~ kerana Maqlubah ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Mentadbir Sesuatu.

Alhamdulillah.

Tajuk sahaja sudah tahu betapa saya sangat suka dan gemar pada maqlubah. Maqlubah merupakan nasi arab yang sangat-sangat sedap. Ada rempah tersendiri untuk membuatnya. Pernah belajar dengan makcik arab Palestine di masjid jami3ah cara membuat maqlubah. Agak mudah rupanya.

Maqlubah yang sangat saya suka adalah maqlubah doi3ah. Rasanya memang susah nak sama dengan maqlubah tempat lain even saingan hebatnya Abu Mahmud. (yang tahu sekitar irbid sahaja).

Boleh dikatakan musim-musim semesta kedua akhir sampai ke semesta akhir, setiap minggu akan makan maqlubah. Tukar-tukar dengan sawani Abu Mahmud. Jarang sangat makan nasi lain. Mesti sawani atau maqlubah. Dan paling kerap maqlubahlah.

bertukar-tukar siapa bayar dengan Hidayah. aisshh! rindu pada dayah yang bakal jadi ibu tak lama lagi, yah…jangan mengidam maqlubah yea, susah nak cari kat malaysia nie.🙂

(sedang tulis nie telan air liur sebab terkenang rasa maqlubah!)

Selepas konvo di Yarmouk, kami berempat, (saya, nur, mardiah dan syida) terus sambung berkelana ke bumi Syam Damsyiq. Untuk 2 bulan di sana kami (khusus saya) TIDAK pernah makan maqlubah. Oh~ cuba bayangkan, kalau masa di irbid boleh kata sangat selalu makan, ini ‘berpuasa’ untuk 2 bulan dengan maqlubah, sangat menyeksa jiwa! Hahaha

Dipendekkan cerita, sesampai di Jordan, adik junior yang baik hati ingin belanja berbuka puasa. Memandangkan sangat-sangat teringin maqlubah, saya meminta beliau membelikan maqlubah untuk kami dan yang lain pun sekadar mengikut. (mereka juga rindukan maqlubah agaknya.)

Sewaktu berbuka, sangat tragis, sedih sebenarnya, bukan terharu kerana dapat makan maqlubah yang dirindui, tetapi sedar yang mungkin kali ini sahaja akan dapat makan maqlubah yang sedap ini.

Walau ada babak-babak sedih sebab tak boleh terima yang akan kembali ke Malaysia lagi beberapa hari, dan akan tinggalakan bumi yang barakah itu, maqlubah yang dirindu tetap dimakan dengan sepenuh hati.

Junior tersebut beli agak banyak sebenarnya. Berlebih untuk berbuka. Memandangkan tidak mahu membazir, simpanlah untuk bersahur.

Memandangkan cuti-cuti Malaysia sedang berlangsung, sahur ditunda kepada sarapan. Bagun pagi terus teringat pada maqlubah yang masih berbaki semalam.

Semangat untuk bersikap tidak baik membazir begitu tinggi, jadi maqlubah yang berbaki lagi terus dimakan. Mula-mula seperti pelik dengan tekstur maqlubah itu yang melekat-lekat. Tanpa ada sebarang syak wasangka atau ragu-ragu, 1 bekas maqlubah selamat dikhadamkan.

Tetiba, kawan keluar dari bilik dan bertanya siapa yang makan maqlubah tersebut, dan saya terus menjawab saya. Dan pada ketika itu, muka kawan tersebut berkerut dan berkata maqlubah itu sudah BASI.

Errkkkkkkk……

dan saya mempertikaikan bahawa maqlubah itu sedap saja, tak rasa apa-apa pun. dan kawan pula membalas berkata, bau pun dah tahu yang maqlubah tu dah basi.

serius saya tak bau basi dan rasa basi itu!😦

Ok! Saya makan maqlubah basi! Bukan sedikit tetapi sangat banyak.

Saya tak tahulah saya yang tak kenal maqlubah basi atau maqlubah itu sangat sedap walaupun dah basi. Hahaha

Dan malamnya sakit perut yang sangat-sangat pun berlangsung. Tak terkata sehingga tak mampu untuk jalan tegak, mesti membongkok kerana perut seakan-akan menyucuk-nyucuk. Sangat-sangat sakit.

Mr Tan (panggilan untuk tandas), sudah berkali-kali dijumpa. Seksanya makan maqlubah basi.

Konon mahu jalan-jalan di Irbid sebelum balik, pergi ke jami3ah, pergi balad, tetapi tak larat dan hanya duduk dirumah dan melawat Mr Tan sahaja.

Dalm 3-4 hari jugalah berkeadaan begitu. Alhamdulillah semakin baik pada hari yang mahu pulang ke Malaysia. Dan sangat seronok bila boleh minum syamam bi halib tanpa perlu melawat Mr Tan lagi.

Sampai di Malaysia, Alhamdulillah masih ok. Cuma bila sampai masa raya, kembali sakit perut yang sangat-sangat. Itulah padahnya bila semua benda nak makan. SEMUA.
Mana boleh tahan, kalau semua yang lama tak makan ada depan mata. Lagi kesian pada orang yang beria-ria minta kita makan, tak sampai hati jadinya nak menolak. (padahal memang suka makan pun.)

Kembali mendapat sakit perut sehinggakan doctor cakap keracunan makanan.
Disebabkan sakit perut itu, sehingga sekarang, kalau makan pedas, alamatnya akan wujudlah pertemuan dengan Mr Tan dengan kerap. Adeeeehh~

Kenapa tiba-tiba cerita pasal ni ya? Sebab saya sedang sakit perut, semalam makan laksa yang sedap dan agak pedas. Dan hari ini sakit perut.

Hanya kerana maqlubah.

Sukalah sesuatu sekadar suka-suka, dan bencilah sesuatu sekadar benci-benci. Jangan lebih-lebih ok!

Nanti jadi macam saya yang sangat suka maqlubah sehingga basi pun tak perasan.
Makan seadanya.

p/s: cuba-cuba masak maqlubah, tetapi tak jadi macam doi3ah punya la…

oh! adik-adik junior sedang bertarung dengan exam akhir..all the best semua…slmt kembali ke Malaysia, cepat sikit balik, banyak kerja kat bank ni untuk anda semua lakukan ok! hehe

patutla teringat maqlubah, lunch hour rupanya….

21th floor
19 Mei 2011
12.30pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s