~loveisnowhere~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Mencintai.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah.

Hari ini seharian ber-training- (baca: berkursus). Sebagai staff baru di dunia perbankan. Memenuhi syarat-syarat sebagai pekerja disini.

Oh! Banyak benda baru yang saya tahu, terutama mengenai tempat kerja saya ini.

Eh! Kenapa guna ‘saya’???

Ok2..kembali kepada asal.

Apa yang sangat diri teruja adalah diri dapat tahu apakah maksud disebalik OSK ini. Sudah banyak kali tertanya-tanya, bertanya-tanya, tetapi belum dapat jawapan yang benar-benar puas hati.

Dan, di kursus ini, diri dapat tahu. Alhamdulillah.

Bukan apa, orang tua-tua kata, kalau tak kenal, maka tak cinta. Bukan bermakna diri nak bercinta dengan OSK ya, Cuma nak tahu dan mengenali dengan lebih dekat orang kata. Hahaha

Jangan ingat OSK bermaksud Orang Sangat Kaya tau! Tetapi moga-mogalah boleh jadi kaya kerja dekat sini. Boss bagi bonus banyak-banyak. Kan kan?

OSK stand for Ong Sue Kew (tak pasti ejaan bagaimana) beliau adalah orang yang menubuhkan bank ini. 2 beradik katanya.

Lepas ini, bila orang Tanya kerja di mana dan apa makna OSK, dengan tanpa segan dan rendah diri bolehlah sebut nama ini.

Dan paling hebat, sebenarnya bank ini sudah berusia 43 tahun. Mempunyai banyak cawangan di Malaysia malah di Indonesia, China dan Cambodia. Baru tahu agak hebat bank ini.

Produk yang ditawarkan juga banyak. Berbagai-bagai. Ada juga yang diri tak tahu dan tak pernah dengar pun. Satu lagi benda baru yang dipelajari hari ini. Walaupun hanya secara surface.

(bercampur bahasa itu seperti kurang elok sahaja)

Sekadar mengisi masa menunggu jam pada angka 6.15pm. mahu pulang. Kalaulah Boss tahu yang diri menulis blog sewaktu kerja, mesti dipanggil kan? Hahaha. Tak apalah, diri sedang mempromosi dan memberitahu maklumat tentang OSK. Kira jalankan tanggungjawab sebagai duta dalam diam la kan? Haha -ini yang dipesan dalam kursus tadi.🙂

(mengarut!)

.
.
.
.
p/s : siapa baca tajuk love is no where, tiada cinta dalam hati dia, tetapi perlu dibaca love is now here!
tumbuhkan rasa seronok, gembira dan suka bekerja, supaya tekanan menjadi kurang dan kita menjadi selesa untuk bekerja.

bekerja untuk my goals dan OUR goals too!

sekarang sudah 6.15pm.
sudah boleh baik.
daaaaaaaaaaa~

16062011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s