~sanah helwa~

assalamualaikum…

sanah helwa ya ukhti,

sanah helwa ya ukhti.

sanah helwa ya ukhti norhafizah..

sanah helwa..he he

saat kedatangan insan baru

selamat hari lahir yang ke 30 tahun…teristimewa lagi sebab ada pengungumam dalam blog ini. rasa terharu? hehe

dalam post kali ini, adik ingin meminta maaf sepanjang pembesaran adik bersama akak, adik ada melakukan kesalahan dan mengguris hati akak. banyak kenangan bersama kan? rindunya kat akak.

adik juga ingin menyampaikan jutaan terima kasih kepada akak. semangat, nasihat, kata-kata yang akak bagi amat-amat bermakna terutama ketika adik merantau di bumi Jordan ini. kenapa masa menulis post ini, terasa macamada sesuatu kat mata nie? apa akak dah lakukan pada adik sekarang nie?? sedihnya..

sebenarnya banyak yang adik ingin kongsikan dengan akak, cuma memikirkan yang blog ini bukan untuk tatapan akak seorang, jadi adik menapis bebarapa perkara. biar kita berbicara secara berdua. insaALLAH jika ada masa.

adik sertakan sajak yang tidak seberapa untuk akak..(sebab tak tahu nak cakap guna ayat biasala)

saat ku kelupaan..

datang mu mengingatkan..

ingat mu tentang kehidupan,

ingatmu tentang cabaran,

ingatmu tentang pengorbanan.


saat ku kedukaan,

usap mu sambil menasihat,

tenang mu sambil mengajar,

peluk mu sambil memujuk,

kan ku ingat.


jauh ku di sini,

ingat ku tak lupa,

pada mu, yang lain jua bonda,

pada kerabat jua saudara,


datang ku kesini,

dengan restu semua,

beban harapan tertonggak di pundak,

dikau ingatkan akan tanggungjawab,

dikongsi pengalaman agar ku tak lelap.

jauh bersama awan berarak.


30 tahun bukan singkat,

pelbagai perkara telah ditempuh,

juga dikongsi agar ku tak lumpuh,

tanda kasih mu yang utuh.


rasa ku kehilangan apabila saat mu diijabkabul,

tapi ku putarkan minda,

kau jua harus bahagia,

ku terima kini kasih mu mendua,

tapi ku redha kerna itu jalan redhai tuhan,

semoga dikau bahagia selamanya.


harapku,

semoga sempat bertemu dengan mu,

bercerita, bergelak ketawa,

bersedih berduka,

kita bersama..

sabagai adik, adik sayang akak..hehe

p/s:1) untuk akak, jangan sedih lepas baca sajak ini.

2) untuk pengetahuan, dikarang secara spontan, tak sedap harap maaf,

3)pada yang tak berkenaan, maaf, post peribadi

4) pada akak-akakku dan abang-abangku yang lain, bukan tiada post untuk kalian, cuma masa ini terlebih ruang,       janga sedih, tetap ingat hari lahir kalian..hehe..

5) tunggu adik balik malaysia..

6) rindu semua..im not bias hahaha…



24032009

dalam bilik 309

sakan baitul tolabah

irbit

jordan

3.05 pm

2 thoughts on “~sanah helwa~

  1. memang terharu….
    adik orang pertama bagi sajak dalam blog sempena hari lagi akak tau… tak pernah terjangkau dalam fikiran pun… alhamdulillah dapat merasai nikmat kemajuan sains dan teknologi… terima kasih..

    tapi sajak tu terlalu menggunung pujian untuk akak… padahal akak ni cuma melontarkan semula tindakan yang akak tak mampu lakukan pada masa akak berada di tempat adik… alhamdulillah bila nampak kesannya, sejuk juga hati…

    ok, jaga diri baik2 di zon berjaga2. kalau dulu di zon selesa, perkataan jaga diri umpama angin lalu… kini perkataan itu renungkan dan ambil peringatan selalu…

    wassalam
    syukran jazilan
    barakallahulak

  2. hehehe…mestila..adik nak buat kelainan…tak boleh bagi hadiah, adik bagi sajak..ok la tu..hehe

    insyaALLAH..sedang berusaha untuk menampakkan hasil..dan adik memang tak suka zon sekarang..tapi tak pe..belajarkan perlukan pengorbanan…huhhu..
    doakan adik selalu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s