~ hati-hati ~

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

daku menulis bukan kerna nama…hanya mengingatkan diri yang sering alpa..

variasi itu maksudnya pelbagai. pelbagai itu maksudnya beraneka, beraneka itu bermakna berjenis-jenis. dan pelbagai lagi perkataan sinonim yang membawa maksud seerti.

indah hidup kerana variasi. variasi itu subjektif. satu benda juga boleh ditafsirkan secara variasi. pendapat juga bervariasi. cara memberi pendapat juga bervariasi. semua bervariasi…

cuma ALLAH sahaja yang SATU tiada variasi!!!

pernah membaca blog seorang sahabat. menyatakan sukarnya untuk menjaga hati. hati sendiri dan hati orang. beliau tersangat berhati-hati dalam setiap tindakannya. diri sangat mengagumi ketelitian dirinya. sehinggakan untuk menulis artikel tazkirah didalam blog juga akan bergetar hatinya, bimbang tazkirahnya akan menggetarkan jiwa-jiwa kosong dan rapuh.

bimbang dengan kata-kata penulisan beliau, akan menusuk hati-hati lelaki yang kosong jiwanya. membolehkan syaitan memanahkan sakit-sakit cinta dunia. sungguh! diri tidak pernah terfikir sebegitu sekali.

benar, lelaki yang baik dan soleh, tidak akan terkesan pada wanita di jalanan, tapi akan mengalir cair pada wanita yang bertutup litup! semoga getar hati mereka kerana takutkan api neraka. moga getar hati mereka kerana terlalu rindukan syurga dariNYa.

jauhilah daku dari cinta dunia.al hayah jadidah ma3a ALLAH kullu yaum…(hidup yang baru bersama ALLAH setiap hari)🙂

sesungguhnya wanita adalah fitnah dunia. fitnah bagi lelaki yang kosong jiwanya. fitnah bagi lelaki yang rapuh kasihnya.

kata-kata membawa binasa. kata-kata juga penegak keadilan. kata-kata variasi makna. jelas bahasa belum pasti faham makna, tetapi bila faham makna, insyaALLAH faham bahasa.

indah al-quran kerana bahasa yang ada didalamnya.

p/s: ALLAH bagi kita dua batang kaki, atas sebab kita tak boleh berdiri sendiri. kita mesti ada penyokong membantu untuk kita tetap kuat berdiri. dan ALLAH adalah sebaik-baik penyokong hati! ilahi anta maqsudi, warodika matlubi.

esok exam tarbiyah watoniah. sejarah negara jordan. oh! malas juga bervariasi rupanya…:)

2/4/10

bayt andaleep

10.42pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s