~ mirath ~

 

Assalamualaikum. Seperti yang telah dijanjikan, saya akan menulis mengenai mirath. Hikmah perbezaan mirath antara lelaki dan perempuan. Saya mulakan dengan persoalan. Apa itu mirath sebenarnya? Mirath dari sudut bahasa ialah, sesuatu yang ditinggalkan oleh individu kepada individu yang lain, dari satu kaum kepada kaum yang lain. Secara istilah pula ialah, mirath merupakan salah satu kaedah fiqh dan matematik untuk mengetahui hak yang ditinggalkan dan nisbah bagi tiap-tiap sesuatu. Ia dinamakan farai’d yang bermakna bahagian tetap bagi setiap waris. (1)

 

Secara umumnya, mirath juga boleh difahami sebagai satu ilmu pembahagian harta si mati kepada waris. Pembahagian harta mirath ini telah dijelaskan dengan terperinci di dalam Al-Quran.

 

ALLAH perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk ) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka adalah dua pertiga dari harta yang ditinggalakn oleh si mati. Dan, jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah seperdua (separuh) dari harta itu. dan ibu bapa (si mati) tiap-tiap seorang dari keduanya: seperenam dari harta yang ditinggalakn oleh si mati, jika simati itu mempunyai anak. Tetapi jika simati tidak mempunyai anak, sedang yang warisnya kedua ibu bapanya, maka bahagian ibu sepertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa saudara (adik beradik), maka bahagian ibu ialah sepernam. (pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayar hutangnya. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui sesiapa diantaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari ALLAH, sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. [surah An-nisa’ ayat 11]

Dan seterusnya ALLAH juga menerangkan lagi.

Dan bagi kamu seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunya anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh seperempat dari harta yang ditinggalkan, sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula seperempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak, tetapi jika kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah seperlapan dari harta yang ditinggalakan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayar hutang kamu. dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara-saudara perempuan (seibu) maka bagi setiap seorang bagi keduanya ialah seperenam. kalau pula (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka sekutu pada sepertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang ditinggalkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya, wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudharat (kepada waris). (tiap-tipa satu hukum itu) ialah ketetapan dari ALLAH. Dan (ingtlah) ALLAH Maha Mengetahui dan Maha Penyabar. [surah an-nisa’ ayat 12]

 

ALLAH juga ada menerangkan mengenai mirath ini di dalam ayat tersebut:

 

Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad, mengenai masalah kalalah). Katakanlah: “ALLAH memberi fatwa kepada kamu dalam perkara kalalah itu, iaitu jika seorang mati tidak mempuyai anak, dan dia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalakan oleh si mati: da ia pula (saudara lelaki itu) mewarisi semua harta (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya itu tidak mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta yang ditinggalakan oleh simati. Dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan”. ALLAH menerangkan (hukum itu) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) ALLAH Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu .[surah An-nisa’ ayat 176].

 

Penerangan ALLAH dalam surah ini amat jelas mengenai jumlah pembahagian harta si mati kepada waris. Tujuan saya menulis ini bukanlah untuk mengupas nisbah atau kadar yang ALLAH letakkan Cuma, ingin berkongsi mengenai mengapa lelaki boleh mendapat lebih dari perempuan. Ini adalah teori semata-mata, hikmah sebenarnya hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui. Seperti yang telah dinyatakan dalam ayat diatas. Pembahagian perempuan sering sedikit daripada lelaki. Adakah wujud diskriminasi dalam Islam? Adakah Islam menindas golongan wanita?

 

Setelah membaca terjemahan ayat tersebut, jelas bahawa setiap pembahagian lelaki lebih daripada pembahagian perempuan. mengapa ALLAH memerintahkan sebegitu? Sesungguhnya hanya ALLAH Maha Mengetahui. Saya sekadar ingin berkongsi hikmah yang terfikir oleh manusia mengenainya dan ingin menambahkan rasa kecintaan kita terhadap Islam seterusnya menghiburkan wanita-wanita Islam bahawa Islam tidak pernah menindas wanita. Secara realitinya, kita dapat lihat bahawa lelaki sememangnya diberikan tanggungjawab yang besar kepadanya. Harta yang diberikan kepada lelaki melalui harta mirath lebih banyak kerana kemampuan mereka menguruskan harta lebih besar berbanding perempuan.

 

Seperti yang kita maklum, perempuan normal akan mengalami kitaran haid, mengadung, nifas, dan beberapa perkara lagi. Keadaan ini secara tidak langsung akan menjejaskan kemampuan wanita dalam menguruskan harta tersebut. Walaupun ia bukanla faktor utama yang menyebabkan kekurangan kemampuan wanita, tetapi keadaan ini tetap mempengaruhi seorang wanita itu dalam aktiviti harian mereka.

 

Hikmah kedua pula ialah, lelaki dipertanggungjawabkan untuk menjaga isteri, anak perempuan, saudara perempuan dan ibunya sendri. Manakala seorang wanita menjadi tanggungjawab bagi seorang suami, ayah, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Berbeza bukan?

 

Harta yang lebih terhadap lelaki ialah untuk memudahkan dan meringankan sedikit bebanan dan tanggungjawab lelaki tersebut. Apabila seorang lelaki ingin berkahwin, perlu memberi mahar dan juga hantaran kepada wanita, jadi dengan pemberian harta mirath ini boleh meringankan beban memberi mahar, seterusnya akan menggalakan perkahwinan dan paling penting melahirkan ummah. Seterusnya, perempuan juga secara syariahnya (hukum) tidak dipertanggungjawabkan untuk menanggung atau memberi nafkah lahiriah kepada seorang suami dan anak-anak.

 

Wanita juga sering menggunakan harta yang dimilikinya untuk membeli asset peribadi seperti emas, permata dan sebagainya. Tidak dinafikan bahawa asset tersebut juga member manfaat kepada individu, tetapi jika harta tersebut dilaburkan, maka keuntungan tersebut boleh dirasai oleh semua masyarakat dan meningkatkan ekonomi.

 

Lelaki juga didapati sememangnya mempunyai tenaga dan daya tahan yang lebih berbanding wanita. Dikuatkan lagi dengan kemampuan akal yang sembilan dan emosi yang satu, berbanding wanita beremosi 9 tetapi akal satu. Tidak hairanlah lelaki diberi lebih berbanding wanita. Lelaki perlu menginfaqkan harta tersebut kepada 4 orang wanita (isteri, ibu, anak perempuan, dan saudara perempuan), tetapi wanita tidak perlu menginfaqkan hartanya kepada orang lain. Harta tersebut hanyalah untuk dirinya sahaja. Semakin banyak harta individu tersebut, semakin banyaklah tanggungjawab yang terbeban keatasnya. Maka, tanggungjawab yang besar itu hanya mampu di galas oleh lelaki. Sesungguhnya ALLAH lebih Mengetahui akan segala sesuatu.

 

Harta yang ada perlu dilaburkan semula agar tidak ‘berkepuk’ sahaja dan tidak mendatangkan faedah kepada pemiliknya. Inilah dia Islam yang syumul. Bagi wanita, jangan bersedih jika tidak mendapat sama seperti lelaki, tetapi bersyukurlah dengan apa yang ada. Kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku jika kita mempunyai harta yang banyak. Mungkin kita akan membelanjakannya kejalan yang tidak baik. Bagi lelaki usah berasa besar, tetapi sedarlah akan tanggungjwab anda.

 

Sebagai pengakhiran untuk post kali ini, walaupun saya telah menerangkan beberapa perkara mengenai hikmah mirath ini, tetapi jika kita tidak kembali kepada Islam itu sendiri, kita tidak akan dapat merasakan kemanisan Islam itu sendiri. Sesungguhnya hanya ALLAH Maha Mengetahui akan sesuatu. Bersangka baiklah kepada ALLAH. Kita yang menentukan kemana kita akan pergi (syurga atau neraka). Semoga ALLAH redha akan kita semua.

 

Perpustakaan Jami’ah Yarmouk

9.50am-10.25am

040309

Rujukan

 1) Al-Quran Al-Karim

2) (1) توازن الاقتصاد دراسة قرآنية – أ. د. كمال توفيق محمد الحطاب. (pensyarah University Yarmouk)

 

 p/s :sebarang teguran dan pembetulan amat-amat dialukan.

 :berkongsikan lebih baik dari simpan. Semoga dapat manfaatnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s