~ dunia NIEY ~

Assalamualaikum….

Alhamdulillah…test 1 sudah selesai bagi 2 subjek, sekarang berbaki lagi 4 subjek lagi. Semoga ALLAH permudahkan. sementara menunggu ke kelas petang ini, terasa ingin meng’post’ sesuatu dalam blog ini.

Sedar tidak sedar, sudah 7 bulan kembara saya di bumi Jordan ini. Sudah 7 bulan juga saya telah meninggal….kn Malaysia tercinta. meninggalkan segalanya di sana semata-mata untuk menuntut ilmu di sini. Selama 7 bulan di sini, apakah yang saya telah perolehi? selain pelajaran di universiti, pelajaran dalam kehidupan juga tidak kurang banyaknya saya menghadapinya di bumi Jordan ini. Tiada lagi zon selesa seperti di Malaysia.

Dunia Malaysia telah ditinggalkan selama 7 bulan lamanya. Dunia yang kecukupan segalanya. Melangkah ke dunia Jordan yang menjanjikan seribu satu cabaran dan kemanisan. Di Jordan tiada lagi zon selesa, semuanya hampir kepada zon berjaga-jaga. Setiap apa yang dilakukan semestinya diteliti dan diamati agar tidak melangkah kepada zon bahaya.

Apa itu zon selesa di Malaysia? Di Malaysia semuanya ada. Andai kurang kecukupan mengenai sesuatu, sudah pasti mudah untuk mencukupkannya. Menghadapi masalah, pasti ada sokongan di belakang. Tidak gentar dalam melakukan sesuatu dan semuanya dirasakan selamat dan selesa. Semuanya tersedia dan mudah untuk dilakukan.

Dalam pelajaran pula, pensyarah sentiasa bersama, menunjuk, mengajar dan mendidik. Kemudahan prasarana, kewangan, pentadbiran, pengurusan mengenai pelajaran dan pembelajaran sangat mudah diuruskan. Dalam pelajaran juga, lebih mudah difahami dan diselami kerana kerana tidak memiliki kesukaran bahasa penghantar dan kerana itu di Malaysia berada di zon selesa.

Mengapa di Jordan dikatakan zon berjaga-jaga? Semua perkara yang ingin dilakukan mesti diteliti dan diamati terlebih dahulu. Bukan bermakna di Malaysia tidak mengamalkannya, cuma kekerapan dan permintaan untuk melakukan sedemikian kurang berbanding ketika di Jordan. Sebagai orang luar, semuanya diperhatikan oleh penduduk tempatan. Andai kita membawa imej yang kurang baik, bermakna semua rakyat Malaysia adalah sedemikian.

Dari sudut pelajaran pula, berjaga-jaga bermakna tidak boleh lagi sentiasa merasakan diri dalam keadaan selesa. Persaingan semakin besar bersama pelajar-pelajar Arab yang lain. Sudah tentu kelebihan kepada mereka kerana belajar dalam bahasa ibunda mereka sendri. Berjaga-jaga agar tidak ketinggalan dalam setiap pelajaran dan kelas yang dihadiri. Itulah zon berjaga-jaga.

Andai di zon ini tidak berjaga-jaga dan menganggap diri masih berda di zon selesa, maka zon berjaga-jaga akan bertukar kepada zon bahaya. Bahaya jika tidak berjaga-jaga ketika bersama masyarakat sekeliling, bahaya jika tidak berjaga-jaga dalam kelas (berangan dan tidak menumpukan perhatian) dan banyak lagi yang akan berlaku sekiranya tidak berjaga-jaga.

Enrty kali ini sekadar ingin mengingatkan diri sendiri bahawa sekarang ini, bukan masa untuk selesa seperti di Malaysia. Tidak lagi boleh bermain-main dengan masa. Semuanya perlu kepada berjaga-jaga supaya tidak menempuhi bahaya. Dunia dahulu dan sekarang sudah berbeza. Usia dahulu dan sekarang sudah berubah. Keadaan dulu dan sekarang sudah bertukar. Kewajipan dan tanggungjawab sekarang sudah bertambah berbanding dahulu.

Dulu sudah menjadi sejarah, esok pula hanya angan-angan. Jika berjaya ke hari esok, maka bersyukurlah. Hari ini adalah satu yang pasti. Sudah benar-benar terjadi dan kita sedang menempuhinya. Seharusnya kenangan semalan dijadikan pedoman agar hari ini lebih baik dari semalam.

semoga ALLAH permudahkan segalanya.



dunia niey..

22032009

3.30pm

bilik 309

sakan baitul tolabah

irbit jordan..

2 thoughts on “~ dunia NIEY ~

  1. *Perjalan masih panjang…
    *Hidup mesti diteruskan walau penuh dengan mehnah dan tribulasi…
    *Hari ini kepunyaan anda..
    *Semalam bukan lagi milik anda…
    *Esok adalah khayalan penentu anda…

  2. erm..betul sekali..apa-apa pun…semoga dalam setiap tindakan kita diredhai ALLAH..ameennn

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s