~ because I of love you lah! ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Mencipa Setiap Sesuatu.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah.

Semangat menulis hari ini. Dua entry untuk satu hari. Atau mungkin tiga? haha.

Malam semalam berpeluang menonton cerita tahajjud cinta. Cerita ‘fenomena’ baru di Malaysia. Cinta islamik sepertinya. Bukanlah mengikuti setiap drama yang ada, cuma untuk cerita ini, memang ada daya penarik yang sangat menarik sehingga membuatkan diri tertarik. Merepek.

Video promosi cerita ini membuatkan diri teruja kerana memaparkan latar tempat di Jordan. Baca sinopsis cerita itu membuatkan diri terasa ingin menonton. Episod pertama tidak ditonton, kedua juga tidak. Terus menonton episod ketiga.

Jadi, dengan perasaan teruja yang ada, terusla membuat akaun di tonton.my untuk menonton cerita ini. Semangat kerana mahu lihat Jordan. Rindu sangat. Teruja bila menunjukkan beberapa latar yang ada disana.

Kebetulan minggu lepas semasa episod ke dua, kakak menanyakan sejarah petra. latar yang ada disana. Semangat jugalah bercerita dan memberi peringatan dan iktibar dari kisah petra tersebut.

tahniah juga kepada Eirma Fatima kerana berjaya mengarah cerita yang bergenre Islamik. Alhamdulillah, masih ramai yang jiwa-jiwa mereka ketandusan Islam yang sebenar. Ingin melihat kehidupan sebenar pelajar di timur tengah, budaya mereka.

Dalam cerita ini, diri tidaklah meletakkan ‘high expectation’. Treller juga sudah tahu akan ada isu. Isu yang timbul dalam diri ini. Mengapa ada slot itu? Seperti tidak sesuai sahaja.

Selesai menonton cerita itu, episod satu dan dua, diri termenung. Panjang. Terasa ada juga kenangan di Jordan muncul. Tetapi kurang puas hati. Diulang untuk kali kedua untuk dua episod itu. Kecewa. Sedih.

Cuba berbaik sangka, mungkin moral yang ingin diketengahkan belum sampai maksudnya, tetapi tetap juga rasa terpanggil untuk meluahkan kesedihan yang ada. Bagi mereka yang biasa-biasa mungkin tidak melihat keganjilan dari drama tersebut. Kerana konsep islamik yang diketengahkan sudah mengaburi mata yang melihat.

Diri bercakap bukan atas dasar atau nama Ustazah, tetapi sebagai penonton yang sedikit sensitif. Memanglah Ustaz dan ustazah pun buat silap, tetapi tak salah kalau kita jaga aib mereka. Malah cerita dan sesetengah babak dalam cerita tersebut seperti menyatakan bahawa ustaz dan ustazah ‘slumber’ melakukannya.

BUdaya hidup yang diketengahkan sememangnya tidak sama dengan realiti yang ada disana. Mungkin selepas ini pihak berwajib perlu memberikan sedikit atau lebih teliti mengenai budaya yang ada.

Sepanjang pengajian saya disana, belum sampai ke pengetahuan yang ada pelajar yang berjalan-jalan dengan bilangan sama rata. Sama banyak lelaki dan perempuan. Malah dalam kumpulan yang kecil. Kemudian berpecah untuk ‘berbincang’ sesama mereka. Setakat ini saya belum pernah tahu. Jadi apa yang dipertontonkan seperti menyatakan mereka biasa melakukan hal tersebut.

Adegan duduk berdua di unggun api pada waktu malam, berdua berjalan-jalan, berpegang tangan, dan MEMBUKA NIQOB. Terkejut rasanya melihat adegan itu. Memang dinayatakan yang beliau tidak sengaja, tetapi impaknya kepada masyarakat agak besar bagi saya.

Watak Ustaz Sauki beristeri empat dan tidak adil dalam giliran. Membawa imej buruk kepada poligami.
Ustaz yang berkat. dan bla bla bla…

Bila dialog “ala, Ustaz pun buat macam tu”, terkeluar dari benak masyarakat, ini menunjukkan bahawa tiada lagi golongan yang boleh diteladani. Tidak dinafikan ada juga ustaz dan ustazah yang melakukan kesalahan termasuk diri sendiri, tetapi tidak seharusnya dijadikan atau ditontonkan kepada masyarakat. Kita insan biasa yang memang tidak mampu mengetahui setiap apa yang terdetik dalam hati manusia.

Mungkin kelihatan emosi. tetapi begitulah yang dirasai. Bukan Ustaz dan Ustazah disana tidak langsung berinteraksi sesama mereka, tetapi jelaskan nilai-niali dan panduan yang mereka gunakan. Serlahkan secara baik budaya hidup mereka. Mungkin secara tidak sengaja boleh memberi kesan yang positif kepada Malaysia umumnya.

Oh, saya juga bukanlah Ustazah pilihan yang paling sesuai untuk memberi respon kepada hal ini. Saya juga bukanlah bersih dari dosa. Cuma sekurang-kurangnya sentiasa cuba membaiki diri dan dengan cara saya menulis ini adalah untuk mengingatkan diri sendiri. Sekurang-kurangnya bila menulis ini membuatkan saya sendiri akn berhati-hati untuk tidak lagi melakukan perkara yang sama. Bertaubat.

Bagi mereka yang berkecil hati dengan tulisan ini, saya minta maaf. Bagi yang berpendapat “ala yang tulis ini juga bukan baik sangat” saya mengaku, memang saya bukan baik mana, tetapi anda pula bagaimana? Jomlah kita sama-sama baiki diri. ALLAH tak pandang hasil tetapi pandang usaha kita. Daya kita dan semnagat kita.

Bagi mereka yang terasa dengan cerita itu, Jom sama-sama kita buktikan bahawa itu bukan budaya pelajar disana. Kita tunjukkan kepada masyarakat bahawa kita lebih baik dan sentiasa mahu memperbaiki diri kerana ALLAH Swt.

Sesungguhnya cerita itu membuat diri termenung. Dan teringat tentang Sabda Nabi SAW “sesungguhnya Islam itu datang dengan dagang dan akan menjadi dagang” (dagang:asing) Untunglah mereka yang dagang itu. -au kama qola-

Dan sehingga tak tahu rasa apa yang dominan sekarang kerana semua rasa bercampur baur.

Ilahi, anta maqsudi, waridoka matlubi.

.
.
.
.
.

.

.
.
.
.

p/s: Sangat lama untuk siapkan artikel ini. Tetapi gagahkan juga. Bimbang.
Sungguh iman makin lemah kerana buat baik pun rasa risau kan? oh~~~~~~~~~

Saya rindu Syam. Rindu rutin hidup disana. Mungkin sebab itu saya terpanggil untuk bercerita kisah ini kot. Rutin yang aman dan teratur. Hidup yang suasana dan biah solehah. Memanglah ada nakal-nakal, kira seperti garam dalam masakan.

Salah yang dulu moga ALLAH ampunkan. Sesungguhnya ALLAH Maha pengampun. ALLAH!

Dah tak jadi 2 entry 1 hari sebab dah pukul 12 tengah malam.

~ iktibar dari helang ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani hambaNYA

ALhamdulillah
ALhamdulillah
Alhamdulillah

Hujung minggu amat ditunggu-tunggu oleh semua orang, terutama golongan yang berkerjaya. Oh! sangat ‘heaven’ bila hujung minggu yang relax dan santai. Tak terkejar-kejar.

Jarang juga sebenarnya hujung minggu berpeluang hanya duduk dirumah. Tetapi alhamdulillah, minggu ini berpeluang seharian duduk dirumah. Memang seronok. Rasalah cutinya.

Nikmat sihat hanya dirasai oleh orang yang sakit, nikmat bercuti hanya dirasai oleh orang yang bekerja.
Terasa lapangnya bila bercuti. Walau Boss ada berikan ‘homework’ untuk hujung minggu ini, tetapi tetap rasa amannya bercuti. Ingat masa belajar sahaja ada homework untuk dibawa balik, kerja pun ada juga. Tetapi disebabkan sudah lama tidak ber’homework’, terasa teruja pula. Haha

Serius jiwa ini rasa sudah lama tidak mengembara. Terasa rindu. Jalan kaki pun sudah jarang. Memang padanlah berat badan naik dengan ‘gembira’nya kerana sudah lama tidak bersenam. Dulu-dulu juga tidaklah kuat bersenam, tetapi sering berjalan kaki.

Berjalan kaki juga mampu untuk membakar kalori yang banyak dan mengeluarkan peluh. Tambahan, kerja yang hanya duduk dikerusi empuk dengan penyaman udara, peluh pun terasa segan mahu keluar. Untuk kepejabat, lif sentiasa ada, memang jarak untuk berjalan sangat minimum. (boleh sahaja cari jalan kalau nak jalan banyak kn aini?). Rutin hidup yang sangat tidak sihat. Boleh sahaja berjogging sebelum kerja, tasik hanya depan rumah, cuma kegagalan menguruskan waktu. Padanla diri sendiri.

Mungkin sebab itu kot, peningkatan kurangnya kualiti kesihatan di Malaysia kini. Rakyat yang jarang bersenam. Rakyat itu juga adalah saya. Hmmmmmm~ -rajinkanlah diri untuk bersenam, walau hanya jalan kaki ok? –

Oh, teringat mahu notakan kisah yang sangat unik untuk diambil iktibar. Kisah si helang yang hebat. Kajian membuktikan bahawa helang adalah spesis burung yang mampu hidup lama. Adakala mencecah sehinggga 60-70 tahun. Tetapi untuk sampai ke tahap itu, helang perlu melalui tempoh yang sangat kritikal.

Menjelang umur 40 tahun, Helang akan menjadi sangat tua. Paruhnya akan memanjang sehingga akan terkena pada lehenya sendiri. Tajam tu. Bulu-bulu akan tumbuh lebat dan berat sehingga sukar untuk dia terbang tinggi. Kukunya juga memanjang.

Untuk terus hidup, helang mesti mengantikan paruh, bulu dan kukunya. Helang akan terbang tinggi ke satu kawasan bukit untuk transformkan dirinya kepada muda remaja. (hehehe).

Helang akan patukkan paruhnya ke bukit-bukit untuk mematahkan paruh yang panjang itu. Helang juga terpaksa untuk mencabut kukunya yang sangat panjang dan menjatuhjan semua bulu yang ada. Masa ini agak lama untuk berlaku. Jika helang ini tidak kuat, maka helang akan mati.

Cuba kita bayangkan jika kuku yang dijari ini tercabut atau dicabut. Sangat sakit. Tetapi helang ini sanggup untuk sakit kerana semangatnya untuk terus hidup. Selepas melalui masa yang sangat perit itu, helang akan kembali pulih dan kuat dengan paruh, bulu dan kuku yang baru. Malah lebih kuat dan gah.

Iktibarnya, untuk menjadi terbaik dan kuat, kita mesti melalui satu proses yang menyakitkan dan menyukarkan. Proses yang berterusan sehingga kita menjadi insan yang kuat.

Dugaan dan cabaran yang pelbagai genre juga kategori. Bergantung kepada keadaan. Kesakitan yang dirasai semuanya adalah untuk mematangkan diri. Menjadikan diri seorang yang sangat kuat dan kental. Sama seperti helang tadi.

Hebat bukan? Manusia yang ALLAH tanggungjawabkan menjadi khalifah seharusnya lebih kuat dan hebat. Ambillah pengiktibaran dari helang ini. Bukan mudah mahu berjaya. Bukan sikit air mata yang akan turun kerananya. Tetapi kesakitan yang dirasai pasti akan ‘hilang’ setelah melihat kejayaan yang diperoleh nanti.

Penatnya belajar, mesti akan hilang dengan terlihatnya Ijazah semasa Majlis konvokesyen. Pasti turun air mata kesyukuran. (ini memang pernah rasa). Sakitnya bersalin akan hilang selepas melihat comelnya anak yang dilahirkan. (Belum merasinya lagi, tetapi tahu melalaui penceritaan orang. -logik pun sebenarnya-)

Yang pasti, bukan kita sahaja yang ditimpa musibah dan bukan kita sahaja pernah sedih, manusia lain juga makhluk lain juga merasainya. Indahnya ciptaan ALLAH pada perasaan. SubhanALLAH.

ALLAH nak bagi kita nikmat yang tak terhingga untuk syurgaNYA, sebab itu kita diujiNYA. Ujian kan untuk tingkatkan taqwa dan kebergantungan kita pada ALLAH. Bersyukurlah dengan ujian kerana ALLAH tidak melupakan.

Senyum.

Ilahi, Anta maqsudi, Wa ridoka matlubi. (Tuhan, hanya ENGKAU yang ku maksudkan, dan RedhaMU yang ku dambakan)

p/s: Banyak perkara yang tertangguh, dapat disiapkan, hanya kerana bercuti.
Masa. Kalau tidak memotong pasti terpotong.

Kita merancang, ALLAH juga merancang, tetapi perancangan ALLAH adalah yang terbaik.

iktibar dari helang didengar di radio oleh Ustz Badlishah. Lepas dengar terasa sangat semangat. Semangat pemburu seperti helang. Semangat memburu kejayaan pandangan dari ALLAH. Yeaaahhh!!!!

Mestilah memilih, tak kan main sapu sahaja kan?

23 Julai 2011
Desa Bangsawan

~ Ramadhan dah nak datanglah! Jom sambut dengan meriah…~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Memiliki

ALhamdulillah
ALhamdulillah
Alhamdulillah

Dengan kurniaNya, maka sudah genap 23 tahun sekarang. Makin pendek unur yang ada. MOga-moga masih sempat untuk mengumpul amal memberatkan timbangan dan memberi kesan pada Islam. Dan sesungguhnya diri benar-benar maksudkannya. Ameeenn!

Tiada apa yang istimewa semalam. Biasa sahaja, Alhamdulillah, itu yang terbaik. Bimbang terlalu asyik suka dengan menyambut hari lahir, makin lupa pada dekatnya kematian. Biarlah tiada sambutan yang hebat, tetapi syukur jangan dilupakan.

Teringat tahun lepas, menyambut hari lahir dengan sedikit makan-makan bersama ahli rumah di Syiria. Banyak doa dan hari tersebut berjaya habiskan 2 juzu’ dengan Anisah Nabilah. Seronok sangat. Hujung minggunya pula ke Lubnan, jalan-jalan. Mengambil pengalaman dan iktibar yang ada di negara orang. ALhamdulillah.

Tahun ini, tiada jalan-jalan. Al-quran pun tiada dua juzu’, kenduri pun tiada, cuma yang ada hanya doa. Banyak! Doa semoga berkat umur. Moga ALLAH maqbulkan. Ameeenn. (Rindu mahu jalan-jalan lah).

Wow! Ramadhan sudah semakin hampir. Tak lama sahaja lagi. Semangat dan Tak sabar. Bulan yang memberikan banyak tarbiyah dan bulan penguat iman. Bulan pendorong amalan yang banyak-banyak. Moga tarbiyah ramadhan terus ada disetiap bulan. Memang susah, tetapi tidak mustahil.

ALLAHumma balighna Ramadhan.

Walaupun Ramadhan kali ini sudah di Malaysia, tetapi diri akan cuba menghadirkan suasana Ramadahn ketika di Syam ke Malaysia (untuk diri sendiri). Walau sukar untuk terawakih bertukar-tukar masjid setiap malam seperti di Syam, tetapi diri mesti berterawikh setiap malam! ya ALLAH, tak sabarnya…

Teringat Anisah Nabilah sangat-sangat sekarang. Walaupun Sehari sebelum puasa sudah Khatam quran bersama beliau, tetapi masa bulan puasa beliau tetap melakukan kelas bacaan semata-mata untuk membuat persediaan sebelum berjumpa Syeikh. Semangatnya SubhanaALLAH! Terima kasih anisah.

OH~ Rindu sangat aktiviti-aktiviti di Syam. Yang sudah itu cuma kenangan yang sekarang pun akan jadi kenangan. Pilihan diri untuk jadikan kenangan itu sebagai manis ataupun sebaliknya.

Dan, diri mahu jadikan Ramdhan yang akan datang ini sebagai Kenangan yang indah-indah sama seperti kenangan Ramadhan di Syam atau lebih baik lagi. Dan pastikan target ramadhan dipenuhi.

Teringat adab orang arab yang sangat memuliakan tetamu. Jika dikatakan pada mereka atau diajak mereka untuk berziarah, persiapan mereka cukup mantap. Air kosong yang dihidang hanya sebagai mukadimah persediaan mereka, bukan seperti sebahagaian kita yang memang hanya menjamu tetamu dengan air kosong.

Mereka akan pastikan kita datang dengan perut kosong, tetapi balik dalam keadaan yang sangat kenyang dan seronok. Mereka sediakan macam-macam. Air kopinya, nasi yang banyak, lauk yang sedap, buah-buahan yang pelbagai, sampai dah tak mampu nak makan! Sangat memuliakan.

Jadi iktibar yang diambil, tetamu yang bakal kunjung ini (Ramadhan) perlulah kita lakukan persediaan besar-besaran untuk menyambutnya. Seperti orang Malaysia menyambut Raya la kan. Sambutla Ramadhan seperti menyambut tetamu yang ditunggu dan seperti menyambut Syawal itu. 🙂

p/s: Ucapan hari lahir di blog lagi satu yea. (oh! kantoi ada 2 blog…hahaha)
Serius sangat tak sabar tunggu Ramadhan ini. Sengaja meniupkan perasaan teruja.

Rakan-rakan sepejabat (Cina) sudah mula tanya-tanya bila nak puasa yea? seronok nak jawab. Inilah 1 Malaysia. Bagaikan mereka juga akan menyambut puasa bersama kita. Working hours pun dipendekkan sedikit sebagai penghormatan untuk umat Islam berpuasa.

Pedoman itu ada dimana-mana, ikut diri sendiri nak ambil atau tidak. Tak kisahlah dari siapa pun.

We have a Choice, just choose it.

office
1.50pm
22 julai 2011
jom kerja dengan semangat!

~ Matang itu diukur dengan apa? Mm ke, cm ke, km ke, kg ke? Ke guna liter? Entah-entah guna darjah celcius! ~

Dengan Nama ALLAh Pemilik Alam ini.

ALhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Bila teringatkan tanggungjawab, rasa sesak didada tak boleh bernafas. Ya ALLAH, jangan KAU bebankan ku dengan apa yang tidak ku mampu ya ALLAH.

Risau pada tanggungjawab yang tidak tergalas. Hubungan dengan Pencipta kurang mantap. Hubungan dengan manusia kurang akrab. Sempit rasanya!

Apa yang akan dijawab andai ditanya apa yang digunakan pada nilai usia? Kemana harta digunakan? Utilitikah masa yang diberikan? Tanggujawab sempurnakah?

Oh! B.E.R.A.T!

Dan, ALLAH memilih manusia untuk menjadi khalifah kerana ALLAH tahu manusia MAMPU. Berusahalah sedayanya aini.

Ingin kongsi lagu yang memiliki seni kata yang menusuk dan memberi semangat untuk terus menjadi permata buat dunia. Yeaaahhh!!!

Lirik Aku Permata – Salma

Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan
Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar
Agar permataku terus bersinar

Senikata lagu ini jelas, namun ada klasiknya, ada seninya. Suara lantang salma kadang-kadang buat naik zouq! Waktu futur (lemah dan kecewa) sesuai untuk menaikkan semangat. 🙂

.
.
.
.
p/s: sedang usaha merangka masa depan, akhirnya menjadi rangka sahaja. Terlalu banyak fikir implikasi memang memendekkan langkahan kaki! Orang berani, mesti berani menanggung risikolah aini.

Bila mak ‘request’ nak menantu ustaz, siap nak demand imam muda lagi! Amboilah mak kan…hahaha…macamlah anak mak seorang ini “ustazah pilihan” sangat! Hahaha.

Dan bila terbayang kalau bakal nakhoda saya ustaz, uissshhh! Saya bukan ustazah sangatlah, IKIM.fm pon tak dengar, inikan pula lagu nasyid, dengar lagu-lagu lagha orang kata kan, sangat tidak ustazah lah! Hahaha

-Tak mahu dah lelaki yang bertopeng ustaz, kalau yang belajar agama tetapi nak bangga-bangga, hafal quran dan hadis sebab nak defend diri sendiri. Serik kot! Cinta enta entilah, cinta ana ustaz lah, cinta uhubuki fillah lah…oh! Bosan dengan kata-kata yang baik tapi dirosak dengan cara yang haram! INGAT! Niat tidak menghalalkan cara. (adeh…kenapa tiba-tiba sangat emosi nie?) (paranoidkah?)

– ya ALLAH hanya KAU yang tahu isi hatiku dan apa yang ku perlu, semuanya ku serah 100% padaMU. Cintaku seratus percent! –haa..kan dah kata tak ustazah, perumpamaan pun guna lagu dangdut- hammmbbeeekkkk koo~

Dunia itukan penjara untuk orang yang bertaqwa, perkahwinan itu bukan hanya atas dasar cinta untuk menyatukan dua hati semata-mata tetapi perlu kesedaran tentang tanggungjawab dan masa depan umat Muhammad. Berat sangat! –tanggungjawab beb-

Jangan bercerita tentang manisnya bercinta dengan pasangan kekasih, andai bangun malam pun masih tertatih!

Usah risau andai belum sampai jodoh, tetapi risaulah dengan tanggungjawab yang masih belum tergalas dengan baik, tanggungjawab pada diri, pada ibubapa, keluarga, kerjaya and so on.

ilahi, anta maqsudi, wa ridoka matlubi……

19 julai 2011

~ tak mudah namun tak susah, terserah atas pilihan..:) ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Mengatur segala sesuatu.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

oh! segan pula tiba-tiba. Segan pada insan yang tak dilihat. Mereng agaknya diri ini. Banyak sangat bermonolog. (sudah-sudah!)

Kali ini, terasa ingin berkongsi lirik lagu. Pertama kali dengar tajuk lagu ini sudah terdetik rasa teruja. Tajuk yang ringkas. POKOK. Dendangan Hazama dan Meet Uncle Hussin. Lirik dia sangat berseni. Dan….mempunyai double meaning. 🙂

Lirik Pokok – Meet Uncle Hussain
Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

untuk lihat video, silalah berusaha sendiri.

teringat lagu P. Ramlee

Tanya sama pokok,
Apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok,
Angin yang goncang.

Tanya sama angin,
Apa sebab hujan,
Nanti jawab angin,
Tanyalah awan.

Nanti awan kata,
Aku kandung air,
Sampai tempat sejuk,
Aku pun cair…

Tengok dalam air,
Nampak bayang-banyang,
Campak satu batu,
Bayang pun hilang.

(antara ingat tak ingat lirik ini)

(senyum)
(bahagia)

cerita-cerita minggu ini

1) Oh! Kami batch ke 2 IKIP-Yarmouk, sudah dapat anak buah. 10 Julai 2011. Anak Syazwana dan Faiez. Alhamdulillah. Bayi lelaki, moga-moga dialah penegak dan pemangkin Islam masa hadapan. Dan, Hari lahir “Mama Wana” sama dengan penulis blog ini. Wana sudah ada bakal pendoa untuknya, -kan anak yang soleh adalah aset untuk ibubapa kerana anak yang soleh sahaja akan mendoakan ibubapanya selepas kematian mereka.- oh! ini kes jeles!!! (hahaha) -semua itukan urusan DIA, serah sahajalah semuanya! :)-

2) Hujung minggu ini ada peperiksaan PTD, studi belum lagi. Moga-moga adalah rezeki. ya ALLAH, berikan yang terbaik untuk ku. Damaikanlah hati ku dan hati pemeriksa kertas soalan ku. (hehe) Ameeenn!

3) Semakin lama, semakin selesa berada dan bekerja di dalam Bank. Siapa kata kerja bank teruk? saya kata tak teruk manalah! buktinya, dari baju saiz kecil kepada saiz besar sedikit, dari berat 47, jadi 52kg. Ini memang tanda bahagia kerja bank. (hehehe) Moga-moga kekal lama dalamnya dan mampu menyumbang sesuatu padanya.

4) Dalam train balik dari kerja, duduk bersama dengan warga Saudi yang melancong di sini. Konon mahu mengasah karat yang ada, dan ternyata Bahasa Arabku sudah berkarat. SANGAT! (kecewa). Dahulu pun tidaklah sangat mahir, dan sekarang sudah lama tinggal, lebihla jadi kurang mahir. (sedih).

Ilahi, Anta maqsudi, Wa ridoka Matlubi.

p/s: sedang siapkan draf rangka perubahan dan pencapaian yang dicapai dan mesti dicapai. Banyak yang mesti diubah kembali. Rancang betul-betul. Gagal merancang maknanya merancang untuk gagal. Gagal setelah berusaha adalah gagal yang bermaruah!

Desa Bangsawan
13072011

~ Sabar dan tabah hati itukan sifat yang baik, jadi…lakukanlah! ~

Dengan nama ALLAH yang Maha pemilik Hati ini.

Ya ALLAH damaikanlah hati ini ya ALLAH.

070711. Resah lagi dengan masalah hati. Sudah berjanji dengan diri, tak mahu terus-terus fikir masalah diri yang sukar mahu selesai, baik tumpukan juga pada umat. Umat lebih perlukan idea dan jasa untuk membangunkan mereka, terutama dalam bab muamalat dan kewangan. Tapi, manusia ini sifatnya leka dan alpa. Huh!

Ya, iman itu ada turun dan ada naiknya, sebab manusia bukan malaikat yang sentiada dijaga imannya, sentiasa sama sahaja imannya. Manusia juga bukan seperti syaitan yang sentiasa dimurkai ALLAH. Sentiasa dilaknat olehNYA.

Manusia itu manusia. Semua manusia tahu dan arif tentang sifat semulajadi mereka. Sifat yang biasa dan normal. Dan diri ini adalah manusia yang normal. Juga juga sama rasa dengan manusia yang lain ketikanya. Hurm~

Berhubung dengan rakan lama. Memang lama tak berhubung. Tiba-tiba kawan memberi pesanan ringkas, teruja rasanya. Terus membuat panggilan. Lebih selesa bercakap dari bermesej. Lebih ‘feel’ orang kata. Banyak juga cerita yang keluar.

Dan, tak semena-mena, tersasul Tanya soalan yang pada diri sangat sensitive. Sensitive untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain. Dan sekarang rasa sedih bergelumang! Adduhh!

Diri tahu yang diri tak perlu rasa sedih kerana sebab itu. Dan diri percaya, rasa sedih ini bukan kerana berita itu. Tetapi sedih dengan keadaan diri yang masih belum pulih. Pulih dari masalah hati. Masalah remuk hati. Susah mahu baiki.

Retak-retak lama sentiasa ada. Sudah-sudahlah diri. Usah dikenang yang lama. Jujurlah! Lupakan yang lama, teruskan hidup dengan ceria. Tipulah perasaanmu, lama-lama terbiasa. Tak guna pertahankan dan simpan rasa itu. TIDAK GUNA! Tolonglah diri sendiri wahai diri. T.O.L.O.N.G!

Kesal.

Ya. Zaman jahiliyyah sepatutnya sudah lama berakhir. Yang sudah itu, sudah. Yang penting, jangan lakukan lagi. Taubat nasuhalah diri!

Terkilan.

Terkilan kerana dalam menjaga hati, masih lagi terosak hati ini. Sungguh, syaitan itu bisikannya sangat halus. Ini bukan salah syaitan semata, tetapi salah iman! Ya, salah iman. Mungkin iman kurang mantap. Oh! Bukan salah iman semata, juga salah amal! Arrggggg!!! Bukan salah siapa-siapa. Sudahlah membangaukan. Yang salah tetap salah, dan sekarang sudah terima hukuman. Hukuman dengan rasa menyesal dan sesal tak sudah. Moga-moga tak akan berulang lagi. Jagalah hati baik-baik diri.

Sedih.

Sedih kerana hati ini sudah tidak perawan lagi! Bagaimana? Simpati pada dia. Untuk dia, diri mahu beritahu, bukan diri sengaja, ini kisah lama. Diri sendiri tak tahu akan berlaku sebegini. Maafkan diri ini. Diri mahu jadi yang pertama untuk dia, tetapi, dalam diri sendiri pernah ada orang lain duduk! Tidak adil untuk dia. TUHAN……..kasihani dia. (walau diri belum pasti dan belum tahu siapa dia, diri harap sangat dia sudah maafkan diri ini kerana terlepas pandang soal beri hati ini dahulu. Maaf tau dia!)

Tabah.

Ini sudah direncanakan TUHAN. Diri perlu dan mesti sabar serta tabah. MESTI! Yakin dengan janjiNYA. Sungguh TUHAN tidak akan mungkiri janji. Tidak seperti yang dulu-dulu. Sudahlah berharap pada manusia, manusia itu lemah sifatnya. Baik berharap pada TUHAN Maha Segalanya. TUHAN!

Harap.

Diri harap, boleh lupakan semua yang lalu yang pahit itu, bila iamn tinggi atau tebal barulah boleh ingat. Bukan apa, bimbang bila teringat masa iman turun, makin menurun iman, makin teruk masalah jiwa dating. Sejarah perlu diketahui supaya tidak diulang. Harap juga pada peremuk hati. Doakan hati diri ini baik, seperti masa mula-mula dapat dulu. Teruk sangat! Masa ambil, hati masih elok, bila pulang remuk-remuk. Kalau tak tahu nak jaga, janganlah berani ambil! Dah diri terpedaya. Huh! Ok~ salah diri sendiri juga, kenapa beri pada bukan hak? –hurmmm, soalan ini memang bawa seribu penyesalah. Sesal yang amat!-

Doa.

Diri doa, hati ini akan pulih. Elok. Merah dan kental. Hati kental!  siapa-siapa yang terbaca, tolong doakan untuk diri ya. Moga-moga ALLAH bagi hati baru. Hati yang LEBIH cantik untuk ganti hati lama yang dah teruk dan buruk ini. Cuma belum busuk kot! hahaha

cukup.

cukup-cukuplah diri dengan seksa diri dan perasaan sendiri. diri perlu yakin pada diri yang diri OK dan semuanya akan OK. sayang diri sendiri sebelum menyayangi orang lain. sayang hati sendiri sebelum beri hati pada orang lain!

p/s: bulan 8 nanti saya bakal jadi ‘makcik!’ -seronok ke? hahaha-
ingat diri, jangan bina kebahagian dengan kasakitan orang lain tau! INGAT!
ini tulisan peribadi. memang tah apa-apa, jadi suka hatilah kan. sedap juga kot, sebab dah baca sampai habis. buang-buanglah bisiakn buruk! 🙂 -mereng kot~-

desa bangsawan
khamis malam jumaat

~ sungguh cantik aturan itu…cantik sangatlah! ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Bijaksana

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Dengan berkat dan nikmatnya dapat lagi merasa hirup udara ini. Syukan ya ALLAH!
Agak lama sepikan blog ini. Tidak sempat untuk menitip sebarang dua kata sebelum ini. Juga bimbang terlalu ‘ralit’ dengan dunia sendiri.

Alhamdulillah, baru-baru ini berpeluang mengikuti program qiamulail di masjid wilayah persekutuan jalan duta. Kakak sepupu yang mengajak. ALLAH benarkan. Alhamdulillah. Cuti hujung minggu untuk pulang ke kampung ditangguhkan dan emak juga memberi keizinan. Oh! Bukan niat untuk menceritakan ibadat yang dilakukan, tetapi cerita utama belum dikeluarkan lagi. Hehe. [jangan cepat menghukum!] 🙂

Melangkah masuk ke ruang solat, berdebar diri ini. Ruang solat terbuka untuk wanita dan hanya ada penghadang garis merah untuk membezakan kawasan lelaki dan wanita. Terus terbayang masjid Umawi di Syiria. Debar yang bukan debar biasa, tetapi debar rindu yang luar biasa.

Selepas solat isya’, kami dihidangkan dengan sedikit taklimat dan tazkirah pendek. Semasa mendengar tazkirah itu, jelas terbayang raup redup wajah Syeikh Abu Huda Al-Ya’kubi di Dimasyq. Terbayang kelas talaqi di masjid Umawi bersama beliau, bukan banyak kali pun, hanya sekali berpeluang, tetapi suasana aman terus aman dalam hati ini. RINDU sungguh! [walaupun masa tu sempat juga tersengguk mengantuk! Sangatlah teruk dan menyesal sekarang]

Sabar aini, sila bersabar.

Sedang khusyuk mendengar taklimat, terpandang ukiran pada mimbar masjid itu. Terlihat ukiran yang ala-ala sama di Masjis Maahad Abu Nur Kiftaro. Tempat untuk menghabiskan masa selepas kelas, tempat melepak untuk buat kerja sekolah dan tempat untuk ulang bacaan quran yang lama tak diulang!

Terasa berat mata, tetapi air jernih itu tidak mengalir…:)

Habis program malam itu, kami keluar makan-makan, memandangkan semua belum makan malam lagi. Dan, apabila keluar dari ruang solat menuju ke luar, kami melalui kawasan lapang dan dibelakang ada satu ukiran besar yang cantik. Persis masjid umawi. Cuma warna sahaja berbeza. Disana, bewarna keemasan dan disini bewarna kebiruan.

Teringat sewaktu bermusafir ke Mesir dahulu, sebulan lamanya, apa yang terpandang, semua teringatkan Jordan sampai ada yang kata:’kalau hati itu sudah di Jordan, arab mesir pun Nampak macam arab Jordan!’.

Dan sekarang, kalau hati itu bertaut kuat dengan Syam, semuanya akan Nampak macam suasana Syam. Suasana, keadaan, situasi, Cuma orang Malaysia dan Syam masih banyak beza, terutama bahagian hidung! Hehe.

Oh! Sudah-sudahla kenang. Masa lalu adalah paling cepat ditinggalkan. Sekarang mesti teruskan kehidupan dengan berani dan yakin. ALLAH kan ada..:)

Suasana malam qiamulail sangat-sangat zouq! Ramai yang hadir. Semuanya sayu dan sangat khusyuk. Dan diri timbul rasa cemburu pada kanak-kanak yang hadir. Walau usia muda dan mungkin ada yang belum sekolah, sudah berpeluang bangun qiamulail dan sedikit pun tidak merengek dan menangis, malah turut solat hingga habis! Kagum dan cemburu. Moga lahir juga zuriat dari rahimku begitu! Tetapi sebelum itu aini, ibunya mestilah lebih hebat lagikan? 🙂

Jumaat 1 Julai 2011, diri pergi ke klinik. Kurang sihat. Berminat untuk mendapat surat cuti sakit dari doctor. Alhamdulillah dapat. Tetapi, yang menarik, ada dialog yang sangat mengingatkan diri tentang hidup dengan rasa kehambaan.

Dr seorang wanita, sudah berusia, diri kurang pasti apa agamanya, tetapi dari cara pemakaian, beliau memakai pakaian wanita hindu ataupun sigh atau banggali. Memang tidak tahu, Cuma yang pasti tidak bertudung. 🙂

Dr: kalau you sakit you buat apa?
Aini: take a rest dengan tidur.
Dr: tak makan ubat sebelum tidur?
Aini: tak, selalunya bila bangun mesti dah ok, dan tak sakit kepala lagi, tapi kali ini tak pula, bertambah sakit lagi ada.
Dr: kalau sakit kepala lagi, sebelum tidur, you kena makan ubat, paling kurang panadol, kemudian baru tidur
Aini: baik [baca:ok]
Dr: kalau you bangun, dan masih sakit, you pergi sini –sambil menunjukkan satu gambr dihadapannya, yang ditampal pada dinding.
Aini: oppsss~ (blushing dan syukur!)

Gambar apa? Gambar masjdil Haram. Ya! Gambar masjidil haram. Malunya aku pada Tuhan, setiap masa mengingatkan supaya jangan jauh dariNYA, mungkin diberiNYA sakit untuk semakin dekat kepadaNYA. Syukur kerana masih berpeluang untuk merasakan kehinaan diri sebagai hambaNYA. Terima kasih ya ALLAH dan Dr. itu!

Dan Dr. itu, ku pandang sayu……

Alhamdulillah, selepas balik dari klinik, makan dan makan ubat, sekejap sahaja sudah hilang sakitnya. Oh! Mahu manja-manja rupanya. Dapatlah cuti ‘percuma’. Apa lagi, terus balik ke kampungla.

Sepanjang perjalanan berfikir. Nasihat ALLAH itu banyak caranya. Hikmah ALLAH juga banyak jalannya. Cuma sedar atau tidak, ada hati atau buta. Moga terus mendapat ‘kesedaran’ dariNya lagi.

p/s: wanita itu biarla jual ‘mahal’, kalu jual ‘murah’, sekali tetap tiada orang beli, kan dah rugi, jatuh harga, tetapi bila tetap ‘mahal’, nikmat yang boleh “pembeli” itu rasa lebih berganda kerana dapat barangan ‘mahal’ kan? -teruslah jadi mahal!-

Allahumma bariklana fi Rejab wa Sya’ban wa balighna fi ramdhan….Rindu Ramadhan dan tarbiyah bulan itu! -rejab sudah habis, sekarang sudah sya’ban-

04072011 -Bulan kelahiran datang lagi, usia usia…..amal banyak macam usia tak aini?