~ dedikasi untuk emak ~

Dedikasi untuk ibu

Ibuku bernama Siti Rogayah binti Abdul Ghani. Dilahrikan pada 12 februari 1947. Anak kedua dari 10 orang adik beradik.

Arwah aki (atuk) hanya seorang petani dan wan (nenek) suri rumah. Adakala membantu aki di kebun. Mak selalu cerita, yang mak tak hidup senang. Susah. Kalu mak nak ke sekolah, aki selalu tak bagi, bukan tak mahu bagi mak ke sekolah, tetapi tak ada duit dan aki nak mak jaga adik-adik mak yang semuanya masih kecil.

Mak hanya berpendidikan sehingga darjah 2. Mak anak yang sangat patuh. Menjaga adik-adiknya dengan baik. Mengalah. Sehingga semua adik beradiknya yang lain mempunyai kelulusan yang tinggi dan mempunyai pekerjaan yang bagus. Tetapi mak tidak berpendidikan tinggi dan tidak ade degree.

Mak berkahwin sewaktu umur kalau tak salah dalam 24 tahun. Mak mempunyai 7 orang anak, tetapi seorang telah meninggal dunia ketika dilahirkan. Itu anugerah untuk mak dan abah.

Sewaktu mak berusia 42 tahun, emak melahirkan aku. Aku merupakan anak bongsu dalam keluarga. Ketika aku berusia 6 bulan, abah telah pergi menginggalkan emak dan kami adik beradik menemui ALLAH. Abah sakit barah paru-paru.

Pada ketika itu, abangku yang sulung baru tingkatan empat. Bayangkan ketika itu keadaan mak. Ingin besarkan aku yang tak mengerti apa-apa, dan anak sulung baru tingakatan 4. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan mak ketika itu. Pasti sukar.

Tetapi semangat mak sangat kuat. Demi anak-anak. Mak bekerja keras. Membanting tulang besarkan kami 6 beradik. Aku ditinggalkan bersama aki dan wan, kadang-kadang pada jiran atau mak saudara. Selepas habis berniaga, mak akan ambil aku bawa pulang kerumah.

Mak sangat sibuk. Jujur aku katakan, semasa kecil, aku tiada kenangan berjalan-jalan ketempat-tempat peranginan untuk bercuti. Kesempitan wang dan mungkin juga masa. Tetapi aku faham dan tidak pernah menyalahkan emak. Walau mungkin ketika itu, kefahaman aku tidaklah sedalam mana.

Mak, hanya berniaga kecil-kecilan. Menjual buah di stesen bus temerloh. Tetapi tidak mendapat untung yang banyak. Kemudian mak beralih pada perniagaan gerai biasa. Jual nasi lemak, burger, apam balik di pasar malam. Dan banyak juga. Hampir tidak ku ingat. Sungguh bekerja keras.

Nasib baik ramai yang sudi membantu. Bapa saudara dan emak saudara ku. Serta saudara yang lain dan jiran-jiran yanga da. Aku tahu, pertolongan mereka takkan kami sekeluarga mampu balas, hanya ALLAH sahaja yang mampu memberikan imbuhan yang terbaik buat mereka.

Kini, saat aku menulis dedikasi ini untuk emak, emak sedang melakukan ibadah umrah ditanah suci bersama abangku yang sulung. Abang sekarang sudah ada perniagaan sendiri. Alhamdulillah semakin meningkat. Dan aku doakan terus mengingkat. Abangku yang kedua, bekerja disektor kerajaan. Alhamdulillah, kehidupan mereka juga baik.

Kakakku yang ketiga, memilki ijazah dalam bidang perguruan, kini menjadi seorang guru di sebuah sekolah menengah di Temerloh. Kakakku yang ke empat. Juga memengang ijazah dalam bidang perakuanan, sekarang mempunyai perniagaan sendiri. Alhamdulillah.

Kakakku yang terakhir, juga memilki ijazah dalam bidang pengurusan maritime, sekarang bekerja di ibu Negara. Alhamduillah.

Yang tinggal Cuma aku. Alhamdulillah, aku baru selesai menamatkan pengajian di university Yarmouk, dalam bidang syariah, ekonomi dan perbankan Islam. Bakal menjejak kan kaki ke Malaysia untuk menyumbang bakti pada ibu dan keluarga tercinta. Ameenn.

Boleh aku kelaskan disini, semua anak-anak emak menjadi manusia. Ya, bukanlah terbaik, dan ada yang lebih tinggi dari kami  beradik, tetapi untuk seorang ibu tunggal yang berpendidikan rendah, ini sudah cukup membanggakan!

Sungguh! Walau ibuku hanya berpendidikan rendah, tetapi mampu membesarkan anak-anaknya menjadi manusia. Walau bukan terbaik, tetapi ini sudah cukup Berjaya bagiku. Kami tidak merempat, kami tidak mengemis. Ini semua berkat usaha gigih emak membesarkan kami semua.

Walau aku membesar tanpa abah disisi. Tetapi sungguh! Aku tak pernah merasakan yang aku tak punya abah! Aku ada abang yang sangat menjaga aku, bapa saudara yang bertindak seperti abah aku sendiri. Aku sangat bersyukur. Aku bersykur kerana aku termasuk dalam golongan yang ALLAH uji dengan ketiadaan bapa sedari kecil.

ALLAH mengaturkan aku untuk tidak mendapat kasih seorang bapa, sebab ALAH nak bagi aku merasa, kasih sayang seorang emak, abang, kakak, bapa saudara dan emak saudara dan orang sekelilingku dengan lebih mendalam. Aku redha YA ALLAH. Aku tahu ini yang terbaik untukku.

Aku tidak pernah menyesal. Dan tidak pernah bersedih. Aku jalani hidup sama seperti orang biasa yang punya mak dan ayah.

Seingat aku, hanya sekali aku berasa sedih dan pelik kenapa aku tidak mempunyai abah. Ketika aku di darjah enam. Ketika sekolah mengadakan majlis solat hajat sempena UPSR. Aku pelik kerana semua emak mereka datang bersama abah.

Aku menangis dan baru tersedar yang aku sebenarnya tiada abah. Abah sudah meninggal. Ya, aku baru tersedar pada usia aku 12 tahun! Bukan sebelum itu.

Kemudian, selepas itu, aku tidak pernah merasa yang aku tidak pernah cukup kasih sayang. Emak dan keluargaku mendidik dan memberiku kasih sayang yang sangat-sangat cukup. Terima kasih semua.

Sekarang. Aku ingin hadiahkan ijazahku (walau bukan terbaik keputusannya) buat emak. Yang sanggup bersusah payah mendidik kami adik beradik. Buat abang-abang dan kakak-kakaku yang tercinta. Terima kasih kerana sabar melayan adikmu yang banyak kerenah ini.

Buat seluruh ahli keluargaku yang besar. Adik beradik mak dan abah, sepupuku semua. Terima kasih tak terhingga. Jasa kalian hanya ALLAH yang mampu balas. Maafkan diri ini andai ada melakukan kesilapan kepada kalian.

Terima kasih juga buat kawan-kawan yang sedari kecil bersama diri ini. Bermain, belajar dan menangis bersama-sama. Maafkan diri ini jika melakukan kesalahan dan menguris hati kalian. Sungguh, aku juga manusia biasa, tidak sempurna.

Bagi sesiapa yang pernah menyentuh hidupku, secara langsung atau tidak, ku tetap ucapkan terima kasih. Dan ku susun sepuluh jari meminta maaf jika diri ini pernah melakukan kesilahan terhadap kalian.

Jika kalian masih ada emak dan abah, berbaktilah pada mereka semampu yang boleh. Jadilah anak yang soleh dan solehah. Bersyukurlah dengan posisi kalian sekarang.

Mak……terima kasih tak terhingga. Kasih sayangmu sampai ke syurga. Emaklah emak dan abah untuk anak-anak emak.

Aku menulis dedikasi ini sekadar ingin meluahkan betapa aku memiliki ibu yang hebat. Dan aku sangat bersyukur dengan anugerah terbesar yang ALLAH kurniakan kepadaku dan adik beradikku. Yang baik, ambilah, yang buruk aku harap abaikanlah.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s