~ selamat ulang tahun ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Mentadbir Alam ini.

ALhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

24 Jun 2010, secara rasmi memperoleh ijazah Sarjana Muda Syariah, pengkhususan Ekonomi dan Perbankan Islam dari University Yarmouk Jordan. menitis air mata saat melihat ijazah yang didapat semasa majlis konvokesyen tersebut. oh!

dan hari ini, 24 Jun 2011, semua hanya tinggal kenangan. sekarang sedang berusaha merealisasikan masa depan, seperti yang diidamkan. moga ALLAH permudahkan.

Yang paling jauh ditinggalkan adalah masa lalu, dan paling cepat datang adalah waktu kematian. -Imam Syafie-

saya rindu debu dataran itu, saya rindu pada sunyi perpustakaan disana, saya teringin maqlubah juga syawarna, terdengar-dengar merdu suara syiekh ma’mun, terbayang-bayang pokok zaitun yang penuh debu, terasa-rasa manis kelat buah tin segar, terkenang-kenang damai bumi irbid, persatuan yang PERMAI, aktiviti yang berfaedah, rakan-rakan yang sanggup berkorban, simsimah tempat shoping kala malas, doi3ah dan abu mahmud.

sakan kuning dan andaleep, teksi kuning yang bising, hon-hon yang tak berhenti, abang panjang jual syawarma dekat mat3am kuliah iqtisod.

Dr Abdul Jabar yang sangat kebapaan, Dr Emad barokat yang selalu cerita tetang Malaysia, Dr Zakariah quddah yang sabar, Dr Muhammad Bani isa yang caring, Dr Ibrahim yang handsome, Dr Najah yang suka bagi tulis dekat papan putih, Dr tolafahah yang sabar ajar Micro banyak kali pada saya. oh!

juga miss manal, miss atof,…sangat keibuan dan ceria-ceria!

terima kasih.

pelik lah! kenapa over sangat ni? semoga jiwa ini cepat stabil. sudah-sudah fikir masalah sendiri, masalah masyarakat dan umat lebih diperlukan.

settlekan dirimu aini, baru mudah settelkan yang lain. fokuskan tujuan hidupmu. jelaskan matlamat yang ingin dicapai sebelum menutup mata. sekurang-kurangnya ada kesan pada dunia!

.
.
.
.
.
.
.
.
p/s : Sultan Muhammad al-fateh buka Constantinople umur 22 tahun. Ibnu Sina menulis buku Qanun fit tibb umur 22 tahun (malah ada pendapat mengatakan umurnya 21 tahun). saya pada ketika umur 22 tahun, hanya memperoleh segulung ijazah? bagaimana mahukan Islam seperti dulu yang kuasai 2/3 dunia jika umat terdahulu tak mahu dicontoh?

sedarlah aini, umur makin pendek, jasa tak kan tak ada kan? FOKUSLAH! Sudah setahun habis belajar, sepatutnya adalah sumbanganmu…..USAHALAH!

SYAM………….tanah itu, ku mahu jadi ‘tanahku!’

24 Jun 2011

~ bila ALLAH kata :- ‘kun fa yakun!’~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Mencintai hambaNya.

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Tahniah kepada blog ini kerana mencapai capaian seramai 10,000 pengunjung. Ok! Memangla tak ramai mana kalau nak di bandingkan dengan blog-blog yang lain, tetapi tetap juga nak ucap tahniah. Ini kan blog saya! (tetiba!)

Semalam menonton siaran Tv baru, TV Al-Hijrah, segalanya bermula disini. (waaahh!) menonton cerita Ketika Cinta Bertasbih. Ini bukan kali pertama menontonnya, sudah banyak kali juga. Tetapi malam tadi, terasa dekat sungguh jalan cerita itu dengan diri. (alamak!)

Mesti penonton lelaki bila tengok filem itu membayangkan isteri seperti Anna, dan wanita membayangkan suami seperti Azzam. Indah bukan? Bukanlah diri tidak ‘berangan’ seperti itu, tetapi apa yang betul-betul diri tertarik pada cerita itu yang disedari semalam adalah watak Ustaz Ilyas. Sungguh!

Wataknya hanya sedikit, tetapi bagi diri Berjaya memberi kesan. Dan ia adalah kesan peribadi. Diri yakin, sekarang sangat susah mencari watak seperti Ilyas. Hahaha (mencabar sepertinya).

Ramai yang bersedia menghulurkan tangan untuk bersahabat, untuk mengenal hati budi, tetapi kurang yang berani terus berjumpa wali. (hmmmmm~)

Jika ada seperti itu, untungla DIRI yang Berjaya menjumpainya. Hahaha (ameeenn!)
Yang dulu, tetap yang dulu. Yang sekarang, moga-moga bukan seperti dulu. Yang akan datang, kekal selamanya. (apa lah!)

bila datang, adalah, bila belum, maka bersabarlah.
bila ALLAH kata jadi, maka jadilah! 🙂
.
.
.
.

p/s: A:- lau samah, enta malizi?
B:- naam, ana min……….
A:- namamu shiapa?
B:- namaku “Abdullah”!
Aiiiseehhh!!! Awat nie aini? hahaha

sudah-sudah, luch hour sudah habis, sila sambung kerja!

22062011 – tarikh ini masa tahun lepas, diri di Syam, tengah rindu nak balik malaysia sangat-sangat, dan sekarang tarikh ini tahun ini sedang rindu nak ke Syam semula!

cinta saya ada banyak sangat dekat Syam! BANYAK! -bukan ramai ok~

~loveisnowhere~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Mencintai.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah.

Hari ini seharian ber-training- (baca: berkursus). Sebagai staff baru di dunia perbankan. Memenuhi syarat-syarat sebagai pekerja disini.

Oh! Banyak benda baru yang saya tahu, terutama mengenai tempat kerja saya ini.

Eh! Kenapa guna ‘saya’???

Ok2..kembali kepada asal.

Apa yang sangat diri teruja adalah diri dapat tahu apakah maksud disebalik OSK ini. Sudah banyak kali tertanya-tanya, bertanya-tanya, tetapi belum dapat jawapan yang benar-benar puas hati.

Dan, di kursus ini, diri dapat tahu. Alhamdulillah.

Bukan apa, orang tua-tua kata, kalau tak kenal, maka tak cinta. Bukan bermakna diri nak bercinta dengan OSK ya, Cuma nak tahu dan mengenali dengan lebih dekat orang kata. Hahaha

Jangan ingat OSK bermaksud Orang Sangat Kaya tau! Tetapi moga-mogalah boleh jadi kaya kerja dekat sini. Boss bagi bonus banyak-banyak. Kan kan?

OSK stand for Ong Sue Kew (tak pasti ejaan bagaimana) beliau adalah orang yang menubuhkan bank ini. 2 beradik katanya.

Lepas ini, bila orang Tanya kerja di mana dan apa makna OSK, dengan tanpa segan dan rendah diri bolehlah sebut nama ini.

Dan paling hebat, sebenarnya bank ini sudah berusia 43 tahun. Mempunyai banyak cawangan di Malaysia malah di Indonesia, China dan Cambodia. Baru tahu agak hebat bank ini.

Produk yang ditawarkan juga banyak. Berbagai-bagai. Ada juga yang diri tak tahu dan tak pernah dengar pun. Satu lagi benda baru yang dipelajari hari ini. Walaupun hanya secara surface.

(bercampur bahasa itu seperti kurang elok sahaja)

Sekadar mengisi masa menunggu jam pada angka 6.15pm. mahu pulang. Kalaulah Boss tahu yang diri menulis blog sewaktu kerja, mesti dipanggil kan? Hahaha. Tak apalah, diri sedang mempromosi dan memberitahu maklumat tentang OSK. Kira jalankan tanggungjawab sebagai duta dalam diam la kan? Haha -ini yang dipesan dalam kursus tadi. 🙂

(mengarut!)

.
.
.
.
p/s : siapa baca tajuk love is no where, tiada cinta dalam hati dia, tetapi perlu dibaca love is now here!
tumbuhkan rasa seronok, gembira dan suka bekerja, supaya tekanan menjadi kurang dan kita menjadi selesa untuk bekerja.

bekerja untuk my goals dan OUR goals too!

sekarang sudah 6.15pm.
sudah boleh baik.
daaaaaaaaaaa~

16062011

~ DIA sudah susun sebaik mungkin, sangat baik! ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha merancang dan Sebaik-baik Perancang!

ALhamdulillah.
Alhamdulillah.
ALhamdulillah.

Dikandungan oleh seorang wanita yang hebat, Alhamdulillah, dah ALLAh susun begitu.
ALLAH tak bagi pilih ibu sebab pilihan ALLAH lebih hebat. 🙂

Kehilangan bapa sedari kecil. Sudah ALLAH tentukan begitu. Tetapi, ALLAH ambil satu, ganti dengan yang banyak! Pakcik-pakcik dan abang ramai. Alhamdulillah.

Sekolah tadika, mahu sekolah di tadika depan jalan, bukan tadika bawah surau, tetapi, ALLAH susun atur begitu, dapat juga sijil tadika kan?

Sekolah rendah, mahu selalu duduk kelas depan, tetapi pernah sahaja duduk kelas akhir, sebab, ALLAH nak kurniakan sabar dan bagi peluang dapat number depan-depan dalam kelas. Cantik susunan ALLAH.

Sekolah menengah, tak mahu sekolah di sekolah agama, mahu sekolah di sekolah biasa yang pakai kain biru. Tetapi ALLAH letakkan disitu, Alhamdulillah, lulus Sijil Menengah Agama juga.

Lepas SPM, memang niat tak mahu sudah sambung dalam bidang pengajian Islam, tak kisahlah Syariah ke, usul fiqh ke, yang penting tak mahu sudah belajar tentang SYARIAH lagi, tambahan kalau ada subjek bahasa arab, memang sudah tak mahu dan sudah penat. Mahu tukar jurusan.

Tetapi, ALLAH hijabkan diri masa daftar IKIP Yarmouk, tak Nampak perkataan Syariah didepan tawaran itu, dan tak perasan akan sambung ke Negara Arab dan MESTI menggunakan bahasa arab. subhanaALLAH. Sekarang sudah dapat degree pun. Alhamdulillah

Sudah habis belajar, tekad tak mahu masuk industry, maksudnya tak mahu kerja dalam bank, yang mahu kerja yang berkaitan dengan ekonomi, tak mahu bank, tetapi ALLAH jodohkan juga dengan bank! Sekarang, kadang-kadang seperti bahagia kerja di bank.

ALLAH juga kenalkan dengan beberapa orang untuk dijadikan calon pasangan, tetapi ALLAH ‘tarik’ di saat-saat akhir, subhanaALLAH, cantik rahsia ALLAH. ALLAH tangguhkan dulu untuk bagi ruang diri betul-betul sedia. Alhamdulillah.

Tak semua yang kita mahu, itu yang terbaik untuk kita, tetapi apa yang kita dapat selalunya paling indah buat kita, bagi kita yang faham halusnya bahasa ALLAH dalam memberi. Syukur Ya ALLAH!.

Kan ALLAH ada cakap : dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. [al-baqarah 216]

Dan lagi ALLAH kata : ……kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). [an-nisa 19]

Mana lagikah nikmat ALLAH yang mahu didustakan?

Bersyukurlah. Alhamdulillah.

Terima Kasih Ya ALLAH!

belum disenaraikan jenis nikmat yang diberi percuma.yang nampak dan yang tak nampak. SubahanALLAH! hebatnya MU ya ALLAH….

malu…..

p/s: kalau ada orang kerdil, memang dia kerdil, kalau tiada sifat hamba, sia-sia jadi kerdil. kalau jadi orang besar, memang dia besar, kalau tiada sifat syukur, sia-sia jadi besar.
150611
1pm

~ jom kita sama-sama berdoa! ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Menunaikan Jnji.

Alhamdulillah.
ALhamdulillah.
ALhamdulillah

Pesanan ringkas ini dibawakan ikhlas daripada tuan punya blog free ini.
Jom kita berdoa. Kita tetapkan harapan kita hanya pada ALLAH.

Kita doa sungguh-sungguh, kita yakin Dia akan dengar dan makbulkan doa kita. Jika Dia tak bagi apa yang kita inginkan, sudah pasti Dia akan gantikan dengan yang lebih baik.

Oh~ sebelum berdoa, jangan lupa usaha yea. Mestilah kena sama-sama kan? Dan doa juga merupakan satu usaha.

Doalah setiap masa. Bila teringat! Dan berselawat sekali.

Ini kempen jom berdoa. Jom gunakan senjata hebat yang kita ada ini.

Selepas doa, kita senyum tau! Dan ucap terima kasih banyak-banyak pada DIa kerana Dia bukakan pintu hati kita untuk berdoa. Dia bagi kita peluang untuk rasa nilai hamba. Dan bagi kita ruang untuk yakin dan mengagumi Dia.

bimbang lupa doa, akan jadikan kita hamba yang tidak bersyukur dan ego! minta dijauhkan.

.
.
.
.

p/s: saya doakan kawan-kawan yang ada temuduga dapat kerja itu.
Saya doakan saya dapat dijadikan staff tetap di sini.
Saya doakan kita jadi hamba yang hebat. Didunia dan akhirat.
Saya doakan ALLAH jaga hati-hati kita.
Saya doakan ALLAH campakkan ikhlas dalam hati kita.
Saya doakan ALLAH berkati dunia dan akhirat kita.
Saya doakan moga ALLAH redhai kita semua.
Saya doakan ALLAH matikan kita dalam keadaan yang beriman.
Saya doakan kita semua dapat bertemu denganNYA.

Ilahi, anta maqsudana, wa ridoka matlubana

~Kalau orang kata rindu itu sakit, saya kata rindu itu indah!~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Memiliki hati-hati kami!

Alhamdulillah.
ALhamdulillah.
ALhamdulillah.

Ini cerita tentang perasaan dan pandangan. Cerita-cerita kosong yang tiada istimewa bagi mereka yang tidak istimewa! Ouucchh~

Hujung minggu yang bermakna. Berlibur bersama sepupu yang terapat. Kami sebaya, kami kongsi banyak benda besama, dan kadang-kadang, perasaan kami juga sama.

Apa yang boleh diri katakan tentangnya, dia memang sepupu, dia juga kakak, dia juga adik, dia juga rakan, dan kadang-kadang jadi musuh. Cuma bukan musuh untuk di’bunuh’lah! Haha

Memang dah jadi rutin untuk kami bila berjumpa, pasti bercerita sampai tak ingat masa! Tidur pun jadi tak cukup sebab sanggup bersengkang mata untuk dengar dan bercerita. Dan kami patikan tiada siapa yang menganggu kami!

Banyak benda yang dia sedarkan diri ini. Banyak benda yang dia membuatkan diri ini banyak fikir. Sebelum ini pun memang banyak fikir, sekarang lagi bertambah banyak fikir.

Terima kasih anis!  rindu pada suasana kecil-kecil dulu, paling suka main buaya-buaya dekat rumah arwah aki. Kecoh sampai orang tua-tua kat bawah tak boleh nak berborak sebab suara kita sangat kencang! Seperti nak roboh rumah aki.

Ingat juga main ‘kopek durian’. Ini mainan yang sangat tidak elok untuk dimain ketika dewasa! Main kenakan orang yang nak masuk bilik, letak air lah, tepung lah. Memang kaki kenakan orang. Gaduh-gaduh usah ceritalakan. Sangatlah ganas! Hahaha

Teringat juga, masa kecil-kecil, berlumba makan buah rambutan paling banyak. Aki sampai kena buat pertandingan supaya buah rambutan yang aki kait habis. Ala~ rindu pada arwah aki!

Ingat juga masa berlari bawah pokok durian, kejar cari durian gugur. Dan selalunya saya tak dapat. Ok! Saya tak hebat.

Bila dah besar sikit, kita dan pandai kongsi rahsia. Sampai mak bising suruh tidur sebab asyik berborak. Awak cerita tentang kehidupan awak, saya cerita tentang kehidupan saya. Saya cemburu dengan awak, awak juga cemburu dengan saya. Hakikatnya kita sedang bersaing sesama sendiri untuk sama-sama hebat.

Masa tingkatan 4 saya sangat cemburu lihat sijil-sijil kokurikulum awak banyak, saya tak ada sebanyak itu pun, jadi saya berusaha untuk menyaingi, walau sekarang kalau kira-kira awak masih menang, sekurang-kurangnya sijil saya bertambah! Terima kasih sebab jadi pemangkin untuk saya aktif. Haha

Bila nak habis belajar, saya cemburu sebab awak habis dulu dari saya. Saya nak habis cepat-cepat juga. Boleh kata, apa yang awak ada saya juga mahu. Awak ada lessen kereta, saya juga mahu, awak ada kerja, saya juga mahu, awak ada kekasih, saya juga mahu, Cuma yang ini belum lagi. Hahaha. Tengok! Kan awak dah lebih dari saya. Tak apa, saya sedang berusaha keras sekarang! Haha

(apalah yang saya mengarut ini)

Rindu kan.

Mungkin ALLAH dah takdirkan kehidupan kita sama, Cuma berbeza. Awak dengan kehidupan awak, dan saya dengan kehidupan saya. Saya mahukan jati diri yang hebat seperti awak, awak mahukan suasana hidup saya. Tetapi, apa yang kita nak, bukan semua yang kita akan dapat. ALLLAH bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

ALLAH letakkan awak dalam situasi sebegitu, sebab ALLAH nak letakkan saya dalam situasi begini. ALLAH susun dah cukup baik. ALLAH tahu awak kuat untuk hidup dalam kehidupan awak dan saya lemah jika saya berada dalam situasi awak.

Saya tak kuat dan tak hebat macam awak, sebab itula ALLAH letakkan saya dalam zone yang selesa dan selamat. Alhamdulillah. Bukan bermakna ALLAH letakkan awak dalam zone itu, ALLAH tak sayang awak, tetapi ALLAH lebih sayang. ALLAH beri kita ujian sebab mahu tingkatkan taqwa dan tebalkan iman kita.

Kan ALLAH ada kata bahawa DIA tidak akan membebankan hambaNYA luar dari kemampuan kita! Jadi, kita mesti bersyukur dengan apa yang kita dapat. Jika tak mampu bersyukur dengan nilai yang kecil, mesti lagi susah mahu bersyukur dengan nilai yang banyak. Jika tak syukur bimbang akan menjadi kufur nikmat pula. Minta dijauhkan!

Ok! Ini post untuk awak. Saya tahu awak akan baca dengan hati dan berhati-hati. Just want to let you know that I really love you! Awak….tolong jaga hati baik-baik tau. Awak jangan rosakkan dia, kalau ada luka, cepat-cepat sembuhkan, kalau ada cela, cepat-cepat hapuskan.

Jaga hati itu sangat susah! Jika hati terjaga, insyaALLAH semuanya akan baik. Jaga hati itu banyak cara, pilihlah yang mana mudah. Rosakkan hati juga banyak cara, janganlah dipilih walaupun satu cara.

.
.
.
.
.

p/s: saya teringin ice blended yang hari itulah! Nak lagi, dan sedapnya jeruk tu! Dan sekarang saya sedang telan air liur ok! nanti nak lagi.

140611

~Realiti itu bukan satu fantasi ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Menguasai Alam ini.

Alhamdulillah.
ALhamdulillah.
Alhamdulillah.

Resah dan lemas. Itulah setiap kali menaiki train untuk pergi dan balik dari kerja. Bukan kerana kesesakan sahaja, tetapi sakit mata yang memandang adegan-adegan mesra pasangan kekasih.

Tak perlu dihuraikan bagaimana cara mereka bermesra, cuma mahu dinyatakan bahawa keadaan tersebut adalah bukan untuk tontonan umum sahaja.

Diri bukan cemburu dengan mereka kerana mereka ada kekasih, tetapi resah melihat maksiat didepan mata tetapi tidak mampu melakukan apa-apa melainkan berpaling dari melihatnya sahaja.

Sungguh! Rakyat Malaysia hampir hilang rasa malu, segan dan menghormati orang lain. Nilai moral usahkan lagi. Jenayah meningkat. Masalah sosial berlambak. Inilah nilai pembangunan yang Malaysia perlu bayar.

Wawasan 2020 menggariskan kemajuan mengikut acuan sendiri. Tetapi apa yang diri nampak secara peribadi, tiada pun acuan sendiri, masih juga mengikut budaya jahilyah yang mekar di barat sana.

Ini bukan isu picisan. Ini isu ummah! Diri tidak mahu anak-anak sendiri nanti membesar dalam persekitaran yang tidak indah dan tidak baik. Malah juga tidak sihat.

Mahukan Negara maju dan membangun setanding dengan Negara maju yang lain, bukan diri mahu bangkang, malah menyokong kerana kita mesti sentiasa menjadi lebih baik dari semalam.

Wawasan 2020 adalah satu garis panduan yang agak relevant untuk diikuti. Diri bukanlah pecinta Dr Mahathir atau anti kerajaan, ini adalah pendapat peribadi.

Apa yang diri lihat, agenda wawasan 2020 dan cabarannya kurang diketengahkan lagi. Kemajuan yang mengikut arah ketimuran. Kemajuan yang dilungkupi nilai-nilai insan.

Keadaan sekarang lebih menjurus kepada Negara berpendapatan tinggi. Ini juga merupakan antara ciri sebuah Negara maju.

Tetapi apa yang diri lihat dan baca, diri Nampak, bukan menuju Negara berpendapatan tinggi tetapi kroni berpendapatan tinggi. Diri sedang menggunakan hak sebagai rakyat Malaysia yang berhak untuk menyuarakan pendapat.

Diri bukan mahu mengkritik kerjaan pemerintah atau mengagungkan pembangkang. Diri sekarang bersifat neutral. Jika kerajaan melakukan perkara yang benar, diri akan sokong, jika kurang sesuai pada pandangan diri, tidak berdosa rasanya bila diri ‘menegur’.

Kita lihat, Malaysia membuka peluang-peluang pelaburan yang besar kepada syarikat dari Negara luar. Untuk menarik ramai pelabur melabur dan membuka perniagaan di Malaysia, kerajaan mengenakan cukai yang rendah atau pengecualian cukai sehingga tempoh masa yang tertentu. Strategi ini mungkin boleh menarik minat pelabur.

Dalam keadaan yang sama, kerajaan mengumumkan bahawa kerajaan mengalami deficit yang banyak. Pendapatan kerajaan kian kurang kerana menanggung subsidi untuk rakyat.

Situasi ini diri lihat tidak selari. Rakyat yangs susah menjadi semakin susah dan golongan yang kaya menjadi semakin kaya.

Bagaimana keadaan ini berlaku?

Kita bayangkan sebuah syarikat besar mahu memanjangkan perniagaan sudah tentu golongan yang berpendapatan tinggi, diberi pengecualian cukai, maka kos pengeluaran syarikat barunya akan berkurangan kerana tidak perlu membayar cukai, dan pendapatan untuk syarikat itu semakin bertambah.

Rakyat yang susah yang hanya mampu berbelanja untuk keperluan terpaksa berbelanja lebih akibat kenaikan harga barang kerana kerajaan mengurangkan subsidi yang mana kerajaan melaporkan bahawa mereka mengalami keadaan difisit. Dan rakyat terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang, kuasa beli semakin berkurang. Inflasi berlaku.

Umumnya diketahui, pendapatan Negara adalah daripada cukai. Bila cukai dikurangkan, pendapatan Negara juga akan berkurang. Bila pendapatan Negara berkurang, kerajaan terpaksa mengurangkan perbelanjaan. Bila kerajaan mengurangkan perbelanjaan dengan cara mengurangkan subsidi, rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana terasa kesannya.Pemilik syarikat besar terusan mendapat untung berganda kerana ‘cuti’ daripada membayar cukai.

Ini baru isu cukai dan perbelanjaan yang dilakukan, malah mengambil contoh yang sangat mudah, belum dibuat kira-kira dengan data. Sudah pasti tergamam semua rakyat!

Belum lagi isu sosial, masalah pembuangan bayi, jenayah, belum lagi isu permainan politik yang kurang rasiaonalnya.

(mula-mula mahu menyuarakan isu social, terpanjang pula isu ekonomi!)

Diri tahu diri bukan pakar, ini adalah suara dan penilaian peribadi berdasarkan pengetahuan sendiri.

Kitakan Negara Islam, majority penduduknya Islam, pemimpinnya juga ramai yang Islam, jadi mengapa tidak mahu mengikut contoh-contoh pemimpinan Islam yang dulu?

Dan soalan yang lebih ‘baik’ mengapa tidak mahu mengikut aturan Al-quran dan Sunnah. (belum tentu pembangkang menjadi pemerintah, mereka akan buat yang sama! Ini kerana masing-masing pentingkan ‘perut’ dari tanggungjawab!) oppppsss~

Teringinkan pemerintah seperti Umar Al-Khatab yang sanggup menyamar untuk tahu keadaan sebenar rakyatnya, rindu juga pada pemerintahan Umar Abdul Aziz yang tidak pernah memesongkan duit baitul Mal walaupun untuk membeli pelita.

Cuba juga bayangkan keadaan yang mana, serigala juga tidak makan kambing yang diternak kerana takut dan hormatnya pada keadilan pemerintah! sekarang bukan sahaja binatang menunjukkan belang, manusia juga bagai hilang kemanusiaannya.

Akan berlakukah lagi? Dan apakah di Malaysia yang tercinta?

-sekurang-kurangnya saya sudah bersuara, moga-moga Tuhan pandang usaha saya!  ~

.
.
.
.
.
.
.
p/s: umur saya sudah 23, jadi layak untuk mengundi, bukan parti menjadi pilihan, tetapi credibility calon yang utama, kebolehah dan kejujuran yang penting. Bimbang bila salah memlilih pemimpin, dosa yang dilakukannya turut terpalit pada pengundi juga! Nauzubillah!!!

bila harga minya dibandingkan dengan negara bukan pnegeluar minyak, dan bila kos perumahan dibandingkan dengan negara maju dan kurang tanah seperti singapore.

mengapa gaji dan pendapatan negara tidak mahu di bandingkan sekali? haa~ ini yang perlu dijawab..:)

kadang-kadang cerita tentang dunia semasa, betul-betul membuat diri resah tentang tanggungjawab sebagai seorang rakyat. Dan adakah pemimpin berfikir tentang soalan di akhirat nanti? pemimipin itu adalah kita.

Ilahi, anta maqsudi wa ridoka Matlubi!

10062011