~ yang paling disayangi ~

segenggam tabah (in-team)


bertali arus, dugaan datang,

menakung sebak air mata,

namun tak setitis pun berderai

gugur di pipi.

 

tak ditempah, hidup sengsara

suratan nasib yang melanda,

menongkah badai yang bergelora,

diredah bersendirian.


bagaikan camar pulang senja,

patah sayapnya tetap terbang jua,

sekadar secicip rezeki,

buat yang sedang rindu menanti.


segenggam tabah dipertahankan,

buat bekalan diperjalanan,

kau balut luka yang berdarah,

kau balut hati yang calar.


telah tertulis suratan nasibmu,

derita buatmua ada hikmahnya,

terukir senyum dibibir lesu,

tak siapa tahu hatimu.


biar pun keruh air di hulu,

mungkinkah jernih dimuara,

biarpun jenuh hidup di palu,

pasti bertemu tenangnya.

kesayangan ku, jantung hatiku, penguat ku,


seusai menonton video dan menghayati bait-bait kata dalam lagu ini. hati ku merasakan terlalu sedih. rindu yang menggunung. sayang yang tidak bersebab. sungguh!

entah kenapa semenjak- dua ini, hari-hari yang berlalu bagai kurang isinya. tidak dimanfaatkan sebaik mungkin. banyak perkara yang tidak mampu dilakukan sebaik mungkin. dan pelbagai lagi. mengundang sedikit rasa lemah dan lesu. semoga ALLAH kuatkan kembali diriku seperti dahulu.

lagu ini mengingatkan tentang pengorbanan seorang ibu. membesarkan anak-anak tanpa suami. membanting tulang mencari rezeki. pelbagai dugaan ditempuh kerana ingin mendewasakan si anak. memberi kasih sayang yang tiada tepian. infiniti!

sungguh bertuah diri ini memiliki insan yang cukup tabah. sangat tabah. terlalu tabah. teramat tabah. sesungguhnya tabah! (kata terlampau bermakna tiada yang lebih dari itu =)) ketabahanmu itu ku tampalkan pada jiwa yang sedikit rompong kerana kelesuan. dugaan yang aku lalui hanya secicip dari dugaan insan yang aku paling sayangi ini lalui. perlukah aku menangis dan bersedih?

membesarkan anak seorang diri tanpa suami bukan perkara mudah. anak sulung ketika itu baru tingkatan 4 dan yang bongsu hanya berusia 6 bulan. alangkah hebat dugaan yang datang. tapi insan ini tidak pernah mengeluh. bekerja sedari pagi hingga petang. da malam menjalankan tanggungjawab sebagai ketua rumah yang baru di ambil alih.

anak-anak yang tidak mengenal erti kehidupan sebenar, sesuka hati membuat onar. kenakalan, ragam dan berbagai-bagai simptom si anak lakukan. semua ditempuhi dengan senyuman dan kekuatan. bersabar dengan nasihat.berpesan dengan hikmah.

sungguh si anak bongsu ini tidak pernah merasa yang sebenarnya dia hanya dibesarkan oleh seorang ibu. tanpa bapa. tidak pernah merasa kesunyian dan rendah diri. semua itu kerana, kehebatan si ibu menyalurkan kasih sayang. kasih sayang yang infiniti. sehingga ke hari ini, anak bongsu itu sungguh bersyukur yang dia punyai ibu.

ibu bapa adalah insan yang memberikan kasih sayang mereka sepenuhnya. tidak bersebab dan tidak pula mengharapkan balasan. selagi mana kita mempunyai ibu dan bapa, sayangi dan hormatilah mereka. juga tanpa sebab. andai mereka sudah pulang ke sana, maka teruslah berdoa. semoga dengan doa kita, menyelamatkan mereka dari azab kubur.

hargailah mereka sementara mereka masih ada. rebutla peluang berbakti dan menggembirakan hati mereka. walaupun amat sukar untuk dilakukan maka berusahalah.  ingat, mereka adalah insan yang bertanggungjawab membawamu kedunia dan kamu pula seharusnya merasa bertanggungjawab memastikan mereka aman disana. bukan kerana kamu mereka masuk neraka.

kita (merujuk yang belum berkahwin) belum pasti akan menjadi isteri,suami,ibu atau bapa. tetapi sekarang, kita adalah pasti merupakan seorang anak! PASTI! usah berusaha menjadi terbaik untuk pasangan andai kita gagal menjadi anak yang baik untuk ibubapa. usah bermimpi akan menjadi ibu dan bapa yang baik andai kita gagal menjadi anak yang baik pada ibu dan bapa kita. tanggungjawab yang sudah ada berusahalah laksanakannya. ingatan buat diri yang lupa.

terkenang peristiwa di Malaysia. rindu menggunung. mata bertakung, kerana seganggam tabah di sana, aku cicipkan disini, sebagai kekuatan untuk ku terus berlari. merealisasi impian dan berbakti. pada mereka yang kasihnya infitini! semoga ALLAH permudahkan.


note no1) sangat rindukan Mak, abang ar, kak siti, abang ngah n kak as, kokteh n abg heri, kak andak, kakanjangku, najiha, najwa, lutfil hadi, hidayah na farisya…serius!

note no2) lambatnya rasa nak habis tahun 2009.

note no 3) nak bagitahu, mak memang hebat!

note no 4) mataku ada cecair la..hu hu hu..maafkan ku..

note no 5) video lagu atau musik tak boleh nak masuk. maaf

note no 6) infiniti……



sakan

270309

irbit jordan

1145pm







~sanah helwa~

assalamualaikum…

sanah helwa ya ukhti,

sanah helwa ya ukhti.

sanah helwa ya ukhti norhafizah..

sanah helwa..he he

saat kedatangan insan baru

selamat hari lahir yang ke 30 tahun…teristimewa lagi sebab ada pengungumam dalam blog ini. rasa terharu? hehe

dalam post kali ini, adik ingin meminta maaf sepanjang pembesaran adik bersama akak, adik ada melakukan kesalahan dan mengguris hati akak. banyak kenangan bersama kan? rindunya kat akak.

adik juga ingin menyampaikan jutaan terima kasih kepada akak. semangat, nasihat, kata-kata yang akak bagi amat-amat bermakna terutama ketika adik merantau di bumi Jordan ini. kenapa masa menulis post ini, terasa macamada sesuatu kat mata nie? apa akak dah lakukan pada adik sekarang nie?? sedihnya..

sebenarnya banyak yang adik ingin kongsikan dengan akak, cuma memikirkan yang blog ini bukan untuk tatapan akak seorang, jadi adik menapis bebarapa perkara. biar kita berbicara secara berdua. insaALLAH jika ada masa.

adik sertakan sajak yang tidak seberapa untuk akak..(sebab tak tahu nak cakap guna ayat biasala)

saat ku kelupaan..

datang mu mengingatkan..

ingat mu tentang kehidupan,

ingatmu tentang cabaran,

ingatmu tentang pengorbanan.


saat ku kedukaan,

usap mu sambil menasihat,

tenang mu sambil mengajar,

peluk mu sambil memujuk,

kan ku ingat.


jauh ku di sini,

ingat ku tak lupa,

pada mu, yang lain jua bonda,

pada kerabat jua saudara,


datang ku kesini,

dengan restu semua,

beban harapan tertonggak di pundak,

dikau ingatkan akan tanggungjawab,

dikongsi pengalaman agar ku tak lelap.

jauh bersama awan berarak.


30 tahun bukan singkat,

pelbagai perkara telah ditempuh,

juga dikongsi agar ku tak lumpuh,

tanda kasih mu yang utuh.


rasa ku kehilangan apabila saat mu diijabkabul,

tapi ku putarkan minda,

kau jua harus bahagia,

ku terima kini kasih mu mendua,

tapi ku redha kerna itu jalan redhai tuhan,

semoga dikau bahagia selamanya.


harapku,

semoga sempat bertemu dengan mu,

bercerita, bergelak ketawa,

bersedih berduka,

kita bersama..

sabagai adik, adik sayang akak..hehe

p/s:1) untuk akak, jangan sedih lepas baca sajak ini.

2) untuk pengetahuan, dikarang secara spontan, tak sedap harap maaf,

3)pada yang tak berkenaan, maaf, post peribadi

4) pada akak-akakku dan abang-abangku yang lain, bukan tiada post untuk kalian, cuma masa ini terlebih ruang,       janga sedih, tetap ingat hari lahir kalian..hehe..

5) tunggu adik balik malaysia..

6) rindu semua..im not bias hahaha…



24032009

dalam bilik 309

sakan baitul tolabah

irbit

jordan

3.05 pm

~ hiLAng ~

I, ME AND MYSELF

KEhilangAN diri itu sendiri

MENcari diri BERlari-lari

MENGjar tak DIcapai

MEnunggu tak MENjenguk diri

KEhilagan diri itu sunyi

tak kenal siapa diri

BERlayar BERsama jasadI

tetapi ruh tidak sertaI

bagaimana inginKU seru kembali?

MENyertaI jasadI ini

agar KU tidak hilang diri lagi

diri

kembaliLAH MENjadi diri ini

terus BERsama MENsyukuri ILLAHI

BERmatlamat syurgaWI hakiki

kerana itu tempat pulang yang DIinginI

BERsama diri yang DImilikI.

::cariLAH diri sendiri

::kenalI potensi diri

::bina KEperibadiAN tinggi

::supaya kenal diri terus MENGenal ILLAHI…INSYAALLAH

tarikh&masa~~lupa nk tulis..huhu

~ dunia NIEY ~

Assalamualaikum….

Alhamdulillah…test 1 sudah selesai bagi 2 subjek, sekarang berbaki lagi 4 subjek lagi. Semoga ALLAH permudahkan. sementara menunggu ke kelas petang ini, terasa ingin meng’post’ sesuatu dalam blog ini.

Sedar tidak sedar, sudah 7 bulan kembara saya di bumi Jordan ini. Sudah 7 bulan juga saya telah meninggal….kn Malaysia tercinta. meninggalkan segalanya di sana semata-mata untuk menuntut ilmu di sini. Selama 7 bulan di sini, apakah yang saya telah perolehi? selain pelajaran di universiti, pelajaran dalam kehidupan juga tidak kurang banyaknya saya menghadapinya di bumi Jordan ini. Tiada lagi zon selesa seperti di Malaysia.

Dunia Malaysia telah ditinggalkan selama 7 bulan lamanya. Dunia yang kecukupan segalanya. Melangkah ke dunia Jordan yang menjanjikan seribu satu cabaran dan kemanisan. Di Jordan tiada lagi zon selesa, semuanya hampir kepada zon berjaga-jaga. Setiap apa yang dilakukan semestinya diteliti dan diamati agar tidak melangkah kepada zon bahaya.

Apa itu zon selesa di Malaysia? Di Malaysia semuanya ada. Andai kurang kecukupan mengenai sesuatu, sudah pasti mudah untuk mencukupkannya. Menghadapi masalah, pasti ada sokongan di belakang. Tidak gentar dalam melakukan sesuatu dan semuanya dirasakan selamat dan selesa. Semuanya tersedia dan mudah untuk dilakukan.

Dalam pelajaran pula, pensyarah sentiasa bersama, menunjuk, mengajar dan mendidik. Kemudahan prasarana, kewangan, pentadbiran, pengurusan mengenai pelajaran dan pembelajaran sangat mudah diuruskan. Dalam pelajaran juga, lebih mudah difahami dan diselami kerana kerana tidak memiliki kesukaran bahasa penghantar dan kerana itu di Malaysia berada di zon selesa.

Mengapa di Jordan dikatakan zon berjaga-jaga? Semua perkara yang ingin dilakukan mesti diteliti dan diamati terlebih dahulu. Bukan bermakna di Malaysia tidak mengamalkannya, cuma kekerapan dan permintaan untuk melakukan sedemikian kurang berbanding ketika di Jordan. Sebagai orang luar, semuanya diperhatikan oleh penduduk tempatan. Andai kita membawa imej yang kurang baik, bermakna semua rakyat Malaysia adalah sedemikian.

Dari sudut pelajaran pula, berjaga-jaga bermakna tidak boleh lagi sentiasa merasakan diri dalam keadaan selesa. Persaingan semakin besar bersama pelajar-pelajar Arab yang lain. Sudah tentu kelebihan kepada mereka kerana belajar dalam bahasa ibunda mereka sendri. Berjaga-jaga agar tidak ketinggalan dalam setiap pelajaran dan kelas yang dihadiri. Itulah zon berjaga-jaga.

Andai di zon ini tidak berjaga-jaga dan menganggap diri masih berda di zon selesa, maka zon berjaga-jaga akan bertukar kepada zon bahaya. Bahaya jika tidak berjaga-jaga ketika bersama masyarakat sekeliling, bahaya jika tidak berjaga-jaga dalam kelas (berangan dan tidak menumpukan perhatian) dan banyak lagi yang akan berlaku sekiranya tidak berjaga-jaga.

Enrty kali ini sekadar ingin mengingatkan diri sendiri bahawa sekarang ini, bukan masa untuk selesa seperti di Malaysia. Tidak lagi boleh bermain-main dengan masa. Semuanya perlu kepada berjaga-jaga supaya tidak menempuhi bahaya. Dunia dahulu dan sekarang sudah berbeza. Usia dahulu dan sekarang sudah berubah. Keadaan dulu dan sekarang sudah bertukar. Kewajipan dan tanggungjawab sekarang sudah bertambah berbanding dahulu.

Dulu sudah menjadi sejarah, esok pula hanya angan-angan. Jika berjaya ke hari esok, maka bersyukurlah. Hari ini adalah satu yang pasti. Sudah benar-benar terjadi dan kita sedang menempuhinya. Seharusnya kenangan semalan dijadikan pedoman agar hari ini lebih baik dari semalam.

semoga ALLAH permudahkan segalanya.



dunia niey..

22032009

3.30pm

bilik 309

sakan baitul tolabah

irbit jordan..

~ surat cinta ~

assalamualaikum…

post kali ini agak istimewa tajuknya. (tajuk sahaja kah? hehe)

dua hari lepas, (dari tarikh post entry) saya dikejutkan dengan menerima surat ‘cinta’ dari seseorang. mula-mula agak terkejut dan tidak percaya, ialah surat-surat sekarangkan sudah dikira sebagai tidak lagi up to date untuk digunakan. ini kerana kemudahan teknologi yang canggih dan terkini membuatkan surat sudah kurang sesuai untuk diaplikasikan.

lagi pula, zaman kanak-kanak sudah berakhir. bukan lagi zaman cinta monyet untuk menerima surat cinta dari si dia. tapi kini, saya menerimanya buat kali entah ke berapa..hehe(macam banyak aje..huhu). cuma yang ingin ditekankan disini, surat tersebut amat bermakna dan membuatkan saya terkesima apabila membacanya. hebat betul.

surat tersebut juga datangnya dari seseorang yang saya sayangi. tidak disangka si dia akan memberiku surat cinta! tidak pernah terfikir. tapi itula hakikatnya. thankz si dia..love u too (khas untuk si dia)..hehe..ketika ternampak surat tersebut yang diselitkan di atas laptop ini, minda tertanya-tanya. siapa pula yang memberiku surat? kerana terkejut, surat itu terus dibaca tanpa duduk terlebih dahulu. (excited sangat) hehe..

mesti tertanya-tanya apakah isinya bukan? hehe..surat cinta pastinya mengenai perasaan. perasaan cinta, sayang dan cara untuk menyuburkan kasih sayang antara kami. isinya amat membuatkan saya terasa amat disayangi dan dihargai sebagai orang yang tersayang bagi si dia.

surat dan pengirimnya semestinya amat berbeza antara yang sebelum ini. tidak kisahla siapa dia, biar saya dan ALLAH sahaja yang mengetahui siapa pengirimnya.

isinya bukan seperti surat cinta biasa, menyatakan perasaan cinta yang bersangatan, meminta untuk dibalas cintanya, sebab menyukai dan sebagainya tetapi sekadar menyatakan perasaannya dan cara menjaga kasih sayang itu kearah kebenaran.. ayatnya juga tiadalah berbunga, sungguh jelas dan tidak berjela-jela. (banyaknya pujian) hehe..yang pasti setiap perkataan yang ada amat menyentuh dan mengenai seluruh deria yang sempurna.

isinya mengenai bagaimana untuk menyemarakkan cinta kepada Maha Pencinta. jalan bertaqarrub pada-Nya, berhubungan terus bersama-Nya, berhubung baik sesama makhluk-Nya. dan semuanya membuatkan saya berfikir dan bertambah menyayanginya. terasa dekat dengan si dia dan Dia, kerana bila bersamanya terasa dekat bersama ALLAH.

nasihat dalam surat itu juag membuatkan saya terasa bahawa picisan itu bukan keutamaan, seharusnya kami bersatu dalam menyelesaikan setiap picisan supaya tidak mengeruhkan hubungan kami dengan Maha Penghubung dan Maha Penyayang.

untuk si dia…usaha yang dicadangkan akan kita laksanakan dengan kadar yang segera supaya tidak terlalai dan jauh dari-Nya. berusaha bersama yea..sentiasa bersemangat dan semoga diberi kekuatan. terima kasih kerana melayangkan surat cinta…

untuk pembaca..siapa pengirim surat itu? biarlah rahsia kami sahaja. cuma ingin ditegaskan bukan cinta terlarang. hehe..semoga kami terus berukhwah seindah ukhwah ini..kekal selamanya..

pengirim..apa lagi tunggu?? jomla lakukan…


p/s : cintai sahabatmu nescaya sahabatmu akan menyintaimu..hehe..


sakan,

bilik 309

irbit jordan..

19032009

8.03pm



~ nieylufer nahdi ~

assalamulaikum..

sebenarnya, tiada yang istimewa pada post kali ini. sekadar ingin mencoretkan sesuatu. bukan bahan ilmiah mahupun tazkirah atau sajak. sekadar saj-saja. hehehe

nieylufer. kenanpa saya menggunakan nama nieylufer sebagai nick name dalam blog ini? ini kerana, saya sukakan nama tersebut.

ramai juga yang bertanya apakah makna nieylufer nahdi itu. kedua perkataan itu merupakan dua ciri diri saya. (iyea ker?)

sebenarnya nieylufer berasal dari perkataan arab yang bermaksud teratai.tetapi selepas diedit ejaan kedalam tulisan rumi maka jadilah nieylufer. saya amat meminati bunga teratai. teratai layu ditasik madu, nyanyian fauziah latif, (tapi tak tahu pun lagunya). bagi saya teratai mempunyai keunikan dan kesenian tersendiri. kecantikan setiap kelopaknya, warna yang unik (yang pelbagai) dan habitat semulajadinya.

teratai hidup di perairan yang tenang dan melindungi anak-anak ikan dibawah daunnya yang besar dan kalis air. tiada sebab yang terlalu khusus yang menyebabkan saya begitu meminati teratai, tetapi bila sudah gemarkan sesuatu, sudah pasti kita akan berusaha mencari kelebihan-kelebihannya dan melupakan keburukannya. itulah serba sedikit mengenai nieylufer.

kemudian, makna nahdi. ada peristiwa mengenai nahdi ini. semestinya saya mengetahui perkataan nahdi setibanya saya di bumi Jordan ini. biarkan kenangan itu terpatri rapi dalam ruang kenangan. (sukar untuk diceritakan dan untuk mengelakkan syok sendiri..hehe)

nahdi berasal dari perkataan arab ammi (pasar) jordan yang bermaksud ungu (purple). warna kegemaran dan warna kecantikkan bagi saya.  sesuatu yang bewarna ungu saya rasakan cantik dan unik. sejak bila saya menyukai ungu pun saya tak pasti. (apala..)

jadi gabungan nieylufer nahdi itu adalah bermakna teratai ungu. dua perkara mengenai kesukaan saya. jadi diharap pada pengunjung selepas ini memahami makna nieylufer nahdi yea.

kemudian saya ingin menerangkan mengenai motto atau slogan (sesuai ker??) dalam blog ini. DARI SESUATU MENUJU YANG SATU. ini bermakna, setiap sesuatu yang saya postkan dalam blog ini, tidak kira dalam kategori apa pun, semuanya diharapakn moga-moga diredhai yang SATU. keseluruhan isi dalam ini diharapkan juga menjadi sahamku di sana.

bagi pembaca yang berjaya memperoleh sedikit maklumat darinya, dibenarkan untuk menyalin, mencetak dan megedarkan tetapi dengan pengetahuan penulis terlebih dahulu dan disertakan sekali nama penulis agar, jika wujud kekeliruan, maka mudah dirungkaikan. INSYAALLAH.

serasanya sudah jelas makna yang terdapat dalam blog ini. jika ada sebarang pertanyaan bolehla terus diajukannya kepada saya. selagi mampu, saya akan berusaha menjawabnya.

teruskan menyokong dan memberikan komen yang membina. teguran itukan adalah nasihat.

test 1 semakin hampir..persedian sekadar cukup sahaja. semoga ALLAH kuatkan untuk terus berusaha. diberinya nikmat kesihatan dan nikmat kelapangan untukku mengulangkaji. doakan supaya memperoleh keputusan yang baik.

semoga jumpa di post yang akan datang.

dari nieylufer nahdi

dari sesuatu menuju yang SATU..

~ Rasul kita semua ~


Dedikasiku untuk Rasul kita semua. Maulid Nabi kita.

Muhammad itu pembawa berita,

Dengannya kecapi nikmat yang dua,

Besar islam dan iman dalam jiwa,

Muhammad itu penyeru setia,

Walau dihina dicaci dicerca,

Tetap teguh menyeru manusia.

Dilahir yatim, dibesar penuh likuan,

Dalam kandungan membawa kesan,

Mimpi bulan menerangi kegelapan,

Maka itulah tanda kehebatan,

Kelahiran insan Rasul ikutan.

Kisah hidupnya disusun yang Esa,

Sedari kecil mulia pekertinya,

Walau ranjau daaing menerpa,

Tidak betah diam berduka,

Kerana baginda yakin ajaran bawaannya.

Di gua itu bermula semua

Didatangi Jibrail disuruh membaca,

Dibilangnya dia “ Aku hanya insan biasa

Tidakku kenal huruf membaca”

Diulang semua sehingga tiga

Begetar tubuh, minda dan jua jiwa,

Siapa dia menyuruh membaca?

Soal Muhammad penuh tanya.

Kalimah itu wahyu  pertama,

Mampir ke Khadijah isteri tercinta,

Ditenangkan olehnya hati baginda

Tugas isteri penyejuk jiwa,

Yakinla bahawa Tuhan itu Esa.

Tuhan Ibrahim dan juga Isa,

Terus berusaha menyampai berita,

Kerana baginda bukan insan biasa,

Dijaga rapi sedari kecil hingga dewasa,

Tanpa dosa tercalit padanya,

Al-amin pengenalan dirinya

Bukti ketulusan insan mulia.

Muhammad itu idola semua,

Sejah mana aplikasi kita kepada sunnahnya?

Sedalam mana cinta kita terhadap baginda?

Sanggupka berkorban demi agama yang dibawanya?

Beratkah timbangan kita diakhirat sana?

Sebagai tanda pengikut setia?

Kesetiaan baginda dan sayangnya dia,

Terbukti hingga ke hujung nyawa,

Mengingati kita walau perit terasa,

Malah sanggup membebani sakit mati untuk semua

Bukti cinta agung insan mulia.

Adakah kita seperti dia?

Sanggup  berkorban rasa?

Menahan jiwa dari senangan dunia?

Sifat mahmudah diamalan sentiasa

Berbekal Al-quran dan sunnah baginda,

Agar redha ALLAH digenggam semua.

Maulid rasul ingati diminda,

Tanda kasih kekasih kita,

Semoga mendapat syafaat baginda,

Kekal bersamanya disyurga sana,

Tempat  tak terbanding nikmatnya

Satu kejayaan hamba yang Esa

Setelah mencintai baginda

Sepenuh jiwa dan rasa

Cinta Rasul cintai ALLAH jua

Semarakkanlah cinta pada kekasih-Nya

Demi memperoleh cinta yang Esa,

Kerana itu tujuan hidup di dunia,

Menggapai cinta yang Esa jua kekasihnya,

Muhammad insan teristimewa

Rasul kita semua.

6.45pm

060309

Dewan Makan Farobi

Universiti Yarmouk

(sebelum mendengar ceramah sempena Maulidur Rasul)