~ rehlah Syiria siri 3 ~

Rehlah syiria siri 3

p/s : sila rujuk pesanan rehlah syiria 1 dan 2

Alhamdulillah, hari terakhir di syiria bakal diharungi. [telah pun]. Hari sangat indah, PERMAI [tetibe plak masuk persatuan Jordan], mendamaikan. Pagi ni dah tak de perkataan lambat. Semua berjalan on time. Alhamdulillah. [lambat sikit-sikit jer].

Pak arab yang bawa jalan pun dah balik ker Jordan malam semalam. Jadi kami mulakan hari kami hanya ada seorang arab jer di sisi iaitu pemandu bus. [tu pun terpaksa ada, kalau tak da mesti lagi best].

Perjalanan dimulakan pada pukul 7 pagi. Tujuan utama tentulah kota Damsyik. Kota penuh sejarah [saya bagi jolokan macam tu]. Sebelum ke Damsyik, singgah la dulu ke beberapa tempat untuk memenuhkan ruang percutian. Mula-mula dari latakia, kami teruskan perjalanan ke tartus.

Tartus ini adalah tempat perkampungan nelayan. Nelayan kat sini tak duduk kat pantai tau, tapi duduk kat pulau. Tartus nie jugak dah pernah pergi. So perasaan excited tak de la sangat. [berlagak giler punye mode]. Sampai tartus, terus ustaz sewa boat untuk hantar kami ke perkampungan nelayan yang bukan macam kampong kat Malaysia tercinta.

Naik bot, pusing seluruh pulau Andalas [kalau tak salah namanya]. Masa kali pertama pergi ke tartus ni dulu, rasa-rasa warna air laut kat sane warna biru, tapi kali ni pergi warna air laut tu macam dah bertukar kepada hijau-hijau. [pelik la gak]. subhanALLAH. [tak pasti sama ada laut bertukar warna atau mata ku yang rabun warna].

Naik but hampir setengah jam. Memang asyik berposingla atas bot tu. Macam-macam gaya yang dilakukan. Ala-ala titanic, syok sendiri, syok ramai-ramai, kuak lentang, dan berbagai gaya-gaya yang amat-amat bergaya. [adui..] semua tengah layan perasaan.

Biasalah diri yang telah semakin lemah antibody merasakan amat pening dan hampir-hampir ingin termuntah masa atas bot tu. [nasib baik tak muntah]. Dalam perjalanan pergi, ada yang jumpe penyu. Mereka kata ada 2 ekor. Kalau mereka tipu bermakna maklumat ini adalah palsu. [sebab saya tak Nampak, tapi nak cerita gak. Ape daa..dalil tak kukuh, sila jangan tiru].

Semakin dekat dengan pulau, semakin kurang kecantikan yang dilihat kerana dicemari dengan sampah sarap. Bukan sahaja bekas makanan ringan, botol plastic, malah jagung pun turut terapung disekitar pulau tersebut. [ikan makan jagung ker?]

Sampai saja kat pulau tu tak jalan pun sekitar pulau sebab

1)      Dah pernah pergi

2)      Tak dela besar mana

3)      Tempat menarik tak banyak sangat

4)      Sebab utama sebab pening dan tak mampu nak jalan. [simpati]

Sepanjang masa kat pulau tu duduk-duduk tengok orang shopping. Kali ini ramai pengunjung. Sangat ramaila, jadi sesak kat kedai jual kulit-kulit kerang [cenderahati]. Syok gak duduk-duduk tengok orang. Ramai pelancong dari Iran. Erm. Mesti tertanya macam mana boleh kenal orang tu orang Iran. [sebab kan kami Iran- merujuk pada dialog di siri 1- memang perasan sangat-sangat].

Boleh kenal orang iran sebab

1)      Pakaian mereka

2)      Bahasa mereka

3)      Hidung mereka

Sementara duduk-duduk, adalah seorang Irani ni duduk kat sebelah saya. Mula-mula senyum-senyum, lepas tu helo-helo, lepas tu apa lagi, berborakla. Tapi nak dijadikan cerita,die tegur dengan menggunakan bahasa Iran. Manelah pernah belajar. Dengar pun jarang sekali apatah lagi nak faham. saya ingtkan mula-mula orang Iran ni boleh berbahasa dan tahu bahasa Arab fusha tapi rupanya habuk pun ta dak. 100% berbeza dengan bahasa arab daa.

Punyalah sedap cakap arab dengan mereka rupenya mereka tak faham. [malu sekejap] lepas tu gunala bahasa yang kononnya bahasa nombor satu dunia nie [bahasa Inggeris]. Pun tak berapa nak fasih gak Irani ni. Tapi sebab ada anak die yang masih sekolah, hafal beberapa kalimah inggeris, bolehlah cakap.

Banyak gak cakap-cakap. Tapi Irani tu lebih suka bercakap dalam iran. Saya pun apa lagi, tak faham asyik angguk tanda setuju. Irani nia agak baikla sebab bagi macam-macam. Dengan buah, halawiyat dan air. [muka kesian sangat kot –bukan kesianla tapi muka pening sebab tu wujud muka penuh simpati].

Masa nak makan buah yang dia bagi tu rasa macam serba salah aja. Takkan nak makan terus aja, tak basuh, so pegang ajelah, [niat nak makan nanti –kalu tak sedap boleh cover muka]. Tapi irani nie suruh gak makan buah tu. Alamak! So, orang dah bagi, jadi makanla depan dia. Serius cakap buah tu memang sedap. He he. Kepala pening + tekak loya dapat buah masam = lega.

Irani ni semacam berusaha sangat untuk berborak dengan saya [ayat tak boleh blah] sebab Tanya kawan-kawan iran yang lain perkataan dalam bahasa inggeris. Dia Tanya datang dengan siapa, mana family, buat apa kat syiria, macam-macamla lagi. [walaupun cakap macam ayam dengan itik, tapi masih lagi timbul keserasian]. Saya pun cakapla Inggeris yang dah lama tak guna [berkarat kot], tapi confident sebab Irani ni macam saya gak. So jangan takut utk salah dalam belajar yea. Tapi dalam saya cakap [explain soalan die], tak tahulah yang di faham ke tidak. [moga-moga fahamla].

Masa borak-borak, dia ada Tanya dari mana, tapi sedihnya dia tak tahu MALAYSIA. So, tugas duta kecil Malaysia pun terjalanlah. [nak gaji! Haha]. Semoga lepas nie selepas irani tu jumpe Malaysian yang baik budi nie [perasan giler] jadi kenal dan sukakan Malaysia. Boleh melancong ke Malaysia. Tambahkan pedapatan Negara sebab kedatangan mereka. Malaysia bertamabah maju. Wa..best2. [semoga maju yang seimbang..ameen]

Kemudian, tangkap gambar dengan irani ni. Tanda kenangan. Lepas tu ucap terima kasih dan menuju ke bot untuk ke tartus kembali. Nak dijadikan cerita, irani tu pun nak naik bot jugak. Tapi bot sebelah. Kemudian lambai-lambai. Tanda tadi telah menyemat ukhuwah bersama. Yang lain pun turut sama melambaikan tangan. Bot irani dan Malizi. Bergabung!

Naik bot ke tertus. Sekejap pula rasanya dah sampai ke daratan. [sebab dah tak pening makan buah hulu-nama buah yang diberi Irani dalam bahasa Iran]. Sampai ke daratan, naik bus dan bertolak ke damsyik. Kota seribu kenangan [ aini BERTABAH!! ].

Sampai di kota tersebut, destinasi pertama ialah souq halawiyat a.k.a medan. Tapi driver bus ni buat hal pulak. Tak nak bawa kami semua ke souq tu. Die pun mulala beleter dan marah-marah. [memang betol-betol arabla]. Kecoh nak cepat balik. Dia kata tak ada souq halawiyat kat syiria ni. Bertekak dengan arab tahula macam mane. Memang geram. Bukan tak ada souq tu, tapi dia tak tahu dan malas nak bawa. Sebab tu timbul macam-macam alasan. Arobi arobi.

Nak tak nak, pak arab yang banyak kerenah [fuh! Jujur, maaf yea pakcik]  nie pun hantarla juga kami ke souq halawiyat. Dan terbukti souq tersebut memang wujud, bukan hayalan kami tau. So shoppingla halawiyat untuk di poskan ke Malaysia [kalau sempat dan berkesempatan]. Buat kuih raya. Hehe.

Kembali ke bus untuk ke destinasi utama hampir semua ahli rombongan. Ke souq hamidi [tempat shopping]. Souq hamidi ni adalah antara souq yang tertua yang ada kat tanah arab. [dunia kot] Sejak zaman Nabi SAW. Kalu berdagang ke Syam tu, maknanya ke souq hamidilah. [yea ker?] souq nie memang besar dan panjang. Dan banyak cabang-cabang. Kalau pergi kali pertama mesti akan sesat. Kalau kedua ketiga akan sesat kalau orang tu jenis tak kuat ingat jalan. [macam siapa la tu?? Hehe].

Sebelum sampai ke souq hamidi singgah sekejap ke maqam-maqam berdekatan. Seperti maqam abu darda’, salahuddin al-ayubi, nabi Yahya, maqam kepala sidina husin. Masa mula-mula sampai dulu. Maqam abu darda’ tutup, jadi tengok kat luar saja, tak masuk, tapi kali ini berezeki, jadi boleh masuk. Past tengok keluar balik sebab nak kejar masa.

Ingatkan akan solat di masjid umawi, tapi mereka semua pakat-pakat solat di masjid yang menempatkan maqam abu darda’. Saya yang tak tahu [sebab keluar awal] duduk di luar sambil borak-borak dengan pakcik yang jaga maqam dam masjid tu. [macam peramahla pulak, asyik borak saja – dah memang habit].

Muqaddimah nak borak punyala cun. Tanya pakcik, siapa abu darda’ nie sebenarnya. Kemudian pakcik nie menjawab dengan muqaddimah yang lagi power. Die berkata [setelah dialih bahasa kepada bahasa melayu dan stuktur ayat yang mudah difahami –sila abaikan tatabahasa]. ‘awak nie, belajar jauh-jauh, naik kapal terbang, abu darda’ tak kenal? [ dan aku mula terkesima.-malu sungguh] belum sempat nak bela diri [ nak cakap bukan tak kenal Cuma saja nak cari topic nak cakap ngan pakcik jer (adakah aku akan berkata demikian dengan pakcik tu) tidak!] pakcik tu pun sambungla penerangannya.

Abu darda’ merupakan seorang periwayat hadis, beliau juga mempunyai jasa dalam proses pengumpulan Al-Quran. Beliau merupakan sahabat baginda SAW. [seba sedikit tentang abu darda’]. Seterusnya pakcik ini memanjangkan kalamnya dengan memberi nasihat supaya belajar rajin-rajin dan cari ilmu banyak-banyak. insyaALLAH pakcik, sedang berusaha dan sentiasa berusaha. [doakan supaya istiqomah].

Kemudian rombongan berpecah kepada 2 bahagian [sebab nak kejar masa]. Pemandu bus tu bagi masa untuk ke souq hamidi dalam 1 jam setengah sahaja, manala sempat, nak jalan-jalan, survey n shopping. Memang geram. [tiap hari bermasalah dengan arab].

Jadi semua bergerak dalam kadar yang segera. Masuk ke masjid umawi, saya yang belum solat pun solatla di masjid umawi sorang-sorang. [sebab semua dah solat] past tu kena tinggal. Jalan sorang-sorang. Best gak. [terkenang sebuah memori lalu, kisah…….hahaha].

Dah siap jalan-jalan tapi tak ambik gambar banyak sebab

1)      Dah pernah pergi [banyak dah gambar]

2)      Jalan sorang-sorang

3)      Kurang excitedla

Teruskan perjalan masuk ke souq hamidi. Masa masuk tu, serius berdebar. Nak tahu kenapa? Hahaha..biarlah rahsia. AINI BERTABAH!!

Sebelum datang, plan macam-macam nak beli, sampai ke souq tak tahu nak beli apa. Tak ada rasa. Cuma beli alas meja untuk mak, tali pinggang untuk abang-abang, jubah untuk diri sendiri. Yang lain-lain, tak beli pun. Maaf yea. Lain kalila. Ditempat lain dan barangan lain.

Dua tiga kali patah balik dalam souq hamidi tu. Makan ais krim tumbuk. Ais krim yang istimewa kat syiria. [kata merekala] tapi rasa macam biasa. Ari tu makan perisa vanilla, kali ni makan perisa coklat. [dah tak mo vanilla, tiba-tiba tak suka!].

Lepas tu kembali semula ke bus, tunggu orang lain yang bershopping. Kemudian pak cik arab nie pun moody sebab ramai yang lambat. [ dah bagi masa tak cukup, janganla marah-marah]. Pemandu pun mogok dengan tak nak pasang air cond bus. Sabar sajalah. Buatla apa yang awk nak buat. Dah tak de rasa. Akhirnya lepas dia mogok sambil bebel-bebel, dia pasang juga air cond. Terima kasih yea pakcik. Huhuhu

Time back to Jordan. Huhu. Singgah sekejap kat sebuah kedai. Turun teman kawan beli buah yang macam irani tu bagi. [rupanya ada jer kat Jordan, tapi tak tahu. Belum habis explore lagila]. Sedap-sedap. Dan terus balik ke Jordan.

Kat border pun tak de masalah sangat. Driver bus yang tadi marah-marah pun jadi baik sebab nak minta tolong kami-kami pegangkan rokok yang dia beli sebanyak 5 katon. Sabarla. Baik ada sebab. Huh!. Tak kisahla, janji bukan saya yang simpan.

Kemudian ke mafraq, hantar mereka kembali ke tempat asal mereka. Hehe. Dan balik ke Irbid.

Habis cerita rehlah syiria. Eoknya kelas. Serius mengantuk. Huhu.

Sekian telah habis…

Nota no 1) : huh! Penatla taip

Nota no 2) : kalau salah eja tu, computer ter set English, dan ada yang tak perasan

Nota no 3) : adakah akan ku jejakkan kaki ke syiria lagi??

Nota no 4) : tak sangka la aini memang BERTABAH

Nota no 5) : gambar nantila upload, kalau rajin dan senang nak masukkan –intenet sangat lambatla-

Nota no 6): nak jalan mana pulak lepas nie yea?

Nota no 7) : belajar jangan lupa

Nota no 8) : maaf pada sesiapa yang kurang berkenan pada post yang seperti ini.

Nota no 9): maaf gak jika terlanjur biaca –serius dari hati ni-

Nota no 10): inilah nota paling banyak dalam sejarah post entry dalam blog.

Nota no 11): berhentilah, penat! Esok ada class.

Keypad off!!

Advertisements

~ rehla Syiria siri 2 ~

Rehlah syiria siri 2
p/s:
1) Rujuk pesanan siri 1

Hari kedua dimulakan dengan kelam kabut. Disebabkan bangun lambat, jadi jadual pun terlambat. Sarapan pagi pun lambat. Semua nya jadi lambat. Tibe-tibe dalam keadaan lambat tu, bertambah lambat sebab arab yang akan bawa kami jalan-jalan sekitar Latakia pun lambat. Bukan sahaja lambat, tapi terlalu lambat. (cuba kira berapa perkataan lambat yang telah digunakan??) hehe

Sepatutnya aktiviti dimulakan pada pukul 6 pagi terjadi pada pukul 9 pagi. Gara-gara kami yang lambat tapi lagi lambat arab yang lambat tu. [geram sedikit mode]

Sudahla arab tu lambat, tengah dalam perjalanan nak makan pula. Jadi bertamabahla lambat sampai ke destinasi sebab tunggu pakcik arab nie makan dengan lamabat juga. [bertamabah lagi rasa geram]. Tapi sebebanarnya best juga sebab boleh tengok arab syiria buat roti. Tempat singgah untuk makan tu, menyediakan roti arab [lupala namenya yang khusus].

Tengokla mereka mengadun, melenyek dan membakar roti tersebut. Then ape lagi, walaupun dah makan pagi, tapi tetap beli sebab nak rasa roti arab yang mereka buat tu. Original beb. Sedap ker?? Alhamdulillah sedap la gak. Tapi rasa arabla…[macam mana rasa arab yea?]

Ada gak hikmah dari lambat-lambat. Erm..

Then perjalanan diteruskan menuju ke Ugarit. Tempat nie belum pernah jejakkan kaki lagi. Tertanya-tanya juga tempat apa. Setelah sampai, tengok tempat nie macam tak ada ape-apa yang istemewa. Cuba binaan separa runtuh aja. Nak masuk pulak kena bayar. Kiteorang mula-mula rasa tak nak masuk sebab macam tak de yang special pun, tapi ustz yang bawa kata masuk. Jadi kami pun masukla. [apa punya ayat nie?]

Sebelum masuk, diterangkan sedikit tentang tempat tersebut. Ugarit ini adalah satu petempatan awal masyarakat Syiria. Dipercayai orang yang mula-mula duduk di Syiria menempatkan diri mereka di Ugarit. Kawasan agak berbukit dan Nampak laut. Jadi, teori tersebut boleh dipakai. Sebab kalau nak buat petempatan, tempat asas adalah berdekatan dengan sumber air. Teori sejarahla. [insyaALLAH tak sesat sebab dah lama tinggal sejarah].

Sepatutnya ada pekerja yang akan bawa kami masuk kedalam kawasan petempatan lama tersebut. Tetapi disebabkan pekerja tu tak dating kerja or belum dating kerja sebab lambat, tak pun kami yang tercepat datang ke Ugarit, hehe, [kalau kami on time, adakah tempat tersebut telah dibuka??] jadi kami pun jalan-jalan mengikut kata hati. [bunyi macam kecewa aje]. Hehe

Pusing-pusing dalam Ugarit nie. Mula-mula rasa kecik aje tempatnya, tapi bile dah masuk, agak besarla gak. Ha, lupa nak bagitahu. Petempatan nie sebenarnya dibina semula. Kerjasama kerajaan syiria dengan perancis [kalu tak silap lagi]. Tapi ciri-ciri bangunan tetap sama. Tapak asal juga masih sama. Binaan dan stuktur pun masih sama. Cuba dibaiki oleh kerajaan sahaja. Kira still original lagila..

Jalan-jalan sekitar Ugarit nie agak penat
1) Sebab panas
2) Main hentam saja, dua tiga kali pusing tempat sama
3) Tak tahu menuju ke mana

Tengah-tengah jalan tu, sempatla kami merekodkan kenangan. Bukan sahaja gambar malah video. Kami nyanyi lagu tema kami semua. Secebis kenangan nyanyian amar. Lagu yang dipasang dinyanyikan oleh lelaki, tapi video klip dilakonkan oleh perempuan. disitu ada sedikit khilaf. [tak tahula sape yang tertukar] hehe. Tapi memang enjoyla buat video tu. Masing-masing dengan gaya masing-masing. Kelakar.

Nak tengok ker video tu?? Opsss…bukan untuk tontonan umumla.. hanya yang mendapat keizinan sahaja boleh menonton. Mahal beb kos pembikinan video tu. Nak pulak pelakon semua terlebih hebat. Haha..[perasan mode lagi]
Sebelum tu, ada peristiwa yang best gak. Sebab jumpe dhob. Dah hampir setahun duk Negara arab, tapi dhob belum pernah jumpe lagi. Akhirnye bertemu gak dengan dhob. Hehe. Dhob nie adalah sejenis binatang di padang pasir. Ala-ala macam cicak la juga. Tapi lagi besar.

Dhob nie juga ada peristiwa dengan Nabi SAW. Dhob menjadi dalil bagi taqrir. Iaitu sifat diam Rasulullah. Ketika sahabat makan dhob nie, Rasulullah tak halang dan Rasulullah tak makan. Tu tanda bukan tak boleh dan bukan haram. Tetapi sifat diam Rasulullah tersebut membawa keada wujudnya taqrir. Dhob pon berjasa. huhu

Setelah selesai jalan-jalan sekitar Ugarit. Beli cenderahati. Tapi tak beli apa pun, just poskad jer. Sekadar kenangan. Okla tu. Tangkap gambar ramai-ramai. Dan balik ke bus. Teruskan perjalanan ke ra’sul basit. Tak tahu juga tempat ini. Nama macam best. Best ker? Hehe

Agak jauh perjalanan ke ra’sul basit nie. Jalan pula bengkang bengkok dan pening-pening. Aduii. Hu hu. Sabar sajalah. Dalam perjalanan, singgah sekejap di tepi tasik. Name tasik tu kalu tak salah sad balluran. [betul ke eja tu? Agak-agak ajelah]. Cantik tasik nie, tenang aja, ada pokok yang banyak. Memang bestla. Tapi singgah sekejap saja, ambik gambar dan teruskan perjalanan. Tapi kira okla tu. Pernah juga singgah kesana.

Selepas tu, perjalan pun diteruskan. Memang jauhla ra’sul basit nie. Tertanya-tanya gak tempat apa sebab tak tahu. Sekali lagi dalam perjalan tu, kami singgah. Singgah di sempadan Turkey. Tapi tak masuk pun. Huhu. Bilala agaknya berpeluang ke sana yea. Teringin. Hehe semoga ada rezeki. Ameenn .

Jalan diteruskan lagi. [berapa kali terus tapi tak sampai-sampai lagi]. Pening-pening membuatkan terpaksa tidur bagi mengelakkan lebih pening. Baru je nak lena, rupanya-rupanya dah sampai. Tengok ke luar tingkap. Terkejut! Pantai!! Huhuhu..[mase tu memang geram sangat-sangat.] jalan jauh-jauh, rupanya ke pantai. Hu hu. Serius geram. Latakia pantai, ras’sul basit pun pantai. Ingtkan tempat apa.

Tapi pantai die memang cantikla. Tak dinafikan. Tapi disebabkan asyik pantai saja naik geram. Jauh-jauh + pening-pening = geram. Tapi redha ajalah. Sebab arab yang aturkan. Mereka ni [Jordanian] manelah ada laut [melainkan aqobah]. So mereka beranggapan Malaysian pon terlalu suka sangat-sangat dengan laut sebab tak pernah jumpe laut. Padahal Malaysia banyak lagi laut. [serius sangat geram]. Tapi redha ajela. insyaALLAH ada hikmahnya.

p/s : past nie sila pastikan tahu tempat dituju sebelum sampai. Tak dela kecewa.

Cuci-cuci mata dengan permandangan yang cantik. Segar sekejap. subhanALLAH.
Duduk dalam hampir setengah jam, naik semula ke bus. Terus balik ke chalet. Seharian yang tak de la best sangat. [serius jujur]

Balik chalet terus tidur. Sebab pening + sakit + geram. Past rehat-rehat, solat dan makan. Makan kabsah pulak. Nasi juga. Cuma lebih lekit, ala-ala nak jadi pulut, tapi belum jadi. [tak tahu nak explainla]. Tapi yang penting memang sedap. Kuat betul makan. [huhu]

Kemudian, pergi pantai lagi. Petang nie sangat syokla. Naik basikal ala-ala kereta. Dikayuh oleh 4 orang. Nak kawal gune stereng. Memang kecoh sangat ahli basikal tu. Sebab susah nak kawal. Jalan pantai pulak tu, bertamabahla sukar. Tapi memang syok. Orang arab sekeliling pun macam teruja jer tengok kiteorang sebab kiteirng yang terlalu teruja kot. Hehe.

Sekarang dah pandai kawal stereng [means dah boleh ambik lessen tak..hehe] bile yea.?? Huhu

Lepas main basikal kereta [letak nama sendiri]. Kembali ke pantai. Main jet ski. Waaa….seronok sangat
1) Sebab belum pernah naik lagi
2) boleh jerit kuat-kuat
3) Lepas kan tekanan yang membebankan jiwa

Tapi ada juga tak best
1) Tak boleh bawa sendiri
2) Pemandunye lelaki
3) Sekejap aja

Apa-apa pun lain kali nak naik lagi..insyaALLAH. kemudian duk lepak-lepak kat pantai tunggu maghrib. Sambil tu borak-borak ngan makcik arab dari syiria nie. Ya ALLAH sangat pekat Amminye. Serius sukar nak faham. Kesian makcik tu kena cakap banyak-banyak kali.

Macam-macamla borak. Tanya itu dan ini. Pasal Malaysia. Past 2 sedia untuk BBQ. Malam ni kami bakar sendiri. Murokib dari mafraq tolong hidupkan api saja. Yang lain semua kami buat. [semuala sangat].

Kemudian, bakar-bakar ayam. Memang cunla ayam yang dibakar oleh orang yang pakar macam kami. [tapi ada jer yang hangus], yang penting bukan saya yang buat..[nak perasan lagi nie…astagfirullah]].

Main bakar-bakar. Tapi dalam bakar-bakar tu. Adalah seorang hamba ALLAH nie terjirus seseorang dengan sos ayam. Dari hujung tudung sampai hujung jubah terkena sos. Serius berdebar tengok. Tapi yang kena jirus still maintain. Yang penjirus sos tak keruan jadinya. [takut dan rasa bersalaah kot].

Tengok mereka bersihkan sos sambil pusing-pusing ayam sebab tak nak hangus. [tu pun nak bagitahu ker?] Borak-borak. Bergambar. Kemudian pergi ke tempat berkumpul ramai-ramai. Kami adakan aktiviti teka-teka. [bukan teka-teki tau]. Buat gaya cuba teka apakah yang ingin dimaksudkan. Macam-macamla idea yang keluar malam tu. Tak kurang juga kena mengena. Bukan niat untuk mencaci, tapi bergurau, yang penting malam tu semua enjoy. Tergelak semua.

Yang tengah bakar ayam kat tempat BBQ semua terjeling-jeling melihat apakah yang kami lakukan. Dah abis aktiviti, diteruskan dengan makan-makan. Sedap-sedap. Masing-masing angkat bakul sendiri.

Mula-mula ada yang kata sedapnya ayam nie. Sapelah yang perap yea. Pastu ada plak yang sambung, kalu perap jer tapi tak bakar tak jadi gak.[sorang lagi msuk bakul]. Ade pulak kate, kalu tak buat sos tak sedap gak.[bertambah gak yang masuk bakul]. Entah berapa orang yang masuk bakul hantar naik lif. Yang paling last sekali, ada yang cakap, kalu tak ada arang untuk membakar, ayam yang kiteorang makan nie takkan sedap macam nie. Tak kisahla ape-ape pun. Yang penting ayam tu memang sedap. Semua tu kan anugerah ALLAH. Bagi kita deria rasa, rezeki makan ayam. Bersyukur kepada ALLAH. Alhamdulillah

Then past makan, kemas-kemas barang hantar ke chalet. Kemudian jalan-jalan kat pantai. Ambik angin malam. Best2. Tapi lupa nak bgthu ahli chalet yang kiteorang balik lambat (2 orang jer pun). Malam tu berlajar tengok buruj. Sebelum nie bca buku. Kalu nak aplikasi pun tak tahu sangat dan jarang dapat tengok. Tapi malam nie sangat-sangtla bertuah. Jumpe bintang scorpio. [kalau salah, bermakna yang bagithu information tu pun salah] dan buruj menunjukkan arah jalan. Seronok-seronok.

Pastu duk tepi laut tengok ombak. Dan tangkap gambar percikan ombak. Tak dapat capture dengan baik la. Ade satu dua jer yang jadi. Tu pun tak dela cute sangat. Rase-rase macam dah lame jer kat pantai, kami pun blik ke chalet. Dah agak dah akan kene bebel. Tapi kami pun buatla muka penuh kesian dan bersalah sebab buat orang risau dengan menggayakan muka yang penuh manis dan menggoda [btol ker fifi??]haha

Pastu tolong co-pilot buat sarapan. Tolong gaulkan sos dengan mayonis jer pun. [tu pon kecoh nk announce dalam blog da]. Kemudian iron baju. Siap2 nak tido, then terus terlelap. Esk punya pgrm menanti..
Damascus kota purba. [jolokan yang saya bagi]. Hehe. Kota penuh sejarah dan kenangan untuk diri ini. Huhuhu.

Sudah habis hari yang kedua.

Nota no 1) : minta maaf pada pengurusan, sebab banyak sangat komen dalam hari ni.
Nota no 2) : nak jet ski lagi
Nota no 3) :rase-rase nak lagi tak pergi latakia?
Nota no 4): adakah seronok??

~ rehla SYIRIA siri 1 ~

Bissmillahirahmanirahim.

p/s: 1) Post kali ini akan berlaku kesalahan tatabahasa dan agak sempoi.

2) Jangan tiru gaya bahasa ini dalam karangan Bahasa Malaysia. Nanti kena potong markah

3) Ejaan shorform pun ada yea.

Rehla ke syiria.

Alhamdulillah, berehlah juga pada musim panas kali ini. Pada mulanya rehla akan menuju ke dua buah Negara iaitu Lubnan dan Syiria, tetapi dibatalkan di saat-saat terakhir kerana viru swine flu. Hu hu. Kerana virus tersebut, tak dapatlah menjejakkan kaki ke lubnan. Semoga ada rezeki lain kali. Ameenn.

Perasaan memang kecewa sangat, mula-mula memang dah tak nak join, tapi sebab semua pengurusan telah dibuat dan duit pun telah dibayar, nak tak nak kenala pergi semula sebab kalu tak nak pergi pun, duit tetap tak dapat. [redha mode].

25 haribulan bermula rehlah. Pukul 7 pagi mulakan perjalanan. Mula-mula kami ke mafraq, mengambil 4 orang murokib dan seorang pelajar master di sana. Kak lisa namanya. Kemudian terus ke syiria. Tempat pertama dituju adalah Latakia. Perjalanan yang amat jauh. Dalam pejalanan tu, ramaila juga yang termuntah dan pening-pening lalat termasukalah yang tengah tekan-tekan huruf-huruf atas laptop ni. Hu hu.

Ramai gak yang merungut, cakap dah tidur 7 kali pun tak sampai-sampai lagi. He he. Memang jauh latakia ni. Ambil masa 6 jam untuk sampai. Ada-ada saja la mereka ni.

Sepanjang perjalanan hanya berhenti beberapa ketika sahaja. Kali pertama berhenti sebab pemandu tanya jalan, tak turun pun, pemandu pun same, tanya dari dalam bus saja. Kedua berhenti kat stesen minyak. Turun ambik angin syiria. He he. Sementara tunggu yang lain masuk tandas dan makan-makan, saya jalan-jalan sekitar.

Dalam jalan-jalan tu terjumpe bunga matahari yang besar. (dah memang bunga matahari besar kan) sebab tak biasa jumpa, jadi macam agak terexcitedla sikit. Posing-posing tangkap gambar. Tengah-tengah syok berposing, adalah 2 orang mamat arab nie pandang semacam dan datang kearah kami. Dengan senyum-senyum kambing. Tapi kami buat-buat tak tahu saja.

Then mereka pun memulakan mukaddimah bertanya “ min wein?” maksudnya dari mana?, belum pun sempat nak jawab, die dah cakap lagi “min irani??” dari Iran ker?? Kiteorang pun memandangla ke muka masing-masing, then adelah yang cakap “ la’ min malizi” -tak, dari Malaysia dengan menggunakan tsaqofah Arab lagi tu.

Sebut aja Malaysia, mereka pun tersenyum. Suka sebab orang-orang syiria ni pandang tinggi pada masyarakat Malaysia. Bangga jadi anak Malaysia. Tiba-tiba kami pun terfikir, apakah motif mereka mengatakan kami dari Iran? Adakah muka kami seperti orang-orang Iran yang berhidung mancung? Ha! Itulah yang kita tak tahu. He he [perasan mode]

Perjalanan diteruskan ke latakia. Masih tidur dalam bus lagi. He he. Disebabkan pernah pergi ke latakia ini, jadi perasaan menjadi agak kurang excited, sebab tu juga asyik nak tido. Dalam perjalanan yang semuanya padang pasir, kurang best gak nak tengok lama-lama. Tapi ada yang menarik dalam perjalan nie, seperti kilang proton di syiria. Waa..sekali lagi bangga jadi Malaysian. Itu tandanya kereta nasional juga mampu bersaing dengan kereta antarabangsa jika betuk cara pengurusannya. Bukan jaguh kampong aja tau.

Setelah beberapa ketika akhirnya sampai juga ke latakia. check in di chalet (tapi ala-ala rumah). Rehat-rehat. Tapi chalet kali ini kurang selesa berbanding chalet yang lepas. Rase macam nak tukar bilik, tapi dah penuh, huh u. terpaksala redha dan bersyukur. Ada gak bumbung nak tido malam nantikan..huhu Setelah selesai solat, sementara tunggu makan tengah hari (tapi dah dekat masuk magrib) kami jalan-jalan sekitar pantai latakia. Tangkap-tangkap gambar. Posing-posing.

Pastu kami main kapal air, tak tahulah nama sebenarnya ape, tapi kayuh-kayuh sendiri atas air. Memang seronokla sebab excited. Hehe. Tapi bile sampai kat tengah laut, kepala jadi pening, mungkin sebab penat + lapar + oleng-oleng laut. Cepat aja rasa nak kembali kedaratan semula (ayat macam dah sesat aje). Kemudian duduk-duduk kat tepi laut, bergambar dan tengok-tengok permandangan yang cantik.

Latakia ini adalah salah satu tempat peranginan di syiria. Ada laut dan kemudahan untuk perlancongan. Nak pula masa pergi sekarang ni musim panas, bertambah ramailah pengunjung ke latakia. Setelah pening hilang, kembali ke chalet untuk makan. Makan nasi syiria namanya nasi mandi. Hilang rindu nak makan nasi mandi. Sangat best. He he. Nak makan lagi lain kali semoga ada rezeki. insyaALLAH.

Dah siap isi perut, rehat dan solat. Kemudian jalan-jalan sekitar laut lagi. Tengok permadangan waktu malam pula. Angin yang best. Sesudah puas jalan kaki, naik basikal pulak. Terlalu lama rasanya tak naik basikal. Sampai syiria baru naik balik. Hehe. Cepat betul penat mungkin sebab

1) lama tak bersenam

2) tulang dah reput tanda tua, hehe

3) kurang mahir nak naik basikal, skill seme dah hilang..huhu..

ape daa….

Dah siap main-main basikal, kami pun teruskan operasi mandi laut. Mandi laut malam-malam, memang best, air suam-suam + angin sejuk. Hehe. Semua yng ada malam tu sibuk belajar terapung sebab kebanyakkan tak tahu berenang, jadi nak pandai berenang kenala pandai terapung dulu. Hehe. Akhirnya hampir semua berjaya terapung malam tu.

Puas mandi, naik ke bilik bersihkan badan dan makan BBQ yang dibakar oleh 4 orang murokib dari mafraq. Sedap-sedap [bodek mode] hehe

Past tu tengok Hindustan kemudian tertido. Baju pun dayah tolong ironkan. Kredit to dayah. Hehe.

Selamat perjalanan hari pertama di syiria. Terlena yang sangat sebab penat. Ape-ape pon still enjoy. Hehe. Still tak de la special sangat. Oooppppssss terjujur pulak. Hu hu

Nota no 1) best ker?? Hehe

Nota no 2) tak sangka aku ni tabah orangnya..hehe

Nota no 3) syiria syiria syiria

~ hari pertama ~

Alhamdulillah.

Sudah selesai hari pertama di jami3ah hari ini. (macam teruk saja bunyinya). Kelas seawal 8 pagi sehingga jam 12 tengahari mesti dihadiri. Sebenarnya adat di Universiti Yarmouk, minggu pertama sesi pembelajaran bermula, kedatangan tidak diwajibkan. Malah pelajar juga bebas untuk menghadiri atau tidak kelas tersebut. Tetapi kami adalah pelajar-pelajar cemerlang, jadi walaupun kelas tidak wajib, kami mesti wajibkan diri untuk datang. (macam bagus saja..hu hu)

Semester ini, saya mengambil 3 subjek. Masing-masing 2  subjek dari subjek-subjek pilihan university dan 1 subjek wajib bahagian. Pertama adalah riadoh fil hayatina dan kedua ialah maharat hayati dan ketiga hasub.

Pagi lagi sudah bersiap untuk menghadiri kelas. Semangatlah katakan. Tetapi tetap jua lambat. Ini kerana tidak mengetahui kelas yang sepatutnya dimana. Bukan sahaja tidak mengetahui kelas, bahkan bangunan yang menempatkan kelas jua kami tidak pasti. Kerana subjek ini bukan dari subjek dari kuliah yang biasanya kami pergi. keadaan ini membuatkan kami menjelajah seluruh jami3ah seta menjadikan kami lambat masuk ke kelas. Tetapi Alhamdulillah, doktor yang mengajar juga belum masuk ketika kami menjumpai kelas tersebut. Lega rasanya.

Kelas dimulakan hanya dengan kedatangan kurang dari 20 orang pelajar. Pelajar malizi yang hadir cuma 5 orang, baki sepatutnya hanya ALLAH yang mengetahui. =)

Mula-mula doktor masuk, masing-masing ceria, mungkin kerana rindu menghadiri kuliah kot. Tetapi apabila doktor membuka mulut untuk membacakan nama, masing-masing seperti menikus. Terdetik dihati kami pelajar malizi, ‘agak garang doktor ni’. Tetapi bila kelas bermula, sangat sporting rupanya. jadi jangan cepat menghukum seseorang berdasarkan luarannya sahaja, tetapi kenalilah terlebih dahulu peribadinya. Syukur Alhamdulillah.

Saat ditanya nama kami (malizi), doktor menyoal dan menyebut nama kami berulang kali bagi setiap pelajar. Mungkin kerana nama pelajar malizi panjang-panjang dan hampir semua memilki NUR dihadapan nama mereka. Pelajar arab usah katalah, air muka mereka seperti terseksa menahan gelak. Terlalu asing dan sangat kelakar bagi mereka. Bagi mereka(Arab)  yang nama hanya ada satu kalimah sahaja, menganggap nama pelajar malizi ini sangat pelik. Tetapi memilki makna yang sedap dan bermakna. He he.

Doktor memulakan kuliah dengan menyoal kami. ‘mengapa mengambil subjek ini?’ (dalam bahasa Arab la sebab doktor di university Yarmouk tak tahu berbahasa Melayu =)).Macam-macamlah pelajar Arab yang ada, menjawab soalan tersebut. Kami malizi masih diam. Itulah sikap kami. Amat susah bertanya dalam kelas. Lebih selesa berdepan hanya dengan doktor sahaja. Itupun bukan sentiasa. Teruknya. Mesti berubah selepas ini.

Doktor menjawab pertanyaan yang diberikannya dengan analogi yang mudah. Mengapa kita semua makan? Kita makan kerana ingin mendapatkan tenaga yang didapati dari makanan. Selain itu, makan juga merupakan fitrah bagi makhluk yang hidup.

Begitu juga dengan riadah ini. Sama seperti makan. Akal yang sejahtera datang dari badan yang sihat. Malah doktor juga ada menambah bahawa, setiap manusia ini merupakan doktor bagi diri mereka sendiri. Beliau lebih mengetahui keadaan dan kondisi badan mereka. (jadi, iktiraf diri anda sebagai doktor peribadi anda sahaja yea,  bukan doktor pakar).

Riadah juga bukan hanya sekadar fitrah makhluk, tetapi dengannya kesihatan kita juga akan bertambah baik. (jika beriadah dengan betul). Apabila kesihatan sejahtera, segala urusan tiada tergendala dan mampu dilakasanakan dengan baik.

Kesihatan juga berkait rapat dengan ibadah kita sebagai hamba ALLAH yang Esa. Jika badan sihat dengan beriadah, maka kita mampu untuk beribadat kepada ALLAH dengan lebih selesa dan lebih banyak. Terfikir juga dalam diri, sejauh mana melakukan sedemikian? melakukan semuanya ikhlas kerana ALLAH? sudah termasukkah diri dalam golongan sedemikian??

Ada juga beriadah kerana ingin menjaga bentuk badan, untuk cantik, malah pelbagai alasan yang timbul. Tetapi bukan kerana untuk beribadat kepada ALLAH dan untuk mendekatkan diri kepadaNya. Jika masih belum, betulkan niat, jangan tangguh, mulakan langkah dan bagi mereka yang sudah melakukan, tahniah dan teruskan. he he.

Apa-apa yang kita lakukan marilah bersama-masa kembalikan kepada tujuan utama mengapa kita melakukan sedemikian. Letakkanlah redha ALLAH sebagai matlamat utama melakukan apa sahaja perkara. Jika demikian, hati akan berasa lebih ikhlas dan tidak mengharapkan balasan.

Moga-moga dengan perlakuan kita (yang baik) akan mendapat redha ALLAH.

Kelas riadah bersambung esok. Semangat untuk belajar juga perlu. Moga-moga semangat ini akan istiqomah dalam jiwa. Ameeen.

Sakan 309

Irbid Jordan

210609

3pm

Note no 1): cuti dah habislah…

Note no 2): maharat hayati dengan hasub belum mula kelas. Doktor tiada. Erm..

Note no 3): hidup perlu diteruskan…

Note no 4): kelas setiap hari sepanjang 2 bulan. Semoga mampu bertahan..hu hu

Note no 5): hidup ini ibarat lautan, akan sepi tanpa gelombang, akan mati tanpa taufan. Indahnya hidup keranaMU TUHAN.

~ kini kembali ~

bissmillahirahmanirrahim

assalamualaikum

alhamdulillah, akhirnya jemari kini mampu beraksi kembali setelah sekian lama =). sudah lame rasanya tidak berkongsi sesuatu dalam blog ini. bukan tiada masa, cuma tiada rasa. tiba-tiba idea kosong.

esok akan bermula semester soifi (summer sem) di universiti Yarmouk. semester pendek ini menjanjikan cabaran agak hebat. cabaran cuaca yang panas. bersyukur kerana sepanjang 2 bulan ini nanti, semua kelas akan berlangsung pada pagi hari. semoga tiada kelas yang tidak dapat dihadiri nanti. insyaALLAH.

bagi senior yang sudah menjadi graduan. sejuta tahniah diucapkan. memang meriah sambutan di universiti Yarmouk, cuma tidak semeriah di Malaysia. ingin mengucapkan selamat kembali ke Malaysia. semoga dengan kembalinya kalian mampu mengubah keadaan ekonomi Malaysia kepada sepenuhnya Islam. insyaALLAH ameeen.

sebagai penutup cuti bagi fasal (semester) lepas. BKNPJ (Badan Kebajikan Anak Negeri Pahang Jordan) telah melangsungkan aktiviti riadah bersama. kami (anak-anak pahang) bermain boling di Mukhtar Mall Amman. penyertaan amat menggalakkan. malah turut bermain wakil pegawai dari kedutaan Malaysia juga. meriah sungguh, sesungguhnya meriah pada hari ini. semoga ada kesempatan untuk melakukan aktiviti bersama lagi. ameenn

sempena semester baru bermula, target sem ini sudah pasti sentiasa mengorak langkah menuju kecemerlangan yang berganda. hanya 3 subjek, insyaALLAH akan diusahakan supaya meningkat semester ini. insyaALLAH. ameenn. doakan sekali yea.

buat rakan-rakan. jom teruskan perjuangan. menjejaki langkah senior. datang bersama pulang juga bersama. tingkatkan usaha, nyatakan matlamat, doa menjadi sisipan.

akhir kata, semoga hari-hari mendatang menjadi lebih baik dar hari ini.

sakan
200609
9.05pm
irbid jordan

note no 1): kenapa tiada ratu longkang??? mesti dah boleh menang title tu. he he
note no 2): berdebar-debar nak masuk sem baru. semoga najah. ameeenn
note no 3): dugaan sentiasa ada. itukan tanda ALLAH sayang pada kita =)
note no 4): kedukaan semalam bukan tanda esok juga derita, tetapi sebagai semangat untuk menempuhi hari esok.
note no 5): ape makna serik??? (jangan serik buat perkara baik yea niey)
note no 6): nak grade juga…hu hu hu

~ teori neo klasikal David Ricardo ~

TEORI NEO KLASIKAL DAVID RICARDO (COMPARATIVE ADVANTAGE)

Oleh : http://www.niey21.wordpress.com

Setiap apa yang ada di dunia ini mempunyai tahap perkembangan yang tersendiri. Begitu juga dengan ekonomi. Bagi David Ricardo, beliau mempunyai teori dan pendapat yang tersendiri mengenai tahap perkembangan ekonomi. Teori beliau sama sekali berbeza dengan teori yang dikemukakan oleh Adam Smith sebelum ini. David berpendapat bahawa proses perdagangan antarabangsa akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan. Beliau mengusulkan teori mengenai ‘Kemantapan Perbandingan’ dalam pengeluaran. (Comparative advantage)

Beliau menyatakan bahawa apabila Negara mampu mengeluarkan barang dengan banyak bersama kos pengeluaran yang paling sedikit berbanding dengan Negara lain yang mengeluarkan barang yang sama adalah lebih baik. Teori ini juga berkaitan dengan perdagangan antarabangsa.

Sebagai contoh, Malaysia dan Thailand sama-sama mengeluarkan beras dan getah. Malaysia mampu mengeluarkan getah dengan banyak bersama kos pengeluaran yang sedikit. Manakala Thailand mampu mengeluarkan beras dengan banyak bersama kos pengeluaran yang sedikit. Keadaan ini menunjukkan bahawa, masing-masing mempunyai kekuatan untuk mengeluarkan satu jenis pengeluaran sahaja. Apabila bertambah jenis pengeluaran yang ingin dikelurakan, ia akan mengurangkan kemampuan yang sedia ada.

Jika kedua-dua Negara hanya menumpukan kepada satu pengeluaran sahaja, tanpa melakukan pengeluaran yang lain, keadaan ini akan membawa kepada fokus pengeluaran malah akan mampu untuk meningkatkan tahap pengeluaran. Dalam teori kemantapan perbandingan ada menyatakan bahawa, sebuah Negara perlu fokus kepada hanya satu bidang pengeluaran sahaja. Jika Malaysia mampu mengeluarakan getah lebih banyak bersama kos yang paling minimum berbanding Thailand, maka Malaysia perlu mengeluarakan hanya satu bidang pengeluaran sahaja.

Manakala, Thailand pula mampu mengeluarkan beras dengan banyak bersama kos pengeluaran yang sedikit berbanding Malaysia, hanya perlu fokus kepada pengeluaran beras sahaja. Inilah yang dimaksudkan dengan permantapan perbandingan oleh David Ricardo. Bagi Malaysia yang tidak mnegeluarkan beras, boleh mengimport beras dari Thailand. Manakala Thailand pula mengimport getah daripada Malaysia. Masing-masing Negara ini menjalankan aktiviti import dan eksport. Hal ini yang dimaksudkan oleh David akan meningkatkan tahap perkembangan ekonomi dalam sesebuah Negara.

Selain itu, keadaan ini juga membawa kepada sifat saling bantu membantu sesama Negara. Teori ini juga boleh menjimatkan kos pengeluaran yang perlu ditanggung sesebuah Negara jika mengeluarkan salah satu jenis bidang pengeluaran tersebut. Maka, teori ini akan meningkatkan tahap profesionaliti dan tahap efisyensi serta produktiviti sesebuah Negara.

Teori ini juga mempunyai beberapa keburukan yang akan berlaku dalam proses pengeluaran. Antara keburukan teori ini ialah, sesebuah Negara akan menjadi terlalu bergantung kepada sebuah Negara yang lain jika menggunakan teori ini. Masalah akan timbul apabila berlaku peperangan, ketidak stabilan politik, masalah cuaca dan virus serta sebagainya. Jika perkara berkenaan berlaku, maka perdagangan tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

Keadaan ini akan membawa kepada kesan yang buruk kepada perjalanan ekonomi dan kemaslahatan rakyat itu sendiri. Selain itu juga, Negara tersebut tidak mempunyai kepelbagaian dalam pengeluaran. Rakyat juga menjadi tidak keratif dan inovatif dalam pengeluaran sesuatu barangan. Tiada penghasilan produk-produk yang baru dalam pengeluaran untuk meningkatkan ekonomi dan tiada pasaran baru dibuka.

Teori ini dikemukakan atas alasan untuk menjimatkan kos pengeluaran dan menigkatkan produktiviti sesebuah negara. Tetapi sebenarnya teori ini berjaya secara kasarnya sahaja. Ini kerana, kos pengeluaran boleh diminimumkan, tetapi kos untuk mengimport barangan yang tidak dikeluarkan pula akan meningkat. Pengurangan kos tersebut telah meningkatkan kos mengimport.

Jadi sebenarnya, pengurangan kos tersebut sama sekali tidak terjadi. Malah mungin meningkat kerana kos import sebenarnya lebih tinggi.

Penyataan diatas jelas membuktikan bahawa teori ini kurang sesuai untuk diaplikasikan pada masa sekarang dengan keadaan semua Negara sudah maju dan serba moden. Masalah pengurangan kos sebenarnya mampu diatasi dengan kebijaksanaan organisasi yang terlibat.

sakan irbid jordan

070609

3.17 pm

~ teori perkembangan ekonomi ~

TEORI PERKEMBANGAN EKONOMI (ADAM SMITH)

Oleh : http://www.niey21.wordpress.com

Secara fitrahnya sesuatu yang hidup akan mengembang dan membesar. Perkembangan dan pertumbuhan berkait rapat denagn faktor masa. Perkembangan dan pertumbuhan juga tidak hanya memakan masa hanya seminit dua, tetapi memakan masa bertahun malah berabad.

Contoh yang paling dekat dengan diri kita sendiri. Manusia juga melalui tempoh perkembangan dan pertumbuhan. Perkembangan dari janin, menjadi bayi, kemudian menjadi seorang kanak-kanak seterusnya pula remaja dan dewasa. Itulah dikatakan perkembangan dan pertumbuhan. Perubahan sesuatu. Maha Suci ALLAH menjadikan kita hambaNya yang sentiasa mengecapi nikmat-nikmatNya. Terutama nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah.

Pertumbuhan dan perkembangan bukan sahaja berlaku pada diri manusia, malah  ekonomi juga mengalami perkara yang sama. Bagaimana ekonomi boleh dikatakan berkembang sedangkan ekonomi tidak memilki jasad dan fizikal secara zahir? Perkembangan ekonomi boleh dilihat melalui perkembangan beberapa perkara yang menjadikan ekonomi juga turut berkembang.

Pelbagai teori yang dikemukakan berkaitan perkembangan ekonomi ini. Malah ramai tokoh melahirkan idea-idea mengenai perkembangan dan pertumbuhan ekonomi. Sebenarnya perkembangan ekonomi ini dihasilkan dengan wujudnya beberapa faktor.

Seperti contoh tadi, perkembangan manusia berlaku pada setiap manusia. Faktor mendorong berlakunya pertumbuhan terhadap manusia seperti makanan, suasana persekitaran, ginetik dan sebagainya. Begitu juga ekonomi. Memerlukan kepada faktor lain untuk berkembang.

Bagi Adam Smith, beliau menyatakan bahawa ekonomi berkembang dengan 3 faktor utama. Faktor perkembangan ekonomi yang pertama ialah faktor pembangunan dalam sesebuah Negara. Pembangunan Negara akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi.

Pembangunan merupakan salah satu proses perkembangan dan pertumbuhan ekonomi. Dengan pembangunan, pasaran ekonomi akan menjadi semakin luas. Pembangunan pula berlaku kerana  berlaku pertambahan penduduk di dalam sesebuah Negara. Semakin ramai penduduk di sesuatu tempat, maka akan membawa kepada peningkatan pembangunan Negara. Negara yang membangun pula akan membawa kepada perkembangan ekonomi.

Faktor kedua yang mendorong berlakunya pertumbuhan ekonomi ialah faktor tabungan. Semakin banyak rakyat menabung, semakin banyak pelaburan boleh dijalankan. Kerajaan juga mempunyai banyak sumber kewangan untuk membiayai projek-projek yang membawa kepada pembangunan. Apabila banyak projek-projek pembangunan dibangunkan, maka ekonomi  akan terus berkembang dan bertumbuh.

Seterusnya pula fakator yang terakhir yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi ialah pengkhususan pekerjaan.  Apabila sebuah firma memiliki pekerja yang mahir dan khusus dalam sesuatu bidang, pengeluaran akan menjadi semakin efisyen dan lancar. Bila pengeluaran semakin banyak maka akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Pelbagai produk akan dikeluarkan malah produk tersbut menjadi berkualiti kerana dikeluarkan oleh pekerja yang berkemahiran tinggi. Keadaan ini akan meningkatkan pelaburan dan pengeluaran. Pasaran juga akan menjadi semakin luas, perdagangan antarabangsa juga akan berlaku. Import dan eksport semakin meningkat, seterusnya akan meningkatkan tahap perkembangan ekonomi Negara tersebut.

Inilah teori yang dikemukakan oleh Adam Smith dalam proses perkembangan ekonomi di dalam sesebuah Negara.

Kesimpulan bagi teori ini ialah peningkatan jumlah penduduk akan membawa kepada peningkatan jumlah tabungan. Jumlah tabungan yang bertambah akan membawa kepada peningkatan jumlah pelaburan yang mampu dilakukan untuk menmbiayai projek-projek pembangunan.

Semakin banyak projek-projek pembangunan dapat dilaksanakan, maka pelaburan keatas projek tersebut juga akan bertambah. Keadaan ini akan membawa kepada perkembangan ekonomi dalam Negara tersebut. Inilah teori yang dikemukakan oleh Adam Smith.

Teori ini boleh diterima sebagai salah satu teori yang menyatakan mengenai tahap perkembangan dan pertumbuhan ekonomi.

 

sakan

irbid jordan

030609

 

note no 1) : subjek tarikh fikr sem 4

note no 2) : jihad ekonomi sedang berlaku

note no 3) : semoga diberkati dan diredhai…