dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani hambaNya.
selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua rakan-rakan yang memulakan pengajian bagi sesi yang baru. semoga semester yang baru menjadi lebih baik dari semester yang lepas.
BKMPJ (badan kebajikan mahasiswa pahang jordan) telah mengadakan program ramah mesra dan hari raya bersama pegawai atase pendidikan yayasan pahang di timur tengah iaitu ustaz ahmad fared bin mohd din.
tujuan utama bukan ingin mengisar perjalanan program tetapi input yang diperolehi semasa program tersebut berlangsung.
cara dan teknik pengucapan awam yang digunakan ustz fared masih sama seperti dulu. seperti dalam kuliah, cuma berbeza jawatan yang dipegang. teknik yang baik untuk diaplikasikan. 🙂
nasihat dan dorongan yang sentiasa meningkatkan motivasi diri.
berkaitan dengan persatuan, kehidupan dalam masyarakat arab, motivasi dalam pelajaran dan cara menjadi dewasa. hampir setahun meninggalkan malaysia. dalam masa itu juga sunyi dari mendengar motivasi dari ustz malah motivator yang lain. hanya motivasi dari diri. hu hu
saat datang ke mesir dulu, semangat datang kesana juga kerana ustz, rindu pada bebelan keramat. kini berjaya didengari dan moga-moga mampu melaksanakan apa yang terimaginasi dalam minda ini.
kadang-kadang dalam hidup kita akan merasa tidak bersemangat dan kurang keinginan dalam melakukan sesuatu. dan motivasi itu akan meningkatkan kembali semangat yang hilang.
nasihat ustz berkisar mengenai persatuan. persatuan itu perlu tetapi bukan keutamaan. ingat hadaf dan jelaskan matlamat. hidup di negara Arab haruslah tahu dan pandai bermuamalah dengan mereka. mesti paksa diri untuk menguasai bahasa arab. (ya ALLAH kuatkan semangat kami).
malah, kata-kata ustz yang ditekankan ialah – untuk mumtaz itu tidak susah tetapi kita yang memilih jalan menampakkan dan menjadikannya sukar- ::matlamat sudah jelas, strategi sudah mantap, usaha perlu istiqomah selari dengan doa dan redha ALLAH::
menjadi dewasa dan matang dengan pengalaman. kutip dan ambil seberapa banyak pengalamn yang boleh ketika ini kerana akan menjadikan kita lebih sedikit dari yang lain. -berusaha menjadi terbaik-
terima kasih ustz. 🙂
pelbagai cara dan gaya untuk kita meningkatkan motivasi dalam diri. bergantung pada individu. dan antara mendengar pengalaman dan cara hidup orang-orang lama, cermah dan bacaan motivasi, menjelaskan matlamat dan banyak lagi. tetapi perlu diingat bahawa itu hanyalah sampingan motivasi.
dan cara yang paling utama ialah kembali merasakan diri adalah hambaNya. merenung kembali kenapa kita dijadikan. matlamatkan hanya ALLAH yang Esa. nescaya jika jiwa lemah akan kembali kuat, jika jiwa hambar akan kembali berseri dan jika jiwa mati insyaALLAH akan hidup kembali. ini semua jika kita tahu kita adalah hambaNya.
motivasi hanyalah sebagai nilai tambah dalam diri untuk lebih bersemangat. untuk hidup dalam keadaan yang kita tahu peranan dan keadaan kita.
rindu suasana IKIP terubat. semangat belajar di tahun akhir berkobar. strategi juga disusun supaya mantap. dan yang penting usaha moga istiqomah.
moga tahun terakhir di bumi jordan mampu mengukir sejarah gemilang buat diri dan sahabat yang lain. selagi jasad mampu bergerak, nafas mampu menggedarkan darah, selagi mata masih celik, badan belum dikambus tana,h minta ALLAH istiqomahkan kita dalam ilmuNya.
esok urusan tasjil madah. Ya ALLAH permudahkan urusanku dan sahabat semua. telah datang sama-sama, belajar sama-sama, balik pun nak sama-sama, malah berjaya pun sama-sama. maqbulkanlah doa kami ya ALLAH…
2.18 am
29/09/09
byt andaleep
irbid jordan
SALAM…dah last year korang kat jordan…janagn lupa doakan kami plak kat mesir ni..
wslm…alhmdllh…sekejap jer rasenye..blom cukup ilmu lg nie..
insyaALLAH kita akan berjaya sama2 di dunia dan akhirat
ameennn…
blog updated =)
perli ke ape nie???
alhamdulillah…:)
salam..thanK my sis..mentor..hu terasa semangat (selagi jasad mampu bergerak, nafas mampu menggedarkan darah, selagi mata masih celik, badan belum dikambus tanah, minta ALLAH istiqomahkan kita dalam ilmuNya) SALAM JUANG!
I’m waiting for new update okayh..
berjanggut tunggu tau!
im trying my dear…
banyak sangat yang berlaku..
maaf 😦
ur mentor???belum layak..
insyaALLAH…salam juang kembali yea dik…