~memahami VS difahami~

Memahami vs difahami
Assalamualaikum. Lama rasanya saya tidak memasukkan sesuatu ke dalam blog ini. Ketidakcekapan mencuri dan mengatur masa, membuatkan banyak kerja-kerja yang saya perlu lakukan tertunda dan tergendala. Kerugian memanfaatkan masa. Semoga dapat mengambil pengajaran.
Senyap tanpa menghantar sesuatu yang baru bukan bermakna tiada pengisian, Cuma tidak ditaip dan di postkan ke dalam blog ini. Dalam jangka masa ini juga, saya sering berkata-kata dalam diri. Mencari punca pemasalahan. Memikirkan cara bagaimana masalah yang timbul boleh diselesaikan dan banyak lagi. Sementara cuti yang dulu, banyak masa dihabiskan untuk memahami diri dan menyatakan matlamat. Semoga diberkati ALLAH.
Post kali ini saya ingin memfokuskan berkaitan dengan hubungan kita sesama manusia. Saya tahu, saya belum layak untuk berkata kerana mungkin ada secara tidak atau ya, saya menyakiti atau mengguriskan hati manusia disekeliling saya. Cuma, saya bercakap sebagai sebab dan ingatan supaya saya tidak melalukan perkara yang sama kepada orang lain. Selagi mana kita tidak berusaha melakukan sesuatu perubahan, selagi itula tidak akan berlaku perubahan atas diri kita. Semoga ALLAH permudahkan.
Memahami dan difahami. Tajuk ini memang sukar untuk dijelaskan dan terlalu subjektif untuk dibicarakan. Saya menguraikannya mengikut penilitian yang yang tidak seberapa. Mungkin wujud kekurangan dan ketidaksamaan pemikiran, tetapi saya ingin mengingatkan, bahawa ini adalah sekadar pendapat peribadi saya, tidak berkaitan antara hidup dan mati. =)
Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, sejauh mana kita memahami diri sendiri? Adakah kita mengetahui keselurahan perkara yang pernah terdetik di dalam hati kita? Mampukah kita meneliti setiap perkara yang kita fikirkan dengan tersurat dan teristat berkaitan perkara itu? Sedalam manakah kita akan menganalisis setiap perasaan yang kita rasa? Dan sekerap mana kita beristghfar (meminta ampun) kepada PENCIPTA dan makhluk yang diciptakannya?
Soalan ini sebenaranya lebih dikhususkan kepada diri saya sendiri. Proses menganalisa diri sendiri. Sebenarnya, banyak soalan yang saya tujukan tidak mampu saya jawab. Jika ada pun, tidak sepenuhnya.
Difahami orang lain amat diharapkan oleh setiap individu. Kesukaan dan kebencian dirinya diketahui oleh segenap masyarakat sekelilingnya. Pantang larang, alahan yang berkaitan dirinya, semua diambil peduli oleh masyarakat. Memenag seronok andai perkara yang kita tidak sukai dapat kita elakkan dan orang lain juga berusaha menjauhkan dari diri kita dan perkara yang disukai kita didekatakan dan berusaha dimilikkan kepada kita.
Tetapi sejauh mana, kita melalukan perkara yang sama pada orang lain? Sejauh mana kita berusaha memahami diri orang lain sebagaimana kita menginginkan orang lain memahami diri kita? Kita mengharapkan orang lain memahami kita, kita juga perlu menganggap bahawa apa yang kita mahukan, mereka juga mahukan sama seperti kita. Mereka juga mahu difahami, bukan diri kita sahaja. Kita juga mesti memahami masyarakat sekeliling bukan sekadar miminta diri difahami tetapi tidak cuba memahami.
Maaf andai post ini ade mngguris hati pembaca. Ini sebenarnya ingatan untuk saya, Cuma dipost agar boleh diambil sedikit yang baik untuk difikirkan bersama.
Pesanan buat diri sendiri, raikan mereka yang berada disekeliling kita jika kita mahu diraikan. Kita tidak akan jadi manusia yang sempurna tapi itu bukan alasan untuk kita tidak berusaha menuju kesempurnaan. Buat masyarakat sekelilingku, maafla andai ada salah yang telah saya lakukan. Diri ini mengakui kekhilafan diri sendiri. Semoga kita mampu berusaha memahami diri sendiri setrusnya memahami diri orang lain. Berusahala untuk berubah.
Kata terakhir yang saya fikirkan sekarang ialah, orang lain tidak akan berusaha memahami diri kita sehingga kita tidak berusaha memahami diri mereka. Sebagai manusia kita mempunyai fitrah yang sama.

Sakan baitul tolabah jami’iah
2.29 pm
190209

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s