~ jika diberi peluang untuk awk menyintai saya, atas sebab apa awk akan cinta saya? ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Mombolak Balikkan hati.

ALhamdulillah.
Alhamdulillah
Alhamdulillah.

tajuk ini buat saya tersentap, walaupun saya sendiri yang tulis.
soalan ini bagi saya hanya boleh dijawab dengan soalan kembali.
perlukah sebab untuk kita menyintai seseorang?

teringat kata-kata ini,
cintailah yang di langit, kelak yang di bumi juga turut mencintaimu.

juga kata-kata ini,
aku menyintaimu kerana agama yang ada dalam dirimu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku pada dirimu -imam nawawi-

jawapan saya, saya tiada sebab yang khusus untuk menyintai, jika ALLAH campakkan rasa cinta dalam hati kita, maka akan rasalah cinta itu, walau kita tak mahu. hati ini ALLAH yang punya!

teringat nasyid yang membuatkan saya tabah bila ‘kecewa cinta’ dahulu.

jika kita mencintai bunga, suatu hari bunga itu akan layu,
jika kita mencintai harta, harta itu akan nanti kita tinggalkan,
jika kita mencintai manusia, suatu hari nanti dia akan pergi.
jika kita cintakan Ilahi, hanya DIA yang akan kekal abadi.

baiklah, mungkin ini jawapan yang lebih fexible bagi saya.

cinta sesama manusia.
sebagai manusia, aku cinta padamu -kata-kata laksamana Sunan dalam novel bagaikan puteri tulisan Ramlee Awang Mursyid-

cinta sebagai rakan.
ya, sebagai rakan kamu, kawan kamu, sahabat kamu, taulan kamu, rodhong kamu, saya cinta kamu seadanya, kerana kamu menglengkapkan hidup saya. kamu mewarnai kanvas lukisan saya! dan kamu cerminan untuk saya.

cinta sebagai kepada lelaki dari perempuan.
maaf! cinta saya hanya untuk suami saya sahaja.
jika berpeluang menjadi isteri ‘kamu’ pun, tunggu jika ianya BENAR-BENAR dan BETUL-BETUL SAH sahaja, baru saya akan menyintai kamu. dan sebab saya menyintai kamu kerana kamu adalah suami saya.

Dan paling saya selesa untuk jawab adalah kata-kata imam nawawi itu.
saya cinta kerana diri kamu adalah kamu. Baik kamu adalah anugerah untuk saya, kurang kamu, adalah tanggungjawab saya. mana ada manusia yang sempurna. Begitulah sebaliknya. Tak perlu sebab yang khusus untuk kamu menyintai saya dan untuk saya menyintai kamu. Kerana dirimu cukup indah. sudah cukup indah untuk dicintai seadanya.

jawapan saya muktamad!
sekian terima kasih.

p/s: saya berdebar!
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=11207.0

26 mei 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s