~ Cerita-cerita lepas belajar ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Mengasihani setiap hambaNya.

Ahamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Kami pelajar tajaan yayasan Pahang untuk program berkembar IKIP-Yarmouk 2006-2010. Kami semua ada 26 orang. 8 laki-laki dan 18 perempuan.

Kami semua memulakan pelajaran di KIBA dan kolej IKIP selama 4 bulan 2 tahun. Kami ramai-ramai 1 kelas, ambil subjek yang sama, belajar dengan pensyarah yang sama, periksa pada tarikh yang sama, soalan peperiksaan juga sama, Cuma markah mungkin berbeza-beza sikit. kalau semua sama, nanti dikata meniru pula kan? hehehe

Kami suka melakukan perkara sama-sama. Kalau boleh 18 orang perempuan ni, semua nak lakukan sama-sama. Konon-konon kami kembar paling ramai. Konon-konon ajalah. Biasalah dalam setandan kelapa, mesti ada yang masak cepat dan masak lambat. Ada yang tebal isi ada yang tebal sabut. Takkan semua nak sama kan?

Jadi, kami memang ada persamaan juga perbezaan. Kan ALLAH cipta manusia berbeza-beza untuk saling bersuai kenal. Kn?

Kami pergi ke Jordan sama-sama, flight yang sama, tarikh yang sama, tempat duduk pun dekat-dekat, tak bolehla nak duduk 1 kerusi semua samakan, sian yang bawah sekali nanti. Haha

Semester pertama di Jordan, kami ambil semua subjek sama, kelas sama dan pensyarah sama. Sebab jami3ah yang tolong tasjilkan.

Masuk semester ke 2, kami dah mula masuk kelas lain-lain, subjek lain-lain. Kira ikut startegi belajar masing-masing. Ada juga sebab masalah tasjil, jadi kena tukar-tukar madah. Kalau madah sama, mungkin waktu dan pensyarah yang tak sama, tapi niat kami kalu boleh tetap nak sama-sama. Kan ukhuwah tu!

Balik Malaysia, kami tak balik sama-sama, sebab ada yang nak teruskan pengajian, ada yang nak balik cepat, ada yang nak jalan-jalan sampai puas, ada yang kurang rindu Malaysia, ada yang rindu Malaysia sangat-sangat, ada balik yang nak tunang, ada balik yang tak tahu nak buat apa. Oh..kami macam-macam.

Dalam masa belum setahun balik dari Jordan, batch kami sudah 3 orang yang kahwin. Wana dengan ustaz faiez, hidayah dengan aarof, firdaus dengan shima. Oh, hujung minggu ni faizah dengan salman.

Yang bakal kahwin hujung tahun ini juga agak ramai rasanya, jadi, batch kami bakal mendahului senior Nampak gayanya. Adik-adik kalau langkah bendul memang kaki panjang, tambah pula bendul tu rendah je kan…haha

Masa kahwin wana, saya tak pergi, banyak halangannya, kahwin dayah, siap berkampung 2 hari dirumahnya, siap berinai sama dengan pengantin juga. Rumah daus, sempat menjenguk sebab sepupu juga berkahwin pada tarikh yang sama.

Sehari sebelum majlis dirumah daus, umi pula bertunang. Oh~ syarifah balik-balik dia juga bertunang, masa tu, kami yang balik lambat pun belum sampai Malaysia lagi. Hari dia tunang, kami di turki, dekat masjid biru. Jalan-jalan orang kata, menghabiskan masa dan mencari pengalaman, serta belajar tentang kehidupan.

Kembali cerita kahwin, wana bakal melahirkan baby hujung bulan julai nanti, dayah dalam bulan 11, kalau tak silapla. Untung kawen awal, insyaALLAH zuriat pun awal kan. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Bertambah generasi batch ke 2 nie. alhamdulillah. moga dapat jadi makcik yang baik! haha

Ok! Selamat berumah tangga semua.

Kenapa tiba-tiba cerita tentang kawan-kawan? Saya sebenarnya rindu zaman belajar, rindu pada kebersamaan kami. Sekarang semua sudah ada jalan hidup masing-masing. Ada kehidupan masing-masing. Walau ada kerjaya yang sama, tapi tempat tak sama, situasi tak sama. Dah banyak benda yang dulu-dulu kami sama, sekarang kami tak sama. lagi-lagi kami dah tak boleh pakai baju sama. saya suka pakai baju PERMAIYA!

Masa lalu paling cepat ditinggalkan. Sayang pada kenangan.

Saya juga tengah berfikir hadiah apa yang saya nak bagi pada faizah ni. Dia minta peti sejuk, alamak, saya bukan tuan punya bank ini, saya hanya pekerja, tak mampulah saya nak belikan dia peti sejuk. [Kalau ya pun merancang kewangan keluarga, janganlah sampai pokaikan eden paeh!] Adeehhh~~`

Kena survey kedai-kedai hadiah, tak tahu mahu belikan apa!

Tahniah semua. Bakal yang menjejak alam baru, semoga bahagia, doakan saya juga ya!
Oh..kisah kahwin saya tiada, sebab masih belum kahwin. Ada jodoh akan kahwin juga, insyaALLAH, jangan risau yea. (tetibe!) hahaha

p/s: semangat beli tiket balik ke kuantan sebab takut tiket habis, balik naik bus dan minta cuti demi paeh nak kawen. Hehe
p/s: lelaki yang baik untuk wanita yang baik, dan sebaliknya
p/s: impian sebelum kahwin saya ada banyak, moga ALLAH tunaikan SEMUAnya sebelum itu.
p/s: tiba-tiba terlebih berdebar bila fikir pasal kahwin! Oh~~~ ok2, saya sudah nak masuk 23 tahun, memang kena ‘sedia’.

osk
6.40pm
jom balik, fikir pasal diri sendiri pula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s