~ kini kembali ~

bissmillahirahmanirrahim

assalamualaikum

alhamdulillah, akhirnya jemari kini mampu beraksi kembali setelah sekian lama =). sudah lame rasanya tidak berkongsi sesuatu dalam blog ini. bukan tiada masa, cuma tiada rasa. tiba-tiba idea kosong.

esok akan bermula semester soifi (summer sem) di universiti Yarmouk. semester pendek ini menjanjikan cabaran agak hebat. cabaran cuaca yang panas. bersyukur kerana sepanjang 2 bulan ini nanti, semua kelas akan berlangsung pada pagi hari. semoga tiada kelas yang tidak dapat dihadiri nanti. insyaALLAH.

bagi senior yang sudah menjadi graduan. sejuta tahniah diucapkan. memang meriah sambutan di universiti Yarmouk, cuma tidak semeriah di Malaysia. ingin mengucapkan selamat kembali ke Malaysia. semoga dengan kembalinya kalian mampu mengubah keadaan ekonomi Malaysia kepada sepenuhnya Islam. insyaALLAH ameeen.

sebagai penutup cuti bagi fasal (semester) lepas. BKNPJ (Badan Kebajikan Anak Negeri Pahang Jordan) telah melangsungkan aktiviti riadah bersama. kami (anak-anak pahang) bermain boling di Mukhtar Mall Amman. penyertaan amat menggalakkan. malah turut bermain wakil pegawai dari kedutaan Malaysia juga. meriah sungguh, sesungguhnya meriah pada hari ini. semoga ada kesempatan untuk melakukan aktiviti bersama lagi. ameenn

sempena semester baru bermula, target sem ini sudah pasti sentiasa mengorak langkah menuju kecemerlangan yang berganda. hanya 3 subjek, insyaALLAH akan diusahakan supaya meningkat semester ini. insyaALLAH. ameenn. doakan sekali yea.

buat rakan-rakan. jom teruskan perjuangan. menjejaki langkah senior. datang bersama pulang juga bersama. tingkatkan usaha, nyatakan matlamat, doa menjadi sisipan.

akhir kata, semoga hari-hari mendatang menjadi lebih baik dar hari ini.

sakan
200609
9.05pm
irbid jordan

note no 1): kenapa tiada ratu longkang??? mesti dah boleh menang title tu. he he
note no 2): berdebar-debar nak masuk sem baru. semoga najah. ameeenn
note no 3): dugaan sentiasa ada. itukan tanda ALLAH sayang pada kita =)
note no 4): kedukaan semalam bukan tanda esok juga derita, tetapi sebagai semangat untuk menempuhi hari esok.
note no 5): ape makna serik??? (jangan serik buat perkara baik yea niey)
note no 6): nak grade juga…hu hu hu

2 thoughts on “~ kini kembali ~

  1. Assalamulaikum..

    Ape kabo?
    Boleh tak cerita detail sikit kat saya pasal short sem tu?
    kalau kita amik short sem,nanti kita boleh abis awal ke?

    Apa pun,Selamat MAju Jaya..=)

  2. wslm…alhamdulillah, baik-baik saja.
    short sem tu semester yang lbh pendek dari semester biasa. cuma hanya 2 bulan sahaja kelas. paling banyak boleh ambik 10 jam kredit sahaja. semester yang tak wajib pun, kalau nak boleh tak nak pun boleh.

    bila sudah ambil semester pendek, masa belajar pun kurangla. boleh balik cepat-cepat. =) sem ni juga lebih ringan sebab sekejap saja belajar. (dikatakan).
    untuk mengetahui lebih lanjut, sila menghadapinya di sini. he he he..

    selamat maju jaya juga..=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s