~ rehat-rehat minda ~

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah kerana masih lagi diberi kesempatan menikmati nikmat-nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita. Antaranya ialah nikmat Iman dan Islam.

Alhamdulilah, sudah selesai peperiksaan akhir semester 7 di bumi Jordan ini. Ini bermakna, hanya berbaki 1 tahun sahaja untuk kami sama-sama menamatkan pengajian di Bumi barokah Jordan ini. Sedar tidak sedar hampir setahun meninggalkan Malaysia tercinta.

Alhamdulillah, hampir semua keputusan telah diketahui (ketika menulis post ini), Cuma berbaki 2 subjek, iaitu lughah arobiyah 2 (bahasa Arab 2) dan tadbiqot hadisah fil iqtisod islami (aplikasi terkini dalam ekonomi Islam).

Semoga 2 subjek ini diperoleh keputusan yang baik. Ameenn.

Setelah selesai memulun segala tenaga untuk menjawab peperiksaan, kami sepakat untuk merehatkan minda bersama-sama. Mulanya, hanya bercadang untuk bercuti sesama kami sahaja, tetapi, dengan berbesar hati, ahli jemaah semakin ramai, kerana di sertai dengan senior-senior kami.

Kami bersepakat untuk merehatkan minda di air terjun berdekatan dengan Irbid. Memandangkan kami selesai peperiksaan pada pukul 10.30 pagi, dan senior pula sudah selesai semua peperiksaan, maka, dengan berbesar hati sekali lagi senior sanggup menyediakan makanan semasa rehla ke air terjun nanti. Perasaan sangat gembira kerana, ada orang tolong masakkan. Kami hanya tolong makan sahaja. =).Terima kasih akak-akak plaza home ya. Sedap sungguh, siap ada sambal belacan lagi.

Dalam perjalanan yang memakan masa hamper 45 minit, semua bersemangat dan tidak sabar-sabar menyaksikan air terjun di Jordan. Yang semua kita tahu sebuah Negara Arab yang amat sedikit punca airnya.

Khabar berkaitan air terjun ini diperolehi dari pelajar perubatan 1st year. Jadi, atas alasan untuk megeratkan ukhuwah dan mengurangkan rindu di Malaysia, kami memilih untuk ke air terjun ini.

Biasalah jika  di Malaysia, air terjun sinonim dengan air yang sejuk, pokok yang banyak, air yang mengalir deras, ada banyak batu untuk bertenggek dan macam-macam lagilah. Pasti seronok dan menenangkan jiwa setelah penat melakukan sesuatu.

Dalam perjalanan menuju tempat yang dimaksudkan, entah berapa kali pemandu coster tersesat, sebab pak cik tersebut juga tidak pernah pergi tempat berkenaan. (Malaysian lagi tahu tempat ini berbanding Arab yea). Bab jalan memang maju dan laju. He he

Mula-mula sampai ke kawasan yang dikatakan ada air terjun tersebut, hati kami semua terdetik, betul kah tempat ini, berbukit, tapi berdebu, dan tiada pokok besar malah, air mengalir pun tidak kelihatan. Masing-masing seakan berputus asa, janganla pakcik tersalah tempat.

Tetapi memang benarlah, kami tersalah tempat sebab salah masuk simpang. Itu pun diketahui setelah pak cik coster menanyakan kepada penduduk tempatan. Kami meneruskan perjalanan menuju tempat yang ditunjukkan oleh penduduk tempatan. Sesampai kami di sana, kami lihat tiada rupa seperti tempat air terjun. Tiada pokok yang besar untuk berteduh, malah bunyi air terjun juga tidak kedengaran. Apakah benar tempat ini seperti yang dikhabarkan?

Beberapa orang sahabat kami turun dan menanyakan tempat berkenaan. Dalam keadaan panas terik dan berdebu, hati kami merasakan ini bukan tempatnya. Seakan tersalah lagi sekali. Malangnya, penduduk tempatan mengatakan itulah tempat berkenaan. Tempat yang dikatakan air terjun itu. Agak terkejut. masing-masing melihat keliling.

Kami berbincang sama ada ‘berkelah’ di situ atau memilih tempat lain sebagai tempat untuk berkelah. Masing-masing mencadangkan ingin ke Ajloun, salah satu tempat yang sering dijadikan tempat berkelah di Jordan ini. Tetapi, mungkin pak cik coster tersebut enggan menghantar. Jadi kami semua ‘berkelah’ lah di air terjun tersebut.

Kami makan di bawah pokok agak jauh dari air terjun. Sambil-sambil makan  kami sempat mengabadikan beberapa kenangan bersama. Walaupun misi untuk mandi air terjun tidak tercapai, tetapi misi untuk merapatkan ukwah dan merehatkan minda hampir tercapai. insyaALLAH.

Nak tengok gambar?

 

berkelah di bawah pokok

berkelah di bawah pokok

sempat lagi bergambar

sempat lagi bergambar

 

 

berlatarkan bukit debu..hu hu
berlatarkan bukit debu..hu hu

 

di sisi air 'terjun' =)
di sisi air ‘terjun’ =)

 

air 'terjun' atau air kolam yang boleh terjun dalamnya?? hu hu
air ‘terjun’ atau air kolam yang boleh terjun dalamnya?? hu hu

 

inilah gambar-gambar yang sempat dirakamkan. kredit untuk penangkap gambar ya.

semoga kenangan berjumpa air terjun versi Jordan kekal dalam ingatan. semoga juga ukhwah yang di bina terus bersemadi selamanya. kepada senior-senior yang menyertai, terima kasih, dan selamat pulang ke Malaysia, di harap bakal merubah ekonomi Malaysia kepada sepenuhnya kepada ekonomi Islam.

apa-apa pun, rehla ini memberikan seribu makna pada semua. agak rugi sebab bukan semua yang sertai. mungkin adakan rehlah yang lebih baik dan terancang, dan paling penting sila pastikan tempatnya benar-benar seronok.=)

semoga kita sentiasa dibawah redha yang Esa.

 

sakan

020609

irbid jordan

 

note no 1) : habis peperiksaan, misi pula akan menyertai. apakah misi itu?? satu kepala satu artikel =)

note no 2) : teringin nak mandi air terjun yang sejuk dan best kat malaysia

note no 3) : belajar dari iktibar, pastikan apa yang didengari dengan fakta, bukan omongan kosong saja. belajar dari kesilapan.

note no4) : semoga semua meningkat muadal semester ini. Ameeennn…

note no 5) : bersyukur dengan keindahan Malaysia, jangan samakan semua perkara. air terjun Malaysia tak sama dengan air terjun Jordan..ho ho

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s