~ saya yang dalam 200 itu! ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Perancang setiap sesuatu.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
ALhamdulillah.

Ramai orang datang blog untuk tahu tentang icmgts.

ICMGTS –Islamic Capital Market Gradute Trainning Scheme.

Program ini ditaja oleh suruhanjaya sekuriti Malaysia. Dikelola oleh SIDC under SC. Memandangkan ramai search program ini, diri tergerak untuk menceritakan sedikit tentang program ini, yang telah didapati dapi program ini.

Alhamdulillah, saya termasuk dalam 200 rakyat Malaysia yang bertuah untuk mengikuti program ini. Saya batch yang ke4 dari 5 batch. Batch yang kelima akan bermula pada 3 jun 2011.

Komen ini lebih bersifat peribadi, dan pengamatan sendiri, tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Program ini adalah persediaan yang SANGAT baik untuk lulusan ‘segar’ yang kosong tentang dunia kerjaya. Persediaan dan pengajian yang padat.

Seawal minggu pertama, kami dihidangkan dengan kelas motivasi, pemantapan bahasa Inggeris dan grooming.

Minggu pertama, lebih kepada persediaan secara mental dan mewujudkan keselesaan sesama pelajar. Jadi, bagi saya, minggu pertama sangat sempoi dan minggu untuk bersuai kenal. Batch kami seramai 44 orang, jadi sempatlah dalam seminggu untuk bersuai kenal kan.

Masuk minggu kedua, kami dihidangkan dengan subjek fundamental khusus seperti Shariah dan fiqh Muamalat. Memandangkan program ini berkaitan dengan Islamic capital market, jadi wajib bagi peserta untuk memahami perkaitan dengan usul dan asas islam itu sendiri.

Tenaga pengajar juga bukan calang-calang orang, semuanya merupakan pakar dan professional dalam bidang masing-masing.

Kemudian, kami diterangkan mengenai kontrak-kontrak yang ada dalam Islam, perakaunan, Islamic accounting, bursa, dan banyak lagi.

Isu-isu yang dibentangkan lebih segar dan bukan teori semata-mata. Produk-produk yang siterangkan juga lebih jelas. Memandangkan saya dahulu pernah belajar serba sedikit berkaitan produk Islam ini, jadi kelebihan kerana mengetahui asas tentangnya, tetapi hanya teori, tetapi apabila mengikuti program ini, kejelasan mengenai produk perbankan lebih jelas dan nyata. Satu persatu transaksi dibentangkan dan diulas isu berkaitan shariah.

Serius membuka mata mengenai aplikasi perbankan yang sebenar.
Kami juga diberi peluang untuk melawat ke Bank Negara Malaysia dan bursa, serta HSBC Amanah. Lawatan akademik.

Sepanjang program kami sentiasa dibahagiakan dalam kumpulan yang kecil. Menyelesaikan masalah yang diberikan oleh tenaga pengajar serta melakukan presentation. Dan adakala diadakan pertandingan.
Kami juga sentiasa diberi pendedahan bagaimana cara untuk memahami setiap inci berkatian produk dan cuba untuk mencipta produk baru dengan idea kami sendiri. Sangat seronok dan membina kreativiti.

Sepanjang 2 bulan, kami tidak merasakan bosan kerana setiap hari mempelajari benda baru. Peserta program juga terdiri dari pelbagai bidang, yang ada juga tiada kaitan dengan Islamic capital market juga ada. Malah yang sangat seronok, ada juag peserta yang non-muslim sertai program ini.

Bahasa penghantar adalah bahasa inggeris dan ada jugalah sedikir diselitkan bahasa melayu, mengikut keselesaan tenaga pengajar.

Kami juga diberikan rm2200 setiap bulan. Beserta buku Islamic capital market. Kami juga berpeluang mengikuti peperiksaan Islamic Finance Qualification (IFQ), dan module yang dikendalikan oleh suruhanjaya sekuriti. Batch kami dibenarkan mengambil module 6 dan7 (berkatian dengan stock broking). Dan semuanya secara percuma dan diuruskan oleh SIDC.

Berkaitan hubungan sesama kami, boleh dikatakan kami sangat rapat. Walaupun sudah habis program dalam 3 bulan dulu, kami masih lagi berhubung dan masih lagi keluar bersama-sama. Memang dapat kawan yang sangat sportinglah! Alhamdulillah.

Mengenai peluang selepas progam boleh dkatakan hampir SEMUA 44 orang peserta program sudah mendapat pekerjaan, walaupun bukan semua, tetapi hampir semua. Alhamdulillah.

Bagi mereka yang berpeluang mengikuti program ini, jangan sekali-kali menolak kerana anda adalah termasuk dalam 200 manusia di Malaysia yang mempunyi sijil ICMGTS ini. Dan anda sangat-sangat beruntung.

Percayalah, pengalaman yang anda hadapai adalah pengalaman yang hebat! Dalam masa 2 bulan, anda tidak akan merasakan anda telah mengahbiskan 2 bulan itu. Nak pula ketika mendapat duit elaun, memang rasa sekejap sahaja 2 bulan tu. Hehe.

.
.
.
.
p/s: kami ada group dalam FB, kam jug ada Fb sendiri. maknanya kami agak aktif di fb.🙂
saya sekarang sedang berpraktikal di OSK, dan position saya sebagai ICMGTS trainee…saya bangga bawa nama ICMGTS!!!🙂
terima kasih ya ALLAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s