~ motivasi ~

Bismillahirahmanirrahim

Sedar tidak sedar, sudah 3 minggu semester baru telah bermula. Alhamdulillah, kuliah dan kehidupan belangsung seperti biasa. Semoga terus sejahtera. Amenn Penumpuan terhadap pelajaran seharusnya diberikan 100% tanpa kompromi.

Post kali ini saya lebih ingin menyatakan dan berkongsi mengenai motivasi. Sebagai seorang pelajar, masalah tekanan, kesibukan dan banyak lagi semestinya amat mendera mental dan fizikal. Pelbagai perkara perlu difikirkan dan diselesaikan terutama yang melibatkan pelajaran dan pengajian. Selain itu, urusan persatuan, program, dan banyak lagi.

Ini adalah satu permulaan sebelum menjejakkan kaki ke alam selepas menjadi seorng pelajar. Semestinya kita tahu bahawa disitu menjanjikan cabaran lebih hebat. Semoga kita Berjaya menempuhinya. Seperti yang saya telah nyatakan, post kali ini berkaitan motivasi. Sekadar berkongsi apa yang boleh dikongsikan. Saya bukanlah seorang pakar motivasi atau belajar mengenai motivasi secara formal, Cuma sekadar member cara untuk memotivasikan diri.

Sepanjang cuti semester yang lepas, saya mencuri peluang untuk mengkoreksikan diri dan mencipta strategi bagi meningkatkan motivasi dan nilai diri kedalam diri. Bagi saya, motivasi dalam diri amat penting, tidak kiralah siapan pun kita. Sama ada pelajar, pekerja, atau sesiapa sahaja sudah pasti memerlukan motivasi.

Motivasi ini saya anggap sebagai penguat semangat untuk saya melakukan sesuatu. Jika tiada motivasi, maka sesuatua yang ingin kita lakukan kitdak akan dapat dilakukan dengan hati dan kehendak kita. Maka wujudlah istilah ‘paksa rela’ dan sebagainya.

Motivasi boleh dipupuk dengan pelbagai cara. Kesukaan dan minat juga boleh dijadikan motivasi. Motivasi itu bagi saya boleh dikatakan sebagai matlamat atau target. Jika kita mempunyai matlamat, maka arah tujuan kita akan semakin jelas, dan secara tidak langsung, kita sendiri akan mencari ruang dan peluang untuk mencapai matlamat tersebut. Sebagai muslim, kita sudah pasti mempunyai matlamat yang sama. Semua muslim itu berkongsi matlamat yang jelas iaitu keredhaan ALLAH. Walau apa pun cabaran dan perlakukan kita, semuanya bermatlamat kepada ALLAH.

Jika kita meletakkan ALLAH sebagai segala-galanya, nescaya kita akan sentiasa bermotivasi dan bersemangat dalam melakukan sesuatu. Kekuatan jati diri sebagai muslim adalah meletakkan ALLAH yang pertama. Jika ALLAH itu berada diatas, semua perkara akan menjadi mudah dan kita sendiri akan berlapang dada dengan masalah-masalah yang timbul dalam menuju matlamat kita. Sebagai seorang muslim, sudah pasti kita tidak akan terlepas dari diberi ujian dan cabaran dalam kehidupan. Itu adalah cara ALLAH ingin menambahkan iman dan rasa kehambaan kita kepada-NYA. Sesiapa pun mengalaminya.

Bagaimana kita menerima cabaran dan dugaan itu dengan berlapang dada andai tiada motivasi dalam diri? Seperti saya nyatakan, jika kita meletakkan ALLAH itu sebagai matlamat dan keutamaan kita, sudah pasti kita akan bersabar dan berusaha untuk menenpuhi dugaan tersebut. Mengubati hati dengan bersangka baik dengan ujian dan berfikiran positif adalah antara cara untuk memotivasikan diri dengan ujian. Ujian itu adalah tanda ALLAH sayang dan perihatin kepada kita sebagai hamba-NYA.

Jika kita merasakan ujian terhadap kita itu amat sukar, maka ingatlah kepada manusia yang lain yang juga tidak terlepas dari cabaran. Malah, mereka juga mungkin merasakan dugaan yang lebih hebat dari kita. Dengan bersangka begitu, maka akan timbul rasa kepercayaan pada diri bahawa sebenarnya diri sendiri mampu untuk menggalas dugaan tersebut. Seterusnya akan meningkatkan motivasi dalam diri.

Motivasi dalam diri juga boleh dipupuk dengan melihat kesukaran dan keperitan umat manusia yang lain dan mengambil iktibar daripadanya. Cara ini juga mampu meningkatkan rasa bersyukur kita kepada ALLAH.

Pelajaran dari kehidupan dan pengalaman adalah pelajaran yang tiada di kuliah-kuliah formal. Semuanya perlu dirasai dan diteliti oleh kita sendiri. Saya menulis mengenai motivasi bukanla kerana mempunyai ilmu yang mendalam mengenainya, Cuma sebagai galakkan untuk diri sendiri agar bermotivasi dalam setiap perkara. Tambahan pula, motivasi ini amat jauh dengan bidang pengajian saya, tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak boleh bermotivasi dan mempelajarinya.

Ingatlah bahawasanya ALLAH tidak akan meguji hamban-NYA yang tidak mampu. Jika ALLAH memberika kita cabaran dan ujian itu bermakna ALLAH ingin menambah ketaqwaan dalam diri kita. Ujian hebat adalah untuk mereka yang hebat. Ujian juga merupakan wasilah untuk kita mendekatkan diri dengan ALLAH. Cuma diharapkan janganlah ketika sukar dan duka sahaja menghampirkan diri kepada ALLAH, tetapi sepanjang masa hendaknya. Jika ALLAH matlamat kita, semuanya akan menjadi mudah. insyaALLAH.

Ingatan buat diri yang sentiasa lupa. Semoga ALLAH redha terhadap kita semua. Jadilah manusia yang bermotivasi.



Sakan baitul tolabah jami’iyah

0958 am

270209


2 thoughts on “~ motivasi ~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s