~ menyesal dahulu pendapatan ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Mengasihi

Alhamdulillah.

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

Mengapa menyesal? Sebenarnya dan sejujurnya ada menyesal dalam hati ini kerana membiarkan blog ini sunyi tanpa sebarang post. Menyesal kerana terlalu ikutkan perasaan malas dan ‘kering’ idea untuk menulis.

Terasa begitu rugi kerana tidak mencatit atau berkongsi serta membuat terapi diri dengan menulis. Oh! Alangkah ruginya.

Barang yang lepas usah dikenang, sekarang cuba jangan diulang. 

Hampir 9 bulan sudah kembali ke Malaysia. Pelbagai ‘level’ kehidupan dilalui. (level kah?). suka dan duka, gembira dan celaru, semuanya pernah dirasai sesampai di Malaysia yang tercinta.

Sebenarnya diri lebih terkilan kerana tidak mencatatkan hari-hari terakhir di Jordan dan Syam. Dan sekarang sangat-sangat terkilan.

Terasa seperti Syam itu dekat tetapi sukar untuk dicapai. Walau hanya 2 tahun disana, tetapi tempatnya dalam hati ini, sangat-sangat istimewa.

Rindu. Rindu. Rindu. Hanya perkataan ini sahaja yang dirasai semenjak dua menjak ini. Rindu pada debu angin yang menghembus, rindu pada pudar warna pokok zaitun, rindu pada musim panas membahang bersama musim buah yang menyelerakan.

Rindu pada jami3ah yang sentiasa ‘berlapang dada’ menerima kesalahanku, rindu pada makanan yang mampu menaikkan berat badanku 3kg hanya dalam seminggu! Dan rindu bunyi bingit hon setiap waktu.

rindu juga pada jus buah, syamam bil halib dan koktel. oh~ nescafe bi slji abu mahmud juga.

lebih rindu pada syawarma abang panjang di mat3am iqtisod.

oh~ ini betul-betul rindu.

rindu pada makanan yea? patutla, sudah lunch hour. Jom makan!

Zaman keemasan sudah berlalu. Walau sekarang bukan zaman perak. Haha

Catatan kembara yang hanya diminda! Kerugian melanda…

plaza OSK
lunch hour
18 Mei 2011

2 thoughts on “~ menyesal dahulu pendapatan ~

  1. SALAM..DI OSK INVESTMENT PERLUKAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI TAK?IF PERLU SAYA ADA BEBERAPA STUDENT YANG BERMINAT.BOLEH TOLONG?THANX

  2. wslm, untuk department saya setakat nie sudah ada 2 orang pelajar intern. tetapi untuk department lain kurang pasti. mungkin cik boleh terus tanyakan pada Human Resource. http://www.osk.com.my boleh ke web kami…:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s