

Sepanjang cuti semester yang lepas, saya mencuri peluang untuk mengkoreksikan diri dan mencipta strategi bagi meningkatkan motivasi dan nilai diri kedalam diri. Bagi saya, motivasi dalam diri amat penting, tidak kiralah siapan pun kita. Sama ada pelajar, pekerja, atau sesiapa sahaja sudah pasti memerlukan motivasi.

Motivasi ini saya anggap sebagai penguat semangat untuk saya melakukan sesuatu. Jika tiada motivasi, maka sesuatua yang ingin kita lakukan kitdak akan dapat dilakukan dengan hati dan kehendak kita. Maka wujudlah istilah ‘paksa rela’ dan sebagainya.

Motivasi boleh dipupuk dengan pelbagai cara. Kesukaan dan minat juga boleh dijadikan motivasi. Motivasi itu bagi saya boleh dikatakan sebagai matlamat atau target. Jika kita mempunyai matlamat, maka arah tujuan kita akan semakin jelas, dan secara tidak langsung, kita sendiri akan mencari ruang dan peluang untuk mencapai matlamat tersebut. Sebagai muslim, kita sudah pasti mempunyai matlamat yang sama. Semua muslim itu berkongsi matlamat yang jelas iaitu keredhaan ALLAH. Walau apa pun cabaran dan perlakukan kita, semuanya bermatlamat kepada ALLAH.

Jika kita meletakkan ALLAH sebagai segala-galanya, nescaya kita akan sentiasa bermotivasi dan bersemangat dalam melakukan sesuatu. Kekuatan jati diri sebagai muslim adalah meletakkan ALLAH yang pertama. Jika ALLAH itu berada diatas, semua perkara akan menjadi mudah dan kita sendiri akan berlapang dada dengan masalah-masalah yang timbul dalam menuju matlamat kita. Sebagai seorang muslim, sudah pasti kita tidak akan terlepas dari diberi ujian dan cabaran dalam kehidupan. Itu adalah cara ALLAH ingin menambahkan iman dan rasa kehambaan kita kepada-NYA. Sesiapa pun mengalaminya.

Bagaimana kita menerima cabaran dan dugaan itu dengan berlapang dada andai tiada motivasi dalam diri? Seperti saya nyatakan, jika kita meletakkan ALLAH itu sebagai matlamat dan keutamaan kita, sudah pasti kita akan bersabar dan berusaha untuk menenpuhi dugaan tersebut. Mengubati hati dengan bersangka baik dengan ujian dan berfikiran positif adalah antara cara untuk memotivasikan diri dengan ujian. Ujian itu adalah tanda ALLAH sayang dan perihatin kepada kita sebagai hamba-NYA.

Jika kita merasakan ujian terhadap kita itu amat sukar, maka ingatlah kepada manusia yang lain yang juga tidak terlepas dari cabaran. Malah, mereka juga mungkin merasakan dugaan yang lebih hebat dari kita. Dengan bersangka begitu, maka akan timbul rasa kepercayaan pada diri bahawa sebenarnya diri sendiri mampu untuk menggalas dugaan tersebut. Seterusnya akan meningkatkan motivasi dalam diri.

Motivasi dalam diri juga boleh dipupuk dengan melihat kesukaran dan keperitan umat manusia yang lain dan mengambil iktibar daripadanya. Cara ini juga mampu meningkatkan rasa bersyukur kita kepada ALLAH.

Pelajaran dari kehidupan dan pengalaman adalah pelajaran yang tiada di kuliah-kuliah formal. Semuanya perlu dirasai dan diteliti oleh kita sendiri. Saya menulis mengenai motivasi bukanla kerana mempunyai ilmu yang mendalam mengenainya, Cuma sebagai galakkan untuk diri sendiri agar bermotivasi dalam setiap perkara. Tambahan pula, motivasi ini amat jauh dengan bidang pengajian saya, tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak boleh bermotivasi dan mempelajarinya.

Ingatlah bahawasanya ALLAH tidak akan meguji hamban-NYA yang tidak mampu. Jika ALLAH memberika kita cabaran dan ujian itu bermakna ALLAH ingin menambah ketaqwaan dalam diri kita. Ujian hebat adalah untuk mereka yang hebat. Ujian juga merupakan wasilah untuk kita mendekatkan diri dengan ALLAH. Cuma diharapkan janganlah ketika sukar dan duka sahaja menghampirkan diri kepada ALLAH, tetapi sepanjang masa hendaknya. Jika ALLAH matlamat kita, semuanya akan menjadi mudah. insyaALLAH.

Ingatan buat diri yang sentiasa lupa. Semoga ALLAH redha terhadap kita semua. Jadilah manusia yang bermotivasi.



Sakan baitul tolabah jami’iyah

0958 am

270209


~ kenapa yea? ~

assalamualaikum. maaf atas segala kesulitan. saya masih belum dapat mengenal pasti masalah yang berlaku dalam blog ini. kenapa pelawat tidak boleh meninggalkan komen. sesiapa boleh bantu? maklumlah masih belajar. terima kasih atas kunjungan. jemput datang lagi yea..hehe..semoga ALLAH redha pada kita semua. ameenn

semoga berjumpa di lain post..semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua…

~memahami VS difahami~

Memahami vs difahami
Assalamualaikum. Lama rasanya saya tidak memasukkan sesuatu ke dalam blog ini. Ketidakcekapan mencuri dan mengatur masa, membuatkan banyak kerja-kerja yang saya perlu lakukan tertunda dan tergendala. Kerugian memanfaatkan masa. Semoga dapat mengambil pengajaran.
Senyap tanpa menghantar sesuatu yang baru bukan bermakna tiada pengisian, Cuma tidak ditaip dan di postkan ke dalam blog ini. Dalam jangka masa ini juga, saya sering berkata-kata dalam diri. Mencari punca pemasalahan. Memikirkan cara bagaimana masalah yang timbul boleh diselesaikan dan banyak lagi. Sementara cuti yang dulu, banyak masa dihabiskan untuk memahami diri dan menyatakan matlamat. Semoga diberkati ALLAH.
Post kali ini saya ingin memfokuskan berkaitan dengan hubungan kita sesama manusia. Saya tahu, saya belum layak untuk berkata kerana mungkin ada secara tidak atau ya, saya menyakiti atau mengguriskan hati manusia disekeliling saya. Cuma, saya bercakap sebagai sebab dan ingatan supaya saya tidak melalukan perkara yang sama kepada orang lain. Selagi mana kita tidak berusaha melakukan sesuatu perubahan, selagi itula tidak akan berlaku perubahan atas diri kita. Semoga ALLAH permudahkan.
Memahami dan difahami. Tajuk ini memang sukar untuk dijelaskan dan terlalu subjektif untuk dibicarakan. Saya menguraikannya mengikut penilitian yang yang tidak seberapa. Mungkin wujud kekurangan dan ketidaksamaan pemikiran, tetapi saya ingin mengingatkan, bahawa ini adalah sekadar pendapat peribadi saya, tidak berkaitan antara hidup dan mati. =)
Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, sejauh mana kita memahami diri sendiri? Adakah kita mengetahui keselurahan perkara yang pernah terdetik di dalam hati kita? Mampukah kita meneliti setiap perkara yang kita fikirkan dengan tersurat dan teristat berkaitan perkara itu? Sedalam manakah kita akan menganalisis setiap perasaan yang kita rasa? Dan sekerap mana kita beristghfar (meminta ampun) kepada PENCIPTA dan makhluk yang diciptakannya?
Soalan ini sebenaranya lebih dikhususkan kepada diri saya sendiri. Proses menganalisa diri sendiri. Sebenarnya, banyak soalan yang saya tujukan tidak mampu saya jawab. Jika ada pun, tidak sepenuhnya.
Difahami orang lain amat diharapkan oleh setiap individu. Kesukaan dan kebencian dirinya diketahui oleh segenap masyarakat sekelilingnya. Pantang larang, alahan yang berkaitan dirinya, semua diambil peduli oleh masyarakat. Memenag seronok andai perkara yang kita tidak sukai dapat kita elakkan dan orang lain juga berusaha menjauhkan dari diri kita dan perkara yang disukai kita didekatakan dan berusaha dimilikkan kepada kita.
Tetapi sejauh mana, kita melalukan perkara yang sama pada orang lain? Sejauh mana kita berusaha memahami diri orang lain sebagaimana kita menginginkan orang lain memahami diri kita? Kita mengharapkan orang lain memahami kita, kita juga perlu menganggap bahawa apa yang kita mahukan, mereka juga mahukan sama seperti kita. Mereka juga mahu difahami, bukan diri kita sahaja. Kita juga mesti memahami masyarakat sekeliling bukan sekadar miminta diri difahami tetapi tidak cuba memahami.
Maaf andai post ini ade mngguris hati pembaca. Ini sebenarnya ingatan untuk saya, Cuma dipost agar boleh diambil sedikit yang baik untuk difikirkan bersama.
Pesanan buat diri sendiri, raikan mereka yang berada disekeliling kita jika kita mahu diraikan. Kita tidak akan jadi manusia yang sempurna tapi itu bukan alasan untuk kita tidak berusaha menuju kesempurnaan. Buat masyarakat sekelilingku, maafla andai ada salah yang telah saya lakukan. Diri ini mengakui kekhilafan diri sendiri. Semoga kita mampu berusaha memahami diri sendiri setrusnya memahami diri orang lain. Berusahala untuk berubah.
Kata terakhir yang saya fikirkan sekarang ialah, orang lain tidak akan berusaha memahami diri kita sehingga kita tidak berusaha memahami diri mereka. Sebagai manusia kita mempunyai fitrah yang sama.

Sakan baitul tolabah jami’iah
2.29 pm
190209

~~SEMANGAT~~

Assalamualaikum. Sudah lama rasanya tidak menyumbang sesuatu dalam blog ini. Sekarang sudah bermula semester baru. Sudah semester 6. Tahun 3. Tempoh degree semakin pendek. Kadang-kadang terfikir, sudah cukupkah ilmu yang ada didada untuk menymbang kepada masyarakat, Negara dan Islam terutamanya?
Semester ini menjanjikan cabaran yang lebih besar dari semester sebelum ini. Dengan mengambil 6 mata pelajaran, maka bertambahla kekangan masa untuk berehat. Focus mesti ditambah. Azam semester ini, meningkatkan kembali peratus keseluruhan yang telah murudum jatuh ketika semester lepas. Semoga ALLAH permudahkan..ameenn
Sepanjang cuti semester selama 3 minggu, telah digunakan semaksimum mungkin dengan berehat dan bercuti. Jadi masa untuk bercuti dan berehat sudah tamat.
Sebenarnya dalam post ini saya ingin berkongsi motivasi. Ini kerana, saya merasakan sekarang motivasi telah merudum jatuh. Mungkin kerana kekaburan matalamat yang ingin dituju menjadikan diri kurang semangat dan tidak bermotivasi.
Bagaimana ingin menjadikan diri semtiasa positif dan bermotivasi?
Persoalan yang saya juga sedang berusaha mencari jawapan. Disini saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang diberikan sahabat saya. Terima kasih aisya..
Baca dan cuba amalkan cara ini untuk menjadikan diri kita bermotivasi, berfikiran positif seterusnya bersemangat meneruskan kehidupan. Semaga ALLAh memberkati kita semua. Ameenn
Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Sebenarnya banyak lagi cara yang boleh meningkatkan motivasi seseorng, Cuma ini sekadar kongsian ilmu yang tidak seberapa. Jika ada penambahan jemputla kongsi bersama.
Selagi mana jalan atau cara yang kita ingin lakukan tidak melanggar syariat islam serta adat masyarakat yang baik, maka teruskanlah perbuatan itu. Cuma matlamat (niat) tidak menghalalkan cara.
Semoga diri sentiasa mahu dan maju untuk berubah kearah kebaikan.