~ janji ~

salam.

seperti terjanji dalam post yang lepas. uploadkan gambar kek.

masa untuk tunaikan janji

kek pertama

kek pertama

kek coklat, tapi cream nya seperti ada rasa pisang sikit-sikit. tapi tetap sedap sebab percuma dan orang belanja. bagi sesiapa yang tolong support dan belikan kek nie terima kasih daun keladi. tahun depan nak bagi lagi, serius ku tak peduli, malah suka hati lagi. hehe

kek ke dua. di buat oleh dalila..=)

kek ke dua. di buat oleh dalila..=)

kek nie sedap. sebab buatan tangan. penuh kasih sayang. haha [bodek mode] kek coklat, cream dia koko + kopi radix. habis krim dia dibersihkan oleh seseorang. siapa dia, biarlah rahsia. clue (suka buat projek coklat sorang-sorang)

kek ke tiga. sebenarnya untuk wana, tapi still nak masuk space. =)

kek ke tiga. sebenarnya untuk wana, tapi still nak masuk space. =)

walaupun untuk wana, tapi bagaikan kek ku juga. kita kan kongsi tarikh yang sama, jadi kek pun kena kongsi. tak ada kompromi. [tamak-tamak] huhu

kek ni coklat. memang cantik, rasa pun sedap.

malam tersebut memang meriah. seronok. walaupun tak ada semua. huhu

malam berikutnya, pun ada celebration, tapi rahsia. haha [apalah, rahsia diam-diam sudah, bagi tahu dalam blog bukan rahsia namanya]huhu

ada hadiah special dari adik sepupuku yang disayangi

ingin lihat? tekan di sini tajuk (bunga melahirkan bunga). suka-suka. thankz long [daku bunga -perasan mode]

buat semua, terima kasih ya. maaf jika ada kesalahan.

[cuba menjadi adil an sentiasa berusaha kearah itu. jom doa sama-sama]

doakan ku semoga bertamabh umur, bertambah amal dan iman. taqwa juga

terima kasih bagi yang terlibat secara langsung dan bukan secara langsung dalam kehidupanku. serta yang bersusah payang meraikannya. [terharu]

test 2 lagi beberapa hari, tapi masih banyak main. aduuh. sila buang tabiat yang tidak baik itu!

semoga selepas ini, post skema dan input bermanfaat akan terpampang di skrin anda. doakan.

hanya gambar kek? ahli meraikan dan membuat kek tidak dapat disiarkan. hanya untuk tontotan mahram sahaja. [ayat tak boleh blah].

da~

~ untuk senior ~

salam semua…

minta-minta sihat sentiasa.
hari ini 24 julai 2009. esok 25 julai 2009. dan lusa 26 julai 2009.
hari semalam 23 julai 2009. dapat hadiah lagi. hehe.. dari siapa ya? hehe
suka-suka. terima kasih bagi yang bagi hadiah.

esok akan hantar senior kembali pulang ke tanah air setelah 2 tahun disini.
rasa nak ikut balik juga, tapi perjuangan di sini belum selesai. melayu sekarang bukan mudah lupa tau!
kepada senior ku semua, selamat berbakti kepada nusa, bangsa dan agama. praktikalkan ilmu yang ada. tunggu kami menjejak langkah kalian. semoga kalian berjaya di dunia dan akhirat.

setelah pemergian senior. kami yang junior kembali menjadi senior. adduuh! [juniorku sila jangan nakal-nakal datang sini]

cuma berbaki setahun untuk mengutip berlian di sini. cukupkah? moga semua mampu memaksimumkan utiliti kepenggunaan masa mencari ilmu.

untuk senior lagi, setelah perjumpaan semalam, banyak rupanya yang kami tak sedari terlihat dimata kalian. mungkin selepas ini kami sudah tiada pemerhati yang tidak berbayar. aduh ruginya!

terima kasih atas jasa dan pengorbanan kalian. ilmu pengetahuan, pengalaman, cerita, nasihat, teguran, tempengan, kemarahan, bebelan, mainan dan segala yang pernah kalian bagi pada kami. jasamu dikenang.

minta dihalalkan semuanya. jika ada hutang, mintala untuk diingatkan supaya kami boleh kembalikan hutang kalian. jika kalian ada hutang dengan kami, sila jangan segan-segan untuk pulangkan kembali kepada kami. hehe

barang-barang yang kalian wakafkan kepada kami, akan kami maksimumkan kepenggunaanya.

doakan kami berjaya seperti kalian. datang 26 dan kembali ke malaysia seramai 26. tak boleh kurang. kalau berlebih itu sudah rezeki. hehe

tiba-tiba terfikir, senior ke saya yang akan meninggalkan? kenapa begitu banyak wasiat yea? aduh!

terakhir, jaga diri kalian baik-baik. kad kahwin sila jangan lupa post. tak pun sekarang dah moden, email kan pun kami tak kisah. janji jemput tanda ingatan.

kami akan setiasa merindui kalian. semoga ukhuwah dan persaudaraan yang kita bina mampu bertahan sehingga ke syurga. ameenn

note no 1) serius nak ikut balik. tapi tak boleh. [sabar mode]
note no 2) kalau ada kerja kosong dan sesuai dengan kami, silala promotekan kami yea
note no 3) kita adalah produk IKIP + university Yarmouk [itu jangan lupa]
note no 4) sila jangan lupakan kami
note no 5) jangan rindu kami sangat-sangat, tapi MESTI doakan kami. hehe. [tamak]
note no 6) maaf dan terima kasih atas segalanya
note no 7) jumpa di malaysia ya…

~ anugerah terindah ~

assalamualaikum semua~

post kedua untuk hari ini. rajin pula untuk updatekn blog. mana datang semangat nie yea? umur baru kot. he he.

seronok dan terharu. bergabung tak tahu perkataan apa yang sesuai diletakkan.

hari ini dapat 2 lagi kek dari kawan-kawan. banyak!

1 dari dalila dan 1 lagi dari kawan-kawan yang lain. ( walaupun untuk wana, tp still nak masuk space gak) [tamak ek?] hehe

walaupun semalam tak jadi suprise sebab dah tertengok kek tu, tapi hari ini pun tak jadi suprise jyga sebab dah tahu awal-awal. apa-apa pun terima kasih sebab bersusah payah meraikan hari lahirku yang ke 21.

bila dicampur-campur kek semuanya ada 3. sekarang tahun 3. memandangkan selalunya hari 2107 berlaku pada musim cuti semester,[ tak pernah diraikan ramai-ramai], kira tahun ni qado’ 2 tahun sebelum yea? tak kisahla, yang penting terharu. terima kasih lagi.

semoga ukhuwah yang terjalin dari awal sampaila ke akhir. jom lupakan yang tidak enak antara kita, kita baiki buku yang lama. [ boleh ke semua?] huhuhu. berusaha.

bagi yang tak datang tadi, walaupun sedih sebab tak cukup ahli, tapi kalian tetap dihati. tahun depan kalian join ya. [semoga sempat].

bagi yang menghadirkan diri, terima kasih kerana hadir. spechless! [terharu]

untuk yang masak, buat kek dan belikan kek. tahun depan boleh je nak tukar trun. hehe [janji ada lagi] (tamak-tamak). haha

untuk keluarga dirumah. terima kasih sebab wish. walaupun hadiah sampai awal. adik tak kisah. suka sangat. hehe. berusaha untuk wish kn?

untuk anak sedara asu, jangan lupakan asu tau. jangan sesekali kate asu meninggal. sensitif! [kelakar pun ada, terserlah kebijakkan anak sedara ku] (rindu nak picit pipi kalian. tolonglah kekalkan ketembaman itu sehingga asu balik.)

ape lagi ya?

~thinking

untuk sepupuku tersayang : anis + long. terima kasih sebab wish…berusaha keras anis call. terharu. untuk long, tengah tunggu entry special dr yayah cotage nie. mane?? huhu

bagi silent reader.. maaf kerana semakin banyak entry peribadi. moga tak kisah.

intenet slow la. tak boleh nk upload gambar. ade masa dan kerajinan akan dimasukkan. insyaALLAH.

ok la, last. terima kasih untuk semua. kalau nama dan kategori anda tidak termasuk di atas. masukkan diri anda kedalan kategori ini. semua.

semoga tiada yang berkecil hati. [ku cuba menjadi adil untuk kalian, walaupun susah].

cool

semua. sebagai manusia saya sayang anda. kerana anda saya sebagai saya. saya sayang diri saya kerana anda membantu saya menjadi diri saya. [kempen : jom sayangi diri sendiri]

maaf zahir dan batin. terima kasih zahir dan batin.

tak nak letak nota. hehe

~salam~

~ bersejarah ~

assalamualaikum..

waaaa…fuh! fuh! berhabuk sungguh.
maaf kerana sudah lama blog sunyi tanpa entry. tapi tuan punya blog sentiasa happy..=)

hari ini http://www.niey21.wordpress.com secara sahnya telah boleh menggunakan nombor 21 dalam link tersebut. ini kerana sebelum ini belum sampai sepenuhnya.

sepertamabahan usia aini yang ke 21, sejujur dan seikhlas mungkin ingin meminta seinfiniti kemaafan jika selama wujudnya saya selama 21 tahun di dalam dunia ini telah mengganggu gugat kehidupan orang lain. maaf ya.

seterusnya sesinfiniti yang kedua ingin mengucapkan terima kasih pada yang telah wujud dan memberi peranan dalam hidupku selama 21 tahun ini. walaupun sekadar watak tambahan, tapi kalian perlu ingat, kalian tetap watak dalam kehidupanku. terima kasih semua.

ucapan teristimewa pastila pada mak. mak, maaf banyak-banyak kerana telah 21 tahun menyusahkan hidup mak. memberi kesukaran dan mewujudkan kebimbangan dalam hati mak. niat dihati ingin menjadi anak solehah dan sering berusah kearah itu. mak doakan ya. tahniah juga buat mak sebab berjaya membesarkan anak mak yang seorang ni sehingga 21 tahun. walaupun tidakla sebanyak mane nombor tersebut, cuma diharap mampu memberi erti dalam kehidupan mak.

21 tahun dahulu rasa sakit melahirkan adik terasa, tetapi diharapkan rasa sakit itu sudah sembuh dengan didikan mak pada adik. serius terharu sebab memiliki yang amat-amat hebat. kekuatan emak, inspirasi adik untuk terus berusaha dan berusaha mencapai kejayaan. semoga dengan kejayaan itu nanti mampu menceriakan hati mak. demi mu aku anak tabah dan solehah! he he..

mak, tahun ni mak tak dapat peluk, tapi kita qado’ tahun depan yea. he he.. [rindukan mak sangat-sangat].

opss…sudah…usah lebih-lebih.

kedua pada ahli hati yang setia. abang-abang yang tersayang, akak-akak terchinta, ipar duai ku, anak-anak sedara yang makin petah berkata itu dan ini. terima kasih kerana wujud dalam hidup ku. tanpa kalian, takkan adik kenal dunia sebaiknya [walaupun masih dalam proses suai kenal]. terima kasih atas kesabaran melayan karenah adik yang sangat baik dan sopan ini. [kata lawan tapi tak sanggup tulis, kalau tak faham bermakna kena belajar antonim dan sinomin lepas baca entry nie ya].

yang ke tiga adalah guru-guru. waaa sangat banyak. macam ada je yang terlupa. tapi tak kisahla, yang penting jasa kalian amat-amat bermakna dalam hidup saya. ajaran akan diusaha untuk diikuti dan dipraktikkan.
dari tadika kemas, sk paya pulai, SMA al-Khairiah, Kuliyah, IKIP, Yarmouk, Markaz, mana-mana institusi pendidikan secara tidak langsung termasuk untuk belajar. guru sementara. guru-guru pencen. guru praktikal dan semua yang pernah menjadi guru saya.

ke empat. kawan-kawan. sedari kecil sampai 21 tahun hari ini. tidak terhingga ramainya kawan-kawan yang setia disisi. tahniah kerana kalian memang hebat dan kebal kerana berjaya menjadi kawan-kawanku yang kalian tahu bukan calang-calang orang. [sila semak tersirat yea hehe]. maaf andai adakala termasukkan rasa tidak senang dalan hati kalian. walaupun secara sengaja.

sahabat-sahabiyah. terima kasih kerana wujud dalam hidupku. tiada kata yang dapat ku ucapkan. [rujuk yang diatas dan padankan mana yang mahu.]

antara most important in my life tentulah sedara mara, sepupu sepapat, jiran tetangga, dan ahli biologi yang lain. terima kasih daun keladi,

kita bersaudara sampai mati malah hingga syurgawi.

insyaALLAH.

maaf juga dipohoni,

doa kalian ku harapi.

lama sudah tidak kutemui,

tidak bermakna hilang dihati,

tetapi utuh dalam memori.

waiting for me! =)

lagi untuk, sesiapa yang wish my birthday. terima kasih kerana peduli. he he. maaf jika tidak reply msg yea, kreadit habis. balas kat sini saja lah.

last untuk diri sendiri. [monolog] semoga dengan pertambahan usia seiring bertambahnya amal dan ketaqwaan kamu kepada ALLAH. biasakan dengan perubahan yang baik. kekalkan kebaikkan dalam diri. jauhkan keburukkan dalan jiwa. jelaskan matlamat. sila hormati masa jika kamu ingin dihormati masa. optimis! aini bertabah. sila jaga diri dan hati. tolong diri kamu sendiri! percayakan diri! motivasi.

maaf semaaf maafnya jika selama ini ada tersalah dengan kalian secara sedar atau tidak. jika ada hutang silala tuntut yea. jika kalian ada hutang silalah bayar. he he..=P

doakan diri ini sentiasa diredhai ALLAH.

21

21

21

21

21

21

21

21

tapi kenapa masih terasa seperti 20 yea? masalah-masalah. aini kena besar dan terpaksa menjadi besar. sunnah ALLAH. hrmmm…

thinking…~~

~ gambar ~

dhob

dhob

ra'sul basit

ra'sul basit

erm...

erm...

suka gambar nie =))

suka gambar nie =))

panorama

panorama

waja MALAYSIA berflatkan SYIRIA =)

waja MALAYSIA berflatkan SYIRIA =)

oh! malaysia...sampai deoderan pun dinamakan MALAYSIA..apa kes nie??erm...

oh! malaysia...sampai deoderan pun dinamakan MALAYSIA..apa kes nie??erm...

maqam abu darda'

maqam abu darda'

masjid umawi

masjid umawi

bergambar di ugarit..(kredit utk penangkap gambar dan yang penuhkan gambar sekali =))

bergambar di ugarit..(kredit utk penangkap gambar dan yang penuhkan gambar sekali =))

irani + malizi

irani + malizi

sekian sahaja gambar yang boleh diuploadkan….(tak boleh lebih-lebih yea).

p/s : kredit untuk penangkap gambar

:sila abaikan tarikh di atas gambar sebab kamera tersalah setting lah…huhuhu..

note no 1) : inilah syiria (tapi bukan keseluruhan)

nota no 2) : cukup kot

nota no 3): test 1 dh nak mula la..

nota no 4) : skor skor skor