~ saya yang dalam 200 itu! ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Perancang setiap sesuatu.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
ALhamdulillah.

Ramai orang datang blog untuk tahu tentang icmgts.

ICMGTS –Islamic Capital Market Gradute Trainning Scheme.

Program ini ditaja oleh suruhanjaya sekuriti Malaysia. Dikelola oleh SIDC under SC. Memandangkan ramai search program ini, diri tergerak untuk menceritakan sedikit tentang program ini, yang telah didapati dapi program ini.

Alhamdulillah, saya termasuk dalam 200 rakyat Malaysia yang bertuah untuk mengikuti program ini. Saya batch yang ke4 dari 5 batch. Batch yang kelima akan bermula pada 3 jun 2011.

Komen ini lebih bersifat peribadi, dan pengamatan sendiri, tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Program ini adalah persediaan yang SANGAT baik untuk lulusan ‘segar’ yang kosong tentang dunia kerjaya. Persediaan dan pengajian yang padat.

Seawal minggu pertama, kami dihidangkan dengan kelas motivasi, pemantapan bahasa Inggeris dan grooming.

Minggu pertama, lebih kepada persediaan secara mental dan mewujudkan keselesaan sesama pelajar. Jadi, bagi saya, minggu pertama sangat sempoi dan minggu untuk bersuai kenal. Batch kami seramai 44 orang, jadi sempatlah dalam seminggu untuk bersuai kenal kan.

Masuk minggu kedua, kami dihidangkan dengan subjek fundamental khusus seperti Shariah dan fiqh Muamalat. Memandangkan program ini berkaitan dengan Islamic capital market, jadi wajib bagi peserta untuk memahami perkaitan dengan usul dan asas islam itu sendiri.

Tenaga pengajar juga bukan calang-calang orang, semuanya merupakan pakar dan professional dalam bidang masing-masing.

Kemudian, kami diterangkan mengenai kontrak-kontrak yang ada dalam Islam, perakaunan, Islamic accounting, bursa, dan banyak lagi.

Isu-isu yang dibentangkan lebih segar dan bukan teori semata-mata. Produk-produk yang siterangkan juga lebih jelas. Memandangkan saya dahulu pernah belajar serba sedikit berkaitan produk Islam ini, jadi kelebihan kerana mengetahui asas tentangnya, tetapi hanya teori, tetapi apabila mengikuti program ini, kejelasan mengenai produk perbankan lebih jelas dan nyata. Satu persatu transaksi dibentangkan dan diulas isu berkaitan shariah.

Serius membuka mata mengenai aplikasi perbankan yang sebenar.
Kami juga diberi peluang untuk melawat ke Bank Negara Malaysia dan bursa, serta HSBC Amanah. Lawatan akademik.

Sepanjang program kami sentiasa dibahagiakan dalam kumpulan yang kecil. Menyelesaikan masalah yang diberikan oleh tenaga pengajar serta melakukan presentation. Dan adakala diadakan pertandingan.
Kami juga sentiasa diberi pendedahan bagaimana cara untuk memahami setiap inci berkatian produk dan cuba untuk mencipta produk baru dengan idea kami sendiri. Sangat seronok dan membina kreativiti.

Sepanjang 2 bulan, kami tidak merasakan bosan kerana setiap hari mempelajari benda baru. Peserta program juga terdiri dari pelbagai bidang, yang ada juga tiada kaitan dengan Islamic capital market juga ada. Malah yang sangat seronok, ada juag peserta yang non-muslim sertai program ini.

Bahasa penghantar adalah bahasa inggeris dan ada jugalah sedikir diselitkan bahasa melayu, mengikut keselesaan tenaga pengajar.

Kami juga diberikan rm2200 setiap bulan. Beserta buku Islamic capital market. Kami juga berpeluang mengikuti peperiksaan Islamic Finance Qualification (IFQ), dan module yang dikendalikan oleh suruhanjaya sekuriti. Batch kami dibenarkan mengambil module 6 dan7 (berkatian dengan stock broking). Dan semuanya secara percuma dan diuruskan oleh SIDC.

Berkaitan hubungan sesama kami, boleh dikatakan kami sangat rapat. Walaupun sudah habis program dalam 3 bulan dulu, kami masih lagi berhubung dan masih lagi keluar bersama-sama. Memang dapat kawan yang sangat sportinglah! Alhamdulillah.

Mengenai peluang selepas progam boleh dkatakan hampir SEMUA 44 orang peserta program sudah mendapat pekerjaan, walaupun bukan semua, tetapi hampir semua. Alhamdulillah.

Bagi mereka yang berpeluang mengikuti program ini, jangan sekali-kali menolak kerana anda adalah termasuk dalam 200 manusia di Malaysia yang mempunyi sijil ICMGTS ini. Dan anda sangat-sangat beruntung.

Percayalah, pengalaman yang anda hadapai adalah pengalaman yang hebat! Dalam masa 2 bulan, anda tidak akan merasakan anda telah mengahbiskan 2 bulan itu. Nak pula ketika mendapat duit elaun, memang rasa sekejap sahaja 2 bulan tu. Hehe.

.
.
.
.
p/s: kami ada group dalam FB, kam jug ada Fb sendiri. maknanya kami agak aktif di fb. 🙂
saya sekarang sedang berpraktikal di OSK, dan position saya sebagai ICMGTS trainee…saya bangga bawa nama ICMGTS!!! 🙂
terima kasih ya ALLAH.

Advertisements

~ Berharap pada ALLAH sahaja ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Menunaikan janji.

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah.

Hujung minggu yang sangat bermakna!. Pulang ke kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan Faizah dan Salman. Alhamdulillah telah selamat semuanya.

Roommate saya semasa di Casa Intelek telah BERJAYA berumahtangga. Menyempurnakan separuh imannya…Alhamdulillah.

Majlis yang simple tetapi tetap meriah. Agak ramai sahabat yang hadir, walaupun bukan semua.

Tak mengapalah, semua sudah berkejaya dan ada tanggungjawab sendiri kan, bukan mudah mahu kumpul semua. Yang datang itu pun sudah lebih dari separuh pun sudah cukup bagus.

Coming soon bulan 9 dan 11 pula ya. Moga ada kesempatan untuk menghadirkan diri lagi. Seronok jumpa kawan-kawan setelah lama tak ketemu. Pelbagai cerita yang keluar. Alhamdulillah.

Antara nikmat terbesar selepas islam dan iman adalah mempunyai sahabat yang baik. Alhamdulillah.

Post lepas ada berharap pada sahabat supaya membuat keputusan untuk ikuti program icmgts, tetapi ALLAH maha mengetahui, beliau memilih tawaran sebagai pensyarah. Apa-apa pun saya tetap mendoakan beliau sentiasa diberkati dan dirahmatiNya.

Kecewa memang kecewa, tetapi insyaALLAH ada hikmahnya. Ingat aini, berharaplah pada ALLAH kerana ALLAH adalah tempat untuk berharap dan hanya DIa mampu memenuhi harapan.

Cerita tentang teka-teki, jawapannya adalah nyanyikan lagu “happy birthday” kemudian singa tersebut akan padamkan lilin! Adeehh! Ini bukan logic kan? Tapi orang bagi teka-teki dah bagi jawapan seperti itu, jadi terima sahajalah!.

Jawapan saya adalah, saya akan menghayunkan badan seperti buaian, dan singa dibawah pasti akanmengikut gerak hayunan saya dari bawah sehingga singa tersebut tersepak lilin yang dibawah itu.

Teka-teki saja. Tak kisah betul atau salah, Cuma galakan untuk berfikiran kritis sahaja.

.
.
.
.
.
.

p/s: tolong tinggalkan saya sekiranya ‘tiada’ apa-apa kerana saya tak mampu untuk pergi.

~ singa itu sifatnya ganas, tapi ada sahaja yang jinak kan? ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pentadbir Alam ini.

ALhamdulillah
ALhamdulillah
ALhamdulillah.

diberi satu teka teki hari ini.

ala~ gamabr tak boleh uplod lah!

jika kita diikat dalam keadaan tergantung di atas sepohon pokok, dengan tali yang panjang. tali tersebut dibawahnya ada sebatang lilin yang membakar tali itu, di bawah kita ada seekor singa menanti dengan penuh geram melihat akan ‘rezeki’nya. apakah yang kita akan lakukan untuk memastikan kita masih lagi bernyawa. tidak jatuh kepada singa dan dibaham olehnya.

mesti dijawab dengan menggunakan logik akal yea. L.O.G.I.K.

oh! saya sudah ada jawapannya, cuma tak mahu taip dulu. lain kali akan dijawab.

hari ini saya half-day. untuk ke kuanta meraikan perkahwinan Faizah Sarani malam ini dan esok. saya sangat teruja! jumpa kawan-kawan semua.

hari ini mendung sepanjang separuh hari. mungkin faham ‘mendungnya’ hati saya kot. 🙂

baru dapat berita dari syahida, dia telah dapat tawaran untuk masuk ICMGTS juga! dalam masa yang sama pensyarah di IKIP 1, tak tahulah mana yang bakal dipilihnya.

saya jujur berharap, setulus hati, biar dia masukkan dirinya dalam program ICMGTS. saya tak mahu satu-satunya pelajar IKIP-Yarmouk yang ada sijil itu. saya mahu kawan-kawan saya juga dapat apa yang saya dapat.

saya juga mahu dia duduk kembali bersama saya. satu rumah. saya mahu dia dengar, tahsin bacaan quran saya. saya mahu solat jemaah dengannya. saya rindu kehidupan kami di syam dulu.

🙂
ya ALLAH bantulah Syahida dalam membuat keputusan. moga keputusan yang bakal dia buat akan mendekatkan lagi dia dengan MU. ameeenn!

agama dengan TUHAN mana boleh pisah! -itu sahaja-

jalan tar yang basah itu tanda ada hujan, hati yang menagis biarlah kerana TUHAN!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aini, kembalikan kepada fitrahmu,
kembalilah kepada jalan yang lurus,
TUHAN, kepadaMU ku meminta dan kepadaMU ku memohon pertolongan!
tunjukiku jalan yang lurus TUHAN.
tenangkan hatiku dengan ujianMU ini,
redhakan jiwaku dengan ketentuanMU.
sungguh, aku butuh KAMU!

p/s: tajuk itu berkaitan dengan teka-teki.
sama juga dengan hati, hati yang keras moga-moga boleh lembut.
dalam diam, sepertinya aini sudah jatuh cinta! Tuhan, peliharalah diriku. jauhkan aku dari maksiat hati ini! 😦
.
.
plaza OSK, jom lunch dan balik kuantan!
26 Mei 2011
12.50pm

~ saya cinta ALLAH! ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Penyayang dan satu-satunya yang layak disembah!

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

waaaa~ tajuk ini beri semangat! semangat yang amat sangat!.
ya! saya cinta ALLAH…

cerita cinta
kalau cinta manusia sesama manusia, rela berkorban apa sahaja. kita akan melindungi insan yang kita cinta dengan sebaiknya. memang akan lakukan apa sahaja untuk lihat insan tersayang sentiasa bahagia. kita akan lakukan segala macam jenis perkara untuk buktikan cinta kita. kalau orang dulu-dulu kata, lautan api pun akan diredah, sanggup menyucuk mata kerana kehilangan cinta, oh! cinta sangat-sangat!

bila kata cinta ALLAH, apa bukti kita cinta ALLAH? apa bukti kita bercinta kerana ALLAH?
adakah dengan lafaz, aku menyintaimu kerana ALLAH telah membuktikan kita bercinta kerana ALLAH? atau, adakah kita betul-betul bercinta kerana ALLAH?

oh, ini agak berat topiknya…ya ALLAH, KAU kurniakan kekuatan dan kemudahan untukku menulis. moga niatku ada ‘jelingan’ dariMU ya ALLAH.

betul ke kita cinta ALLAH?
betul ke kita sanggup berkorban apa-apa yang kita sayang kerana ALLAH?
betul ke??????????? tanya pada iman!

kalau solat kita pon masih ada rompong-rompong.
kalau solat kita pon masih ada lambat-lambat
kalau solat kita pon masih belum khusyuk sepenuhnya.
kalau dalam solat kita pun bacaan masih kurang fasih dan betul.
itu baru bab solat. bab yang terpenting hubungn kita dengan ALLAH, kalau bab nie gagal, ok ke bab lain yea? kalau dengan pasangan kita, 1 hari tak berhubung sudah resah, tapi dengan TUHAN ok saja kah?

itu belum bab puasa, bab rukun iman dan islam, sifat ihsan lagi….quran lagi.
hubungan dengan manusia yang lain lagi.
berani kah nak katakan kita betul-betul cinta ALLAH? berani???
kalau betul cinta, soalan yang diatas itu semuanya tak jadi masalah untuk kita jawab kan? 🙂 ameeennn!

[diri] bukan senang nak senang, dan bukan susah pun nak susah.
syurga itu untuk mereka yang dalam hatinya hanya ada ALLAH,
ALLAH itu duduknya dalam hati mereka yang tiada apa-apa selain ALLAH. ingat tau aini!

TUHAN itu rahmatnya seluas alam, kasihnya tiada bertepi……..
cintailah yang dilangit, nescaya yang dibumi turut menyintaimu.

dan……..
sesungguhnya malam ini mengajarku banyak perkara. sungguh, aku insan hina, aku jauh denganNYA. terima kasih kerana membuka mata, menjernihkan hati. TUHAN, terima kasih kerana menemukan aku dengan dia. menjadikan dia wasilah untukku makin dekat denganMU. moga apa yang ku rasa malam ini, saat dan ketika ini, kekal untukku hingga di syurga, menjadi warisan untuk zuriat keturunanku.

TUHAN, jadikan aku hambaMU yang mendirikan solat dengan sempurna dan penuh khusyuk kepadaMU. moga munajat malamku, KAU terima.

ILAHI, ANTA MAQSUDI WA RIDOKA MATLUBI…..dan kata-kata ini ku mohon padaMU sematkan dalam kalbu ku!

p/s: terima kasih, terima kasih, terima kasih.
teguran itu jatuh dalam hati, sudut yang paling dalam, dan aku mohon kekal selamanya.
bersyukur kerana masih berpeluang!

26 MEI 2011
KL desa bangsawan

~ walaupun saya gagal, tapi saya tak menyesal! ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Memahami.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah.

kita merancang, ALLAH juga merancang, tetapi perancangan ALLAH lebih baik. pasti yang terbaik.

saya gagal, tetapi saya tidak menyesal. mungkin terkilan, tetapi tak mengapa, saya percaya rasa terkilan itu akan hilang dan akan terubat dengan janji-janji ALLAH.

Sesungguhnya ALLAH Maha Menunaikan janji. Jangan risaulah aini! 🙂

Optimis dan bersangka baik dengan ALLAH, nescaya hati akan tenang, redha akan muncul. Moga-moga ada hikmahnya.

Ingat aini! teguran ALLAH itu halus bahasanya. Sungguh hikmah. Gunakan bahasa hati dan waras akal untuk meneliti dan muhasabah dalam diri.

Gagal muhasabah diri bermakna menempah kegagalan memahami diri. 🙂

Gagal hari ini bukan bermakna esok dan lusa juga kita akan gagal. Berjaya hari ini bukan bermakna selamanya kita akan berjaya. Dalam apa jua keadaan, syukur itu perlu.

Jika gagal bersyukur dengan yang sedikit, mampukah untuk bersyukur pada yang banyak? belum tentu walau tak mustahil, tanyalah iman masing-masing kan. 🙂

teringat kata-kata ini:
~YA ALLAH,jika derita ini satu ujian untuk aku MENGHAPUSKAN dosa2 ku, maka aku redha dgn derita ini, PERBAIKILAH diri ku.Tetapi jika rasa dari derita ini MENAMBAHKAN dosa ku pada MU, maka HILANGKANLAH ia dari hatiku, kerana aku TAKUT akan Murka dan Siksa Neraka MU ~

Ilahi, anta maqsudi wa ridoka matlubi -Tuhan, hanya KAU yang ku maksudkan dan hanya redhaMU yang ku pinta-

p/s: serius saya TIDAK menyesal!

26 MEI 2011

~ jika diberi peluang untuk awk menyintai saya, atas sebab apa awk akan cinta saya? ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Mombolak Balikkan hati.

ALhamdulillah.
Alhamdulillah
Alhamdulillah.

tajuk ini buat saya tersentap, walaupun saya sendiri yang tulis.
soalan ini bagi saya hanya boleh dijawab dengan soalan kembali.
perlukah sebab untuk kita menyintai seseorang?

teringat kata-kata ini,
cintailah yang di langit, kelak yang di bumi juga turut mencintaimu.

juga kata-kata ini,
aku menyintaimu kerana agama yang ada dalam dirimu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku pada dirimu -imam nawawi-

jawapan saya, saya tiada sebab yang khusus untuk menyintai, jika ALLAH campakkan rasa cinta dalam hati kita, maka akan rasalah cinta itu, walau kita tak mahu. hati ini ALLAH yang punya!

teringat nasyid yang membuatkan saya tabah bila ‘kecewa cinta’ dahulu.

jika kita mencintai bunga, suatu hari bunga itu akan layu,
jika kita mencintai harta, harta itu akan nanti kita tinggalkan,
jika kita mencintai manusia, suatu hari nanti dia akan pergi.
jika kita cintakan Ilahi, hanya DIA yang akan kekal abadi.

baiklah, mungkin ini jawapan yang lebih fexible bagi saya.

cinta sesama manusia.
sebagai manusia, aku cinta padamu -kata-kata laksamana Sunan dalam novel bagaikan puteri tulisan Ramlee Awang Mursyid-

cinta sebagai rakan.
ya, sebagai rakan kamu, kawan kamu, sahabat kamu, taulan kamu, rodhong kamu, saya cinta kamu seadanya, kerana kamu menglengkapkan hidup saya. kamu mewarnai kanvas lukisan saya! dan kamu cerminan untuk saya.

cinta sebagai kepada lelaki dari perempuan.
maaf! cinta saya hanya untuk suami saya sahaja.
jika berpeluang menjadi isteri ‘kamu’ pun, tunggu jika ianya BENAR-BENAR dan BETUL-BETUL SAH sahaja, baru saya akan menyintai kamu. dan sebab saya menyintai kamu kerana kamu adalah suami saya.

Dan paling saya selesa untuk jawab adalah kata-kata imam nawawi itu.
saya cinta kerana diri kamu adalah kamu. Baik kamu adalah anugerah untuk saya, kurang kamu, adalah tanggungjawab saya. mana ada manusia yang sempurna. Begitulah sebaliknya. Tak perlu sebab yang khusus untuk kamu menyintai saya dan untuk saya menyintai kamu. Kerana dirimu cukup indah. sudah cukup indah untuk dicintai seadanya.

jawapan saya muktamad!
sekian terima kasih.

p/s: saya berdebar!
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=11207.0

26 mei 2011

~ Cerita-cerita lepas belajar ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Mengasihani setiap hambaNya.

Ahamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Kami pelajar tajaan yayasan Pahang untuk program berkembar IKIP-Yarmouk 2006-2010. Kami semua ada 26 orang. 8 laki-laki dan 18 perempuan.

Kami semua memulakan pelajaran di KIBA dan kolej IKIP selama 4 bulan 2 tahun. Kami ramai-ramai 1 kelas, ambil subjek yang sama, belajar dengan pensyarah yang sama, periksa pada tarikh yang sama, soalan peperiksaan juga sama, Cuma markah mungkin berbeza-beza sikit. kalau semua sama, nanti dikata meniru pula kan? hehehe

Kami suka melakukan perkara sama-sama. Kalau boleh 18 orang perempuan ni, semua nak lakukan sama-sama. Konon-konon kami kembar paling ramai. Konon-konon ajalah. Biasalah dalam setandan kelapa, mesti ada yang masak cepat dan masak lambat. Ada yang tebal isi ada yang tebal sabut. Takkan semua nak sama kan?

Jadi, kami memang ada persamaan juga perbezaan. Kan ALLAH cipta manusia berbeza-beza untuk saling bersuai kenal. Kn?

Kami pergi ke Jordan sama-sama, flight yang sama, tarikh yang sama, tempat duduk pun dekat-dekat, tak bolehla nak duduk 1 kerusi semua samakan, sian yang bawah sekali nanti. Haha

Semester pertama di Jordan, kami ambil semua subjek sama, kelas sama dan pensyarah sama. Sebab jami3ah yang tolong tasjilkan.

Masuk semester ke 2, kami dah mula masuk kelas lain-lain, subjek lain-lain. Kira ikut startegi belajar masing-masing. Ada juga sebab masalah tasjil, jadi kena tukar-tukar madah. Kalau madah sama, mungkin waktu dan pensyarah yang tak sama, tapi niat kami kalu boleh tetap nak sama-sama. Kan ukhuwah tu!

Balik Malaysia, kami tak balik sama-sama, sebab ada yang nak teruskan pengajian, ada yang nak balik cepat, ada yang nak jalan-jalan sampai puas, ada yang kurang rindu Malaysia, ada yang rindu Malaysia sangat-sangat, ada balik yang nak tunang, ada balik yang tak tahu nak buat apa. Oh..kami macam-macam.

Dalam masa belum setahun balik dari Jordan, batch kami sudah 3 orang yang kahwin. Wana dengan ustaz faiez, hidayah dengan aarof, firdaus dengan shima. Oh, hujung minggu ni faizah dengan salman.

Yang bakal kahwin hujung tahun ini juga agak ramai rasanya, jadi, batch kami bakal mendahului senior Nampak gayanya. Adik-adik kalau langkah bendul memang kaki panjang, tambah pula bendul tu rendah je kan…haha

Masa kahwin wana, saya tak pergi, banyak halangannya, kahwin dayah, siap berkampung 2 hari dirumahnya, siap berinai sama dengan pengantin juga. Rumah daus, sempat menjenguk sebab sepupu juga berkahwin pada tarikh yang sama.

Sehari sebelum majlis dirumah daus, umi pula bertunang. Oh~ syarifah balik-balik dia juga bertunang, masa tu, kami yang balik lambat pun belum sampai Malaysia lagi. Hari dia tunang, kami di turki, dekat masjid biru. Jalan-jalan orang kata, menghabiskan masa dan mencari pengalaman, serta belajar tentang kehidupan.

Kembali cerita kahwin, wana bakal melahirkan baby hujung bulan julai nanti, dayah dalam bulan 11, kalau tak silapla. Untung kawen awal, insyaALLAH zuriat pun awal kan. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Bertambah generasi batch ke 2 nie. alhamdulillah. moga dapat jadi makcik yang baik! haha

Ok! Selamat berumah tangga semua.

Kenapa tiba-tiba cerita tentang kawan-kawan? Saya sebenarnya rindu zaman belajar, rindu pada kebersamaan kami. Sekarang semua sudah ada jalan hidup masing-masing. Ada kehidupan masing-masing. Walau ada kerjaya yang sama, tapi tempat tak sama, situasi tak sama. Dah banyak benda yang dulu-dulu kami sama, sekarang kami tak sama. lagi-lagi kami dah tak boleh pakai baju sama. saya suka pakai baju PERMAIYA!

Masa lalu paling cepat ditinggalkan. Sayang pada kenangan.

Saya juga tengah berfikir hadiah apa yang saya nak bagi pada faizah ni. Dia minta peti sejuk, alamak, saya bukan tuan punya bank ini, saya hanya pekerja, tak mampulah saya nak belikan dia peti sejuk. [Kalau ya pun merancang kewangan keluarga, janganlah sampai pokaikan eden paeh!] Adeehhh~~`

Kena survey kedai-kedai hadiah, tak tahu mahu belikan apa!

Tahniah semua. Bakal yang menjejak alam baru, semoga bahagia, doakan saya juga ya!
Oh..kisah kahwin saya tiada, sebab masih belum kahwin. Ada jodoh akan kahwin juga, insyaALLAH, jangan risau yea. (tetibe!) hahaha

p/s: semangat beli tiket balik ke kuantan sebab takut tiket habis, balik naik bus dan minta cuti demi paeh nak kawen. Hehe
p/s: lelaki yang baik untuk wanita yang baik, dan sebaliknya
p/s: impian sebelum kahwin saya ada banyak, moga ALLAH tunaikan SEMUAnya sebelum itu.
p/s: tiba-tiba terlebih berdebar bila fikir pasal kahwin! Oh~~~ ok2, saya sudah nak masuk 23 tahun, memang kena ‘sedia’.

osk
6.40pm
jom balik, fikir pasal diri sendiri pula.