~Realiti itu bukan satu fantasi ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Menguasai Alam ini.

Alhamdulillah.
ALhamdulillah.
Alhamdulillah.

Resah dan lemas. Itulah setiap kali menaiki train untuk pergi dan balik dari kerja. Bukan kerana kesesakan sahaja, tetapi sakit mata yang memandang adegan-adegan mesra pasangan kekasih.

Tak perlu dihuraikan bagaimana cara mereka bermesra, cuma mahu dinyatakan bahawa keadaan tersebut adalah bukan untuk tontonan umum sahaja.

Diri bukan cemburu dengan mereka kerana mereka ada kekasih, tetapi resah melihat maksiat didepan mata tetapi tidak mampu melakukan apa-apa melainkan berpaling dari melihatnya sahaja.

Sungguh! Rakyat Malaysia hampir hilang rasa malu, segan dan menghormati orang lain. Nilai moral usahkan lagi. Jenayah meningkat. Masalah sosial berlambak. Inilah nilai pembangunan yang Malaysia perlu bayar.

Wawasan 2020 menggariskan kemajuan mengikut acuan sendiri. Tetapi apa yang diri nampak secara peribadi, tiada pun acuan sendiri, masih juga mengikut budaya jahilyah yang mekar di barat sana.

Ini bukan isu picisan. Ini isu ummah! Diri tidak mahu anak-anak sendiri nanti membesar dalam persekitaran yang tidak indah dan tidak baik. Malah juga tidak sihat.

Mahukan Negara maju dan membangun setanding dengan Negara maju yang lain, bukan diri mahu bangkang, malah menyokong kerana kita mesti sentiasa menjadi lebih baik dari semalam.

Wawasan 2020 adalah satu garis panduan yang agak relevant untuk diikuti. Diri bukanlah pecinta Dr Mahathir atau anti kerajaan, ini adalah pendapat peribadi.

Apa yang diri lihat, agenda wawasan 2020 dan cabarannya kurang diketengahkan lagi. Kemajuan yang mengikut arah ketimuran. Kemajuan yang dilungkupi nilai-nilai insan.

Keadaan sekarang lebih menjurus kepada Negara berpendapatan tinggi. Ini juga merupakan antara ciri sebuah Negara maju.

Tetapi apa yang diri lihat dan baca, diri Nampak, bukan menuju Negara berpendapatan tinggi tetapi kroni berpendapatan tinggi. Diri sedang menggunakan hak sebagai rakyat Malaysia yang berhak untuk menyuarakan pendapat.

Diri bukan mahu mengkritik kerjaan pemerintah atau mengagungkan pembangkang. Diri sekarang bersifat neutral. Jika kerajaan melakukan perkara yang benar, diri akan sokong, jika kurang sesuai pada pandangan diri, tidak berdosa rasanya bila diri ‘menegur’.

Kita lihat, Malaysia membuka peluang-peluang pelaburan yang besar kepada syarikat dari Negara luar. Untuk menarik ramai pelabur melabur dan membuka perniagaan di Malaysia, kerajaan mengenakan cukai yang rendah atau pengecualian cukai sehingga tempoh masa yang tertentu. Strategi ini mungkin boleh menarik minat pelabur.

Dalam keadaan yang sama, kerajaan mengumumkan bahawa kerajaan mengalami deficit yang banyak. Pendapatan kerajaan kian kurang kerana menanggung subsidi untuk rakyat.

Situasi ini diri lihat tidak selari. Rakyat yangs susah menjadi semakin susah dan golongan yang kaya menjadi semakin kaya.

Bagaimana keadaan ini berlaku?

Kita bayangkan sebuah syarikat besar mahu memanjangkan perniagaan sudah tentu golongan yang berpendapatan tinggi, diberi pengecualian cukai, maka kos pengeluaran syarikat barunya akan berkurangan kerana tidak perlu membayar cukai, dan pendapatan untuk syarikat itu semakin bertambah.

Rakyat yang susah yang hanya mampu berbelanja untuk keperluan terpaksa berbelanja lebih akibat kenaikan harga barang kerana kerajaan mengurangkan subsidi yang mana kerajaan melaporkan bahawa mereka mengalami keadaan difisit. Dan rakyat terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang, kuasa beli semakin berkurang. Inflasi berlaku.

Umumnya diketahui, pendapatan Negara adalah daripada cukai. Bila cukai dikurangkan, pendapatan Negara juga akan berkurang. Bila pendapatan Negara berkurang, kerajaan terpaksa mengurangkan perbelanjaan. Bila kerajaan mengurangkan perbelanjaan dengan cara mengurangkan subsidi, rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana terasa kesannya.Pemilik syarikat besar terusan mendapat untung berganda kerana ‘cuti’ daripada membayar cukai.

Ini baru isu cukai dan perbelanjaan yang dilakukan, malah mengambil contoh yang sangat mudah, belum dibuat kira-kira dengan data. Sudah pasti tergamam semua rakyat!

Belum lagi isu sosial, masalah pembuangan bayi, jenayah, belum lagi isu permainan politik yang kurang rasiaonalnya.

(mula-mula mahu menyuarakan isu social, terpanjang pula isu ekonomi!)

Diri tahu diri bukan pakar, ini adalah suara dan penilaian peribadi berdasarkan pengetahuan sendiri.

Kitakan Negara Islam, majority penduduknya Islam, pemimpinnya juga ramai yang Islam, jadi mengapa tidak mahu mengikut contoh-contoh pemimpinan Islam yang dulu?

Dan soalan yang lebih ‘baik’ mengapa tidak mahu mengikut aturan Al-quran dan Sunnah. (belum tentu pembangkang menjadi pemerintah, mereka akan buat yang sama! Ini kerana masing-masing pentingkan ‘perut’ dari tanggungjawab!) oppppsss~

Teringinkan pemerintah seperti Umar Al-Khatab yang sanggup menyamar untuk tahu keadaan sebenar rakyatnya, rindu juga pada pemerintahan Umar Abdul Aziz yang tidak pernah memesongkan duit baitul Mal walaupun untuk membeli pelita.

Cuba juga bayangkan keadaan yang mana, serigala juga tidak makan kambing yang diternak kerana takut dan hormatnya pada keadilan pemerintah! sekarang bukan sahaja binatang menunjukkan belang, manusia juga bagai hilang kemanusiaannya.

Akan berlakukah lagi? Dan apakah di Malaysia yang tercinta?

-sekurang-kurangnya saya sudah bersuara, moga-moga Tuhan pandang usaha saya!  ~

.
.
.
.
.
.
.
p/s: umur saya sudah 23, jadi layak untuk mengundi, bukan parti menjadi pilihan, tetapi credibility calon yang utama, kebolehah dan kejujuran yang penting. Bimbang bila salah memlilih pemimpin, dosa yang dilakukannya turut terpalit pada pengundi juga! Nauzubillah!!!

bila harga minya dibandingkan dengan negara bukan pnegeluar minyak, dan bila kos perumahan dibandingkan dengan negara maju dan kurang tanah seperti singapore.

mengapa gaji dan pendapatan negara tidak mahu di bandingkan sekali? haa~ ini yang perlu dijawab..:)

kadang-kadang cerita tentang dunia semasa, betul-betul membuat diri resah tentang tanggungjawab sebagai seorang rakyat. Dan adakah pemimpin berfikir tentang soalan di akhirat nanti? pemimipin itu adalah kita.

Ilahi, anta maqsudi wa ridoka Matlubi!

10062011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s