~ mirath 2 ~

Bismillahirahmanirrahim. Setelah menyempurnakan penulisan saya mengenai mirath, di post kali ini, saya ingin menambah beberapa perkara mengenainya. Sebelum ini saya menerangkan mirath dan apa hikmah seorang lelaki memperoleh nisbah lebih banyak daripada nisbah seorang perempuan.

Post kali ini pula saya berbesar hati untuk menerangkan mengenai hikmah nisbah mirath diberikan kepada golongan yang muda lebih daripada golongan tua. InsyaALLAH, semoga ALLAH permudahkan dan redhainya.

Sebelum memulakan penerangan, mari kita rujuk kembali kalam ALLAH yang menjadi panduan kita sebagai hamba-Nya.

ALLAH perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk ) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka adalah dua pertiga dari harta yang ditinggalakn oleh si mati. Dan, jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah seperdua (separuh) dari harta itu. dan ibu bapa (si mati) tiap-tiap seorang dari keduanya: seperenam dari harta yang ditinggalakn oleh si mati, jika simati itu mempunyai anak. Tetapi jika simati tidak mempunyai anak, sedang yang warisnya kedua ibu bapanya, maka bahagian ibu sepertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa saudara (adik beradik), maka bahagian ibu ialah sepernam. (pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayar hutangnya. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui sesiapa diantaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari ALLAH, sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. [surah An-nisa’ ayat 11]

Dan seterusnya ALLAH juga menerangkan lagi.

Dan bagi kamu seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunya anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh seperempat dari harta yang ditinggalkan, sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula seperempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak, tetapi jika kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah seperlapan dari harta yang ditinggalakan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayar hutang kamu. dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara-saudara perempuan (seibu) maka bagi setiap seorang bagi keduanya ialah seperenam. kalau pula (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka sekutu pada sepertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang ditinggalkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya, wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudharat (kepada waris). (tiap-tipa satu hukum itu) ialah ketetapan dari ALLAH. Dan (ingtlah) ALLAH Maha Mengetahui dan Maha Penyabar. [surah an-nisa’ ayat 12]

ALLAH juga ada menerangkan mengenai mirath ini di dalam ayat tersebut:

Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad, mengenai masalah kalalah). Katakanlah: “ALLAH memberi fatwa kepada kamu dalam perkara kalalah itu, iaitu jika seorang mati tidak mempuyai anak, dan dia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalakan oleh si mati: da ia pula (saudara lelaki itu) mewarisi semua harta (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya itu tidak mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta yang ditinggalakan oleh simati. Dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan”. ALLAH menerangkan (hukum itu) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) ALLAH Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu .[surah An-nisa’ ayat 176].

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa nisbah bagi ibu bapa (bagi si mati) lebih sedikit berbanding nisbah anak (bagi si mati).Sudah pasti, anak lebih muda dari ayah kepada ayahnya (datuk). Islam menghalalkan perkahwinan atas beberapa perkara antaranya ialah untuk menyambung zuriat manusia. Maka, anak merupakan penyambung warisan bagi sesebuah keluarga. Harta mirath yang ditinggalkan kepada anak lebih banyak daripada datuk kerana anak mampu untuk menguruskan harta tersebut dan mengembangkannya. Sementara datuk pula sudah pasti tua dan kurang tenaga untuk menguruskannya.

Jadi harta tersebut perlulah dilebihkan kepada yang berkemampuan. Sebagai orang muda, tenaga yang ada masih kuat dan banyak. Ini akan membawa kepada peningkatan usaha dalam mengembangkan harta. Anak-anak juga mempunyai tanggungan yang lebih ramai berbanding datuk. Anak-anak memiliki isteri, anak yang perlu diberi nafkah. Manakala datuk pula hanya menyara isteri sahaja. Ini kerana anak-anaknya sudah besar dan tidak dipertanggungjwabkan kepadanya lagi (sekiranya sudah berkahwin). Maka dapat dilihat, jumlah tanggungan bagi anak dan datuk berbeza.

Ada pula jika anak (simati) belum berkahwin, harta yang ditinggalkan untuknya bolehlah digunakan untuk dijadikan mahar perkahwinannya seterusnya melahirkan sebuah keluarga berteraskan Islam. InsyaALLAH. Hal ini menunjukkkan bahawa, keperluan anak terhadap harta tersebut lebih tinggi berbanding keperluan datuk. Jika si mati (anak) telah meninggal dunia. Kewajipan untuk menjaga dan menyara datuk akan terjatuh dan tergalas di atas bahu anak si mati (cucu). Maka keadaan ini membawa kepada perbezaan nisbah terhadap penerimaan nisbah harta mirath antara ayah dan anak (si mati).

Seterusnya pula, saya ingin menerangkan pula hikmah perbezaan nisbah harta mirath terhadap isteri dan anak (jika si mati adalah suami). Perbezaan ini juga sama seperti di atas, Cuma penambahannya ialah anak beroleh lebih berbanding ibu kerana, apabila seorang suami meninggalkan isterinya dan ketika itu mempunyai anak lelaki, maka tanggungjawab menjaga ibu tersebut jatuh ketangan anak lelaki itu. Maka, harta yang ditinggalkan si mati akan diberi lebih kepada si anak kerana tanggungjawab anak juga besar.

Selain itu, ibu juga tidak dipertanggungjwabkan untuk memberi nafkah kepada anaknya (sekiranya anaknya sudah besar). Si ibu juga berkemungkinan akan berkahwin lain setelah kematian suaminya. Jika demikian, dia (ibu) telah menjadi tanggungjawab suami barunya. Secara fitrahnya, sudah pasti ibu akan lebih tua berbanding anaknya. Maka, si ibu sudah pasti kurang mampu untuk mentadbir dan menguruskan harta tersebut untuk berkembang. Anak yang ada malah memiliki kekuatan tenaga haruslah diberikan kepadanya nisbah yang lebih besar agar harta tersebut semakin berkembang.

Secara kesimpulannya, walau bermacam keburukan yang ada terhadap sesuatu itu, tetapi ALLAH tetap melarang, maka wajiblah untuk kita mengikut arahan ALLAH tersebut. Meskipun kita tidak suka akan perkara tersebut, tetapi ia adalah arahan ALLAH, sebagai hamba-Nya, kita perlu untuk mengikutnya. Kerana DIA adalah ALLAH.

Hukum dan nisbah mirath ini telah diterangkan secara jelas dan terperinci dalam kitab ALLAH yang sudah pasti tiada ragu baginya, malah merupakan sumber rujukan utama seluruh umat Islam. Maka, fahamilah, ikutlah serta sebarkanlah isinya. Sesungguhnya manusia hanyalah seorang hamba.

Siapa kita dihadapan Tuhan kita?

Perpustakaan Jami’ah Yarmouk

10.20am – 10.50am

040309

p/s : banyak kekurangan dalam post ini. Jemput kongsi idea dan komen yea. Jom kongsi ilmu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s