~ The beginner don’t know everything but they always learn something ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Lalu ku seru namaMU dalam setiap nafasku.

Tajuk yang macam berfalsafah mungkin. Terdengar seorang senior dari department lain merungut bahawa pekerja baru di departmentnya selalu buat salah. Sambil marah-marah, dia juga ‘membebel’ dengan penuh perasaan.

Terdetik dalam hati kecilku, kesian budak baru tersebut. Oh! Saya juga budak baru, harap-harap senior saya tak merungut macam tu ya. 

Teringat pada keadaan masa mula-mula pulang ke Malaysia. Jujur katakan, diri seperti baru kembali ‘ke pangkal jalan’ dan seperti baru berpijak ke dunia nyata. Sungguh!

Kehilangan arah tujuan, kecelaruan membuat pilihan, tertekan dengan keadaan, semuanya bergabung seperti power rangers sedang menyerang raksasa! Memerlukan kekuatan luar biasa untuk menganalisa setiap apa yang berlaku.

Walau sebelum balik sudah siap kelengkapan rancangan dan senarai hitam putih yang akan dilakukan sebaik pulang ke Malaysia, semua itu hanya ‘purak-purak’ sahaja.

Teringat diri menampal target sepanjang 15 tahun akan datang. Dan diri percaya ramai kawan-kawan yang terbaca, membaca, serta mendoakan apa yang ditulis dan dirancang menjadi kenyataan. (setakat ini satu rancangan pun belum terlaksana!) –sangat simpati-

Tidak tahula diri tersalah rancang atau tidak, yang pasti dan yakin bahawa perancangan ALLAH adalah sebaik-baiknya. Ameeenn~

Sebulan pertama pulang ke Malaysia, masih sibuk beraya. Maklumlah, 2 tahun tidak raya di Malaysia, jadi terlebih qada’ rasanya.

Bulan ke dua pulang ke Malaysia, diri merasakan masih ok andai tidak dapat bekerja. Seronok lagi duduk di rumah, bersama mak, rehat-rehat dan menghirup udara tanpa habuk di rumah. Sungguh nikmat.

Masuk bulan ke tiga, mula rasa agak ‘resah’ kerana tidak menghantar resume kemana-mana, baru berusaha menyiapkan resume seperti yang dinasihatkan Dr Mahyuddin. Mula menghantar resume ke tempat-tempat yang dirasanya sesuai.

Dalam hati sangat berharap boleh menyambung pengajian ke INCEIF, teringin sebenarnya. Tetapi ALLAH Maha Mengetahui bahawa diri belum ‘bersedia’ untuk menjadi warganya. Alhamdulillah pada hari yang sama mendapat berita sedih tetang kegagalan temuduga untuk INCEIF, diri mendapat tawaran mengikuti program dibawah kelolaan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Tanpa fikir panjang, terus terima. Alhamdulillah. ALLAH ganti dengan yang lebih baik. (sampai sekarang macam kecik hati dengan INCEIF sebab tidak ambil saya jadi pelajar..hahaha)

4 bulan berehat tanpa melakukan apa-apa pekerjaan yang khusus, kemudian kembali menjadi pelajar untuk 2 bulan.

Dalam program Islamic Capital Market Graduate Training Scheme (ICMGTS) ini, barulah diri ini ‘terbuka mata’ dengan dunia luar. Dunia pekerjaan khususnya. Diajar oleh trainer yang sangat berpengalaman, mereka juga merupakan orang yang betul-betul pakar dalam bidang Pasaran Modal dan bidang seangkatannya.

Dalam tempoh 2 bulan di ICMGTS, diri melalui 3 temuduga. Pertama temuduga sebagai pensyarah Syariah di Kolej Islam Melaka, tetapi GAGAL. (huruf besar untuk highlight). Temuduga kedua oleh MayBank Corporate juga GAGAL. Dan yang ketiga di OSK Investment Bank (Islamic Banking) Alhamdulillah, rezeki dan BERJAYA. ALLAH know best!

Diri belajar pelbagai perkara, bagaimana mahu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, berinteraksi dengan orang yang lebih senior dar segi umur dan pengalaman, belajar makan secara korperat dengan berdiri (ini sangat tidak suka), belajar menggunakan grammar dengan betul ketika menulis email.

Banyaklah kesalahan yang dilakukan, biasalah. Sebelum pandai berlari, mestilah kena pandai meniarap dulu kan?

Jangan pernah bosan untuk belajar. Belajar adalah university kehidupan. Dan sekarang diri masih lagi belajar dan akan terus belajar.

p/s: kita sila jangan perasan yang kita sudah cukup bagus bila digondolkan dengan pelbagai anugerah. setiap orang kan punya kelebihan dan kekurangan

p/s: sangat sukar untuk menajdi terbaik bagi manusia, tetapi tidak mustahil menjadi hamba ALLAH yang paling baik

OSK Plaza
6.00 pm
18 Mei 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s