~ saya cinta ALLAH! ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Penyayang dan satu-satunya yang layak disembah!

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

waaaa~ tajuk ini beri semangat! semangat yang amat sangat!.
ya! saya cinta ALLAH…

cerita cinta
kalau cinta manusia sesama manusia, rela berkorban apa sahaja. kita akan melindungi insan yang kita cinta dengan sebaiknya. memang akan lakukan apa sahaja untuk lihat insan tersayang sentiasa bahagia. kita akan lakukan segala macam jenis perkara untuk buktikan cinta kita. kalau orang dulu-dulu kata, lautan api pun akan diredah, sanggup menyucuk mata kerana kehilangan cinta, oh! cinta sangat-sangat!

bila kata cinta ALLAH, apa bukti kita cinta ALLAH? apa bukti kita bercinta kerana ALLAH?
adakah dengan lafaz, aku menyintaimu kerana ALLAH telah membuktikan kita bercinta kerana ALLAH? atau, adakah kita betul-betul bercinta kerana ALLAH?

oh, ini agak berat topiknya…ya ALLAH, KAU kurniakan kekuatan dan kemudahan untukku menulis. moga niatku ada ‘jelingan’ dariMU ya ALLAH.

betul ke kita cinta ALLAH?
betul ke kita sanggup berkorban apa-apa yang kita sayang kerana ALLAH?
betul ke??????????? tanya pada iman!

kalau solat kita pon masih ada rompong-rompong.
kalau solat kita pon masih ada lambat-lambat
kalau solat kita pon masih belum khusyuk sepenuhnya.
kalau dalam solat kita pun bacaan masih kurang fasih dan betul.
itu baru bab solat. bab yang terpenting hubungn kita dengan ALLAH, kalau bab nie gagal, ok ke bab lain yea? kalau dengan pasangan kita, 1 hari tak berhubung sudah resah, tapi dengan TUHAN ok saja kah?

itu belum bab puasa, bab rukun iman dan islam, sifat ihsan lagi….quran lagi.
hubungan dengan manusia yang lain lagi.
berani kah nak katakan kita betul-betul cinta ALLAH? berani???
kalau betul cinta, soalan yang diatas itu semuanya tak jadi masalah untuk kita jawab kan?🙂 ameeennn!

[diri] bukan senang nak senang, dan bukan susah pun nak susah.
syurga itu untuk mereka yang dalam hatinya hanya ada ALLAH,
ALLAH itu duduknya dalam hati mereka yang tiada apa-apa selain ALLAH. ingat tau aini!

TUHAN itu rahmatnya seluas alam, kasihnya tiada bertepi……..
cintailah yang dilangit, nescaya yang dibumi turut menyintaimu.

dan……..
sesungguhnya malam ini mengajarku banyak perkara. sungguh, aku insan hina, aku jauh denganNYA. terima kasih kerana membuka mata, menjernihkan hati. TUHAN, terima kasih kerana menemukan aku dengan dia. menjadikan dia wasilah untukku makin dekat denganMU. moga apa yang ku rasa malam ini, saat dan ketika ini, kekal untukku hingga di syurga, menjadi warisan untuk zuriat keturunanku.

TUHAN, jadikan aku hambaMU yang mendirikan solat dengan sempurna dan penuh khusyuk kepadaMU. moga munajat malamku, KAU terima.

ILAHI, ANTA MAQSUDI WA RIDOKA MATLUBI…..dan kata-kata ini ku mohon padaMU sematkan dalam kalbu ku!

p/s: terima kasih, terima kasih, terima kasih.
teguran itu jatuh dalam hati, sudut yang paling dalam, dan aku mohon kekal selamanya.
bersyukur kerana masih berpeluang!

26 MEI 2011
KL desa bangsawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s