~ adik-adik ~

Adik-adik,
Sementara Cuma kita bersama
Sedetik bahagia kita kecapi
Sepahit bersama kita lalui
Kamu adikku
Dan aku kakakmu

Bergandingan
Berganding bahu
Bersatu laku
Jurang usia tiada berlaku

Adik-adik
Perjuangan kita masih panjang
Jejakku bakal kau ikuti
Bukan berhenti disini
Tetapi baru dimulai dengan kejayaan ini

Adik-adik
Bumi Syam bumi barokah
Tempat sejarah tamadun Islam
Kita disini membawa misi
Menjulang Islam ke puncak tertinggi

Tugas kami sekarang memberi
Dan kamu adik-adik
Mencari dan terus mencari
Kerana kamu
Juga akan memberi seperti kami

Ingat! Disini bukan pengakhiran
Tetapi ini adalah permulaan
Untuk hidup yang lebih panjang
Yang lebih mencabar
Adik-adik
Jangan adik-adik resah
Jangan adik-adik risau
Selagi ALLAH bersama
Selagi Islam menjadi agama
Semua pasti baik-baik belaka

Adik-adik
Pergi kami bukan meninggal
Pergi kami bukan tanda tak sayang
Tetapi pergi kami
Memenuhi tanggungjawab yang lebih besar
Apa yang kami lalui
Adik-adik juga bakal merasai
Jangan diikuti jejak yang tak baik
Tetapi ambil pedoman yang molek

Adik-adik
Hidup kita Cuma sedikit
Entah esok entah lusa
Atau mungkin sekejap lagi
Jagalah diri
Hiasi iman
Junjunglah addin Islam

Perkenalan semalam
Membawa ukhuwah hari ini
Perkenalan semalam memberi impak hari ini
Salah kami, kami akui
Dan kami harap dimaafi
Salah adik-adik
Itu 3aadi
Akan kami maafi
Sama-sama maaf-maafi
Saling kosong dalam hati
Yang buruk dilupai
Yang indah dikenangi
Dan moga selamanya bersemi

Adik-adik
Teruskan usaha
Terus berusaha
Terus mencari bahagia
Bahagia untuk di alam sana
Dunia bukan matlamat kita
Tetapi jalan menuju kesana
Kesana yang abadi dan sejahtera
Akhirat bersama zat tercinta

Kalam ini penuh nasihat
Buat adik-adik terus kuat
Menjejak intan mengukir pelangi
Tanpa akak-akak disisi
Buat kami
Pedoman sampai mati
Dan terus ke syurga nanti

Kalam ini kalam sakti
Buat adik-adik terus berdiri
Menuju kejayaan yang berduri
Tetapi manis untuk dilalui
Percaya pada diri
Yakin dengan Illahi
Terus mengejar Firdausi
Kerana disana matlamat hakiki
Buat HAMBA Rabbul Izzati

Adik-adik
Kami akan pergi
Meninggalkan kalian disini
Membiarkan Syam sendiri
Membawa misi yang lebih berduri
Melalui realiti yang lebih hakiki

Harap-harap
Adik-adik tabah disini
Terus kuat di bumi Syam ini
Yakin meyakini
Saling jaga menjagai
Terus menjadi begini
Atau lebih baik lagi

Adik-adik
Selamat tinggal
Moga ukhuwah kita kekal
Hingga sepanjang zaman

Adik-adik
Akak-akak mahu pergi
Tinggal adik-adik disini
Untuk jumpa family kami
Jangan adik-adik tangisi
Tetapi supportlah kami
Hingga ke syurga nanti

23/06/10
Bermula di mat3am abu Mahmud bab syimali disiapkan di kedai jahit langsir balad irbid. Dideklamasikan pada haflah khirij IKIP di Casa Intelek pada hari yang sama.

p/s: ini khas untuk miza sbb dia minta..:)
alhamdulillah…saya sudah khirij!

2 thoughts on “~ adik-adik ~

  1. moga ukhuwwah kita berkekalan hingga akhir hayat,bertemu kembali di syurga firdausi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s