~ diam ~

assalamualaikum. alhamdulillah akhirnya tergerak hati menaip sesuatu di sini.🙂

kenapa lama sangat tidak menulis?🙂 membiarkan blog kosong tanpa apa-apa tulisan terbaru. itu tidak berdisplin namanya. yea, diakui kata-kata sedemikian adalah benar.

kenapa ya lama tidak menulis? tiada jawapan yang pasti. nak dikatakan tiada masa, itu bohong besar namanya. tiada idea, itu bukan masalah utama.. tapi yang pasti, mood untuk menulis tiada.

alhamdulillah, hari ini, ALLAH buka minda, hati dan mudahkan jari-jari bergerak kencang untuk menaip (hehe). walau terasa kekok.:)

sekarang berada disemester akhir di tahun terakhir.😦 semakin hampir meninggalkan zaman keemasan ini. secara jujurnya, walau sudah hampir menjadi graduan, semakin sukar meneruskan kehidupan. diri dirasakan menjadi amat-amat tidak matang, sukar mengawal emosi, mengawal minda. semuanya menjadi sukar. bagai dibelengu satu ‘perkara’ yang asing. mungkin kata-kata orang dulu-dulu : semakin tua, semakin cepat terasa : itu ada benarnya.🙂

semakin hampir tamat belajar, sepatutnya semakin fokus dan bersemangat, tapi terbalik! sekarang hanya mampu fokus paling lama hanya 15  minit terawal pembelajaran, selebihnya, hanya ALLAH tahu kemana..:”>

sudah hilang simpati pada diri. benci adakalanya pada sikap tidak bertanggungjwab dan malas ini. cuba lawan, rasa macam boleh menang, tapi diri ini tiada upaya langsung!lemah…

mereka kata, diri terlalu banyak berfikir. diri menjawab, apa yang difikir? erm…

diri cuba mencari jawapan, sudah pasti memang ada pada TUHAN, minta nasihat teman, mencari pintu pembuka jalan. tapi, pintu dicari tak kelihatan, kunci ditangan tercicir kehilangan. diri bingung..

yang pasti. diri ini terasa sangat berdosa. pada makhluk secara amnya, manusia pada khususnya. pada TUHAN pemilik semuanya. maafi diri.😦

doakan diri kuat.

TUHAN, diri tahu  jisim hina, terimalah taubat ini ya ALLAH. hanya ENGKAU yang ku maksudkan dan hanya redha ENGKAU yang kuimpikan.

manusia, andai diri pernah melukakan, katakanlah pada diri ini. diri meminta maaf seluruh jisim.

semoga diri akan ditemui,

menyusun langkah, menggerak ubah, menjadi gagah, mencorak gemilang, demi ISLAM dan jua ummah

masjid jami3ah

1.45pm

irbid jordan

p/s: maaf. maaf. maaf.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s