~ bersejarah ~

assalamualaikum..

waaaa…fuh! fuh! berhabuk sungguh.
maaf kerana sudah lama blog sunyi tanpa entry. tapi tuan punya blog sentiasa happy..=)

hari ini http://www.niey21.wordpress.com secara sahnya telah boleh menggunakan nombor 21 dalam link tersebut. ini kerana sebelum ini belum sampai sepenuhnya.

sepertamabahan usia aini yang ke 21, sejujur dan seikhlas mungkin ingin meminta seinfiniti kemaafan jika selama wujudnya saya selama 21 tahun di dalam dunia ini telah mengganggu gugat kehidupan orang lain. maaf ya.

seterusnya sesinfiniti yang kedua ingin mengucapkan terima kasih pada yang telah wujud dan memberi peranan dalam hidupku selama 21 tahun ini. walaupun sekadar watak tambahan, tapi kalian perlu ingat, kalian tetap watak dalam kehidupanku. terima kasih semua.

ucapan teristimewa pastila pada mak. mak, maaf banyak-banyak kerana telah 21 tahun menyusahkan hidup mak. memberi kesukaran dan mewujudkan kebimbangan dalam hati mak. niat dihati ingin menjadi anak solehah dan sering berusah kearah itu. mak doakan ya. tahniah juga buat mak sebab berjaya membesarkan anak mak yang seorang ni sehingga 21 tahun. walaupun tidakla sebanyak mane nombor tersebut, cuma diharap mampu memberi erti dalam kehidupan mak.

21 tahun dahulu rasa sakit melahirkan adik terasa, tetapi diharapkan rasa sakit itu sudah sembuh dengan didikan mak pada adik. serius terharu sebab memiliki yang amat-amat hebat. kekuatan emak, inspirasi adik untuk terus berusaha dan berusaha mencapai kejayaan. semoga dengan kejayaan itu nanti mampu menceriakan hati mak. demi mu aku anak tabah dan solehah! he he..

mak, tahun ni mak tak dapat peluk, tapi kita qado’ tahun depan yea. he he.. [rindukan mak sangat-sangat].

opss…sudah…usah lebih-lebih.

kedua pada ahli hati yang setia. abang-abang yang tersayang, akak-akak terchinta, ipar duai ku, anak-anak sedara yang makin petah berkata itu dan ini. terima kasih kerana wujud dalam hidup ku. tanpa kalian, takkan adik kenal dunia sebaiknya [walaupun masih dalam proses suai kenal]. terima kasih atas kesabaran melayan karenah adik yang sangat baik dan sopan ini. [kata lawan tapi tak sanggup tulis, kalau tak faham bermakna kena belajar antonim dan sinomin lepas baca entry nie ya].

yang ke tiga adalah guru-guru. waaa sangat banyak. macam ada je yang terlupa. tapi tak kisahla, yang penting jasa kalian amat-amat bermakna dalam hidup saya. ajaran akan diusaha untuk diikuti dan dipraktikkan.
dari tadika kemas, sk paya pulai, SMA al-Khairiah, Kuliyah, IKIP, Yarmouk, Markaz, mana-mana institusi pendidikan secara tidak langsung termasuk untuk belajar. guru sementara. guru-guru pencen. guru praktikal dan semua yang pernah menjadi guru saya.

ke empat. kawan-kawan. sedari kecil sampai 21 tahun hari ini. tidak terhingga ramainya kawan-kawan yang setia disisi. tahniah kerana kalian memang hebat dan kebal kerana berjaya menjadi kawan-kawanku yang kalian tahu bukan calang-calang orang. [sila semak tersirat yea hehe]. maaf andai adakala termasukkan rasa tidak senang dalan hati kalian. walaupun secara sengaja.

sahabat-sahabiyah. terima kasih kerana wujud dalam hidupku. tiada kata yang dapat ku ucapkan. [rujuk yang diatas dan padankan mana yang mahu.]

antara most important in my life tentulah sedara mara, sepupu sepapat, jiran tetangga, dan ahli biologi yang lain. terima kasih daun keladi,

kita bersaudara sampai mati malah hingga syurgawi.

insyaALLAH.

maaf juga dipohoni,

doa kalian ku harapi.

lama sudah tidak kutemui,

tidak bermakna hilang dihati,

tetapi utuh dalam memori.

waiting for me! =)

lagi untuk, sesiapa yang wish my birthday. terima kasih kerana peduli. he he. maaf jika tidak reply msg yea, kreadit habis. balas kat sini saja lah.

last untuk diri sendiri. [monolog] semoga dengan pertambahan usia seiring bertambahnya amal dan ketaqwaan kamu kepada ALLAH. biasakan dengan perubahan yang baik. kekalkan kebaikkan dalam diri. jauhkan keburukkan dalan jiwa. jelaskan matlamat. sila hormati masa jika kamu ingin dihormati masa. optimis! aini bertabah. sila jaga diri dan hati. tolong diri kamu sendiri! percayakan diri! motivasi.

maaf semaaf maafnya jika selama ini ada tersalah dengan kalian secara sedar atau tidak. jika ada hutang silala tuntut yea. jika kalian ada hutang silalah bayar. he he..=P

doakan diri ini sentiasa diredhai ALLAH.

21

21

21

21

21

21

21

21

tapi kenapa masih terasa seperti 20 yea? masalah-masalah. aini kena besar dan terpaksa menjadi besar. sunnah ALLAH. hrmmm…

thinking…~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s