~ Masa kecil hitam, bila sudah besar putih, oh! Ini bukan kisah micheal Jackson. ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha mentadbir segalanya.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Kenapa tajuk entry begitu ya?
Oh, sedang asyik-asyik membuat kerja, tiba-tiba diri terpana dengan soalan yang datang menjenguk diri ini.

Sebenarnya apa cita-cita aini? Erkk…

Cita-cita tadika
Masa sekolah tadika, konon-konon mahu jadi doctor, boleh rawat orang sakit dan bergaji besar, apalah budak umur 6 tahun tahu sangat kan?

Sekolah rendah.
Semasa darjah 4, saya bercita-cita mahu menjadi seorang penulis, memandangkan cerita ‘aku hanya sebatang pensel’ menajdi johan cerpen peringkat sekolah. Masa ini berkobar-kobar mahu menjadi penulis.

Semasa darjah 5, subjek sains saya selalu dapat markah tinggi, boleh kata tertinggi dalam kelas, (sebab bukan duduk kelas pertama kot). Cikgu sains saya juga baik, jadi saya mahu jadi saintis, tapi kerja saintis pun tak tahu macam mana waktu itu.

Semasa darjah 6, konon-konon dah cukup dewasa, dah tak mahu jadi saintis, tetapi mahu jadi ahli psikologi. (hambek ko!) sebab selalu kongsi cerita sedih kawan, diri jadi terdorong nak kaunserling orang agaknya. Hehehe

Mula sekolah menengah
Masa ini sudah tak mahu jadi pakar psikologi, mahu jadi saintis balik. Tak pun doctor. Tak kisahlah apa, asalakan berkaitan dengan sains. Sebab bercita-cita tukar ke sekolah sains, tak mahu ambil SMA. Konon-konon.

Akhir-akhir sekolah menengah.
Memandangkan PMR sangat-sangat tidak bagus, jadi mak tak benarkan untuk tukar sekolah. Mesti ambil SMA, oh……sangat kesian pada diri, tetapi Alhamdulillah, sejak belajar ekonomi, saya mahu jadi pakar ekonomi!

Mula-mula masuk U.

Ustaz-ustz selalu cakap, kami-kami pelajar IKIP yarmouk sepatutnya jadi penasihat shariah. Kerja dekat Bank. Itu sepatutnya kami jadi. Masa itu, dalam kepala ikut sahaja. Penasihat shariah pun ok kot.

Masa baru mahu dewasa
Oh! Saya tidak mahu jadi penasihat shariah, tak mahulah kerja bank, nanti pergi kerja gelap, balik kerja pun gelap, kalau kahwin anak-anak macam mana? O0o0..bahaya kerjaya ini. Tak mahu tak mahu. Terus terfikir mahu jadi pakar ekonomi.

Saya mahu jadi pengarah di bahagian economics planning Unit. (kerja kerajaanla pulak!) –tinggi sungguh cita-cita)

Sampai balik Malaysia, saya masih bercita-cita mahu jadi pakar ekonomi, kalau boleh tukar SEMUA ekonomi dan transaksi muamalat dalam Malaysia ini kepada transaksi Islam sepenuhnya. Ameeenn!
Bila balik Malaysia.

Saya masuk program Islamic Capital Market Garduate Trainning Scheme. Saya didedahkan kepada dunia pekerjaan sebenar. Rupa-rupanya kerjaya sebagai penasihat syariah ok juga. Dan saya kembali berminat. Gaji juga boleh tahan. Hahaha

Dan sekarang

Saya masih berminat untuk menjadi pakar ekonomi beserta penasihat shariah. Cita-cita saya sangat besar. Saya percaya saya boleh gapai jika saya berusaha kerasa dan sentiasa berdoa kepada ALLAH. Cuma, bila fikir-fikir balik………………………………………………..saya memang mahu jadi seperti yang saya impikan.

Tetapi………………………………………………………..

Jalan yang saya Nampak memang agak jelas untuk dilalui, saya tahu arah mana saya boleh pilih, Cuma bila melibatkan orang lain dan keluarga lain, cita-cita saya seperti akan terbantut.

Kan tempat wanita itu lebih baik dirumah. Ayat ini sungguh buat saya berfikir banyak kali.

TUHAN…kurniakan ku keluarga yang memahami dan boleh bertolak ansur. Juga bakal suami yang memahami.

Tuhan, ilmhamkan ku arah mana yang perlu ku tuju.

p/s: berbincang memerlukan 2 hati,
p/s: jika sudah ada keputusan, bermakan tak perlu berbincang kan?

saya cinta diri saya ok!

osk,
6.30 pm
jom balik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s