~ sungguh cantik aturan itu…cantik sangatlah! ~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Bijaksana

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Dengan berkat dan nikmatnya dapat lagi merasa hirup udara ini. Syukan ya ALLAH!
Agak lama sepikan blog ini. Tidak sempat untuk menitip sebarang dua kata sebelum ini. Juga bimbang terlalu ‘ralit’ dengan dunia sendiri.

Alhamdulillah, baru-baru ini berpeluang mengikuti program qiamulail di masjid wilayah persekutuan jalan duta. Kakak sepupu yang mengajak. ALLAH benarkan. Alhamdulillah. Cuti hujung minggu untuk pulang ke kampung ditangguhkan dan emak juga memberi keizinan. Oh! Bukan niat untuk menceritakan ibadat yang dilakukan, tetapi cerita utama belum dikeluarkan lagi. Hehe. [jangan cepat menghukum!]🙂

Melangkah masuk ke ruang solat, berdebar diri ini. Ruang solat terbuka untuk wanita dan hanya ada penghadang garis merah untuk membezakan kawasan lelaki dan wanita. Terus terbayang masjid Umawi di Syiria. Debar yang bukan debar biasa, tetapi debar rindu yang luar biasa.

Selepas solat isya’, kami dihidangkan dengan sedikit taklimat dan tazkirah pendek. Semasa mendengar tazkirah itu, jelas terbayang raup redup wajah Syeikh Abu Huda Al-Ya’kubi di Dimasyq. Terbayang kelas talaqi di masjid Umawi bersama beliau, bukan banyak kali pun, hanya sekali berpeluang, tetapi suasana aman terus aman dalam hati ini. RINDU sungguh! [walaupun masa tu sempat juga tersengguk mengantuk! Sangatlah teruk dan menyesal sekarang]

Sabar aini, sila bersabar.

Sedang khusyuk mendengar taklimat, terpandang ukiran pada mimbar masjid itu. Terlihat ukiran yang ala-ala sama di Masjis Maahad Abu Nur Kiftaro. Tempat untuk menghabiskan masa selepas kelas, tempat melepak untuk buat kerja sekolah dan tempat untuk ulang bacaan quran yang lama tak diulang!

Terasa berat mata, tetapi air jernih itu tidak mengalir…:)

Habis program malam itu, kami keluar makan-makan, memandangkan semua belum makan malam lagi. Dan, apabila keluar dari ruang solat menuju ke luar, kami melalui kawasan lapang dan dibelakang ada satu ukiran besar yang cantik. Persis masjid umawi. Cuma warna sahaja berbeza. Disana, bewarna keemasan dan disini bewarna kebiruan.

Teringat sewaktu bermusafir ke Mesir dahulu, sebulan lamanya, apa yang terpandang, semua teringatkan Jordan sampai ada yang kata:’kalau hati itu sudah di Jordan, arab mesir pun Nampak macam arab Jordan!’.

Dan sekarang, kalau hati itu bertaut kuat dengan Syam, semuanya akan Nampak macam suasana Syam. Suasana, keadaan, situasi, Cuma orang Malaysia dan Syam masih banyak beza, terutama bahagian hidung! Hehe.

Oh! Sudah-sudahla kenang. Masa lalu adalah paling cepat ditinggalkan. Sekarang mesti teruskan kehidupan dengan berani dan yakin. ALLAH kan ada..:)

Suasana malam qiamulail sangat-sangat zouq! Ramai yang hadir. Semuanya sayu dan sangat khusyuk. Dan diri timbul rasa cemburu pada kanak-kanak yang hadir. Walau usia muda dan mungkin ada yang belum sekolah, sudah berpeluang bangun qiamulail dan sedikit pun tidak merengek dan menangis, malah turut solat hingga habis! Kagum dan cemburu. Moga lahir juga zuriat dari rahimku begitu! Tetapi sebelum itu aini, ibunya mestilah lebih hebat lagikan?🙂

Jumaat 1 Julai 2011, diri pergi ke klinik. Kurang sihat. Berminat untuk mendapat surat cuti sakit dari doctor. Alhamdulillah dapat. Tetapi, yang menarik, ada dialog yang sangat mengingatkan diri tentang hidup dengan rasa kehambaan.

Dr seorang wanita, sudah berusia, diri kurang pasti apa agamanya, tetapi dari cara pemakaian, beliau memakai pakaian wanita hindu ataupun sigh atau banggali. Memang tidak tahu, Cuma yang pasti tidak bertudung.🙂

Dr: kalau you sakit you buat apa?
Aini: take a rest dengan tidur.
Dr: tak makan ubat sebelum tidur?
Aini: tak, selalunya bila bangun mesti dah ok, dan tak sakit kepala lagi, tapi kali ini tak pula, bertambah sakit lagi ada.
Dr: kalau sakit kepala lagi, sebelum tidur, you kena makan ubat, paling kurang panadol, kemudian baru tidur
Aini: baik [baca:ok]
Dr: kalau you bangun, dan masih sakit, you pergi sini –sambil menunjukkan satu gambr dihadapannya, yang ditampal pada dinding.
Aini: oppsss~ (blushing dan syukur!)

Gambar apa? Gambar masjdil Haram. Ya! Gambar masjidil haram. Malunya aku pada Tuhan, setiap masa mengingatkan supaya jangan jauh dariNYA, mungkin diberiNYA sakit untuk semakin dekat kepadaNYA. Syukur kerana masih berpeluang untuk merasakan kehinaan diri sebagai hambaNYA. Terima kasih ya ALLAH dan Dr. itu!

Dan Dr. itu, ku pandang sayu……

Alhamdulillah, selepas balik dari klinik, makan dan makan ubat, sekejap sahaja sudah hilang sakitnya. Oh! Mahu manja-manja rupanya. Dapatlah cuti ‘percuma’. Apa lagi, terus balik ke kampungla.

Sepanjang perjalanan berfikir. Nasihat ALLAH itu banyak caranya. Hikmah ALLAH juga banyak jalannya. Cuma sedar atau tidak, ada hati atau buta. Moga terus mendapat ‘kesedaran’ dariNya lagi.

p/s: wanita itu biarla jual ‘mahal’, kalu jual ‘murah’, sekali tetap tiada orang beli, kan dah rugi, jatuh harga, tetapi bila tetap ‘mahal’, nikmat yang boleh “pembeli” itu rasa lebih berganda kerana dapat barangan ‘mahal’ kan? -teruslah jadi mahal!-

Allahumma bariklana fi Rejab wa Sya’ban wa balighna fi ramdhan….Rindu Ramadhan dan tarbiyah bulan itu! -rejab sudah habis, sekarang sudah sya’ban-

04072011 -Bulan kelahiran datang lagi, usia usia…..amal banyak macam usia tak aini?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s