~ feminisme ~

FEMINISME

Feminisme merupakan satu perkataan yang telah dialih bahasakan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Feminisme bermaksud himpunan teori sosial, gerakan politik, dan falsafah moral yang sebahagian besarnya berkenaan dengan pembebasan dan kesamaan hak  perempuan daripada diketepikan oleh kaum lelaki.

Mengapa golongan feminisme ini wujud?  Mengikut sejarah, ketika dahulu, golongan wanita merasakan diri mereka diketepikan oleh kaum lelaki dalam semua bidang terutamanya dalam bidang sosial, pekerjaan, pendidikan serta politik.

Keadaan ini memaksa sebahagian wanita ini bagun untuk meminta hak kesamaan antara lelaki dan wanita. Keadaan ini berlaku bukan di Malaysia tetapi di Barat. Bahananya, fahaman golongan sebegini telah masuk ke dalam minda sesetengah masyarakat di Malaysia. Cuma bezanya, mereka juga dikenali dengan nama Sister In Islam (SIS).

Golongan ini juga menuntut kesamaan hak wanita dalam semua aspek. Antara hak yang mereka tuntut ialah memansuhkan poligami, kuasa talak dan kesamaan jumlah harta mirath dan banyak lagi. (sekadar menyebut beberapa untuk dikupaskan)

Secara saintifiknya, wanita dan lelaki sememangnya berbeza. Tidak kira sama ada fizikal ataupun ciri-ciri dalaman. Berbeza dari sudut bentuk fizikal, ketebalan kulit, hormone,  saiz otak, kandungan darah dan sebagainya. Semuanya menyatakan lelaki tidak sama seperti wanita dan begitu juga sebaliknya.

Di Malaysia isu hak mengundi,  bertanding dalam pilihanraya, mempunyai pekerjaan dan sebagainya, merupakan isu lapuk da tidak boleh diterima pakai. Ini kerana di Malaysia sendiri wujud kementerian wanita dan keluarga dan menterinya juga  merupakan seorang wanita. Wanita-wanita Malaysia juga bebas untuk memilih pekerjaan dan belajar di mana-mana pusat pengajian yang ada di Malaysia tanpa kompromi. Ini jelas membuktikan bahawa Malaysia tidak langsung menindas wanita. Malah diskriminasi juga tidak wujud di Malaysia.

Tetapai golongan feminisme di Malaysia menuntut kesamaan hak bersama lelaki dalam isu poligami, talak, dan nisbah harta mirath. Tuntukan mereka ini lebih kepada tuntukan di dalam Islam yang telah ALLAH tetapkan. Mereka secara tidak sedar menyatakan bahawa Islam merupakan agama yang menindas wanita. Malah mereka juga seperti nyatakan bahawa Islam sudah tidak sesuai lagi dipraktikkan dalam sekarang. Secara tidak langsung mereka juga menyatakan bahawa mereka lebih hebat daripada Pencipta Agama Islam!

Secara kasarnya, permintaan mereka mungkin berasas tetapi jika diteliti dengan baik, sudah pasti kita akan mendapati mereka lolos.

Mengenai isu poligami sendiri. Islam telah mensyariatkan seorang lelaki boleh berkahwin lebih daripada seorang perempuan sekiranya dia mampu.

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap peerempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dengan perempuan- perempuan (lain) dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu) maka, (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat (untuk mencegah) supaya  kamu tidak berlaku zalim.                                                   

 Surah An-nisa’ ayat 3.

 

Makna mampu di sini bukanla mampu dari beberapa segi sahaja. Malah meliputi segala aspek berkaitan dengan rumah tangga. Mampu berlaku adil dalam perasaan, pengagihan kasih saying dan sebagainya. Jika seorang lelaki itu tidak mampu, maka tidak boleh baginya untuk berkahwin lebih daripada seorang isteri.  Islam membolehkan berkahwin lebih dari seorang isteri bukan tanpa syarat, tetapi dengan syarat dan mesti dipatuhi oleh lelaki tersebut.

Ketidaksamaan disini dapat dilihat kerana hanya lelaki yang boleh berkahwin lebih daripada seorang tetapi perempuan tidak dibenarkan. Hikmah pengaharaman perempuan berkahwin lebih dari seorang jelas. Ini kerana kemampuan seorang wanita itu berbeza dari seornag lelaki. Andaikan jika perempuan tersebut mengandung dan dia memiliki suami lebih dari seorang, bagaimana keadaan anak dalam kandungannya? Mahu di nasabkan kepada suami yang mana?

Perempuan juga tidak mampu membahagikan kasih sayang lebih kepada seorang lelaki. Malah bukan itu sahaja kerumitan yang akan timbul, malah banyak lagi. Seharusnya perempuan memang tidak mampu untuk berkahwin lebih dari seorang lelaki.

Jika seorang lelaki itu mampu untuk memiliki lebih daripada seorang isteri, mengapa kita harus mengahlangnya? Jika isteri tidak mampu menguruskan rumah tangga atas masalah kesihatan, patutkah suami menceraikannya? Sudah tentu tidak bukan? Maka Islam menyediakan satu jalan yang baik malah halal untuk manusia mengikutinya.

Antara lain, Poligami juga mampu menyelesaikan masalah sosial. Seperti yang kita maklum, nisbah jumlah lelaki dan wanita di Malaysia sekarang ialah 3 nisbah 1. Jika seorang lelaki hanya boleh berkahwin dengan seorang wanita, jadi baki wanita yang lain tidak boleh berkahwin? Bagaimana mereka? Siapa akan menjaga dan melindungi mereka? Islam itu agama yang syumul. Maka poligami boleh menyelesaikan masalah sosial.

Kemudian, saya ingin menerangkan mengenai kuasa talak yang diberikan hanya kepada seorang suami (lelaki) dan bukan isteri (wanita). Sebahagian wanita ingin menuntut kuasa talak yang diberikan kepada lelaki. Sebelum itu, kajian santifik ada membuktikan bahawa perempuan ini lebih beremosi daipada lelaki. Andaikan jika perempuan juga dieberikan kuasa talak, maka akan lebih banyakala masalah penceraian yang akan wujud.

Analoginya cukup mudah. Andaikan ada sebuah kapal yang sedang belayar. Ketika ombak besar melanda, seorang nakhoda memerintahkan supaya menurunkan layar, tetapi seorang nakhoda lagi memerintahkan supaya menaikkan layar. Sudah pasti kacau bilau kapal tersebut. Mana mungkin kuasa diberikan kepada dua orang individu. Dalam apa-apa juga keadaan, di dalam persatuan, rumah tangga, kumpulan dan sebagainya. Bezanya Cuma ada timbalan atau naib ketua. Begitu juga rumah tangga, suami sebagi ketua keleuarga, maka wajarla dia memiliki kuasa talak tersebut.

Wanita juga mudah beremosi dan cepat marah. Wanita dikawal oleh 9 emosi dan 1 akal, tetapi berbeza dengan lelaki yang dikuasai 9 akal dan 1 emosi. Keadaan ini mempengaruhi individu untuk membuat keputusan. Sama ada keputusan berdasarkan emosi atau akal. Jelas bahawa islam itu sudah begitu cantik tersusun. Masakan kita yang umat akhir zaman ini mahu menukarnya? Siapa kita? Tepuk dada Tanya iman.

Kemudian isu persamaan jumlah harta mirath. Isu ini saya bercadang mahu dikupaskan di dalam post yang akan datang sebagai tajuk khusus. Semoga ALLAH permudahkan.

Akhir kata, pendapat peribadi saya kepada golongan feminisme ini, hayati dan fahamila Islam mengikut ajaran yang benar. Bagi lelaki, pimpin dan jagaila wanita ini sebaiknya. Kerana wanita adalah sayap kanan perjuangan kamu. Kepada wanita, usah berasa kamu disisihkan, malah kamu makhluk yang cukup unik yang ALLAH telah jadikan. Kekuranagan itu adalah kekuatan.

Ingtlah bahawa Islam itu tinggi dan syumul. Tiada yang lebih tinggi dan lebih syumul selain Islam.

Semoga ALLAH merahmati dan merdhai kita semua.

 

Perpustakaan jamiah Yarmouk

040309

0950 am.

 

 

senarai rujukan..

1) al-quran

2) kertas kerja feminisme dan islam

 

5 thoughts on “~ feminisme ~

  1. assalamualaikum… bagus penulisan nie.. sentiasa menyokong aini walau agak bz sekarang…

  2. wslm…terima kasih aisya…xpe2, walaupon bz, tp hati jgn lupa yea..smg ALLAH redha dgn kita…

  3. silakan datang…

    http://poligamiikhwan.org/portal/pelancaran-kelab

    Majelis Pelancaran
    Kelab Poligami Ikhwan
    “Suami untuk dikongsi, bukan untuk diperebutkan”

    Astaka Taman Tasik Titiwangsa, KL
    Sabtu 15 Ogos 2009
    09.00 – 12.00 tengahari

    Saksikan Juga Persembahan :
    Teater Muzikal Islam
    dari Kumpulan
    “Generasi Harapan”
    (Adik beradik dari keluarga berpoligami)

    JOM…
    Masuk Percuma & Jamuan Disediakan

    Penaung Bersama :

    Global Ikhwan & Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM)

    Info lengkap hubungi
    012-2013512
    019-5579306
    019-2645313

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s