~ hari pertama ~

Alhamdulillah.

Sudah selesai hari pertama di jami3ah hari ini. (macam teruk saja bunyinya). Kelas seawal 8 pagi sehingga jam 12 tengahari mesti dihadiri. Sebenarnya adat di Universiti Yarmouk, minggu pertama sesi pembelajaran bermula, kedatangan tidak diwajibkan. Malah pelajar juga bebas untuk menghadiri atau tidak kelas tersebut. Tetapi kami adalah pelajar-pelajar cemerlang, jadi walaupun kelas tidak wajib, kami mesti wajibkan diri untuk datang. (macam bagus saja..hu hu)

Semester ini, saya mengambil 3 subjek. Masing-masing 2  subjek dari subjek-subjek pilihan university dan 1 subjek wajib bahagian. Pertama adalah riadoh fil hayatina dan kedua ialah maharat hayati dan ketiga hasub.

Pagi lagi sudah bersiap untuk menghadiri kelas. Semangatlah katakan. Tetapi tetap jua lambat. Ini kerana tidak mengetahui kelas yang sepatutnya dimana. Bukan sahaja tidak mengetahui kelas, bahkan bangunan yang menempatkan kelas jua kami tidak pasti. Kerana subjek ini bukan dari subjek dari kuliah yang biasanya kami pergi. keadaan ini membuatkan kami menjelajah seluruh jami3ah seta menjadikan kami lambat masuk ke kelas. Tetapi Alhamdulillah, doktor yang mengajar juga belum masuk ketika kami menjumpai kelas tersebut. Lega rasanya.

Kelas dimulakan hanya dengan kedatangan kurang dari 20 orang pelajar. Pelajar malizi yang hadir cuma 5 orang, baki sepatutnya hanya ALLAH yang mengetahui. =)

Mula-mula doktor masuk, masing-masing ceria, mungkin kerana rindu menghadiri kuliah kot. Tetapi apabila doktor membuka mulut untuk membacakan nama, masing-masing seperti menikus. Terdetik dihati kami pelajar malizi, ‘agak garang doktor ni’. Tetapi bila kelas bermula, sangat sporting rupanya. jadi jangan cepat menghukum seseorang berdasarkan luarannya sahaja, tetapi kenalilah terlebih dahulu peribadinya. Syukur Alhamdulillah.

Saat ditanya nama kami (malizi), doktor menyoal dan menyebut nama kami berulang kali bagi setiap pelajar. Mungkin kerana nama pelajar malizi panjang-panjang dan hampir semua memilki NUR dihadapan nama mereka. Pelajar arab usah katalah, air muka mereka seperti terseksa menahan gelak. Terlalu asing dan sangat kelakar bagi mereka. Bagi mereka(Arab)  yang nama hanya ada satu kalimah sahaja, menganggap nama pelajar malizi ini sangat pelik. Tetapi memilki makna yang sedap dan bermakna. He he.

Doktor memulakan kuliah dengan menyoal kami. ‘mengapa mengambil subjek ini?’ (dalam bahasa Arab la sebab doktor di university Yarmouk tak tahu berbahasa Melayu =)).Macam-macamlah pelajar Arab yang ada, menjawab soalan tersebut. Kami malizi masih diam. Itulah sikap kami. Amat susah bertanya dalam kelas. Lebih selesa berdepan hanya dengan doktor sahaja. Itupun bukan sentiasa. Teruknya. Mesti berubah selepas ini.

Doktor menjawab pertanyaan yang diberikannya dengan analogi yang mudah. Mengapa kita semua makan? Kita makan kerana ingin mendapatkan tenaga yang didapati dari makanan. Selain itu, makan juga merupakan fitrah bagi makhluk yang hidup.

Begitu juga dengan riadah ini. Sama seperti makan. Akal yang sejahtera datang dari badan yang sihat. Malah doktor juga ada menambah bahawa, setiap manusia ini merupakan doktor bagi diri mereka sendiri. Beliau lebih mengetahui keadaan dan kondisi badan mereka. (jadi, iktiraf diri anda sebagai doktor peribadi anda sahaja yea,  bukan doktor pakar).

Riadah juga bukan hanya sekadar fitrah makhluk, tetapi dengannya kesihatan kita juga akan bertambah baik. (jika beriadah dengan betul). Apabila kesihatan sejahtera, segala urusan tiada tergendala dan mampu dilakasanakan dengan baik.

Kesihatan juga berkait rapat dengan ibadah kita sebagai hamba ALLAH yang Esa. Jika badan sihat dengan beriadah, maka kita mampu untuk beribadat kepada ALLAH dengan lebih selesa dan lebih banyak. Terfikir juga dalam diri, sejauh mana melakukan sedemikian? melakukan semuanya ikhlas kerana ALLAH? sudah termasukkah diri dalam golongan sedemikian??

Ada juga beriadah kerana ingin menjaga bentuk badan, untuk cantik, malah pelbagai alasan yang timbul. Tetapi bukan kerana untuk beribadat kepada ALLAH dan untuk mendekatkan diri kepadaNya. Jika masih belum, betulkan niat, jangan tangguh, mulakan langkah dan bagi mereka yang sudah melakukan, tahniah dan teruskan. he he.

Apa-apa yang kita lakukan marilah bersama-masa kembalikan kepada tujuan utama mengapa kita melakukan sedemikian. Letakkanlah redha ALLAH sebagai matlamat utama melakukan apa sahaja perkara. Jika demikian, hati akan berasa lebih ikhlas dan tidak mengharapkan balasan.

Moga-moga dengan perlakuan kita (yang baik) akan mendapat redha ALLAH.

Kelas riadah bersambung esok. Semangat untuk belajar juga perlu. Moga-moga semangat ini akan istiqomah dalam jiwa. Ameeen.

Sakan 309

Irbid Jordan

210609

3pm

Note no 1): cuti dah habislah…

Note no 2): maharat hayati dengan hasub belum mula kelas. Doktor tiada. Erm..

Note no 3): hidup perlu diteruskan…

Note no 4): kelas setiap hari sepanjang 2 bulan. Semoga mampu bertahan..hu hu

Note no 5): hidup ini ibarat lautan, akan sepi tanpa gelombang, akan mati tanpa taufan. Indahnya hidup keranaMU TUHAN.

4 thoughts on “~ hari pertama ~

  1. salam..kiak ya urduniyin??
    ‘summer sem’ da mcm picnic plan je bnyinyer(dlm movie org putih)hehe cuti kta mmg x sama ea? or mmg jamiah wat xtvt time cuti?asif,saya ni ada sdkit konfius hu tpi nk tau jgak..nway may ALLAH bless u fi kulli a’maluki! tc

  2. erm..cuti kita tak sama sebab kat malaysia tak ada summer sem. sebab tu masa kat malaysia cuti 3 bulan, kat sini hanya sebulan, 2 bulan lagi belajar. jami3ah amat jarang adakan aktiviti (tak tahula kalu akak tak tahu..hehe)

    tak apa saja, tanyala…selagi boleh jawab akak tolong jawabkan, insyaALLAH..

    may ALLAH bless u all too..selamat menggembara ke Jordan yea..he he

  3. wslm…
    terima kasih
    insyaALLAH…doakan akak juga di sini
    selamat datang ke jordan yea..he he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s