~ ok ok, saya sudah besar! ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Bersyukur kepada ALLAH dengan setinggi-tinggi kesyukuran.

Seminggu tidak menulis. Sibukkah? Tidaklah sangat sibuk, tetapi tidak berkesempatan untuk membuat terapi pada diri sendiri dengan menulis.

Hujung minggu lepas, balik ke Temerloh, menghadiri kenduri abang Tasniim Samsuddin. Kawan baik sedari sekolah rendah lagi.

Kami kenal semasa darjah 5. Beliau pelajar baru. Dah menjadi kebiasaan sekolah-sekolah, bila ada pelajar baru, pasti dia akan menjadi agak glamour pada awalnya. Tetapi berbeza dengan kawan saya yang ini, sampai habis UPSR dia masih lagi glamour dan mempunyai ramai peminat. Adakan sampai yang ‘gila banyang’ padanya. Kelakar bila ingat zaman chenta kanak-kanak dahulu. C.O.M.E.L.

Mula-mula berangan juga mahu jumpa rakan-rakan lama dari sekolah rendah dahulu. Tetapi hanya berkesempatan jumpa dengan Ima dan yus sahaja, mungkin yang lain menghadiri kenduri yang lain agaknya. Hujung minggu cuti sekolah begini memang aktiviti penuh dengan kenduri sahaja.

Setelah 8 bulan balik dari Jordan, baru berkesempatan untuk berjumpa dengannya. Tidaklah banyak sangat berubah, masih manis dan cantik seperti dahulu lagi, tambah Cuma makin matang kot. Oh~ makin rendah sekali, tetapi mungkin sebab saya yang makin meninggi kot. Hehehe.

Tidak banyak kisah yang dirungkaikan hari itu sebab biasalah kendurikan, tuan rumah pula, mestilah sibuk.

Antara kenangan yang paling saya ingat dengan tasniim ini adalah sewaktu dia datang rumah untuk makan tengahhari sebelum mula kelas tambahan UPSR. Kami jalan kaki balik bersama, memandangkan rumah dan sekolah saya dekat sahaja, jadi waktu rehat sebelum mula kelas tambahan buat kami sempat untuk balik tukar baju dan makan.

Masa makan kami borak-borak dan ada terselit lawak dalam perbualan itu, beliau tidak tahan gelak sehingga tersembur nasi dalam mulutnya dan mangsanya adalah SAYA. Bermandi nasi tengah hari itu. Serius bila teringat pasti akan gelak. Merasalah bermandi nasi kan. Hehe

Lagi satu, tasniim ni orang kedah, jadi mula-mula ada loghat yang kurang difahami sedikit, dan ada juga yang tersalah faham.

Teringat apabila beliau mengajak saya ke kedai untuk memberli keropok. Saya bayangkan keropok itu adalah keropok leko yang digoreng, tetapi rupanya keropok yang dimaksudkan tasniim adalah jajan ataupun junkfood. Serius keliru!

Kami sangat rapat dulu-dulu, tetapi sekolah menengah terpisah, beliau sekolah di sekolah lain dan saya bersekolah disekolah lain. Tetapi kami sangat romantic! Kami ada juga berutus surat. Surat yang sangat kelakar bila dibaca sekarang. SANGAT KELAKAR.

Kami ada janji sebelum UPSR, tetapi janji kami setakat ini belum pernah terkasana lagi. Belum ada kesempatan.moga ada kesempatan lain kali. Ameeenn!

Rindu zaman kanak-kanak dan belajar. Rindu pada tension yang tidak seberapa. Rindu pada waktu yang tidak terkejar-kejar, rindu pada zaman dahulu.

Apa cerita kawan-kawan seokolah rendah saya yang lain ya? 11 tahun telah terpisah. Moga-moga ada rezeki untuk bertemu dan bertukar khabar, walaupun dulu tak rapat mana, bukan sekrang tak boleh rapatkan? Hehehe.

Andai dapat, ku putarkan putaran dunia..syukur tak dapat, kalau tak, tak merasalah jadi besar, tak merasalah migrain untuk selesaikan masalah, tak merasalah balik malam untuk siapkan kerja, tak merasalah menjadi dewasa dan diuji dengan ujian kan? Syukur syukur syukur.

Baru perasan yang banyak cerita pasal zaman dulu-dulu sekarang kan? Aini jadikan sejarah sebagai iktibar supaya tidak diulang yang tidak elok, dan jadikan sejaranh sebagai pemangkin untuk menjadi lebih baik dari sejarah!

Sultan Muhammad Al-fateh sebelum membuka kota Constantinople pun mengkaji sejarah serangan dahulu untuk tidak mengulangi sejarah kegagalan! Dan beliau Berjaya. Alhamdulillah.

.
.
.
.
.
.

p/s: muhammad al fateh buka cinstinople pada usia 22 tahun, saya sudah hampir masuk 23 tahun, tetapi apa yang saya sumbangkan? oh ~~~

baca pasa turkey, rasa nak pergi ke sana lagi, nak betul-betul hayati suasana dalam masjid biru dan pemandangan selat bosphorus dari istana topkapi! dulu-dulu hanya ‘separuh hati sahaja’ menghayatinya. rugi-rugi!

saya rasa, rasa cinta yang konon-konon terterbit itu adalah hasutan syaitan untuk buat saya leka, dan sekarang alhamdulillah, saya sudah bebas!🙂 syabas betiii…hehehe -hanya untuk yang halal sahaja kan aini? hehehe-

dan saya mahu berehat dari social network sepertinya.🙂

060611 -bday fiza lah! hepi bday bdk inceif..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s