~Cara pemilikan harta dalam Islam~

assalamualaikum.

alhamdulillah hampir selesai peperiksaan akhir yang sedang berlaku. berbaki lagi 2 subjek yang masih menanti tibanya masa untuk diselesaikan. dalam kesempatan yang ada ini, sempat saya menulis artikel mengenai ekonomi. semoga memberi sedikit pengatahuan. jika ada kekurangan diminta menambah, jika tersalah minta dibetulkan. saya manusia sentiasa belajar. =)

Cara pemilikan harta dalam Islam

Secara umumnya, Islam tidak mengahalang penganutnya untuk memiliki harta persendirian. Malah, Islam juga menggalakkan penganutnya untuk mencari dan mengumpul harta sebanyak mungkin. Tetapi, dalam pemilikan harta, Islam mengariskan beberapa cara yang baik untuk mengumpul harta. Malah umat Islam mesti memenuhi peraturan yang telah ditetapkan di dalam perundangan Islam.

Semua masyarakat sebenarnya bebas untuk memiliki harta. Tidak kira berkongsi ataupun persendirian. Tetapi perlu diingatkan beberapa panduan yang mesti diikuti oleh semua masyarakat. Antara panduannya ialah, umat Islam HARAM memiliki harta melalui riba’, HARAM juga memiliki harta memalui monopoli, HARAM memiliki harta dengan cara yang salah dan tidak boleh memiliki harta dengan cara mengekploitasi golongan yang lemah.

Seperti yang kita semua sudah maklum lagi memahami dengan jelas mengenai pengharaman riba’ dalam Islam. Malah semua umat Islam masing-masing sentiasa berusaha untuk menjauhi larangan itu. Secara umum, riba’ itu adalah pertambahan pulangan dari sesuatu. Riba’ memiliki beberapa jenis. Cuma saya lebih berniat untuk menjelaskan mengenai apa itu riba’ dan mengapa Islam mengharamkan riba’ dalam proses memiliki harta. Untuk lebih mudah difahami, saya nyatakan contoh.

Ah Long memberi pinjam kepada Ah Ngah sebanyak RM 10 000, tetapi dengan syarat apabila Ah Ngah ingin memulangkan kembali duit tersebut, Ah Ngah mesti membayarnya dengan nilai yang lebih tinggi dari pinjaman yang telah dilakukan. Jika Ah Ngah membayar kembali sebanyak RM 15 000 kepada Ah Long, RM 5000 tersebut adalah riba’. Ini kerana wang tersebut adalah lebihan dalam pinjaman yang dilakukan Ah Ngah.

Dalam kontek pemilikan harta ini, Islam mengaramkan pemilikan harta melalui riba’. Ini kerana hasil daripada riba’ tidak disertai bersamanya keadilan dalam pemilikan. Ini dibuktikan dengan, sesetengah golongan mendapat keuntungan yang banyak, tetapi setengah golongan lagi tidak mendapat sedemikan. S

ecara logiknya, jika Ah Ngah memiliki duit sebanya RM 10 000, sudah pasti dia tidak akan meminjam dari Ah Long, dan Ah Long merupakan golongan yang agak berkemampuan kerana mampu untuk memberi pinjam kepada Ah Ngah sebanyak RM 10 000. Ketidak adilan di sini adalah, Ah Ngah terpaksa membayar hutang kepada Ah Long dengan nilai tambahan yang banyak. Ah Ngah yang sudah kesempitan wang, semakin bertambah beban keatasnya kerana jumlah hutangnya bertambah. Tetapi Ah Long pula, sememangnya kaya kerana memiliki sejumlah wang yang banyak, mendapat kesenangan yang berganda kerana nilai wang yang diberi pinjam kepada Ah Ngah bertambah tanpa Ah Long berusaha untuk mengembangkan harta tersebut.

Jelas disini, riba’ hanya menguntungkan sebelah pihak dan menindas setengah pihak. Dalam Islam, Islam amat menolak keadaan seperti ini. Kerana Islam akan menjaga semua kepentingan dan kemaslahatan semua penganutnya, bukan menjaga setengah dari mereka sahaja. Riba’ juga hanya akan memfakirkan golongan yang fakir dan mengkayakan golongan yang kaya. Ini kerana Ah Ngah yang kurang berkemampuan akan bertambah beban dan mengurangkan kemampuan memiliki harta kerana hartanya terpaksa diberikan kepada Ah Long untuk membayar hutang. Manakala Ah Long pula akan bertambah kaya dengan jumlah pinjaman yang diberikan bertambah ketika dipulangkan.

Riba’ juga menjadikan Ah Long tidak berusaha dan malas untuk mengembangkan hartanya. Ini amat ditegah dalam Islam. Islam menggalakkan penganutnya untuk bekerja dan mengembangkan harta mereka supaya harta tersebut tidak habis dan berkurangan tanpa bertambah.

Panduan yang kedua pula ialah, Islam mengharamkan pemilikan harta melalui monopoli. Monopoli boleh difahami sebagai menguasai sesuatu. Tetapi dalam ekonomi, monopoli ialah membeli sesuatu atau menahan sesuatu untuk menaikkan harga dalam pasaran sehingga akan memudaratkan pengguna dan masyarakat keseluruhannya.

Sebagai contoh pertama, seorang individu membeli 100 000 paket gula sehingga pembeliannya menggangu pasaran gula. Ini kerana, jika seseorang itu memiliki sesuatu lebih dari keperluannya, ia juga boleh dikatakan sebagai monopoli. Seorang individu secara logiknya tidak perlu kepada 100 000 paket gula dalam 1 tempoh masa yang sekejap. Kedua, sebuah syarikat gudang garam menahan penjualan garam di pasaran untuk menaikkan harga garam di pasaran.

*hukum penawaran dalam ekonomi ialah, semakin meningkat permintaan terhadap sesuatu, semakin meningkat harga barangan tersebut.

Barang yang sering dimonopolikan ialah barangan keperluan asasi, seperti, gula, garam, beras, ayam dan sebagainya.

Secara umum sering kita fahami bahawa monopoli hanya dilakukan oleh penjual sahaja. Tetapi, sebenarnya, pengguna juga boleh melakukan monopoli dalam pasaran. Bagaimana pengguna monopoli pasaran? Sebagai contoh untuk memudahkan pemahaman monopoli bagi pembeli. Harga pasaran bagi sekilo tepung ialah Rm 1.50. Malah harga ini bertepatan dengan kos pengeluaran dan keuntungan yang akan diperolehi bagi pengeluar dan penjual tetapi, pembeli tidak mahukan harga tepung sebegitu. Pembeli memboikot harga tepung sehingga MEMAKSA penjual menurunkan harga tepung kepada RM1 sekilogram. Inilah yang dikatan sebagai monopoli dari pihak pembeli. Keadaan ini hanya akan berlaku sekiranya pembeli bekerjasama untuk memboikot harga tepung, dan keadaan ini amat jarang berlaku.

Monopoli dari pihak penjual akan menindas golongan pembeli dan monopoli dari pihak pembeli akan menindas golongan penjual, dan Islam amat menolak keadaan ini. Monopoli juga akan membawa kesan kepada harga pasaran. Harga pasaran akan berubah daripada harga pasaran yang adil kepada harga yang dibuat.

(تحويلات من الثمن العدل للسلع الى الثمن الفعل)

Keadaan ini akan meberi kesan kepada semua lapisan masyarakat lebih-lebih lagi bagi golongan miskin. Kebolehan penggunaan mereka akan berkurang kerana harga dipasaran meningkat. Monopoli juga hanya menguntungkan setengah pihak sahaja, dan berlaku ketidak adilan dalam pasaran dan kepenggunaan.

Panduan yang ketiga pula ialah, pengharaman memiliki harta dengan cara yang salah (batil)

ALLAH S.W.T telah menjelaskan di dalam Al-Quran yang bermaksud : janganlah kamu memakan (atau mengambil) harta (orang lain) diantara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). Surah AL-Baqarah ayat 188.

Ayat Al-quran diatas telah menjelaskan pengharaman memilki harta dengan cara yang batil. Cara batil adalah seperti jenayah, judi, rasuah, menggunakan kekerasaan dan paksaan, menyalah guna kuasa untuk kepentingan sendiri dan pelbagai lagi.

Memiliki harta degan cara batil ini bukan sahaja salah malah, harta yang dimiliki juga tidak akan membawa keberkatan kepada pemiliknya. Panduan yang terakhir ialah pengharaman memiliki harta dengan cara mengeksploitasi golongan yang lemah. Islam amat menegah umatnya untuk memiliki harta degan cara sedemikian. Kesemua contoh yang saya bawakan diatas juga boleh diklafikasikan sebagai mengeksploitasi golongan yang lemah.

Antara contoh lain adalah, memakan harta anak yatim serta membazir dalam penggunaan harta tersebut. Anak yatim disini boleh dikelaskan sebagia golongan yang lemah kerana mereka masih kecil dan tidak berkemampuan untuk menguruskan harta mereka sendiri. Tetapi malangnya ada setengah golongan mengambil kesempatan ke atas mereka dengan menggunakan harta mereka untuk kepentingan peribadi dan tidak berusaha untuk mengembangkan harta tersebut.

Selain itu, wanita juga boleh dikatakan golongan yang lemah. Jika mereka dihalang dalam penerimaan harta pusaka dan tidak diberikan hak sepenuhnya, ini juga boleh dikatakan sebagai mengeksploitasi golongan yang lemah. Seharusnya sebagai umat Islam yang baik dan mengamalkan ajarannya, kita tidak akan melakukan sedemikian. Dan banyak lagi contoh-contoh dalam masyarakat yang tidak perlu saya nyatakan disini yang boleh dikelaskan sebagai mengeksploitasi golongan yang lemah.

Panduan diatas seharusnya kita ikut dan berusaha untuk tidak melakukan yang diharamkan oleh ALLAH SWT. Jika kita tidak melakukan pengharam tersebut, maka harta yang kita perolehi dan miliki itu menjadi berkat malah akan memberi manfaat kepada kita. Ingatlah bahawa setiap dari harta kita sebenarnya ada rezeki dari orang lain. Usahlah kita bersikap tamak dan bakhil dalam mengumpul harta, harta tidak akan membawa kita aman DISANA malah mungikn akan menyusahkan kita jika kita tidak menggunakan sebaiknya. Bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah kamu seperti kamu akan mati esoknya. Memiliki dan mencari harta digalakkan di dalam Islam tetapi dengan panduan dan cara yang benar yang dilaraskan oleh syariat.

Semoga kita sentiasa termasuk dalam golongan yang ALLAH redhai dan rahmati sentiasa. Dan dijauhkan dari kemurkaanNya.

Note no 1) : hasil terjemahan dan kefahaman subjek Iqtisoh Ijtimaie (ekonomi kemasyarakatan)

Note no 2) : soalan final ni

Note no 3) : maaf atas kekurangan, minta tambah atau betulkan kalu ada salah silap dam info.

Sakan baitul tolabah

22/05/09

12.45 – 1.43 pm

Irbid Jordan.

~ aku ingin mencintaiMu~

bismilahirahmanirrahim

assalamualaikum.

alhamdulillah, berkesempatan juga hari ini menulis entry yang kurang peribadi, walaupun agak menyentuh sedikit. makan tengah hari hari ini (15 mei 2009) disajikan khas dari sahabat saya. terima kasih Mira. rutin kami disini, hampir setiap minggu akan makan bersama ramai-ramai. ini adalah salah satu acara untuk mengeratkan ukhuwah sesama kami. setelah selesai menjamu selera, kami menonton cerekarama pula, (walaupon hampir sangat dengan peperiksaan akhir).

cerita bertajuk ‘intan, sayang, manja’. agak menarik cerita tesebut, tapi bukan tujuan utama untuk berkongsi mengenai cerita tersebut tetapi, aktiviti selepas menonton. sahabat saya memperdengarkan sebuah lagu bertajuk ‘Aku Ingin MencintaiMu’. pada mulanya, saya beranggapan bahawa ini adalah lagu cinta pasangan kekasih, tetapi apabila dihayati lirik lagu ini, amat menyentuh perasaan. saya pasti ramai yang sudah maklum mengenai lagu ini.

saya sertakan dalam post kali ini senikata lagu tersebut

tuhan bertapa aku malu
atas semua yang Kau beri padaku
terlalu sering membuatMu kecewa
Entah mungkin kan aku terlena
sementara Engkau beri aku
kesempatan berulang kali
agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia
untuk menghambakanMu
bertapa tak ada
apa-apanya aku dihadapanMu
aku ingin mencintaiMu setulusnya
sebenar-benar aku cinta
dalam doa, dalam ucapan,
dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatiMu selamanya
sehina apa pun diriku
ku berharap
untuk bertemu denganMu Ya Robbi.

bagi saya lagu ini amat menyentuh hati. sebagai hamba seharusnya kita sentiasa berkeinginan untuk menyintai dan mendekati Tuhan kita. bukan sekadar rasa, tetapi seharusnya diikuti dengan tindakan yang selari dengan niat dan keinginan kita itu.

melakukan sesuatu yang baik dan berfaedah adakalanya amat sukar kerana perlu berperang dengan nafsu. jika mafsu menguasai jiwa, maka maksiat pun akan berleluasa dilakukan. jika iman menguasai jiwa, insyaALLAH maksiat akan kita jauhkan.

semoga kita sentiasa bermujahadah untuk mendekati dan mencintai Tuhan Kita. ALLAH yang Esa. semoga ALLAH sentiasa rehda.

150509

5.00pm

sakan baitul tolabah

irbid jordan

~perniagaan yang menguntungkan~



kekayaan,
adalah impian setiap insan
berusaha dinggapai dengan berbagai rupa
diketepikan halal haram segala
kerana dunia sudah ditempat ke jiwa
menjadi raja untuk semua
inginkah engkau Ku tunjukkan cara
menjadi kaya melalui niaga?
kata Tuhan kita,
ALLAH yang Esa
hanya beriman pada-Nya
jua Rasul junjungan mulia
jangan lupa berjihad ke jalan-Nya
mengeluar harta dan mengorban jiwa
semua tertulis pada kalam mulia
semuanya mudah untuk diusaha
andai ikhlas dan ALLAH matlamat utama
yakin dengan janji-janji-Nya
janji ALLAH ada pastinya
diberi syurga tak terhingga nikmatnya
tempat berteleku sesudah berusaha
pengakhiran yang amat bahagia
jika kita tahu mengenainya
pasti tidak bermaksiat walau sedetik cuma
diulangi kali kedua
nikmat di syurga itu tidak terhingga
moga kita dalam kalangan mereka
ameennn Ya ALLAH, Tuhan yang Esa
130509
jamiah yarmouk
irbid jordan
note no1): terjemahan sedikit dari surah As-soof ayat 10-12
note no 2): jom berniaga dengan ALLAH
note no 3) : semoga kita dimasukkanNya ke jannah  3Adh

~ D Syam ~

ke Bumi Syam ini,

Kutinggalkan mereka

Disana, negara tercinta

demi mengutip serpihan permata

agar diri bercahaya jiwa

bersama ilmu ciciran yang Esa

moga ku tetap istiqomah dan berjaya

ke bumi Syam ini,

hatiku dulu berbelah dua

memikir keputusan memutus masa

antara kehendak dan peluang

yang mana perlu diutama

akhirnya…

aku kini di Bumi barokah

tempat sejarah tamadun dunia

tapak jejak Anbiya’  kebanyakkannya

moga ku terus mengutip permata

agar bercahaya di jiwa

di Bumi Syam ini

aku dididik, terdidik dan mendidik,

dididik ilmu dari titisan lautan

yang tak akan habis diselamkan

kerana terlalu dalam dan panjang

adakala tidak tercapai akal manusia

kerna ilmu Dia amat luas PengetahuanNya.

aku terdidik dengan dunia yang berbeza

dari kaum, bahasa, budaya dan cuaca

terputar berpusing mencari kesesuaian

agar diri dapat menerima

perubahan baru selepas yang dulu

terdidik bersama kelalaian dan kekaguman

kepelikan dan kehuatiran

moga dapat ku jadikan pedoman

yang baik ku ambil pengajaran

yang buruk didekatakan padaku jangan

aku mendidik jua

mendidik diri menjadi dewasa

selari usia meningkat tua

bila-bila ajal menjelma

agar berbekal untuk kesana

penyuluh jalan lurus ke syurga

Ya ALLAH, hisablah daku dengan hisaban yang mudah

di bumi Syam ini

aku mengenal erti hidup

walau secebis cuma, ia tetap tidak larut

moga akan ku amalkan semua

Ilmu didada demi ALLAH tercinta

berbakti pada agama dan nusa

seterusnya pada mereka yang ku cinta

yang jua dirindu saban ketika

moga ku mampu dalam usaha

dalam doa memohon sabar segala

Ameenn ya Roob,

ALLAH yang Esa

040509

1.45

502

kulliah syariah uni. yarmouk

irbid jordan

note no 1) : setelah berlalu fasal pertama (8 bulan)

note no 2) : berbaki lagi 3 fasal..tak sabar dan sedih

note no  3) : semoga adik-adik yang lepasan SPM boleh buat keptusan yang baik untuk masa depan ya

note no 4) : my junior pun dah nak datangla =)

note no 5) : niey bertabah!!!~~ ada perkatan dalam bahasa Melayu ‘Bertabah’?? 8)

~ teristimewa~

assalamualaikum wbt.

post ini atas permintaan adik kesayangan. =)3

sebelum itu, ingin meminta maaf pada khairul fathiah binti khairon kerana terlupa mengucapkan selamat hari lahir yang ke 19 tahun. semoga dengan pertambahan usiamu, semakin bertambah iman dan amalmu, semakin memberi erti hadirmu kepada insan sekeliling. ameeennn..

atas permintaan, ku utuskan sajak buatmu, he he he

adakah sgt cute??hehe

adakah sgt cute??hehe

semua kerana dia,

ku utus kalam pujangga,

pada si dia,

perawat duka tika bersendiri,

terasa ramai bila disisi,

penceria tika dilanda emosi,

dia, kekadang adik yang sangat manja,

kekadang kakak yang sangat peka,

kekadang sahabat pemberi idea,

sering kali menjadi dirinya,

yang tiada galang gantinya,

jauhmu ku terasa,

meningkat usia mu seiring usiaku,

semakin kita jauh meninggalkan zaman yang serba ceria itu,

semakin dekat menuju alam yang penuh tanda tanya

tapi,

jangan sekali kita lupai Dia,

biar meningkat usia

bertambah iman dan amal kita padaNya

bukan makin laju mengejar dunia fana

ingat adikku,

walau siapa pun kita,

dan dimana kita berada,

kita tetap sentiasa menjadi hambaNya.

suka tak dapa hadiah sajak?maaf yea..doakan final sama-sama, semoga najah

120509

11.15 pm-11.25pm

irbit jordan.

note no1): maaf pada yang bukan berkenaan, sekali lagi post peribadi

note no 2): semoga ada entry bukan terlalu peribadi

note no3): sajak 5 minit, maaf jika long kurang terkesan.

note no4): buat link besar-besar yea. he he he..

note no 5): doakan final, semoga berjaya

note no 6): kan kek nie dah cakap, tak percaya sudah. hu hu hu (to long)

~ semakin meningkat ~

assalamualaikum

PERHATIAN, ini adalah post peribadi : khas untuk kekanda tercinta, jauh dimata, dihati tak lupa..hehe (mode jiwang)

img_15001

sanah helwa, selamat hari lahir, happy birthday..=)

semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberi kekuatan, diredhai ALLAH sepanjang masa dan diberkati olehNya atas segala-galanya.

nk sajak?? maaf xsempat nk buat, insyaALLAH nanti adik buatkan untuk abang yea. adik kirim kat email ok? insyaALLAH.

~ sedang berlaku ~

assalamualaikum…

alhamdulillah, berakhir sudah test 2 pada hari ini. ini bukanlah pengakhiran untuk semester ini,bukan juga baru permulaan, tetapi ini adalah dalam perjalanan untuk mengakhirkan semester 2 di Jordan. peperikasaan akhir akan memunculkan dirinya tidak sampai seminggu lagi. berdebar kerana merasakan persiapan belum mencukupi, dengan beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum peperikasaan ini juga membuatkan diri terkejar-kejar. blog ini juga sudah lama tidak di isi dengan sesuatu yang bermaanfaat, malah lebih kepada peribadi. insyaALLAH akan diusahakan sebaik mungkin untuk menhantar sesuatu selepas peperiksaan akhir ini. insyaALLAH, akan berusaha, doakan ya.

doakan kejayaan ku bersama rakan-rakan yang lain.

note no 1): penat!

note no 2): sangat-sangat perlu untuk menghargai masa

note no 3): perkataan keramat untuk setiap peperiksaan : nanti xnak stdy last minit lg..serik!! ape lagi, sila stdy!!

note no 4): semoga berjaya…

060509

sakan

irbit jordan